Posts

Showing posts from September, 2007

apa2 jelah

Image
salam...
2 hari lepas staff Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) hantar 2 kotak buku ke library. aku apatah lagi terus saja menyerang n menyelongkar kotak2 itu yang aku ketahui ada buku2 baru untuk diletakkan di library. gaya aku tu macamlah buku2 tu dikhaskan untuk aku sorang aje. hmmmm...ini yang bestnya kerja kat library. banyak buku. hihihi bosan kerja capai buku..
So, kerja aku sehari dua ni dok memproses buku2 itulah. sebelum naik ke rak mesti kena tampal poket n masukkan data dalam sistem dulu. haha..oklah tu. kalau dulu dekat library UPSI aku bahagian perkhidmatan pelanggan, tak ada peluang buat kerja belakang tabir ni tapi sekarang aku boleh menambah pengalaman.
bercakap tentang kerja ni aku teringat ex-boss aku. dia selalu pesan kalau kerja yang selalu berhadapan dengan pelanggan kena manis2 muka. kena senyum selalu walaupun adakalanya rasa macam nak baling buku pada pelanggan. kerja di fontliner ni membawa imej jabatan. walau cemerlang mana unit katalog, unit perolehan, unit sist…

cuti2 malaysia

isalam... 2 hari bercuti aku balik kampung di Bt. Mertajam dan terus ke umah kakak sulung aku di Alor Setar. seronok pi AS, teman akak aku beli baju raya utuk anak dia. 2 hari tu memang pulun abis berjalan. sekarang ni barulah aku merasa akibatnya sampai sahur pun terjaga pukul 5.20pagi. kelam kabut kita orang bangun. nak buat apa memang tak sempat. last2 kakak aku panaskan bubur lambuk n aku makan 2 biji pisang. dahlah asalkan dapat pahala sahur ya tak?hihiihih. hmmm nak hilangkan ngantuk terpaksalah mendengar2 lagu raya sambil membuat kerja...baru semangat sket. p/s aku semalam sempat sambar dvd korea my girl....hahaha...citer jang geum pun tak abis lagi...

belajar bahasa korea

Image
Salam
Sekarang ni aku tengah tengok cerita ni jewel in the palace. jenuh nak menghabiskan 50 kpg cd. walaupun citer nih aku dah tengok melalui tv namun baru ari tu aku berjaya mendapatkan vcd nya...bukan apa...mahal...nak tunggu harga turun...macam tuh jugak.... aku ni start giler citer korea ni sejak Winter sonata lah..pastu memang tak boleh tinggal. namun segila2 aku tak adalah aku segila fanatik lain yang sanggup membeli segala cerita korea ni...aku jenis kena tengok dulu kalau puas hati baru aku beli...citer2 ni jugak menyebabkan aku teringin sekali nak menjejakkan kaki ke bumi korea ni..bila...entahlah...tapi aku nak sampai jugak...Insyaallah...so..kat bawah ni beberapa perkataan korea yang boleh dipelajari...
yeh
Yes.

ah-ni-o
No.
kwen-chah-nah-yo
It's okay. That's alright.
ahn-nyong-ha-se-yo
How are you? How do you do? [also in reply]
ahn-nyong-i kah-se-yo
Good bye.
kahm-sa-hahm-ni-da
Thank you. [formal]
koh-mahp-soom-ni-da
Thank you. [less formal]
che-sohng-hahm-ni-da
I am sorry. [int…

buku n cinta

Image
Salam
Aku pernah terbaca satu petikan dalam buku( tajuk tak ingat) yang menyatakan untuk mencari/memilih cinta ni seperti membaca buku.
1. Ada yang melihat covernya sahaja. bila cantik terus capai dan bayar. tapi bila dibelek2 isinya tidaklah secantik cover di luar.
2. Ada yang Cover cantik dan isi pun memang menarik. beruntunglah kepada siapa yang membeli.
3. Ada yang cover sedang2 sahaja malah menakutkan sampai nak beli pun ragu2 tapi bila mula membaca, kita tidak boleh letak. kita sentiasa ingin tahu. dan selalunya ayat begini akan keluar " tak sangka ya......."
4. dan Yang paling haru cover tak cantik dan isinya pun hampeh...hmmm.....

Untuk mengenali seseorang juga seperti membaca buku, cuma bagaimana caranya anda membaca.
-Ada yang baca dari muka depan sampai habis. tidak skip walau satu muka surat. setelah habis baru buat kesimpulan sama ada cerita itu best atau sebaliknya.
-Ada yang membaca dari awal namun sampai satu detik,dia merasa bosan kerana cerita itu tidak seperti y…

personaliti ikut kalendar Islam

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya m…

Rindu...

salam... Semalam aku bersama adik menempuh solat terawih pertama. Kami pergi awal kerana biasanya malam pertama surau akan membuak-buak dengan manusia yang begitu teruja dengan kedatangan Ramadhan. Tiba di sana aku lihat wajah-wajah yang aku kenali. Kawan-kawan emak. kawan-kawan ayah. Mengenangkan ayah...aku jadi pilu tiba-tiba. malam ini tidak sama seperti tahun-tahun lepas. malam ini aku sembahyang terawih tanpa ayah. tanpa dapat melihat kelibat ayah di balik tirai yang sedikit jarang. tidak lagi mampu mendengar suara ayah bergema mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran ketika mengimamkan solat isyak dan Terawih. aku sedaya upaya menahan air mata. ternyata aku gagal. Ingatan terhadap ayah begitu kuat ketika itu. Aku jadi rindu tiba-tiba. aku terlalu ingin mendengar suara ayah. terlalu ingin melihat wajah ayah walaupun untuk seketika. Aku tahu itu mustahil. aku harus menerima kenyataan yang aku tidak akan melihat wajah ayah lagi. aku tak dapat mendengar suaranya lagi. Aku berpaling ke bel…

Kehadiran yang dinanti-nantikan

Image
Semoga Kita menjadi lebih tabah dalam menyucikan segala kesilapan dan kealpaan yang pernah kita lakukan...Rebutlah peluang ini dengan sebaiknya kerana mungkin inilah ramadan terakhir kita..

kemaafan

salam...

Kata Dr. Fadzillah Kamsah, setiap malam sebelum tidur, kita mesti berdoa dan memaafkan semua insan yang bersalah terhadap kita. Tak kira walau betapa besar sekalipun kesalahan itu, kita harus memaafkan. Berapa orang dari kita yang berbuat begini setiap malam? Berapa ramai dari anda yang boleh memaafkan seseorang walaupun kadang kala kesalahannya memang tidak masuk akal dan tidak boleh diterima? berapa ramai yang benar-benar ikhlas. Ya 'aku maafkan kau'. memang mudah sangat untuk dilafazkan tetapi adakah anda benar2 maksudkannya? Maaf antara perkataan paling sukar untuk diluahkan. begitu juga dengan aku sayang padamu dan aku memerlukan bantuanmu. Ya, 3 perkataan ini merupakan antara ayat yang paling sukar diluahkan. Adakah anda setuju? mungkin ada yang menyatakan apa yang payahnya untuk mengucapkan kata-kata di atas. memang tidak dapat dinafikan cakap memang senang. pokok pangkalnya berbalik kepada perkara di atas, adakah anda benar-benar maksudkannya? Aku ada berbuat sal…