Posts

Showing posts from 2007

selamat tahun baru - 2008

Salam... Esok tahun baru. Kita akan kembali kepada Januari semula. sekali lagi, mengharungi segala macam suka duka yang berlaku dalam hidup kita dan menunggu disember untuk sama-sama menghitung detik ketibaan tahun baru. Nikmat tahun baru telah lama lupus dalam hidup aku semenjak aku menginjak erti dewasa. Kalau dulu, aku dan adik beradik begitu teruja dengan sambutan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka ataupun KLCC walaupun hanya mampu menonton di kaca tv sahaja. Tetapi semua itu sudah hilang serinya. berginjak ke tahun baru sama seperti hari ini bertukar kepada hari esok. cuma yang berbeza nombor dihujungnya saja. Aku bersyukur, kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Aku bersyukur kerana masih mampu membina impian sendiri. Namun Sambutan tahun baru sudah hilang ertinya. ianya sekadar pertunjukkan hiburan semata-mata sambil melihat artis pujaan terkinja-kinja di atas pentas. dan muda mudi pula turut terhenjut2 kononnya teruja menanti hari esok yang entah apa…

hidup ini satu perjudian...

salam... Semalam aku menghabiskan masa selama beberapa jam membaca manuskrip terbaru Lynn Dayana. Manuskrip itu belum siap sepenuhnya namun Lynn sudi memberi peluang untuk aku mengintai, menilik, memberi komen karyanya itu.(hahahha...penulis kecil seperti aku ni tidak layak rasanya). Sampai pada ms 50 aku mesej pada Lynn, aku katakan padanya yang mss dia kali ini cukup hebat. cukup suspen dan aku begitu teruja untuk membaca helaian demi helaian. Tidak sampai beberapa minit lepas tu Lynn call. hahha..kalau Lynn call memang terbantut segala aktiviti pembacaan aku. sepuluh minit pertama dikuasai dengan pujian aku kpd dia. Kami sama-sama meluahkan rasa bimbang dan harapan kami. Selera aku dengan Lynn sama. kami suka cerita thriller, action dan seangkatan dengannya. Dan impian penulis kecil seperti kami ini adalah untuk menghasilkan karya2 menerusi genre di atas. tetapi mampukah kami? Hati kecil berkata; Iya..kami mampu. kalau orang lain boleh buat, masakan kami tak boleh. semuanya bergantu…

help....

Image
Salam...Selesai menghantar manuskrip ke 2 aku bercuti sekejap dari mengarang. Bukan berhenti sepenuhnya cuma aku perlu kembali segarkan fikiran supaya rentak penulisan novel pertama dan kedua aku tidak terpengaruh ke dalam novel ke 3. Dalam kepala aku telah tercanai beberapa idea namun aku masih tidak tahu keputusan apa yang perlu diambil. Satu idea berkisar kekeluargaan bercampur dengan action - romance(cewah) dan idea seterusnya masih dengan tema CINTA. Secara jujurnya aku lebih suka cerita yang menyelitkan unsur2 aksi dan suspen. Kalau lihat pada koleksi buku aku pun lebih kepada genre sebegini. namun sebagai penulis aku sendiri buntu sama ada perlu mengikut minat pembaca ataupun minat aku sendiri. Aku takut kalau aku setia dengan minat, beberapa kerat sahaja yang membacanya. Dan kalau aku teruskan pada permintaan ramai pembaca yang lebih mengemari kisah cinta, aku takut risiko lain pula. Cerita klise, tiru buku lain, tak ada idea baru...balik2 cinta...cinta. argh....takut aku kala…

sekitar majlis Nia Azalea

Image
Aku, Laila, kak eka bersama kakaknya dan kakak aku di kenduri Nia Azalea. Aku memang lama nak jumpa dengan si Laila, so bila ada peluang terus aku setkan plan. Dah alang2 semua ada kat AS, apalagi. Sayangnya Laila sekejap saja di kenduri, sibuk nak balik ke KL. Nasib baik ada Kak Eka yang begitu peramah. hihihi..macam dah kenal lama w/pun baru kali kedua kami berjumpa. Aku dengan Kak Eka menunggu dalam bilik pengantin Nia. Ialah nak juga tengok rupa lelaki yang menjadi pilihan hati bakal Dr. kita tu. Gamaknya tetamu lain mesti heran napelah aku n the geng tak reti2 nak balik. Al maklumlah pengantin lelakinya datang nak dekat pukul 3, so begitu lama jugalah kami menunggu. Bila pengantin lelaki dah datang, kami bertambah terkejut bila penyanyi Nora ada bersama dalam rombongan tersebut. apalagi, bila orang lain tangkap gambar pengantin, kami dok sibuk bergambar dengan Nora...hahhaha..dia nampak lebih cantik secara real dari gambarnya. Apapun tahniah untuk Nia dan Faiz. Semoga kebahagian …

