Posts

Showing posts from May, 2013

KOREA ~ FINALE

Image
Salam...

Alhamdulillah...setiap yang bermula pasti berakhir kan. Leganya saya catatan ini juga bakal dinoktahkan...kalau nak ikut rasa malas ni memang tak tertulis..tapi saya nak buat closure untuk perjalanan kali ini sebelum menulis catatan perjalanan yang seterusnya. 
Pagi-pagi pukul 8, kami dah turun ke bawah untuk check out. Kali ini semuanya turun dengan bagasi masing2 yang nampaknya bertambah dua kali ganda dari masa datang dulu. Saya juga bimbang sebab beg kami juga bertambah tiga. Saya adukan masalah ini kepada Jamilah memandangkan peraturan Korean Air yang agak strict. Namun Jamilah memenangkan saya bahawa tak ada masalah...jadi buat seketika saya legalah jugak...


destinasi selepas breakfast pergi tengok Batu Amethys. Cantiknya Ya ALLAH...warna purple kan..infact purple adalah warna diraja Korea. Saya dan sarah hanya melihat sahaja tanpa membeli apa-apa. Syukurnya saya apabila dilahirkan tidak meminati barangan kemas. Jadi selamatlah poket sendiri dan enche suami. tapi berada di…

TERTULIS BUAT KITA ~ ULANG CETAK

Image
ALHAMDULILLAH...syukur saya ke hadrat ALLAH SWT apabila mendapat khabar dari ketua editor bahawa buku saya tertulis buat kita ini diulang cetak kali ke 3. Dalam masa 8 bulan semenjak TBK ini berada di pasaran, ia sudah diulang cetak sebanyak 3 kali. rekod peribadi terbaik untuk saya. Masakan tidak TBK ini juga sudah cetakan ke 2 apabila baru hanya tidak sampai sebulan di pasaran. Alhamdulillah..satu berita yang cukup mengembirakan dan menaikkan semangat saya. Terima kasih kepada semua pembaca yang membeli, dan membaca TBK ini. Tanpa anda semua TBK ini tidak akan sebaik ini...