Posts

Showing posts from February, 2010

EMAK sudah pulang ke rumah

Salam... ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT. Kisah emak yang terlantar di hospital Taiping minggu lalu bersambung pula hingga ke IJN. Hari selasa lepas, saya menghantar emak dengan lambaian apabila ambulans yang akan membawa emak ke IJN meninggalkan saya dan Sarah perlahan-lahan. Sepatutnya Sarah akan menaiki ambulans bersama-sama emak namun perubahan berlaku pada saat-saat akhir. Ambulans yang dinaiki emak turut membawa pesakit lain yang akan dihantar ke Hospital Sungai Buluh. Saya akan mengikut dengan kereta dan singgah di Tg Malim untuk mengambil Metty. Hanya kami termasuk Daiful sahaja yang pergi kerana masing-masing tidak mendapat cuti. Lagipun, soal penginapan masih belum kami fikirkan kalau-kalau lama emak di tahan di IJN sana. Saya tahu IJN itu dijalan Tun Razak, kerana perpustakaan Negara Malaysia terletak di jalan yang sama. Hotel Putra yang saya pernah berkursus selama 2 minggu juga hanya seberang jalan sahaja dari IJN, namun dalam kelam kelibut memikirkan keadaan emak…
Salam.... Bulan ni bulan yang cukup meresahkan buat saya sekeluarga. Saya menaip n3 ni di tempat kerja. Rasa hati ingin sahaja bercuti namun memikirkan saya perlu kerja untuk melengkapkan masa bagi membolehkan saya claim time off selasa nanti, dengan berat hati saya pergi juga ke tempat kerja. Minggu lepas malam Khamis jan 12 tengah malam, emak mengadu sakit dada. Sebenarnya dua tiga hari sebelum itu emak mengadu perkara yang sama namun memikirkan hanya sakit biasa emak, saya dan adik-adik yang lain langsung tidak mengesyaki apa-apa. Selalunya kalau emak berasa penat, sukar untuk bernafas, ada caranya yang kami gunakan untuk melegakan kembali emak. Hari Rabu sebelum itu, emak telefon saya dipejabat, menyatakan kita rasa tak sedap badan. Saya apalagi...tinggalkan segala dan sempat berpesan kepada staf yang lain, lantas pulang ke rumah. Beberapa ketika kemudian, emak sudah boleh bernafas dengan tenang..( ketika ini saya masih memikirkan keadaan penyakitnya yang biasa saja. Namun saya ter…

RINDU UNTUK DIA 5* (RUANGAN SASTERA BH)

Image
Berita lengkap SINI