minah2 muka seposen

Image
salam...
Inilah satu-satunya gambar yang aku sempat ambil masa taklimat penulis alaf Khamis lalu. Majoriti penulis2 semua datang. Yang sempat masuk dalam gambar si Lynn, Rose(renungan manja kononnya), kak Lily dan aku. hujung sekali yang sipi2 nampak tu penulis baru hezzy Azra(buku dia insyaallah hujung bulan ni keluar). Lily Suriani datang lambat so...melepas. Laila kat Bali...apa pun seronok berjumpa kawan2 yg dah lama tak bersua muka.

lega.....

SALAM... Saya kembali setelah lama bertapa di hadapan laptop mengejar target sendiri. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkannya. Khamis lepas ada perjumpaan dengan penulis2 alaf di Taman seni Islam di Shah Alam dan aku pun ambil peluang yang ada menyerahkan manuskrip tersebut pada editor aku. Aku pun tak pasti mss aku kali ini ok ke tidak...bagi aku ok ler...hahahaha..apa pun ia perlu dinilai dulu dan kalau tiada masalah insyaallah akan diterbitkan. Bila? Aku sendiri tiada jawapaannya. Semua penulis sekarang memang sibuk dengan mss masing-masing. semuanya hendak mengejar pesta buku tahun depan. Peluang aku? Entah...kalau ada tu adalah. kalau tak ada...aku bersyukur juga sebab aku mampu menyiapkannya mengikut target yang aku tentukan. sekarang ni aku boleh menarik nafas lega dan meneruskan projek untuk novel ke 3. Mengikut kata en. Nord, pastikan setiap novel yang diterbitkan, hasil dan penerimaan pembaca bertambah baik dan bukannya semakin menurun. Dengan persaingan yang semakin sengit n…

SELAMAT HARI LAHIR MAK ( 7 DISEMBER 1950)

Image
Kau sinaran bulan Menyerikan bintang-bintang Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan Kau bukakan tabir siang untukku Kau berikan mama Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya Tiada ternilaikan Oh mama, oh mamaku Tiada cinta yang suci Setulus cintamu Ku suntingkan mama Sekuntum mawar putih Sebagai lambang kesucian cintaku

Esok aku akan meeting sepanjang hari, jadi tak akan ada masa nak online, jadi aku nak wish siap-siap untuk mak tersayang.

Selamat hari jadi mak, semoga Allah sentiasa memayungi RahmatNYA ke atas mak dan semoga mak bahagia. Walaupun ayah sudah tiada, moga mak masih mampu bahagia di samping kami semua..amin.

bertapa...

salam... Maaf semua. Tiada n3 baru untuk anda. aku tengah bertapa untuk menyelesaikan kerja aku yang tak pernah habis-habis ni. sebagai hiburan, sila tonton dan dengar antara lagu yang paling best dan antara yang aku paling suka. kalau korang sedar aku pernah buat n3 tentang penyanyi latin yang bernama David Bisbal ni kan...so...dengarkanlah lagu yang bertajuk esta aucensia ni. n semoga terhibur...aku akan kembali dengan n3 baru..next week maybe...adios...

tak sampai lagi

Image
Salam... Aku betul-betul tengah bengang dengan MPH la ni. Buku yang aku order secara online masih tak sampai-sampai lagi. sepatutnya tarikh yang dihantar 25hb lepas tapi dah 2 hari berlalu masih tak ada apa-apa. Baru tadi call tanya pihak depa...kata akan call me ASAP utk maklumkan tapi sampai la ni habuk pun tarak. Apa masalahnya pun aku tak tahu. sebelum ni tak ada masalah pun coz tak sampai seminggu buku dah dapat. Tension betul...hmmm agaknya sengaja je buku tu lambat pasai nak aku habiskan manuskrip aku cepat2. yelah...kalau dah ada buku baru depan mata memang tak jadi kerja aku...hahhaha...apalah nasib...mak aku bosan je sebab setiap hari aku asyik tanya benda yang sama ' dah sampai dah?" itu baru order kat malaysia tuh...kalau aku order kat amazon ke...abebooks ker...berapa lama agaknya aku kena tunggu? Aku tukar video baru kat atas...lagu Isabel dari pakwe2 hensem aku IL dIVO. Sesiapa yang tak pernah dengar lagu nih...silakan mendengar kerana aku gerenti bulu roma anda …

new day has come...

