Posts

Showing posts from December, 2010

Aku..ombak dan Langkawi....

Image
Salam...
Akhirnya saya kembali semula ke dunia blogging. Jumaat - Ahad lepas saya bersama 15 ahli keluarga yang lain bercuti ke Langkawi. Harapan saya mahu mendengar bunyi ombak...melihat keindahan alam ciptaan Tuhan serta merehatkan otak setelah berhempas pulas menyiapkan NBF akhirnya tercapai juga. Ini merupakan kali pertama saya ke Langkawi. Entah mengapa, baru sekarang saya mahu ke sana. Kalau dahulu, percutian ke Langkawi saya terpaksa batalkan kerana tarikh tersebut bertembung dengan tarikh emak dan ayah ke Makkah, kali ini berjaya juga saya menjejakkan kaki ke sana. Kalau semata-mata ingin merehatkan otak,  Langkawi bukanlah tempatnya sebenarnya....Lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga yang ramai dan anak-anak kecil yang hyper active. Hhahahha...dapatkan bayangkan bagaimana kecohnya keluarga kami sewaktu menaiki feri, bergerak ke sana ke mari...Ada masanya memang melelahkan tetapi saya seronok kerana niat mahu bercuti sekeluarga tercapai juga. Kali ini saya yang menjadi pengarah…

Ulasan lagi

Dah sebulan lebih aku selesai menghabiskan baca RUD & KDB, baru sekarang berkesempatan nak mengulas karya Dhiya Zafira ini. Maaf ye kak, lambat ckit..( Thank U yuni..untuk komen-komen yang diberikan)


Rindu Untuk Dia


Novel ini mengisahkan impian percintaan terhalang antara Jad Imran( again; a nice name) dan Amie Najla’. Awal kisah bibit2 pkenalan antara Jad n Amie di Sepanyol sweet aku rasa. Jad boleh rasa dlm hati yg amie adlah jodohnya. Hubungan diorg yg dharapkan dapat dtamatkan dengan ikatan perkahwinan tidak tercapai dsbbkan satu tragedi tragis yg menimpa Amie..kesian Amie..yelah dekat nak khwin dh tup tup angkara si Zahim jahat tu Amie nekad batalkan pkahwinan dia ngn Jad pastu bawak diri ke Sepanyol..Selepas 5 tahun kt Spain, Amie baru ada kekuatan blik smla Malaysia..Lama jangka masa 5 tahun tu n bnyak perkara boleh berlaku n berubah termasuk lah pada Jad..rupanya dalam tempoh tu Jad berkahwin dgn Suraya ( wanita yg juga teraniaya angkara perbuatan jahat Zahim tapi beza nya S…

Bahana JKP...

Salam...

Tadi semasa saya di pejabat, saya mendapat panggilan dari seseorang. Seseorang yang saya tak jangka akan menerima panggilan daripadanya. Fuh! saspen tak? hahahah..yang pasti bukan dari editor saya ya....saya juga seperti anda semua yang menanti kata putus mengenai NBF. hahaha..konon-kononnya macam ramai je yang menunggu NBF ni kan..hahahhaha...tak apalah...kepada pembaca yang masih berminat membaca karya saya, kita tunggu sama-sama okay? Berbalik kepada panggilan telefon yang saya terima pagi tadi. datangnya dari teman yang sama-sama bekerja di library UPSI dahulu. Ya..sudah 4 tahun lebih saya meninggalkan library itu. Dan bermakna, hanya beberapa kali sahaja saya bertemu mereka sepanjang waktu itu. Tadi selepas memberi salam tadi, kak Ina Bolly @ bollywood ( dia mmg mcm hindustan..sebab tu namanya dipanggil begitu)...ayatnya, " Mar, kau tahu tak..kat sini tengah hot dengan sesuatu..." saya tanya hot tentang apa..." JAUH KAU PERGI!" jawabnya...saya ketawa je…

Takde tajuk...

Salam...
NBF sudah selamat berada di tangan editor. Sekarang ini tugas dan tanggungjawab saya sudah selesai. Saya sudah boleh menarik nafas lega. Saya sudah boleh merehatkan kepala otak yang begitu tepu ini. Ketika ini, saya sudah tidak lalu membaca buku..melihat manuskrip sendiri pun saya dah tak kuasa...rasa nak muntah..hahha.. Sekarang ini bergantung kepada editor saya. Kalau banyak manuskrip di tangannya ketika ini, lamanya saya menunggu..biasalah penulis kan ramai..masing2 nak tunggu q buku sendiri diterbitkan. Tetapi harapan saya agar NBF tidak perlulah menunggu lama...Aminnn..heheh Dah bulan 12 dah ya...cepat betul masa berlalu...sedar2 esok dah 2011...Bulan ni saya bercadang mahu bercuti2 Malaysia...hhhaha..entah jadi entah tidak..ada rezeki adalah..kalau tak ada..saya bercuti2 dengan Lynn sajalah..buat masa ini, itu yang confirmnya..heheheh..lynn..tak sabarnya nak tgk laut..nak dengar bunyi ombak..hehhehe