Posts

Showing posts from 2008

lagi emel pembaca

Assalamualaikum Dhiya, I wish to congratulate you on your 1st novel! You have your own style in writing. Something new...different and unique,that i find lacking in some new writers.You have the potential of a good writer.I have just finished reading your novel and i find it very interesting and touching.... Its been a long time since i read a Malay novel that i do not want to stop reading.(rase nya macam dah bertahun) Mostly i read english novel.Reading your novel reminded me again how much i loved to read malay novels. Anyway,thank you so much for the wonderful novel...and for the wonderful time ive enjoyed with Taufik and Alia..Hopefully you will write more. Will be looking forward for your next book!!All the best to you! Wassalam, shahariah p/s - Ya ALLAH pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk menyudahkan manuskrip terbaru ini.Oh Tidak!!!!!

emel pembaca

Salam...

Aku terima emel ini sepuluh minit yang lalu.

Assalamualaikum...

Pertamanya tahniah sebab telah menghasilkan 2 buah novel yang sangat menarik dan seronok dibaca. Saya selesai membaca novel yang pertama KUDAMBA BAHAGIA. Penat saya menangis. sedih dan sendu... Saya bagi 5 stars untuk novel ini. Mulanya saya tidak pelik sangat kalau novel ini best, sebab kebanyakan novel pertama yang dihasilkan oleh penulis baru memang best...idea banyak lagi, mencurah-curah.

Saya baca pula novel kedua RINDU BELUM BERHENTI. Ada kelainan berbanding dengan novel yang pertama. Sangat bagus jalan ceritanya. Happy ending...Bukan nak memuji tapi betullah tu... Jangan terlebih sengih pulak... Novel inipun saya bagi 5 stars.

Kini saya menanti novel yang seterusnya... bila agaknya? Harap ada lagi kelainan dalam berkarya...

From:
SALBINA BINTI MOHAMAD@AWANG p/s - Alahai Salbina, saya sudah senyum sampai ke telinga malah berlebih2 lagi. Inilah yang membuatkan azam saya semakin kuat. heheheh..terima kasih ya.

corat coret

Image
Segala macam maklumat yang aku kumpul untuk menulis RINDU BELUM BERHENTI.

Aku teringin untuk menulis watak hero yang pandai bertukang.(kiri) tetapi sehingga sekarang masih belum ada. tetapi gambarnya juga sudah aku simpan. hahahah
Inilah lelaki yang kerap kali aku lihat apabila menulis watak Izz Karami@ Zack dalam RBB. Aku tidak kenal siapa dia. Aku menyimpan gambar ini dari tahun 2000 melalui kalender yang aku dapat semasa membeli t shirt. Gambar ini aku simpan rapi kerana aku memang berniat untuk menulis tentang watak hero yg pandai bermain senjata. kebetulan lelaki ini juga sedang memegang senjata. apamacam? hehehhe Salam.... Semalam aku diserang rasa mengantuk yang keterlaluan. pukul 10 aku dah naik atas katil namun puas aku memejamkan mata namun mata ni tetap tidak mahu lelap. Hati memandang sahaja laptop tapi keinginan untuk menulis malam itu zero. Alahai nampak gaya kalau begini hasrat hati nak sudahkan mss dalam bulan Disember ni jugak tidak kesampaian. huhuhuu...
Oleh kerana ma…

oooo...i'm half way there....ooooo

Salam... Sehari sebelum Hari raya Korban aku text editor aku untuk mengucapkan selamat hari Raya kat dia. Tup tup aku dapat soalan dari dia yang berbunyi " Novel terbaru ada tak?". Tertelan air liur aku sekejap. Dengan konfidentnya aku reply ..." Tgh pulun ni. Insyaallah kalau siap hujung bulan ni akak antar. KALAU AJELAH ya....heheheheh..." hmmm...seminggu diserang demam yang agak teruk menyebabkan seminggu itu jugalah mss aku tidak bersentuh. Cerita sudah aku tulis separuh dan tinggal separuh lagi untuk disiapkan. bermesej dengan lynn dan berym dengan laila selalunya bab inilah yang menjadi tajuk perbualan. seringkali aku cakap pd mereka yang kali ini mss aku hampir hendak siap n yet yang nak siap itulah terasa mcam banyak lagi yg hendak ditulis. Disember sudah 10 hari berlalu. agak-agaknya sempat ke aku menghantar mss baru pada editor hujung bulan ni? hmmmmmmmm