Salam... Aku sudah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah. Minggu ni minggu terakhir bulan November. Sepatutnya aku kena berkursus lagi di KL namun mujurlah hanya pembantu aku seorang saja yang kena pergi. Memang seronok...bolehlah aku menyiapkan mss aku minggu ni. tidak banyak lagi cuma perlu di edit dan disusun sana sini. Dan kalau tiada halangan, aku akan menghantar kepada editor bulan 12 nanti. Insyaallah...doakan aku ya...

sakit...

salam, Sehari dua ni aku hilang dalam dunia memblogging ni. Sebenarnya aku baru baik dari sakit yg menyerang aku....Alhamdulillah aku dah sihat w/pun masih kurang bertenaga. nak buat apa semua serba tak kena. doktor bagi mc 2 hari tapi sampai sekarang badan aku dok rasa lemah2. doktor kata kena food poisoning. Aku pun iya jerla...padahal aku yakin bukan. Apapun aku memang tengah tak ada mood nak menulis...so...nanti2lah aku tulis balik...

rahsia bulan kelahiran

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubun…

beautiful song - hurt by Christina Aquilera

Image
Seems like it was yesterday
when I saw your face
You told me how proud you were,
but I walked away
If only I knew what I know today Ooh, ooh
I would hold you in my arms'
I would take the pain away
Thank you for all you've done Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there Ohh I'm sorry for blaming you For everything I just couldn't do And I've hurt myself by hurting you Some days I feel broken inside but I won't admit Sometimes I just wanna hide 'cause it's you I miss And it's so hard to say goodbye When it comes to this, oooh Would you tell me I was wrong? Would you help me understand? Are you looking down upon me? Are you proud of who I am? There's nothing I wouldn't do To have just one more chance To look into your eyes And see you looking back Ohh I'm sorry for blaming you For everything I just couldn't doA And I've hurt myself, ohh If I had just one mor…

love is cinta...

Salam... Hari ini aku nak bercakap soal cinta, kasih sayang dan seangkatan dengannya. Aku rasa inilah salah satunya perkara yang paling akrab dengan diri kita dan insan-insan yang berada di sekeliling kita. Dan aku yakin, terlalu banyak sudah yang diperkatakan tentang subjek yang satu ini. Kata orang, lebih baik kita pernah mencintai dan dilukai daripada tidak pernah merasa cinta langsung. Dan sesetengah berpendapat pula, kalaulah dia tahu betapa luluhnya hati kerana putus cinta, adalah lebih baik dia tidak menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Pendapat anda bagaimana pula? Bagi aku ada dua situasi di sini. Bagi pendapat pertama, insan ini optimis dan berfikiran positif orangnya. Dia berpendapatan putus cinta itu adalah lumrah kehidupan. Bukan satu masalah yang besar. Iya, aku tetap akui, memang payah untuk melupakan cinta pertama, kedua ketiga...ataupun yang seterusnya. Bila kita serahkan hati pada seseorang, bermakna kita telah memberi seluruh harapan dan kepercayaan kepadanya. Kita ti…

scorpio

Image
Untuk suka-suka sahaja. Boleh baca...untuk percaya....Allahualam...
The Scorpio female is an independent soul. She possesses a forbidding, keep-your-distance manner that often hides a secretive and sensitive heart. This is a woman who will risk all for love and not count the cost, but can become bitterly disappointed if her judgment is proved wrong. Undeniably romantic by nature, she demands the near-impossible of those she loves. However, this female is quick to assess personalities and situations, able to put her finger on the crux of a question or circumstance immediately, seeing through all the dross, ignoring the veneer and getting to the truth.
In addition, this woman is often at least a little psychic. She will make a number of good friends, usually keeping them all her life, and her sympathy and understanding are extended to all who come in contact with her. Still, the woman ruled by Scorpio does make for a formidable enemy. She rarely creates animosity willingly, but is someti…

mencetus semangat

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.
St. Clement of Alexandra

We are all inventors, each sailing out on a voyage of discovery, guided each by a private chart, of which there is no duplicate. The world is all gates, all opportunities.
Ralph Waldo Emerson

