Posts

Showing posts from May, 2009

latest HOT NOVEL

Image
BERTEMU Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan hatinya. Iqbal kacak, berkarisma dan mempunyai aura yang memikat. Tetapi ada sesuatu yang mencetus rasa curiga Dalila.
Siapa Iqbal sebenarnya? Jejaka itu terlalu perahsia. Entah kenapa, Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dalila tenggelam punca. Langkah jejaka itu tidak dapat dijejak. Sendirian dia mengekang kesedihan yang bertandang.
Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat seorang ayah dapat ditelah. Rupa-rupanya, Hilman adalah anak kekasih lamanya. Namun, Dalila akur jika itu sudah suratan. Apatah lagi Hilman berperibadi mulia.
Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal tiba-tiba muncul di depan mata! Dalila ingin meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu mengubah keadaan. Dia serba salah. p/s - Tahniah untuk kak lina kerana CUMA DIA telah berada di pasaran.

Jawab hutang tag Hezzy

10 Facts About me Mood yang kerap berubah, bergantung pada situasi. Sahabat yang setia. Pendengar yang baik ( ini kata2 kawan aku apabila aku sanggup ponteng kelas n lepak kat tandas semata2 hendak mendengar luahan hatinya yang sedang frust bercinta..hehhehe) Tidak pandai bersosial dengan orang kecuali dengan orang yang aku selesa bersama Aku suka melancong, tapi sebab asik sengkek je, tak banyak tempat yang aku boleh pergi..hahhaha Aku suka mencuba aktiviti lasak ( aktiviti yg aku suka saja); aku teringin bungee jumping, snorkeling, diving, river rafting, naik suma jenis roller coaster, etc Suka tgk citer Korea dan jepun; tapi terhad pada pelakon/jenis cerita yg aku suka sahaja. Tak suka lipat kain baju; masa duduk dengan kakak aku, pernah satu bilik bertimbun dengan baju sebab aku akan tunggu akak aku fed up dan lipat baju aku.hahahahah. tak pandai masak; apa yang aku boleh masak itu terhad pada makanan yang aku suka makan sahaja dan bilangannya tak sampai 5 jenis pun..hahhaha.. tak pandai m…

MERDEKA!!!

Salam.... Semalam aku merdeka!!! Setelah hampir 2 minggu aku bertungkus lumus menyudahkan satu tugas yang cukup berat. Yang cukup payah bagi aku kerana ianya tiba dalam keadaan serentak dan membuatkan aku sakit kepala, sakit jantung, dan terasa seperti ada batu yang sedang menghempap kepala aku. hehehe..mcam suspen aje ya? Ya sebenarnya, aku bercuti sekejap dari dunia blog ini kerana mahu memberi tumpuan kepada manuskrip aku yang sudah siap diedit oleh editor. Jadi sepanjang minggu aku bertungkus lumus menyiapkan segala pembetulan yang diminta. Dalam pada aku tengah pening kepala men-edit kembali mss itu, aku turut sama dilanda perasaan gemuruh kerana aku akan menghadapi temuduga DPLI. Ya..aku tidak suka ditemuduga. Aku cepat berasa gemuruh. Aku mudah panik. Jadi semasa membuat persediaan untuk ditemuduga, aku juga membuat pembetulan untuk mss. Aduh...mujur tidak banyak yang perlu aku betulkan. dan mujur ada cikgu Laila yang bertugas sebagai seorang guru itu. Sekurang-kurangnya, darah g…

Dennis oh vs Izz Karami

Salam... Kali ini aku mahu menulis n3 mengenai sebuah blog yang aku temui sewaktu aku mengoogle novel kedua aku RINDU BELUM BERHENTI. Terima kasih juga kepada yot is yatikerana memberi keizinan aku untuk menyalin kembali n3 blognya. Malah tajuk n3nya pun aku ambil sekali. Antara komennya ialah...; " ha..sape lak izz karami ne? izz karami ni adalah sebuah watak dalam novel karya [tak ingat] tajuk rindu belum berhenti. jatuh tangga cinta betul la aku ngan watak ni. kisah seorang abang yang bercinta ngan minah seblah rumah. turn to be penjenayah yang sangat misteri. kacak hebat lagi tergugat jantung membacanya. ntah ler..macam ade spirit la baca novel ni ditambah ngan watak izz karami tuh. nama pun very the....tergoda aku. tak leh tules banyak..jatuh cinta ni jatuh cinta...sampai bole tergila kejap pegi gugel nama izz karami kot2 ade insan nama serupa. heh...nan-ado. chop! nk buh nama anak aku. sudah..mengarut da ni. ko gi balik cepat sebelum merepek lagik neh.sesungguhnyer...semangat…

Teman sejati

Image
Selama ini Kumencari-cari Teman yang sejati Buat menemani Perjuangan suci Bersyukur kini PadaMu Ilahi Teman yang dicari Selama ini Telah kutemui Dengannya di sisi Perjuangan ini Senang diharungi Bertambah murni Kasih Illahi KepadaMu Allah Kupanjatkan doa Agar berkekalan Kasih sayang kita Kepadamu teman Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian Telah kuungkapkan Segala-galanya... KepadaMu Allah Kupohon restu Agar kita kekal bersatu Kepadamu teman Teruskan perjuangan Pengorbanan dan kesetiaan Telah kuungkapkan Segala-galanya Itulah tandanya Kejujuran kita

P/S - entah mengapa, tiba-tiba saja aku teringatkan lagu yang pernah popular bertahun-tahun lalu.

coretan 3

Salam... Seminggu dua ini emak tidak berapa sihat. Hampir setiap malam emak mengaduh sakit perut. Bila makan perut emak akan sakit, tak makan apatah lagi. Emak menghadapi gastrik yang teruk, jadi tidak mahu makan itu bukanlah satu option. Sakit perut emak begitu teruk sehingga perut emak reject segala macam makanan dan ubat yang harus dimakan. Setiap kali mengaduh sakit, aku memujuk emak mahu membawanya ke hospital namun emak enggan. Aku tahu...adik-adik pun tahu, emak memang fobia dengan hospital. sedangkan makan ubat sahaja kami perlu memujuk emak seperti memujuk anak-anak kecil inikan pula ditakdirkan emak terpaksa menyarung baju berwarna hijau itu. Emak ada penyakit jantung, darah tinggi, dan gastrik. ubat yang sepatutnya dimakan oleh emak cukup banyak tetapi setiap kali menerima bekalan ubat daripada farmasi emak hanya menelan ubat darah tinggi sahaja. Itupun kerana hanya ubat itu yang serasi dengan tubuh emak. Aku pernah membangkitkan perkara ini kepada doktor berkenaan tubuh emak…