Selamat Bertunang

Image
Salam....Sambutan Hari Raya korban tahun ini menyebabkan sesi rumah aku kelam kelibut dengan majlis pertunangan kakak aku. Walaupun tahun ini 6 ekor lembu dikorbankan di tempat tinggal aku namun kemeriahan untuk sama-sama terlibat dalam acara korban itu tidak dapat dirasai sepenuhnya lantaran kami sibuk dengan majlis ini. Tarikh 8 Disember 2008 kakak aku selamat menjadi tunang orang. Emak pula kata, inilah hadiah hari jadi yang terbaik dalam hidupnya. (besday mak 7 Dis). Bagi aku dan adik beradik yang lain, kami hanya mampu menadah tangan memanjat kesyukuran kepada YANG MAHA ESA. Aku yakin setiap manusia berhak untuk berasa bahagia. Dan bahagia itu sendiri datang dalam pelbagai cara dan kejadian. dan bahagia kakak aku datang setelah banyak kali dikecewakan. Kepada Metty & Mahazir, Tahniah.

Padamu Aku Bersujud - Afghan

Kumenatap dalam kelam tiada yang bisa kulihat selain hanya namaMu, ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud
~{}~
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku lindungi aku dari segala fitnah
{} Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat
{} Ampuni aku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud
{} Kau tempatku meminta Kau beriku bahagia jadikan aku selamanya hambaMu yang selalu bertaubat
{} Ampuni aku ya Allah yang sering melupakanMu saat Kau limpahkan karuniaMu dalam sunyi aku bersujud padaMu
ooOOOoo

Hari Persandingan - 21 November 2008, Baling Kedah

Image
Anak-anak dara dan mak dara Hj Mohd Nor dan Hajjah Ramlah. Menunggu masa untuk ke rumah pengantin. perjalanan yang memakan masa 3 jam menyebabkan masing2 keletihan.

Rombongan dari Taiping dan Alor Setar, dengan lima buah kereta dan sebuah van. hmmm...cukup gamat dan meriuhkan. bertambah lagi dengan keletah anak-anak kecil...bayangkanlah....

Apalah yang lucunya Husna? Ijat konon-kononnya control macho. Sememangnya panggilan yang diberikan oleh anak2 saudara padanya ialah pak cho ( Pak MACHO) atas permintaannya sendiri, rupanya kekal sehingga sekarang sehingga Husna turut dipanggil Mak Cho...hahahahah. boleh gitu?



Merpati dua sejoli. Hai mak...anak2 bujang mak semuanya dah jadi suami orang. Mujurlah adik lelaki aku hanya 2 orang sahaja. Kalau ramai sahih semunya kahwin dulu dari aku...huaaaa....isk....isk...



Felicidades ( Tahniah)

Image
Salam...



Aku hendak mengucapkan tahniah kepada kakak aku Mariyati Hj Mohd Nor kerana telah dianugerahkan dengan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2007. Tahun ini aku anggap tahun yang terbaik untuk kakak aku, setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Iyalah bukan senang orang nak bagi sijil perghargaan kecemerlangan dan wang RM 1000 kalau memang kita tidak berkelayakan. Kalau diizinkan Allah, akan ada dua berita terbaik untuknya lagi selepas ini. Tetapi eloklah kalau aku umumkan kemudian.
Walau apa pun aku turut bergembira dengan segala pencapaiannya. Has eligido como una empleadora excelente para el ano de 2007

p/s - Gambar di atas diambil di Kensington Park & Kesington Palace London. Kalau anda ingat 2 ekor swan di cover Novel Kudamba bahagia, inilah dia. Tempat ini juga yang selalu dikunjungi oleh Adnan Taufik dan Sarah semasa mereka berada di sana. hehheeheh...

Happy Birthday...LYNN DAYANA

Image

Apa ada pada nama?