Seek the lofty by reading, hearing and seeing great work at some moment every day.
Thornton Wilder

The only way of finding the limits of the possible is by going beyond them into the impossible.
Arthur C. Clarke

We are what we repeatedly do. Excellence, therefore,
is not an act but a habit.
Aristotle

Work spares us from three evils: boredom, vice, and need.
Voltaire

Experience is the child of thought, and thought is the child of action.
Benjamin Disraeli

You cannot plough a field by
turning it over in your mind.
Author Unknown

The best way out is always through.
Robert Frost

Do not wait to strike till the iron is hot; but make it hot by striking.
William B. Sprague

Nothing will ever be attempted if all possible objections must fi…

aku boleh buat

Image
Salam... Alhamdulillah, semangat aku makin hari makin kuat. Semalam hampir 6 jam aku depan laptop. Selalunya waktu idea aku mencurah-curah selepas sembahyang maghrib. Kalau tiada hal yang menganggu Insyaallah kerja aku memang produktif. dan kalau terganggu pun selalunya disebabkan TV. Semalam aku tidak bermula dari kebiasaan. Aku bermula lebih awal dari itu. Lepas balik kerja, aku rehat sekejap. lepas asar, aku mulakan kerja dengan azam yang kuat. semasa menekan button on pada laptop, aku motivasikan diri sendiri. tak kisahlah kalau aku tidak dapat menaip walau satu baris pun, tapi apa yang pasti aku mesti buat sesuatu pada manuskrip itu.
Dan semasa aku menutup laptop tepat jam 12 malam, aku senyum sendirian. Aku bangga dengan diri aku sendiri. untuk hari itu aku berjaya menewaskan halangkan terbesar dalam diri aku iaitu malas. yeah...aku mampu lakukannya. Semasa menulis aku akan hadkan masa aku paling lewat pun sampai pukul 1 pagi. Aku tidak mahu oleh kerana terlalu menumpukan pada penu…

kelemahan diri

salam... Hari ini aku rasa segar setelah bercuti selama 2 hari. Apa yang menyeronokkan aku mood untuk berkarya semakin memuncak setelah mood tersebut shutdown beberapa minggu yang lepas. Manuskrip ke 2 masih belum siap walaupun aku pernah tetapkan target untuk menyiapkannya penghujung oktober ini. Harapan aku untuk menyiapkannya walaupun tengah berkursus tidak tercapai nampaknya. Malah laptop yang aku bawa bersama tidak langsung dibuka kecuali pada malam terakhir. Mana tidaknya waktu senggang hanya digunakan sepenuhnya untuk mengosok pakaian dan menggantikan tidur yang tidak pernah lena saban malam. Aku kecewa sebenarnya. Aku menghampakan diri sendiri. Aku tidak berjaya memenuhi tekad aku sendiri. Tiada siapa yang harus aku salahkan kecuali diri aku sendiri. Apa yang berlaku sampai manuskrip yang hanya tinggal beberapa helai sahaja lagi itu tidak mampu aku habiskan? Mendengar cerita Lynn, rose, kak lily, lily yong membuatkan semangat aku kembali terbakar. Terutamanya Lynn yang selalu me…

gambar kursus

Image
Gambar ramai2 pada hari terakhir kursus....muka masing2 naik lenguh sebab kameranya dah berapa buah...pastu dalam fikiran dah sampai ke mana-mana ntah...apa pun seronok dapat kenal dengan member pahang...dan salah seorangnya classmate aku masa kt Uitm shah alam dulu..

Ni gambar masa tgh break kejap...dapek member yg suka bergambar so...aku tumpang sekakilah...kt tangan aku ada sebuah novel...kursus2 jugak...buku takleh tinggal...ihihiih


Aku, sinasuriatie, iffa, n lela naik 'eye on Malaysia'. Masa ni kitaorang tgh free. kelas xdak...so kerana ingin menunaikan hasrat lela yang teringin sangat nak naik...so...kami meredah saja jalan yang ada. masing2 tak pernah sampai. masing2 xbawak transport sendiri...so apalagi...jalan kaki...hahah...kira turunlah 5kg mencari destinasi.hihihii

