Posts

Showing posts from February, 2008

ceritera

Salam cerita 1 Semalam masa balik dari kerja aku melihat satu bungkusan ada atas meja. aku buat tak peduli kerana ingat itu mesti adik aku punya. sejam lepas tu aku teringat mahu membelek kembali dan menjerit kerana itu manuskrip aku yang ditunggu-tunggu. semalam editor cakap yang dia akan hantar kembali mss aku yang telah diedit untuk dicheck sekali lagi. aku sangka ia akan ambil masa selama 2 3 hari sebab sebelum inipun sama juga. tapi tak sangka awien buat pos laju dan tup2 mss aku dh ada depan mata. yey...yey...yey... cerita 2 n3 sebelum ini aku ada cerita tentang qiammullail. semalam masa sampai ke ofis, staff aku bagi surat. isi kandungannya, HQ di Ipoh akan buat qiammulail malam esok dan aku kena pergi. reaksi? Alhamdulillah. baru saja aku terfikir tentang perkara ini. cerita 3 hujung minggu lepas aku dan kakak pergi shopping. aku nak beli handbag. stock yang ada dalam simpanan sudah tak menarik hati dan ada yang dah rosak...(hihihih...aku memang suka menjahanamkan beg). bajet aku an…

satu coretan

Salam... Anda tahu apa dia Solat Sunat Tasbih? Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih adalah solat yang disyariatkan dan dilakukan empat rakaat . Solat Tasbih adalah solat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Mutallib .
Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam,sekiranya tidak dapat melakukan pada tiap malam,kerjakanlah sekali seminggu,andaikata tidak sanggup sekali seminggu usahakan sekali sebulan,sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,cukup dengan sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih waktu siang hari dilakukan empat rakaat dengan satu salam
Lafaz niat Usolli Sunnatal Tasbiihi Arba'a Raka'aatin Lillaahi Ta'ala ,Allahu Akbar "Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala " Solat Sunat Tasbih waktu malam, dilakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu tiap dua rakaat dengan sa…

wajah kesayangan hamba

Image
Salam...

Dalam sehari dua ni aku membawa anak saudara aku ke tempat kerja aku.Mujurlah aku bekerja di perpustakaan jadi pengguna atau sesiapa saja tidak boleh mempertikaikan kenapa aku bawak budak kecil berumur 3 tahun ke perpustakaan. Apa susah, kalau ada yang bertanya katalah aku nak galakkan dia membaca lebih awal walaupun huruf A-Z dia masih berterabur lagi. Dalam erti kata lain, dia hanya tahu menyebut tanpa mengenali bagaimana rupa dan bentuk huruf2 itu. hahahha.
Mak masih dalam proses menyembuhkan diri dan berehat. Untuk memastikan emak mendapat rehat yang secukupnya, aku sengaja membawa anak saudara ke tempat kerja. Sekurang-kurangnya tiada gangguan tangisan atau pergaduhan antara anak2 saudara aku yang lain. bayangkan budak berumur 8 bulan, 2 dan 3 tahun bertemu. fuh...memang mencabar kesabaran betul. Nasib baiklah depa ni comey2...hihihihi

kena tagged dengan kak Meen

1. Name one person who made you laugh last night? tak ada siapa 2. What were you doing at 0800? Kelam kabut bersiap nak pi kerja 3. What were you doing 30 minutes ago? memecut kereta ke tempat kerja.hihihihi terlajak masa lunch 4. What happened to you in 2006? tak ingat tapi yang aku ingat bertukar tempat kerja 5. What was the last thing you said out loud? Abang, tak maulah(hihihiih marahkan my 3 years old nephew) 6. How many beverages did you have today? 2. teh waktu pagi n air masak waktu lunch tadi 7. What color is your hairbrush? Black, white and orange 8. What was the last thing you paid for? breakfast pagi tadi. beli meehun dan nasi lemak 9. Where were you last night? At home, cadangnya nak menaip but at last im just staring into space.hihihiiih 10. What color is your front door? brown 11. Where do you keep your change? In my purse 12. What's the weather like today? hot. berbahang. panas ya rabbi 13. What's the best ice-cream flavor? vanilla, strawbery...anything other than chocola…

jangan ketinggalan

Image
Salam,
Temui Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Rose Harissa, Lynn Dayana, Damya Hanna dan Lily Haslina di Pesta Buku Brunei yang akan berada di sana dari 29 Feb ~ 3 March 2008.