Salam... Aku ada terbaca di dalam sebuah forum yang membincang mengenai penggunaan nama boombastik di dalam novel. Aku juga seorang pembaca. Sebelum menjadi penulis, aku terlebih dahulu membaca beratus atau mungkin beribu buah novel. Dan sebagai pembaca aku turut sama sependapat dengan pembaca-pembaca ini yang kelihatannya sedikit terganggu dengan penggunaan nama watak yang begitu canggih manggih dan moden. Aku juga berasa 'jelek', 'mengarut' , 'meluat' (sekadar meminjam istilah2 yg digunakan mereka) apabila membaca nama watak terutamanya hero dan heroin begitu boombastik. Nama yang begitu panjang dengan ejaan yang entah apa-apa dan ditambah lagi dengan gelaran ( sekiranya ada spt tengku, puteri, etc) menyebabkan penumpuan terhadap buku juga semakin berkurangan. Tetapi sebagai penulis, mungkin mereka juga mempunyai alasan untuk menggunakan sesuatu nama itu. Aku tidak menyalahkan mereka seratus peratus. setiap apa yang berlaku pasti mempunyai alasan n sebab yang t…

jawab tagged hezzy

Image
TAG - The face reveal -

1.take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now
2.don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture
3.post that picture with NO editing
4.post this instruction with your picture
5.tag 10 people to do this.


Ni gambar masa aku kursus kelmarin. gambar tak clear sebab ambil dengan camere phone. itupun aku cilok dari lela. hahahhah...yang clearnya gambar si lela.

apa-apa saja

Salam...

Di saat aku menulis n3 ni aku berada di Hotel Heritage Ipoh kerana ada kursus berkenaan dengan laman web. hmmmm....sepatutnya Isnin merupakan hari aku bercuti tetapi dah kena datang sini so...walaupun dalam keadaan terpaksa, hamba terpaksa menurut perintah. Sekarang ni tengah break untuk lunch...aku dah selesai makan n solat so sementara menunggu sambung balik apalagi, aku ambil kesempatanlah memandangkan laptop disediakan dan kebetulan dah ada depan mata. Esok aku akan ke USM nak ambil adik aku yang sudah hampir menamatkan pengajiannya. semester depan dia tidak akan berada di kampus memandangkan dia akan menjalani latihan praktikal. kalau tiada aral, dia akan bergelar pendidik satu hari nanti. Insyaallah. mengenangkan adik aku ni aku makin sedar dengan masa yang begitu pantas berlalu. sedar tak sedar hampir 4 tahun berlalu semenjak aku dan keluarga menghantar dia ke usm sebagai pelajar baru. dan 4 tahun itu juga bermakna usia aku juga bertambah sebanyak itu. hhuuhhuhu....Nak p…

lagi suka-suka

Image
You Belong in Amsterdam




A little old fashioned, a little modern - you're the best of both worlds. And so is Amsterdam.

Whether you want to be a squatter graffiti artist or a great novelist, Amsterdam has all that you want in Europe (in one small city).

What European City Do You Belong In?

suka-suka

Image
You Are Picky When it Counts




Like most sane women, you want a great guy who will treat you well.

But you're also willing to put up with a few flaws in your Mr. Right

You should congratulate yourself on having a realistic approach to dating.

You probably have quite a few great guys you can date!

Are You Too Picky When It Comes To Men?

hiburan

Aku suka sangat lagu ni.

katak oh katak

Image
Di bangunan inilah terletaknya objek katak bersama tengkorak itu. jenuh nak melangut memandang ke atas dan mencari. nasib baik nampak. hehehehe



Salam... Gambar di atas itu merupakan antara fridge magnet yang berada dalam simpanan aku. Kenapa katak? aku bukannya penggemar makhluk ALLAH yang satu ini. Malah aku 'geli' dengan katak. Tapi aku beli juga. apakah sebabnya? heheheh...sebab kalau anda berada di Salamanca anda akan pasti terkejut dengan kebanjiran katak2 ini di sana. bukan bermakna bandar itu dipenuhi dengan katak hidup tetapi penuh dengan cenderahati yang berbentuk katak. kalau ada istilah teddybear...mungkin kita boleh pakai istilah teddyfrog. hahahah... Fridge magnet yang dipanggil IMAN(singular) dalam spanish atau IMANES(plural) yang berbentuk katak memang popular habis di Salamanca. sana sini anda akan melihat katak2 ini tergantung di mana-mana. sebetulnya masyarakat di sini menganggap Katak sebagai pembawa tuah iaitu Suerte dalam hidup mereka.
Di salah satu bangunan …

nukilan hati...

