Posts

Showing posts from March, 2012

Pesta buku Sinar Bestari

Image
Salam....

Kepada yang berada di kawasan berhampiran, bolehlah menjenguk-jenguk Pesta Buku ini...

Siakap Stim Limau

Image
Salam...
Kepada yang mengenali saya rasanya tahu yang saya ni tidaklah pandai memasak. Saya hanya pandai makan sahaja. Hari ini saya cuti kerana menjaga emak yang kurang sihat. Dalam pukul sepuluh pula Mr K sms kata dia nak balik sebab tak sihat badan. Lalu, bila emak tidak sihat ni, tugas memasak jatuh pada bahu saya sepenuhnya. Aikk..jangan ada yang cakap saya ni dah kahwin pun masih harapkan emak memasak lagi...eerr..ada masanya benar juga bila saya tidak sempat ke dapur. hahhaa...Tapi kalau dulu memanglah saya boleh mengelat, tetapi semenjak bergelar isteri ni, kenalah laksanakan tanggungjawab yang satu ni walaupun kebolehan memasak saya cukup terhad. Balik-balik itu sahaja. Mujurlah Mr K tahu yang isterinya ini tidak pandai memasak. Jadi, bila Mr K memberitahu dia mahu pulang awal, saya terpaksa masuk ke dapur juga. Bukak peti ais, hanya ada ikan siakap.  Saya bercadang mahu memasak sweet sour sahaja kerana resepinya boleh ditanyakan kepada emak. Namun sedang dalam berbincang…

Deadline????

Image
Salam.... Perkembangan terbaharu yang tidak berkembang langsung. Sungguh dukacita kerana deadline yang diberikan oleh editor kepada saya telah dilanggar dengan jayanya. Sepatutnya saya perlu menghantar manuskrip pada hujung februari jika hendak terbit pada pesta buku nanti. Ketika mendapat deadline tersebut, saya sesungguhnya berusaha keras ingin menyudahkan cerita yang tidak sampai 100 muka surat sahaja lagi. 100 muka surat sememangnya kedengaran sedikit dan mudah sahaja untuk dihabiskan. Tetapi apabila kisah ini mempunyai kaitan dengan novel Jauh Kau Pergi, saya tidak boleh menulis dengan sewenang-wenangnya. fakta harus betul dan selari dengan cerita dahulu. Aduhai..tidak mudah rupanya mahu menulis sequel. Saya akui, ada sampai satu tahap, saya menangis sebab tertekan. Ini semua mengejar deadline punya fasal. Bila dikenangkan rasa lucu pun ada. Mana tidaknya, tengah saya duduk diam memikirkan plot cerita, tanpa sedar air mata saya mengalir. Hahaha..terkejut jugaklah Mr K tengok sa…