Posts

Showing posts from 2010

Aku..ombak dan Langkawi....

Image
Salam...
Akhirnya saya kembali semula ke dunia blogging. Jumaat - Ahad lepas saya bersama 15 ahli keluarga yang lain bercuti ke Langkawi. Harapan saya mahu mendengar bunyi ombak...melihat keindahan alam ciptaan Tuhan serta merehatkan otak setelah berhempas pulas menyiapkan NBF akhirnya tercapai juga. Ini merupakan kali pertama saya ke Langkawi. Entah mengapa, baru sekarang saya mahu ke sana. Kalau dahulu, percutian ke Langkawi saya terpaksa batalkan kerana tarikh tersebut bertembung dengan tarikh emak dan ayah ke Makkah, kali ini berjaya juga saya menjejakkan kaki ke sana. Kalau semata-mata ingin merehatkan otak,  Langkawi bukanlah tempatnya sebenarnya....Lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga yang ramai dan anak-anak kecil yang hyper active. Hhahahha...dapatkan bayangkan bagaimana kecohnya keluarga kami sewaktu menaiki feri, bergerak ke sana ke mari...Ada masanya memang melelahkan tetapi saya seronok kerana niat mahu bercuti sekeluarga tercapai juga. Kali ini saya yang menjadi pengarah…

Ulasan lagi

Dah sebulan lebih aku selesai menghabiskan baca RUD & KDB, baru sekarang berkesempatan nak mengulas karya Dhiya Zafira ini. Maaf ye kak, lambat ckit..( Thank U yuni..untuk komen-komen yang diberikan)


Rindu Untuk Dia


Novel ini mengisahkan impian percintaan terhalang antara Jad Imran( again; a nice name) dan Amie Najla’. Awal kisah bibit2 pkenalan antara Jad n Amie di Sepanyol sweet aku rasa. Jad boleh rasa dlm hati yg amie adlah jodohnya. Hubungan diorg yg dharapkan dapat dtamatkan dengan ikatan perkahwinan tidak tercapai dsbbkan satu tragedi tragis yg menimpa Amie..kesian Amie..yelah dekat nak khwin dh tup tup angkara si Zahim jahat tu Amie nekad batalkan pkahwinan dia ngn Jad pastu bawak diri ke Sepanyol..Selepas 5 tahun kt Spain, Amie baru ada kekuatan blik smla Malaysia..Lama jangka masa 5 tahun tu n bnyak perkara boleh berlaku n berubah termasuk lah pada Jad..rupanya dalam tempoh tu Jad berkahwin dgn Suraya ( wanita yg juga teraniaya angkara perbuatan jahat Zahim tapi beza nya S…

Bahana JKP...

Salam...

Tadi semasa saya di pejabat, saya mendapat panggilan dari seseorang. Seseorang yang saya tak jangka akan menerima panggilan daripadanya. Fuh! saspen tak? hahahah..yang pasti bukan dari editor saya ya....saya juga seperti anda semua yang menanti kata putus mengenai NBF. hahaha..konon-kononnya macam ramai je yang menunggu NBF ni kan..hahahhaha...tak apalah...kepada pembaca yang masih berminat membaca karya saya, kita tunggu sama-sama okay? Berbalik kepada panggilan telefon yang saya terima pagi tadi. datangnya dari teman yang sama-sama bekerja di library UPSI dahulu. Ya..sudah 4 tahun lebih saya meninggalkan library itu. Dan bermakna, hanya beberapa kali sahaja saya bertemu mereka sepanjang waktu itu. Tadi selepas memberi salam tadi, kak Ina Bolly @ bollywood ( dia mmg mcm hindustan..sebab tu namanya dipanggil begitu)...ayatnya, " Mar, kau tahu tak..kat sini tengah hot dengan sesuatu..." saya tanya hot tentang apa..." JAUH KAU PERGI!" jawabnya...saya ketawa je…

Takde tajuk...