Salam... Semalam sewaktu aku hendak ke tempat kerja semula selepas lunch di rumah, ada orang memberi salam. Aku dengan emak terpinga-pinga sebab tidak mengenali tetamu yang datang itu. Selepas memperkenalkan diri, dan melihat dari jarak dekat barulah identiti sebenar tetamu itu terbongkar. Aku masih tidak mengenali suami isteri yang datang bertandang itu. lantas emak bercerita, mereka adalah jiran kami semasa di N.9 hampir 20 tahun dulu. punya rapatnya mereka dengan emak dan arwah ayah sehingga emak menganggap mereka seperti adik sendiri. dan Pakcik Shafie dan isterinya makcik Fauziah beria-ia cuba membawa aku kembali ke zaman silam. oh...kepala aku buntu. nama mereka terasa seakan pernah didengar namun kenangan antara aku dan mereka masih pudar. cewah...aku memang tak ingat apa-apa. " Sampai hati hang tak ingat pakcik Piee, Mardhiyah." Aduh...nama lengkap aku masih dingati sampai sekarang. Aku hanya tersenyum-senyum malu apabila keletah aku semasa kecil menjadi bahan bualan.…

hepi besday utk aku yg ke......

Image
gambar copy dari blog alaf fc...


yieha....ariba...ariba....

Image
Aku pilih poster Jose Tomas ni sebab dia nampak gagah perkasa. memang terserlah ciri2 keheroan dia. hahahaha...untuk makluman korang Jose Tomas ni seorang matador yang sangat terkenal di Spain. boleh dikatakan selalulah berita dia ni keluar kat paper.
Aku punya masih tersadai di ofis kakak aku. setiap kali datang tg. malim aku mesti terlupa nak bawak balik. Last2 kakak aku suh tinggal sebab senang dia nak buat pameran tentang kebudayaan bangsa Sepanyol ni. hah...apa pun aku akan tuntut balik nanti.



Bila dah Frame baru terasa besarnya lukisan ni. hehehe..frame sendirian berhad punya hah..



Salam...

Kalau korang berminat nak buat poster ni ( ada banyak pilihan sebenarnya), banyak tempat yang ada( di Spainlah ya). Harganya 6 euro. Kalau di Pasar kat Madrid 6 euro tu termasuk sekali dengan cover dia. Aku buat ni di Granada. kena 7 euro sebab harga cover jual asing, 1 euro. Tak lama nak buat benda ni pon. dalam 5 minit dah siap. kalau sesiapa yang banyak duit tu bolehlah buat untuk family at…

alahai kopi

Image
Salam....





Hari ni aku diserang sakit kepala yang amat sangat gara-gara minum kopi. Entah mengapa minuman kesukaan aku boleh mendatangkan mudarat pulak. dari semalam membawa ke pagi ni kira hanya 2 gelas sahaja yang masuk dalam mulut aku tapi seksanya sakit kepala ni hanya Allah saja yang tahu.


Sejak bila aku sukakan air kopi ni. hmmmm...rasanya dah lama dah. cuma dekat rumah je amalan minum kopi ni jarang berlaku. kalau dulu masa aku sekolah rendah minuman utama keluarga aku nescafe. lepas tu...masing2 mengadu sakit kepala terus mak tukar pada teh. kalau nak merasa kopi pun kena balik kampung sebab tok n arwah tok wan aku minum kopi je. jadi bila masa kami balik kampung memang tok kena bancuh dua teko. kopi n teh. aku apalagi, bila balik kampung memang teh aku tak pandang. selain aku, arwah ayah pun hantu kopi juga. bila sekali dapat je...nikmatnya...aduh...tak boleh cakap.