bayar hutang

salam... Aku ingin membayar hutang pada adhan yang telah men'tagged' aku sebelum ari raya ari tuh...so adhan...inilah 8 perkara tentang aku ; 1. Suka suka tgk tv, dengar lagu, dengar radio yang berbahasa inggeris. selalunya mix / hits / light n easy yang menjadi pilihan. kalau naik keta ngan adik aku lagu jer tangan dia menukar channel. selalunya kami akan bergaduh menegakkan minat masing2.hihihi..bukannya aku tak dengar / tgk citer melayu tapi....adakalanya keinginannya tu tak ada...aku hanya akan tgk kalau species eman manan, nasir bilal khan, rosham yang berlakon... 2. Berkaitan dengan tv jugak...aku tak pernah tengok cerita2 samarinda yang selalu bermain kat tv3 tuh. walaupun pelakon hebat mana sekalipun berlakon...aku tak pernah tgk...sebabnya....1. balik2 cerita asyik sama. ( tgk masa iklan - itupun sebab adik aku) 2. Aku tak suka tgk citer pendek2. setengah jam...aku memang malas nak melayan kecuali citer komedi. 3) godaan citer grey's anatomy, csi, ncis, prison break…

Selamat Hari Lahir Mardhiyah

Image
Hepi birthday 2 u
this is ur day
only day 4 u
we gonna luv u in every way,
this is ur day....ur day....
hepi birthday...2 u...2...u
hepi besday 2 u
ur still young....age is just a number (hmmmm..ye ke...?)
dont u stop having fun...
this is ur day...ur day...
hepi besday...2u...
this day only come...once every year
becoz ur so wonderful
with every little thing u do....yeah....
ulang c/o

hahah...hepi besday utk aku...setahun n makin bertambah usia aku...Syukurlah aku masih mampu bernafas di bumi ALLAH SWT ini...dan semoga kehidupan aku terus bahagia dan mendamaikan...lagu kat atas lagu dari kumpulan peberet aku masa muda2 dulu...new kids on the block....sapa tahu bolehlah nyanyi...sapa tak tahu...pandai2lah bikin melodi sendiri....

here i come to save the day.....

Assalamualaikum... Akhirnya...aku kembali setelah 12 hari berkursus....buat masa sekarang, aku masih belum ada mood untuk menceritakan apa-apa...cuma hari ni aku agak gila melompat dari satu blog ke blog yang lain....12 hari...rasanya tempoh tu terlalu lama untuk aku berpisah dengan blog aku n kawan2 yang lain...so.....hasta manana.... Kepadamu kukirimkan salam terindah, salam sejahtera para penghuni syurga, salam yang harumnya melebihi kesturi, sejuknya melebihi embun pagi, salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha, salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya, salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.
~ Ayat-ayat cinta - Habiburrahman El Shirazy

its hard 2 say goodbye

Image
salam...
Bermula dari hari esok sehingga 1 November, aku tak akan online kerana 22 oktbober - 1 Nov, aku akan menghadiri kursus di Kuala Lumpur...andai ditakdirkan aku boleh online kat sana, insyaallah aku tak akan membiarkan umah ni bersawang. kepada pengunjung yang rajin ke sini...janganlah segan-segan untuk datang lagi....

salam lebaran

Image
SALAM AIDILFITRI UNTUK ANDA SEMUA. SEGALA APA YANG TERTULIS, TERLAWAK, TERKASAR DAN TERSINGGUNG HARAPLAH DIMAAFKAN. SEMOGA KEMENANGAN KITA MENGHADAPI SEGALA DUGAAN DI BULAN RAMADHAN INI MENDAPAT RAHMAT & GANJARAN YANG LEBIH BESAR DARI ALLAH SWT. CERIA-CERIA SELALU

kad raya

Khas untuk Alaf 21, Alaf 21fc & Laila Kamilia terima kasih atas kunjugan kad raya dari anda semua.

Bersyukur

MIMPI SEORANG HAMBA ALLAH YANG INSAF
HAYATILAH KERANA IA SEMATA-MATA UNTUK KEBAIKAN
Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku serta menunjukkan keadaan di surga.
Kami berjalanmemasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat. Malaikat yang mengantarku berhenti di depanruang kerja pertama dan berkata," Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan yang ditujukan pada Allah, diterima".
Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.
Kemudian,...aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui koridor yang panjang. lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua.
Malaikat-ku berkata, "Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim kemanusia-manusia yang masih hidup yang memintanya".
Aku perhatikan lagi betapa…

bagaimana menyayangi seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa. 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain. 3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta,dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya. 4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu …

paku di dinding hatimu

Image
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa ke…

oh laila...