Salam...
NBF sudah selamat berada di tangan editor. Sekarang ini tugas dan tanggungjawab saya sudah selesai. Saya sudah boleh menarik nafas lega. Saya sudah boleh merehatkan kepala otak yang begitu tepu ini. Ketika ini, saya sudah tidak lalu membaca buku..melihat manuskrip sendiri pun saya dah tak kuasa...rasa nak muntah..hahha.. Sekarang ini bergantung kepada editor saya. Kalau banyak manuskrip di tangannya ketika ini, lamanya saya menunggu..biasalah penulis kan ramai..masing2 nak tunggu q buku sendiri diterbitkan. Tetapi harapan saya agar NBF tidak perlulah menunggu lama...Aminnn..heheh Dah bulan 12 dah ya...cepat betul masa berlalu...sedar2 esok dah 2011...Bulan ni saya bercadang mahu bercuti2 Malaysia...hhhaha..entah jadi entah tidak..ada rezeki adalah..kalau tak ada..saya bercuti2 dengan Lynn sajalah..buat masa ini, itu yang confirmnya..heheheh..lynn..tak sabarnya nak tgk laut..nak dengar bunyi ombak..hehhehe

NBF siap akhirnya

Image


Salam
Alhamdulillah..seperti yang saya telah uar-uarkan di dalam fb, tepat jam 2029, 25112010 tempoh hari, saya akhirnya berjaya menoktahkan NATURAL BORN FIGHTER  - NBF. Syukur akhirnya setelah 4 bulan 5 hari dan selepas melanggar MOU yang sepatutnya siap pada 20 oktober, manuskrip saya siap juga. Fuh! lega yang tidak boleh dicakap dengan perkataan. Ini juga merupakan manuskrip yang paling pantas dihasilkan saya. Pantas ikut style saya ya...Ya saya tahu ada penulis yang mampu menulis sebuah novel dalam masa 2-3 bulan sahaja. Tak apalah..saya buat ikut kemampuan. Ramai yang sudah bertanyakan kepada saya bila akan keluarnya NBF ini...hahha...sukar saya nak menjawabnya sebab NBF ini belum lagi diserahkan ke tangan editor. Cadangnya minggu depan baru akan diserahkan. Buat masa ini, saya akan edit mana yang patut dulu..Ya...cara saya kalau boleh jangan terlalu menyusahkan editor walaupun itu memang salah satu rangkupan tugasnya. Saya percaya kerja yang 'kemas' dan kurang kesa…

Kita mandi dulu

Image
Salam...
Semalam kami sekeluarga ke sini. Walaupun memang menjadi warga Taiping, tapi seumur hidup semenjak BUKIT MERAH Laketown ini wujud, semalam baru kali ke dua saya dan keluarga ke sana. Aduhai...orang dari tempat lain ada yang berulang dua tiga kali ke sana. Kami yang warga Taiping ini seakan tidak kisah pula. Sudah lama sebenarnya teringin untuk menjejakkan kaki tapi entahlah...tak pernah berjaya mengumpul semua sanak saudara menjengah tempat yang tidak sampai 15 minit pon dari rumah saya ini. Saya tak pernah ke TAMBUN Lost World itu, jadi saya tak dapat nak membandingkan mana yang lebih seronok antara keduanya. Kalau hendak membandingkan Bukit Merah ini dengan Sunway Lagoon yang saya pernah pergi pada tahn 1997 - ( 13 tahun dah..lamanya)..saya lebih sukakan Sunway Lagoon. Walaupun ketika itu saya dan kawan masing-masing berpakaian baju kurung...tapi itu tak menjadi halangan kami bermain Water Slide ke..ntah apa ke namanya atau mana2 permainan yang melibatkan air...Saya masih in…

BLOGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Image
Salam...
Walaupun tajuk n3 ini khas buat blogger baru, tapi sebenarnya usia saya dalam dunia blog ini dah 4 tahun sudah...blog saya ni berceritakan tentang macam-macam kisah yang berlaku dalam hidup saya. Tentang keluarga..tentang apa yang berlaku di sekeliling saya..dan yang paling utama blog saya ini bercerita tentang minat yang paling utama saya..penulisan...kepada anda blogger2 semua..salam kenal dari saya...

Al Mu'allim - Sami Yusof

We once had a Teacher
The Teacher of teachers, He changed the world for the better And made us better creatures, O Allah we’ve shamed ourselves We’ve strayed from Al-Mu'allim, Surely we’ve wronged ourselves What will we say in front him?
O Mu'allim...
Chorus He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam, Muhammad, mercy upon Mankind, He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam, Muhammad, mercy upon Mankind, Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet] Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad) Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad) Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad) Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers) Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina (O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept While others ate he’d fast, While they would laugh he wept Until he breathed his last, His only wish was for us to be Among the ones who prosper, Ya Mu'allim peac…