Kalau siapa tengok citer Gilmore Girls tentu tahu betapa addictednya si Lorelai n Rory dengan kopi walaupn secara …

Satu catatan perjalanan - SALAMANCA

Image
Plaza Mayor yang sentiasa penuh dengan manusia. Walaupun mentari terik atas kepalan pon manusia2 eropah ni memang akan tetap bahagia menjemurkan diri mereka. awek baju biru belah kiri tu budak Korea. belajar sama dengan kakak aku.

Antara makanan yang popular di Spain. 'churros'. dicicah dengan coklat. rasanya pon biasa-biasa saja. kalau kat m'sia mungkin ada yang panggil kuih cakoi kot. ntahlah sebenarnyaada nama lain tapi aku tak ingat. bezanya kuih cakoi ni kita makan dengan sambal tumis yang ini dengan coklat.


Universidad de Salamanca. Hari pendaftaran pelajar





Universiti ni memang dalam pekan. so...kalau nak p jalan2..mesti kena lintas foyer ni n belok ke kiri.

yey...yey..dah sampai

Image
Salam... Aku tiba-tiba dihembus satu kekuatan baru untuk terus menulis. Alhamdulillah...hari-hari yang dilalui bertambah produktif. Ternyata menghadiahkan sesuatu pada diri sendiri merupakan usaha yang sungguh berbaloi sekali. Harapan dan tekad aku pastinya akan menjadi kenyataan. Insyaallah.

satu catatan perjalanan

Image
Hari Pertama di Salamanca. Depan Asrama kakak aku.
Sesi Berjalan-jalan di Salamanca yang merupakan bandar yang agak kecil kalau nak dibandingkan dengan Madrid dan Barcelona. Aku sukakan suasana kat sini. best je dengan jarak yang dekat antara asrama dengan pekan. kanan kiri penuh dengan kedai2 macam dalam gambar ni. ala...gaya yang selalu kita tengok dalam filem kat tv tu. lagi satu bangunan kat sini memang cantik. Nak jalan2 pon rasa selamat.
Universiti de Salamanca. Antara Universiti bahasa terbaik dan tertua di dunia.
Permandangan dari bilik Komputer.( Kat sini dipanggil Informatica)
Plaza Mayor yang ada di setiap tempat.


Salam...
Membaca kisah Laila di Jerman mengingatkan aku kembali pada Sepanyol. Ya, sudah agak lama aku meninggalkan catatan mengenai perjalanan aku ke sana. Melihat keindahan Berlin dengan bangunan sejarahnya mula mengamit memori aku.
N3 terakhir dahulu aku berhenti di Barcelona ( parc guiel). Selepas menghabiskan masa selama beberapa jam di Barcelona, aku, kakak dan k…

Subhanallah....

Image
Tempat : Penerbangan dari Doha, Qatar ke Kuala Lumpur Ketinggian : 38 000 kaki Suhu : -50'c Masa : 4-5.30 pm

TAHNIAH

Image
Salam...

Tahniah, seribu kali tahniah untuk Sahabat2 penulis, Laila Kamilia dan Lily Haslina Nasir dengan kemunculan novel baru mereka di pasaran. Semoga novel2 yang best ini akan mendapat sambutan dari semua peminat di tanah air. Kepada anda semua, jangan lupa mendapatkan karya terbaru novelis ini. Semoga anda semua terhibur.

Aku Risau....Aku Nak....?

Image
Salam....
Aku risau. Benar risau. Apa nak jadi dengan aku sekarang ni? Kenapa aku jadi macam ini? Disember bakal menjelma tidak berapa waktu lagi dan aku masih termanggu-manggu mengenangkan manuskrip yang langsung tidak bersentuh. Oh...Tidak!!! Aku kena tekadkan semangat. Kuatkan azam.