salam... Menjenguk ke blog Laila Kamilia sekejap untuk mencari berita terbaru tapi hampeh...rupanya dia tagged aku...wah2 siap cakap aku yang suka menyepikan diri..hahahha... oklah...8 perkara tentang diri aku... 1. Mood tak pernah stabil. entahlah benda ni rasanya sejak azali lagi aku macam ni. ada masanya aku peramah macam nak rak...ada masanya aku diam, sediamnya. so laila..bila aku menyepi tu faham-fahamlah ya... 2. kuat berangan. dulu masa kecik2 aku selalu bayangkan kalau aku duduk di angkasa mcm mana space ship aku, macam mana aku nak perang lawan musuh.hiihih bila tengok a girl from tomorrow teringin nak jadi Alana. bila tgk kartun toriton, aku teringin hidup dalam laut lak. berangan jadi ariel pun selalu gak..ahaks...bila tgk voltron, aku teringin jadi macam depa. bila tgk wolverine, aku teringin jadi makwe dia..hahaha sekarang ni kalau berangan pun mengenangkan hero n heroin novel aku...dengan beranganlah aku dapat membina karekter mereka. 3. Aku cepat naik darah. kalau tak kena …

apa2 jelah

Image
salam...
2 hari lepas staff Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) hantar 2 kotak buku ke library. aku apatah lagi terus saja menyerang n menyelongkar kotak2 itu yang aku ketahui ada buku2 baru untuk diletakkan di library. gaya aku tu macamlah buku2 tu dikhaskan untuk aku sorang aje. hmmmm...ini yang bestnya kerja kat library. banyak buku. hihihi bosan kerja capai buku..
So, kerja aku sehari dua ni dok memproses buku2 itulah. sebelum naik ke rak mesti kena tampal poket n masukkan data dalam sistem dulu. haha..oklah tu. kalau dulu dekat library UPSI aku bahagian perkhidmatan pelanggan, tak ada peluang buat kerja belakang tabir ni tapi sekarang aku boleh menambah pengalaman.
bercakap tentang kerja ni aku teringat ex-boss aku. dia selalu pesan kalau kerja yang selalu berhadapan dengan pelanggan kena manis2 muka. kena senyum selalu walaupun adakalanya rasa macam nak baling buku pada pelanggan. kerja di fontliner ni membawa imej jabatan. walau cemerlang mana unit katalog, unit perolehan, unit sist…

cuti2 malaysia

isalam... 2 hari bercuti aku balik kampung di Bt. Mertajam dan terus ke umah kakak sulung aku di Alor Setar. seronok pi AS, teman akak aku beli baju raya utuk anak dia. 2 hari tu memang pulun abis berjalan. sekarang ni barulah aku merasa akibatnya sampai sahur pun terjaga pukul 5.20pagi. kelam kabut kita orang bangun. nak buat apa memang tak sempat. last2 kakak aku panaskan bubur lambuk n aku makan 2 biji pisang. dahlah asalkan dapat pahala sahur ya tak?hihiihih. hmmm nak hilangkan ngantuk terpaksalah mendengar2 lagu raya sambil membuat kerja...baru semangat sket. p/s aku semalam sempat sambar dvd korea my girl....hahaha...citer jang geum pun tak abis lagi...

belajar bahasa korea

Image
Salam
Sekarang ni aku tengah tengok cerita ni jewel in the palace. jenuh nak menghabiskan 50 kpg cd. walaupun citer nih aku dah tengok melalui tv namun baru ari tu aku berjaya mendapatkan vcd nya...bukan apa...mahal...nak tunggu harga turun...macam tuh jugak.... aku ni start giler citer korea ni sejak Winter sonata lah..pastu memang tak boleh tinggal. namun segila2 aku tak adalah aku segila fanatik lain yang sanggup membeli segala cerita korea ni...aku jenis kena tengok dulu kalau puas hati baru aku beli...citer2 ni jugak menyebabkan aku teringin sekali nak menjejakkan kaki ke bumi korea ni..bila...entahlah...tapi aku nak sampai jugak...Insyaallah...so..kat bawah ni beberapa perkataan korea yang boleh dipelajari...
yeh
Yes.