Review JKP - emel

Salam....sebenarnya dah lama saya terima emel ni..dalam 3 minggu sudah...seperti biasalah kan...saya masih dalam phase NBF..jadi saya kepala saya seolah-oleh jammed untuk bercerita ttg benda lain..jadi..segala komen2 yang saya terima melalui emel akan saya postkan di sini sebagai salah satu cara mengatakan blog saya ini masih hidup...eheheheh..kepada Anniza..terima kasih banyak2 atas komen yang diberikan...
Dear Dhiya,

Assalamualaikum,


I am no musician, but I know good music when I hear one, I am no writer but I know a good story when I read one. To be honest, I have been mulling over whether to write to you for some time now. I must say here right at the outset that I am no expert in Malay literature nor language although Bahasa Melayu is my mother tongue. I’ve had the privilege of reading your latest book, Jauh Kau Pergi, some time back and thought that you write well. Reading that book prompted me to find out your earlier works and I am proud to say that I now have all of your 4 books!…

Ulasan KDB

Image
Salam...menerima komen dari Airina. Kali ini mengenai novel pertama saya iaitu KDB...Thanks kepada Airina yang sudi membaca dan mengulas novel saya...
~ Rasaku… ~

Ini novel pertama DZ. Walaupun aku kira ia novel yang baru diterbitkan, boleh tahan juga nak mencarinya. Dekat kedai buku yang selalu aku pergi tu hanya tinggal senaskah je. Ha, cepat-cepat aku capai. Takut nanti langsung tak dapat hik3 lalala5 :))
KDB mengisahkan tentang cinta pandang pertama yang berputik di antara Adnan Taufik [Taufik] dan Alia. Namun begitu percintaan mereka mendapat halangan dan tentangan daripada bapa Alia kerana perbezaan darjat dan ketidakyakinan Dato Ariffin terhadap keupayaan Taufik untuk membahagiakan anaknya. Walaupun mendapat tentangan daripada bapa Alia, Taufik berjaya juga merealisasikan impiannya untuk mengahwini Alia. Itu pun setelah Taufik bersetuju dengan menerima syarat yang dikemukakan oleh Dato Ariffin demi membuktikan bahawa beliau mampu membahagiakan Alia dengan caranya sendiri. Walau ba…

It's my Birthday...

Salam....

Saya menjengah 32 tahun hari ini. Selamat Hari Lahir untuk saya...

TOP 10 FIESTA BUKU KARANGKRAF

Image
Salam... Hari ini satu hari saya tak boleh on9 sebab ofis internet ada problem...jadi..bila balik kerja..saya terus on9 dan terkejut bila Mollee, Alaf 21 tagged saya dengan pic di atas. Rasanya ramai yang tahu 29-31 oktober lepas Karangkraf mengadakan Fiesta Buku di Alaf 21. Dan JKP jatuh di tangga ke 2 senarai Top 10 novel FIESTA BUKU anjuran Grup Buku Karangkraf Oktober 2010. ALHAMDULILLAH....syukur JKP masih lagi menjadi pilihan...Kepada pembaca yang masih belum membaca JKP...selamat membaca dan semoga anda terhibur dengan kisah Rif & Afi ini. Terima kasih kerana masih terus menyokong saya.... 1. Cinta Aku Seadanya
2. Jauh Kau Pergi
3. Biarkan Aku Merindu
...4. Senyuman Manismu
5. Andai Kau Jodohku
6. Tanpamu Aku Rindu
7. Puncak Kasih Kita
8. Ruang Rindu
9. Warna Hati
10. Spanar Rindu Skru

Rinn komen JKP

Image
Salam...
Ini merupakan komen dari Rinn pengulas tegar novel-novel melayu. Terima kasih kepada Rinn yang sudi membaca dan mengulas JKP walaupun seperti kata Rinn pada saya dulu, mood membacanya agak merudum. Tetapi tak apa...Alhamdulillah...kesemua buku2 saya masih diulas oleh Rinn...so..to rinn hane koma...arigato gozaimasu...hehehheeh
Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta"


Aku rasa ni antara buku yg ramai pembaca yg ada blog suka baca sebab sangat mudah mencari review novel ni di internet dan kesemuanya adalah review yg sangat positif. Bagi aku Dhiya Zafira sudah berjaya meletakkan namanya di kelas yg tersendiri dalam penulisan novel action thriller.


