Salam....
Hari ini hari lahir mak. Hari ini mak genap berusia 59 tahun. Siapa sangka untuk 3 tahun kebelakangan ini mak menyambut hari lahir tanpa suami di sisi. Banyak yang aku hendak ceritakan tentang mak. Sama ada n3 ini akan menjadi terlalu panjang atau terlalu pendek dek kerana aku tidak mampu untuk menghuraikan segala jasa dan pengorbanan yang telah mak lakukan untuk kami sekeluarga.
Seumur hidup mak tidak pernah memenangi anugerah ibu mithali yang diadakan saban tahun tetapi bagi kami, gelaran itu tidak penting. Sesungguhnya untuk ke 7 anak emak memasuki universiti baru memungkinkan gelaran itu diberikan, rasa aku tidak payahlah. Jasa dan pengorbanan emak tidak boleh dinilai sekadar itu. Kalau kejayaan emak diukur hanya kerana semua anak emak menjawat jawatan tinggi, tidak adil rasanya. Bagaimana mungkin kejayaan seseorang insan itu diukur dengan pangkat, harta dan jawatan? Bukan itu sahaja yang penting dalam hidup kita ini. Ada banyak lagi aspek yang boleh dinilai tetapi sudah dasarnya bernama manusia, tetap memilih untuk melihat yang cantik-cantik dan molek-molek sahaja. Biarlah... Tidak perlu orang tahu apa pengorbanan mak. Tidak perlu dicanangkan apa yang telah emak lakukan kerana bagi kami, di setiap helaan nafas dan setiap detik hidup kami, emaklah orang yang paling kami sayangi dan hargai.
Bila emak melahirkan aku usia emak menginjak 28 tahun dan bila emak sebaya aku, emak sudah 4 orang anaknya sedangkan aku masih sendiri.*sigh* Jangan salah faham. Aku tidak pernah menyalahkan takdir. Aku cuma mahu membandingkan apa yang telah emak lakukan ketika seusia aku tapi sampai matipun aku tidak akan mampu menggugat kedudukan emak.
Aku tidak tahu bagaimana hubungan orang lain dengan emak mereka tetapi dengan emak, kami boleh bercakap apa sahaja. Sebagai anak ketiga lebih tua...aku dan kakak mendapat lebih keistimewaan daripada adik2 yang lain. Kalau hendak ke mana-mana, minta izin saja dengan emak..walaupun hendak ke KL seorang diri, emak izinkan sahaja. Tetapi bila adik2 aku mahu mengikuti rombongan sekolah (yang sah2 cikgu ikut sama), panjang saja soalan emak. Bila aku tanya emak kenapa dengan aku dan kakak senang je nak ke mana2. Jawab emak...Emak tahu hangpa mcam mana. Cara didikan kami dengan adik2 dulu lebih berbeza. Kalau masa kecil, emak memang tegas dengan aku dan kakak. Emak memang garang. Aku pernah diikat pada katil kerana bermain sampai maghrib dan degil bila emak suruh balik mandi. Kakak aku pernah dicili mulutnya sebab mencarut (memang kelakar cerita ni sebab kakak aku menyebut ayat yang mereka sendiri tak tahu dan faham). Kakak aku masa darjah 5 sudah pandai mengurus diri dan adik2. Sudah pandai memasak. Pendek kata seawal usia 11 tahun kakak aku sudah menjadi 'ibu' pada adik2nya.
Aku seumur 19 tahun sudah menyewa rumah. ( Kalau bekerja tak apa jugaklah kan..tapi aku masih bersekolah). Ketika ini keluarga aku sudah berpindah semula ke Taiping tetapi aku masih bersekolah di Port Dickson kerana tidak mahu bertukar sekolah. Aku ingat lagi aku duduk sendirian ketika STPM. Sorang2 pergi sekolah. Balik beli makan dan melepak dalam rumah sampailah exam abis. Emak tak datang temankan aku. Kakak aku pun tidak datang temankan aku. Aku yang tak bagi mak datang sebab kesiankan adik2. Dan bila aku membandingkan apa yang adik aku lakukan ketika berumur 19 tahun, memang berbeza sekali dengan aku dan kakak dulu. Sememang, didikan emak membuatkan kami lebih dewasa sebelum masanya. Kami membesar dengan emak kerana ayah selalu ke luar negara. Tuntutan kerja ayah selalu menyebabkan ayah jarang bersama kami.
Jadi...emaklah sajalah ketua keluarga yang menguruskan segala-galanya. Bila ayah pulang, laporan emak tentang kelakuan kami memang panjang berjela. Kalau emak garang, ayah lagilah pula. Mungkin sebab itu disiplin kami terbentuk. Kami lebih pandai berdikari daripada adik-adik yang lebih mengharapkan ayah dan emak melakukan segalanya. Semasa emak mengandungkan adik aku yang ke 6, ayah terpaksa ke Amerika selama setahun. Emak dimasukkan ke hospital kerana darah tinggi lalu tinggallah aku dan adik2 yang lain diuruskan oleh kakak sulung. Tapi masa tu dugaan kami bertambah apabila aku dan kakak terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital yang sama. Ayah pula apabila diberitahu tentang kemalangan itu, tidak dibenarkan pulang oleh pihak ATM kerana kecederaan kami tidak teruk.(adake patut).
Aku suka bercerita dengan kawan2 tentang akrabnya aku dengan emak dan ayah. Aku kadang2 tak faham kenapa ada yang hanya rapat dengan ibu atau ayah sahaja kerana aku rapat dengan kedua-duanya. Sesetengah kawan aku langsung tidak bertegur sapa dengan ibu atau bapa mereka. Keadaan itu membuatkan aku rasa bersyukur sangat dikurniakan emak dan ayah seperti apa yang aku miliki sekarang.
Ya...n3 ini sudah semakin panjang tetapi itu belum pun sampai kepada apa yang aku mahu ceritakan mengenai mak. Aku hanya mampu berkongi sedikit cuma kerana kalau mahu mencerita tentang emak mungkin memerlukan aku menulis beberapa buah novel agaknya. Aku harapkan di usia emak sebanyak ini, aku tidak akan selalu melukan hati dia. Aku harapkan emak bahagia walaupun aku tahu emak sedih kerana ayah sudah tiada. Aku doakan yang baik-baik sahaja untuk emak. Kalau aku mempunyai kuasa, memastikan kebahagian emaklah yang paling utama. Semoga mak di rahmati ALLAH selalu. Amin. SELAMAT HARI LAHIR, MAK.
No comments:
Post a Comment