ah-ni-o
No.
kwen-chah-nah-yo
It's okay. That's alright.
ahn-nyong-ha-se-yo
How are you? How do you do? [also in reply]
ahn-nyong-i kah-se-yo
Good bye.
kahm-sa-hahm-ni-da
Thank you. [formal]
koh-mahp-soom-ni-da
Thank you. [less formal]
che-sohng-hahm-ni-da
I am sorry. [int…

buku n cinta

Image
Salam
Aku pernah terbaca satu petikan dalam buku( tajuk tak ingat) yang menyatakan untuk mencari/memilih cinta ni seperti membaca buku.
1. Ada yang melihat covernya sahaja. bila cantik terus capai dan bayar. tapi bila dibelek2 isinya tidaklah secantik cover di luar.
2. Ada yang Cover cantik dan isi pun memang menarik. beruntunglah kepada siapa yang membeli.
3. Ada yang cover sedang2 sahaja malah menakutkan sampai nak beli pun ragu2 tapi bila mula membaca, kita tidak boleh letak. kita sentiasa ingin tahu. dan selalunya ayat begini akan keluar " tak sangka ya......."
4. dan Yang paling haru cover tak cantik dan isinya pun hampeh...hmmm.....

Untuk mengenali seseorang juga seperti membaca buku, cuma bagaimana caranya anda membaca.
-Ada yang baca dari muka depan sampai habis. tidak skip walau satu muka surat. setelah habis baru buat kesimpulan sama ada cerita itu best atau sebaliknya.
-Ada yang membaca dari awal namun sampai satu detik,dia merasa bosan kerana cerita itu tidak seperti y…

personaliti ikut kalendar Islam

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya m…

Rindu...

salam... Semalam aku bersama adik menempuh solat terawih pertama. Kami pergi awal kerana biasanya malam pertama surau akan membuak-buak dengan manusia yang begitu teruja dengan kedatangan Ramadhan. Tiba di sana aku lihat wajah-wajah yang aku kenali. Kawan-kawan emak. kawan-kawan ayah. Mengenangkan ayah...aku jadi pilu tiba-tiba. malam ini tidak sama seperti tahun-tahun lepas. malam ini aku sembahyang terawih tanpa ayah. tanpa dapat melihat kelibat ayah di balik tirai yang sedikit jarang. tidak lagi mampu mendengar suara ayah bergema mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran ketika mengimamkan solat isyak dan Terawih. aku sedaya upaya menahan air mata. ternyata aku gagal. Ingatan terhadap ayah begitu kuat ketika itu. Aku jadi rindu tiba-tiba. aku terlalu ingin mendengar suara ayah. terlalu ingin melihat wajah ayah walaupun untuk seketika. Aku tahu itu mustahil. aku harus menerima kenyataan yang aku tidak akan melihat wajah ayah lagi. aku tak dapat mendengar suaranya lagi. Aku berpaling ke bel…

Kehadiran yang dinanti-nantikan

Image
Semoga Kita menjadi lebih tabah dalam menyucikan segala kesilapan dan kealpaan yang pernah kita lakukan...Rebutlah peluang ini dengan sebaiknya kerana mungkin inilah ramadan terakhir kita..

kemaafan

salam...

Kata Dr. Fadzillah Kamsah, setiap malam sebelum tidur, kita mesti berdoa dan memaafkan semua insan yang bersalah terhadap kita. Tak kira walau betapa besar sekalipun kesalahan itu, kita harus memaafkan. Berapa orang dari kita yang berbuat begini setiap malam? Berapa ramai dari anda yang boleh memaafkan seseorang walaupun kadang kala kesalahannya memang tidak masuk akal dan tidak boleh diterima? berapa ramai yang benar-benar ikhlas. Ya 'aku maafkan kau'. memang mudah sangat untuk dilafazkan tetapi adakah anda benar2 maksudkannya? Maaf antara perkataan paling sukar untuk diluahkan. begitu juga dengan aku sayang padamu dan aku memerlukan bantuanmu. Ya, 3 perkataan ini merupakan antara ayat yang paling sukar diluahkan. Adakah anda setuju? mungkin ada yang menyatakan apa yang payahnya untuk mengucapkan kata-kata di atas. memang tidak dapat dinafikan cakap memang senang. pokok pangkalnya berbalik kepada perkara di atas, adakah anda benar-benar maksudkannya? Aku ada berbuat sal…

book fair MERDEKA

JANGAN LEPASKAN PELUANG MENEMUI BARISAN PENULIS ALAF 21 DI PWTC
SEMPENA menyambut 50 tahun merdeka, Alaf 21 turut mengambil bahagian dalam jualan buku di PWTC pada 30 Ogos - 2 September 2007. Untuk kali ini, Alaf 21 dengan bangganya membawa barisan penulis yang akan menemui para peminat mereka di sana.Jadi, untuk memeriahkan gerai Alaf 21 nanti, apa kata anda beli buku atau bawa buku yang sedia ada dan kamera untuk mengabadikan kenangan bersama mereka. Minta tandatangan pada buku masing-masing... pastinya akan berasa seronok. Berbual mesralah dengan mereka. Untuk menemui mereka, sila lihat jadual di bawah.Oh, ya... pastikan anda mendapatkan buku-buku Alaf 21 yang terkini. Semua buku yang dijual akan diberi diskaun yang berpatutan. Gerai kami akan dibuka dari jam 10.00 pagi - 10.00 malam. Jumpa anda di sana!