Untuk itu aku nak hadiahkan diri aku sesuatu sebagai pendorong dan peransang. Aku perlukan laptop baru. Aku berkenan dengan sony vaio. Laila pon dah merasa pakai. Iyalah dia ada cik abang yang belikan. Aku? huhuhuhu...sekarang ni aku offer pada korang semua. sapa yang nak belikan aku Vaio warna biru satu? heheheheheheheheheh.....



p/s - Aku baru order laptop baru dari Dell sebentar tadi, warna midnight blue. n next week akan sampai. so...oklah. tak dapat vaio pon dapat Dell ok jugak. hmmmm..kalau dah dapat laptop baru tapi still malas menulis lagi tak taulah apa nak jadi.....

hezzy tagged aku

Rules:1. The rules of the game get posted at the beginning 2. Each player answers the questions about themselves 3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog Starting time: 3.48pm Name : Mardhiyah @ violet@ dhiya zafira Sisters : 2 kakak n 2 adik Brothers : 2 Shoe size : 5,6,7 ( bergantung pada jenis kasut) Height : 151cm ( hahahah hezzy aku 1cm tinggi dari ko) Where do you live : Taiping Perak Have you ever been on a plane : Yup Swam in the ocean : boleh2 sket2. asal kaki boleh jejak pasir kira confidentlah tu. Fallen asleep at school : always Broken someone’s heart : hahahhah...ada sorang masa study dulu2. Fell off your chair : kadang2. dolo2 je la Sat by the phone all night waiting for someone to call : yup esp kalau melibat hal2 family ni Saved e-mails : depends pada email2 yang penting n best saja What is your room like : penuh dengan rak …

Selamat Jalan Laila Kamilia

Image
Aku, Aleya aneesa, bikash, shanika, hezzy, metty( kakak aku), kak eka, lynn dan kak Lina siap berposing. Aku masa ni baru je sampai dan belum sempat bersalaman lagi bila masing2 nak berposing dulu.

Masa ni kak Aida Adriani, kak lily haslina, rose harissa dah sampai.
Bergambar ramai2. Lily Suriani dan yang diraikan Laila pun ada.Rancangan telah dibuat semasa majlis aku hari tu lagi. Masing2 sepakat menjadikan rumah kak Eka sebagai markas untuk mengadakan majlis perpisahan untuk Laila Kamilia yang akan ke Jerman. Infact, dia telah pun berangkat ke sana malam tadi.Buat Laila dan keluarga, semoga selamat di sana. Adios, Arriverdeci, Jaa ne, Auf Wiedersehen, Au Revoir dan hasta la vista. rajin2lah kirim berita untuk teman2 di Malaysia ni. Kalau ada rezeki, boleh juga kami terbang ke sana...hehehehehe

Selamat datang orang baru

Image
Salam... Syawal sudah masuk hari yang ke 10. Aku dah start keja sejak semalam setelah hampir 10 hari bercuti. Ya, aku cuti panjang kali ini. salah satu sebabnya seperti yang korang tengok pada gambar di bawah. Majlis pernikahan adik lelaki aku yang berlangsung pada raya ke 3. Sepanjang aku bercuti aku diserang demam yang agak teruk sehingga raya pun terasa kurang meriahnya. Demam yang sekejap elok dan sekejap pula menyerang menyebabkan suhu badan aku turun naik. Mood nak tengok adik aku bernikah pon jadi kurang. iyalah, ahli keluarga yang lain sibuk2 mainkan peranan masing2 sedangkan aku, terjelepok je atas sofa. Kalau dkutkan rancangan, rombongan kami akan ke Baling dengan sebuah van dan 2 buah kereta. 3 buah kereta lagi akan menunggu di masjid tempat berlangsungnya majlis nikah. Adik lelaki aku akan pandu van, sementara aku akan bawak sebuah kereta dan kakak aku akan bawa sebuah lagi. dek kerana aku demam dan tak boleh memandu, terpaksalah adik aku yang jadi pengantin membawa kereta. …

SALAM LEBARAN

Image
Salam... Dikesempatan ini, aku ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran kepada umat Islam, tidak kira di mana jua anda berada. Kepada sesiapa yang mengenaliku, aku ingin memohon ampun dan maaf andai disepanjang perkenalan kita, ada yang terguris dan tercalar hatinya. Maaf zahir dan Batin. semoga anda semua bergembira di AIDILFITRI ini.