Dhiya Zafira meneruskan kecemerlangannya dlm melagukan cerita melayu berentak romantis-thriller. Memang menyediakan perisa berbeza dalam penghasilan novel melayu Malaysia. Dalam timbunan cerita2 cinta yg mendayu-dayu, Jauh Kau Pergi memberi denyutan berbeza kepada pembaca. Kadang2 kalau cerita cinta semendang pun buat kita…

Adios te Digo

Salam...
Masih bergelumang dengan manuskrip yang masih lompong. Cuma lompong itu menjadi semakin kecil setiap hari. Harap-harap november ini membawa berita gembira untuk diri sendiri. Tak ada cerita sebenarnya...kalau ada pun saya seperti hilang mood untuk menulis. Dalam kepala ni hanya ada NBF..NBF..NBF sahaja. Namun saya tidak mahu meninggalkan blog ini terus berhabuk. Jadi..seperti biasa..bila saya tidak mahu menulis panjang-panjang, saya akan tinggalkan anda semua dengan lagu yang menjadi kegemaran saya 11 tahun lepas. Adios te digo nyanyian Ricky Martin...


Que difícil es decir "lo siento" Traiconar un juramento
Un aniversario sin promesas
Sin un sólo beso
Profanar la cama en que dormimos
Y la mesa que gozamos
Y beber el vaso que bebimos
Con distintos labios Es la vida, que culpa tengo yo Que me guía siempre con una aventura nueva Que me deja ciego Y me aleja con su juego De tu pobre corazón
Adiós te digo Y me siento mi peor enemigo Se desgarra nuestra historia pasada Por otra historia qu…

Tgk gambar dulu

Image
P/s - mood untuk memblogging masih belum ada. Tetapi saya sudah meletakkan N3 baru untuk blog NBF.

ALaf 21 - Fiesta Buku

Image
Hendak mendapatkan buku-buku yang dijual murah?...malah lebih murah dari yang dijual dari Kuala Lumpur Book Fair..silalah ke sini...kesuakaran mncari novel2 lama yang sudah tiada di mana-mana kedai buku di Malaysia...? Silalah ke sini....Sambil-sambil tu..jeling-jelinglah buku-buku saya ya... 

RBB vs JKP

Salam, Terima emel ini dari Siti Mahyunniza @ Yuni, minggu lepas namun dek kerana agak sibuk, baru berkesempatan untuk meletakkan komennya di dalam blog. Semalam buat kali pertama streamyx kat rumah buah hal. Saya langsung tak boleh online. Ini yang pagi2 dah check sama ada line dah ok...nasib baik ok... Kepada Yuni, terima kasih banyak2 sebab begitu rajin menulis review yang panjang lebar ni.

Jauh Kau Pergi JKP ; Novel pertama karya Dhiya Zafira yang aku baca.Dari stu kebetulan sbnrnya masa aku masuk blog sorg pengemar novel jgk( Shalbysalbina).Dalam banyak2 komen kak Shalby, aku tertarik nak baca post die utk JKP. Org kata penilaian setiap pembaca berbeza jadi aku nak puaskan hati sendiri, esoknya jgk aku pi kdi buku dan nasib baik lah ada novel JKP.Aku beli hari tu, baca hari tu n habis baca hari yg sama jgk.Hehe.. JKP ni berkisar tentang kembar seiras ( actually depa kembar tak seiras) Najmi & Afi yg kematian parents diorg n dibuang keluarga sndri(datuk ngn nenek). Kesian.Nasib ba…

20102010 - MOU???

Salam...
Hari ini 20102010. Tarikh yang cukup cantik, yang tak akan berulang lagi. Tarikh di mana rata2 orang akan memilih untuk mengadakan majlis tunang, nikah atau sebagainya. Oleh kerana 20102010 ini jatuhnya pada hari Rabu, jadi tidak banyaklah orang yang menggilakan tarikh ini seperti tarikh 10102010 yang berlangsung 10 hari yang lalu. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membicarakan mengenai tarikh ini. Mood memblogging saya masih belum ada. Namun, kalau saya menulis N3 ini esok hari sungguh tidak kena rasanya. Kepada pembaca setia blog saya, mungkin tahu apa significantnya tarikh ini kepada saya. Sebab apa ya? Kalau nak tahu, 20102010 ini merupakan tarikh tamatnya MOU saya bersama Lynn Dayana. Tarikh keramat sepatutnya kami berdua menyudahkan manuskrip masing-masing dalam tempoh 3 bulan. Bermula 20072010 dan tamatnya 20102010. 3 bulan. Adakah kami berdua sudah meletakkan titik noktahnya? Hmmmm...JANGAN HARAP. hahhahaa....sukarnya rasanya hendak menyiapkan mss dalam masa …