JUMAAT
Anis Ayuni, Lily Haslina Nasir

SABTU
Lily Haslina Nasir, Maria Alina, Dhiya Zafira, Ilani Mysara

AHAD
Ramlee Awang Murshid, Dhiya Zafira, Haiza Najwa, Lily Haslina Nasir, Sharifah …

saja bersantai

Image

Komen

" Karya sulung Dhiya Zafira. kira bagus la sebab macam orang yg dah biasa buat novel jer. tak macam karya pertama. sesetengah tu kita baca hasil karya kedua, ketiga, belum tentu sebaik ini. Tahniah buat Dhiya Zafira.. errr tengah buat 2nd novel ke? :) Bagi saya citer ni cukup ramuan utk menjadikan sesuatu novel menarik.Ada cinta, ada chemistry antara watak utama (especially hero ngn heroin la), ada cemburu, ada konflik, ada misteri masa lampau, ada perselisihan dan isu utama pergolakan citer ni agak stereotype la dgnkisah2 lain iaitu salah faham, miscommunication. the key word is *loudwhisper* CAAAKAAAAP.. hehe.. tapi kalau cakap, nanti tak jadi citerla pulak ek? Bila alia nak citer taufik tak nak dengar. bila taufiknak dengar alia pulak tak nak citer.. nak kena luku alia ngan taufik ni. cara penceritaan masa mula tu yg membiarkan pembaca tertanya tanya kedudukan cerita tu memang baik kerana itu akan menjadi kan pembaca curious dan akan terus membaca hingga satu persatu persoalan te…
Image
Salam...
Minggu ni minggu cuti sekolah. bebudak sekolah termasuk emak bapak dan cik2 yang mengajar bebudak ni mesti seronok punya kan...Iyalah...boleh bangun lewat...boleh berjaga sampai lewat malam tgk tv yang dulunya masa waktu sekolah tak ada peluang langsung nak tengok. Aku...hihihi aku bukan cikgu so cuti ke tak cuti ke tetap sama bagi aku. 2 hari lepas kakak aku datang umah. so..dengan 4 orang budak kecil yang nakal dan aktifnya umpama baru lepas minum red bull, bayangkan keadaan rumah aku yang sebenarnya tak berapa nak kemas tuh...hahhahaa....

Perjalanan manuskrip ke 2 agak slow. itulah padahnya kalau lama berenti menulis. enjin tak mau panas-panas. laptop yang rosak dah ok semula, sepatutnya tak ada masalah tapi bila bukak aku lebih banyak merenung skrin dan berangan dari menaip...PARAH...aku takut dateline oktober nih pun aku langar jugak...tak boleh jadi...apa2 pun mesti siap.

Sekarang ni pun, aku asyik penat jer...penat badan, penat otak...yerlah...asyik berulang alik ke ipoh…

kejo yeop kejo...

Image
salam...
Hari ini aku mahu menyahut cabaran yang dilemparkan oleh Lynn Dayana setiap kali dia menelefon aku. Iyalah...setiap kali telefon atau text...mesti dia cakap berapa page dia dapat buat hari ini...
aku yang mendengar berasap telinga ajelah. Dahlah laptop buat hal...aku pulak tak suka menulis sebab akhirnya aku sendiri tak akan faham apa yang aku tulis. al maklumlah tulisan aku tersangat cantiknya. lagipun semenjak 2 menjak ni aku bz jer dengan keja. dahlah kena latihan kawad 2x seminggu. balik rumah manuskrip tengok aku...aku pulak pejam mata. tak boleh jadi nih.
sekarang ni aku dalam proses menghabiskan manuskrip ke dua. hahhah...aku target bulan Feb siap tapi kantoi. kali ini aku akan siapkan sebelum bulan oktober....Lynn...tengoklah...aku akan kejo ko...

cantik pada mata yg memandang

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak.