Posts

Showing posts from April, 2014

NEW MANUSCRIPT - HRS

Taiping, Perak
            “ Kalau dia ada dengan kau, baik kau lepaskan dia sekarang. Aku sumpah Rais, kalau aku dapat kau...”             “ Dia bukan hak kau lagi. Kau sendiri tahukan,” Rahang Kief bergetap mendengar jawapan di seberang sana. Segala telahannya benar-benar berlaku. Emma bukan sengaja melarikan diri daripadanya. Emma diculik oleh lelaki laknat itu.             “Rais...” Dia dengan suara yang dalam. Cuba menahan amarah yang membuak-buak di dalam dada.             “Aku bagi kau masa 4 jam untuk kau lepaskan Emma. Empat jam tepat. Kalau kau lewat even satu saat pun aku tak akan bertanggungjawab atas apa yang aku akan lakukan pada kau. Kau tak akan tahu apa yang menyerang kau sampai kau rasa menyesal kau dilahirkan. Empat jam Rais.” cetusnya sebelum mencampakkan gagang telefon itu ke dinding. Jimmy dan Eddie hanya berpandangan tanpa suara. Sesunguhnya mereka faham mengapa Kief begitu.  Jimmy merenung wajah Kief yang kusut. Mana tidaknya insan kesayangannya hilang tanpa beri…

SDN - DELETED SCENE ( SPOILER ALERT)

Salam
Inilah adalah deleted scene dalam SDN. Jujurnya saya rasa menyesal juga membuang scene yang saya khaskan pada bahagian epilog..Tapi...Water under the bridge now..move on ajelah ya.. :)


Epilog I
"Hisham... ada orang nak jumpa." "Mak Jah... saya tak nak jumpa sesiapa pun sekarang ni. Saya hanya nak sendirian sahaja." "Mak Jah dah cakap nak, tapi dia nak minta jumpa juga. Hisham, Dzar Thalha datang dengan keluarganya. Mendengar nama Dzar, Hisham lantas bangun dari pembaringan. Mata yang seakan sudah mati, kembali bercahaya semula. Dia bangun mengemaskan keadaan diri yang terabai semenjak kematian Ayah dan anaknya. Izhar. Munirah pula terlalu sedih, membawa diri entah ke mana. Dia sendiri gagal mencari di mana jejak isterinya itu. "Mak Jah... suruh dia masuk. Jemput mereka masuk nanti saya turun," balasnya teruja. "Baik Hisham." Mak Jah berlalu sambil mengesat air mata. Sebak dia melihat keadaan Hisham seperti itu. Ibarat orang yang sudah jatu…

Ulasan SDN - Que Razali

Link asal di sini
Alhamdulillah. Habis bca dalam masa sehari. Seperti biasa, aura Dhiya Zafira tak pernah hilang walau setahun tak keluarkan novel. Dan, seperti biasa saya tak teragak2 bagi novel beliau kali ini 5 bintang. Kisah Ara dan Dzar yg sungguh syahdu. Plot penceritaan yang disusun baik membuatkan kisah ini benar-benar hidup. Dan, sentuhan thriller DZ x pernah hilang. I love it! Kita sangka dia pembunuh tu, di akhirnya, lain pula yg muncul! Apa2 pun, suka dengan kemunculan Sid dan Izz. Ini bukan kisah cinta biasa! Tapi, sebuah naskah yg punya teladan tersendiri! Selamilah... Buat DZ, saya menantikan karya seterusnya...

Terima kasih Que... :)

ALHAMDULILLAH...SYUKRAN YA ALLAH

Image
SALAM...

Terima kasih untuk anda dan anda dan anda yang menyokong perjalanan saya sebagai seorang penulis...

REVIEW SDN daripada Noraini dan Nur Amirah Syafiqah

Noraini Abd Aziz


Review untuk novel Setiap Detik Nafasku {SDN } Assalamualaikum… erikan ulasan ( terasa macam pengulas pro la pulak) sekali lagi tahniah kepada Dhiya dengan penghasilan novel terbaharu ini, yg secara otomatiknya telah menjadikan novel hasil garapan Dhiya kini 7 buah kesemuanya. Well done ! Lebih setahun me Sebelum saya mem bnanti buah tangan dari Dhiya Zafira selepas terhasilnya TBK akhirnya pada hari Selasa yang lalu (1/4/2014), SDN telah berada di tangan saya. Perasaan saya,..tentunya sgt teruja. Sungguh! Melihat cover SDN sahaja membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk membaca SDN…it so tempting! SDN secara peribadinya bagi saya sangat SPECIAL & RARE . Sebelum membaca saya membayangkan SDN seperti 3 novel Dhiya sebelum ini TBK, HBR & JKP (Action-pack). Jangkaan awal saya meleset. Rupa2nya SDN adalah sebuah novel cinta. Novel cinta yg bukan biasa2 tetapi special! Kerana novel cinta ini lain dari yg lain. Jika 3 novel Dhiya yg terdahulu hero2nya merupakan LAW ENFO…

SDN - Lin Adnil n Normasliza Elyani 's reviews

Image
Kepada kedua insan ini... terima kasih banyak-banyak kerana menyokong perjalanan saya sebagai seorang penulis...

Lin Adnil


Assalamualaikum wbt Yeay..tiba masa utk mengomen..hihihi..haritu ckp ngan akak nk bc lps isya' kan..tapi jadipun..sbb apa? Tulah masalahnya bila sy berdpn dgn nov dhiya zafira..saya akan berdebar semacam smpai takut nak bc.. Hahaha melampau sungguh itu perasaan..
Baru je dpt selesaikan sdn..pertama kali berkenalan dgn dzar..saya dpt rasa aura misteri pd dzar..dzar berjaya diangkat sbgai hero sebaris hero2 akak yg lain..karakter tersendiri..hai camne nak ckp lagi ye..tapi apa yg pasti bila dzar ckp kat ara xpe saya ada ms xtvt snorkling tu..entah kenapa bibir saya yg menguntum senyum..angau sekejap..hahaha melting tau..dzar kurang bercakap pada mulanya..tapi bila dia bercakap saya yg angau..oh tidakkk Apepun kak dhiya..tahniah atas penghasilan action nov yg superb..banyak nilai2 murni yg kita blh dpt dr sini..semangat kekeluargaan..kasih syg antara keluarga..keper…

Review SDN lagi

Salam...
Kali ini saya menerima ulasan daripada SECONDHAND NOVEL dan Melawati Ali.... Mudah2an ulasan ini mampu menarik minat anda semua untuk mendapatkan SDN...

Ulasan Secondhand Novel

Tajuk: Setiap Detik Nafasku  Penulis: Dhiya Zafira  Penerbit; Alaf 21 Mukasurat: 582  ISBN: 978-983-124-938-3
Dzar Thalha seorang bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan setelah mendapat pengampunan dari hukuman penjara seumur hidup sempena Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Agong. Dia mendapat pertolongan dari rakan baiknya Izz Karami (nak tahu kisah Izz boleh baca Rindu Belum Berhenti) menguruskan sebuah chalet di Pulau Perhentian. Azra Qairina dipaksa kahwin dengan anak kenalan ibu tirinya. Bertindak membawa diri setelah ditunangkan dia ke Pulau Perhentian. Disitu Dzar dan Ara bertemu dan mula melakarkan sebuah lagi kisah yang bakal merungkai segala persoalan terutamanya kes dan motif pembunuhan Rashid yang mengheret Dzar dihukum selama 7 tahun dipenjara serta hubungan kekeluargaan yang lama terputus ak…