Syukur

SALAM... TERIMA KASIH kepada teman-teman yang mendoakan kesihatan emak. Alhamdullillah, emak sudah keluar hospital semalam dan kini masih meneruskan rehatnya di rumah. Secara dasarnya emak sudah sembuh tetapi masih memerlukan penjagaan yang rapi, rehat yang secukupnya dan tidak boleh tertekan. Jadi misi kami adik beradik cuba membuatkan emak rasa seselesa yang mungkin. Kepada teman yang sentiasa memberi kata semangat, hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Aku hanya insan yang lemah

Image
Salam...
Dalam dua hari ini emosi aku tidak menentu. Jiwa aku kacau. Aku rasa lemah dan patah semangat. Aku rasakan ketabahan dan kekuatan yang berada dalam diri aku ni semakin goyah dan hampir rebah. Semalam 14 februari. HARI KEKASIH. Hari yang aku tidak pernah sambut seumur hidup ni. Namun aku menyambutnya untuk hari yang lebih bermakna dan bererti dalam hidup aku. Hari Lahir ARWAH AYAH. 14 FEB 1951. sudah beberapa hari, minggu aku merancang dengan keluarga untuk buat sedikit kenduri Tahlil untuk arwah ayah. Memandangkan ianya jatuh pada hari Khamis, kami semua berpendapat tiada hari yang lebih baik dari hari ini. Namun, kuasa ALLAH siapa yang dapat menduga. Emak pula terlantar di Hospital kerana serangan jantung.
Minggu ni ingatan aku pada arwah ayah cukup kuat dan sekarang Emak pula jadi begini. Ya ALLAH...berat sungguh dugaan ini untuk kami adik beradik. Kalau dulu berbulan2 ayah di hospital, emak sedikit pun tidak pernah berganjak dari sisi ayah. Emak kuat seperti pahlawan yang h…

Moh kita beramei-ramei

PAsiNo 3 : JOM IKUT KAMi! Alaf21 FC dengan sukacitanya mengajak anda semua untuk sama-sama melawat ke Syarikat Penerbitan Nombor Satu di Malaysia dan juga Penerbit Novel yang tersohor iaitu;KARANGKRAF SDN BHD dan juga ALAF21 SDN BHD. TARIKH : 12 March 2008 (Rabu) MASA : 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Syarat penyertaan :1. Lawatan ini terbuka kepada semua yang berminat.2. Peserta hendaklah berusia 13 tahun ke atas. Sesiapa yang ingin bersama-sama kami melawat ke premis-premis tersebut bolehlah menulis ke alamat email alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk “LAWATAN” Jangan lupa sertakan sekali NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, NO TELEFON SERTA ALAMAT RUMAH. Kami juga akan memberikan maklumat mengenai lawatan dari masa ke semasa.Jangan lepaskan peluang anda!

friendship quotes

A friend is someone who will walk the long way when you don't want to hop the fence.
"No distance of place or lapse of time can lessen the friendship of those who are thoroughly persuaded of each other's worth
"Money and power only last the hour, but friendship and love withstand the sky above. "I loved him like no other man; I did not love his laugh. I did not love his smile. I did not need his touch. But, the one thing I needed from him was for him to always be there." "If I was blind, you would make me see. If I was deaf, you would make me hear; and if I was dumb, a word would come out of the boundaries of my lips.
"Though miles may lie between us, we're never far apart, for friendship doesn't count the miles, it's measured by the heart." "A true friend walks in when the whole world walks out." "Stars are like friends; there's always some around, you just need to find your favorite one "The Mile: People come int…

sekitar di PD

Image
Aku, Lynn, Laila dan Rose di rumah kak Eka. Perhentian ke 3 selepas ke alaf 21 dan lunch kat umah Laila. pukul 2.30 kak Eka datang menyerbu rumah Laila apabila kami tak bergerak lagi. Hahaha...bila bersembang macam tak ingat dunia. Itu belum masuk kak Lily Haslina. agaknya kalau ada bertambah gamatlah kami.
Pemandangan ketika lewat petang. Aku dan Lynn baru sampai. tahu2 pula kondo kami bersambung dengan terrace belakang...so..apalagi 2 orang fotographer tak bertauliah begitu kalut mengambil gambar. hihihihi


Duduk kat sini dengar bunyi ombak cukup mendamaikan hati. sayang aku tak bawak laptop. si Lynn lepas subuh terus lepak dengan laptopnya depan sliding door. ialah bertemankan bunyi ombak, idea memang mencurah-curah. Memang seronok bercuti dengan Lynn. terfikir pula kata kak eka..nanti kita bercuti ramai2 untuk sesi brainstorming mss akan datang. hmmm...idea yg bagus. Aku akan menanti detik itu.

memori...

Salam... Sudah seminggu lebih rasanya aku tidak memblogging. Baru hari ini aku masuk kerja kerana semalam aku EL kerana salah seorang saudara aku koma kerana pendarahan dalam otak. namun syukurlah dia kini mulai sedar. Mudah-mudahan dia akan sembuh. Aku bukan apa, pergi ke hospital semalam kembali membangkitkan memori yang aku tidak mampu lupa sampai sekarang. bunyi mesin, tub IV, baju hijau dan semua keadaan mengembalikan ingatan aku pada arwah ayah. Sesungguhnya hidup ini seperti roda. sekejap kita sihat, sekejap pula dia terlantar di katil. kadangkala sekelip mata sahaja ia berubah sedangkan kita tidak lagi bersedia menghadapi keadaan itu. Melihat air mata yang cuba ditahan oleh isterinya, aku faham. melihat ketabahan yang cuba ditunjukkan, aku juga faham kerana aku dan keluarga turut pernah mengalami keadaan itu. Aku turut merasai betapa peritnya melihat insan tersayang menderita. Tetapi aku yakin, ada rahmat sebalik dugaan ini.