Thursday, November 10, 2011

quick update

Salam.....


Sesungguhnya saya masih ada tetapi kenapa blog ini seperti kehilangan tuannya? tak pernahnya saya begini..dahulu paling malas pun dalam sebulan adalah 6-7 entri yang saya tulis ( memang pemalas). Kini, sebulan satu n3 sahaja. Dashyat sungguh mood saya ini ya. Permintaan sahabat saya untuk menyambung kisah Acheh juga tidak tertunai dan banyak sekali cerita yang tersimpan...tunggulah ya..sampai saya mempunyai masa untuk bercerita...sehingga itu doakan saya berjaya menamatkan Jimmy sebelum akhir tahun ini ya...

dan juga...Saya akan menamatkan zaman bujang saya ahad ini...minta doakan kebahagian untuk saya juga ya....(^_^)

Tuesday, October 04, 2011

jalan2 sambil kerja or kerja sambil jalan2...?






Salam...

Blog bersawang..saya tahu..saya tahu....tak payah cakap okeh..hehhehe...tengok picca raya saya sudah..nak letak caption pun tak letak2 sampai ke hari ni...ala..tgk gambar tu faham2 sendirilah ya...minggu depan akan ke sini...urusan kerja sebenarnya tapi saya suka..sebab di saat tengah bz dengan urusan Jimmy dan ehem ehem saya bulan depan...saya rasa sesak nafas. Bila saya tengah dong d0ng...saya suka dengar bunyi ombak..tak dapat ombak, dengar bunyi air terjun pun okeh je...4 hari ke sini..minggu satu lagi pulak saya menerima jemputan untuk ke Karnival Penulis 1Malaysia di PNM...aduhai.....

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Salam....

Saya akan bercuti dari esok sehingga 5 September. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam. Maaf Zahir dan batin sekiranya terlanjur kata dan perbuatan disepanjang perkenalan kita. Semoga ramadan yang bakal berakhir ini bukanlah ramadan yang terakhir untuk kita. Semoga hari yang gembira ini dapat memperkukuhkan lagi ukhwah sesama kita.


Thursday, August 18, 2011

Review HBR

Category: Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author: Dhiya Zafira


Hati Bergetar Rindu
Penulis: Dhiya Zafira
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
530 mukasurat


"Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?"


4****
Kalau anda kali pertama membeli dan membaca karya Dhiya Zafira, tentunya tak menyangka ianya novel romantis thriller kerana kulit buku ini tidak langsung menggambarkan sentuhan thriller dalam novel ini.

Awal-awal lagi kita sudah diperkenalkan kepada 'Angel' pembunuh bersiri. Dia adalah pemburu wanita-wanita cantik yang curang. Ari yg berada di tempat yang salah, di waktu yang tak kena, menyebabkan dia turut terseret sama dalam senarai buruan Angel. Kes ini juga membawa kita mengenali Sid yang bertanggungjawab untuk kes Angel. Ari yang ditemui dalam keadaan separuh mati membawa kita menyusuri kisah silam yang terselindung antara Sid dan Ari. Kisah Angel, Sid dan Ari diceritakan secara bersulam dalam teknik 'flashback' yang disusun kemas. Bukan senang nak menceritakan 'past' dan 'present' secara 'back to back' seperti ini tanpa mengelirukan pembaca. Terima kasih kepada penulis dan editor kerana sangat teliti dalam menyusun kronologi kisah ini dan membuat aku tidak pening malah merasa untuk terus membaca hingga helaian terakhir :)

Kisah silam Sid-Ari yang disulam dengan aktiviti-aktiviti Angel yang mendebarkan membuat pembacaan menjadi rancak dan lancar. Rasa tak sabar nak menyingkap rahsia pertelingkahan Sid dan Ari. Segalanya didedahkan sedikit demi sedikit seperti mengumpan kita untuk terus menyelak setiap helaian novel ini dengan penuh rasa ingin tahu. Aku faham apa yang Fauzan rasa bila Sid tu asyik buat cerita tergantung saja. Memang rasa nak sekeh kepala Sid :) kenapa la Fauzan tak tolong kita sekeh Sid sedas.

Selepas Angel tertangkap, terasa rentak cerita ini jadi tidak meriah dan jalan cerita jadi biasa-biasa, mungkin kerana dah selalu jugak baca novel yg ada kisah watak-watak utama dibawa ke Tanah Suci menunaikan umrah. Kemunculan semula copycat Angel setelah Ari dan Sid kembali dari mengerjakan ibadah umrah menghidupkan semula suasana bertenaga kisah ini. Bab-bab terakhir memang mendebarkan dan happy ending di penghujung ceritakan merupakan hadiah yang paling manis buat pembaca yang penat-penat tumpang panik.

Kalau nak banding kisah 'Hati Bergetar Rindu' dengan 'Jauh Kau Pergi', aku lebih suka JKP. JKP telah meletakkan penanda aras yang agak tinggi buat Dhiya Zafira.

Reunion watak-watak hero & heroin dari novel-novel Dhiya Zafira yang lalu kelihatan meriah :) Scene Jimmy tengok mms anak-anak buahnya yang dihantar oleh Afi kelihatan tidak ada kena mengena dengan kisah dalam Hati Bergetar Rindu. Bagi yang tidak mengikuti kisah mereka dalam 'Jauh Kau Pergi' mungkin akan berasa keliru mengapa scene itu menumpu kepada mereka 'out of the blue'. Apa-apa pun memang tak sabar nak baca kisah Jimmy :)


Sure fine whatever
Rinn


P/S - Komen asal boleh dibaca di sini.. terima kasih kepada Rinn yang sudi mengulas HBR...walaupun tengah dalam kegilaan melayan drama dan movie dan mood membaca yang merudum, rinn masih sudi membaca HBR..terharu sungguh...hehhehe 

Friday, August 12, 2011

10 ciri....?

10 Ciri-Ciri Isteri Yang Solehah


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


p/s - Sekadar paparkan nasihat yang cukup baik untuk kita aplikasikan dalam kehidupan harian bagi mereka yang telah dan bakal bergelar isteri...hmmm..jangan ada yang fikir bukan2 ya bila saya meletak n3 ini..hehhehe

Tuesday, August 09, 2011

Kief's Story 1





Salam...

copy dari blog sebelah yang tak berapa nak aktif lagi sebab belum ada cerita yang hendak dipaparkan...untuk pengetahuan semua, Kief's Story (tajuk sementara)...selepas ini semua tajuk saya akan begini ya.. ( .......(nama hero + story)...sehinggalah saya menemui tajuk yang saya suka dan sesuai...) merupakan projek ke 7 saya selepas Jimmy's story. Adakah masih kekal dengan romance / action-thriller? InsyaALLAH....tapi saya mahu melakukan sesuatu yang lain dalam kisah ini. Harap2 segala percaturan saya nanti berjaya.InsyaALLAH....
Bagaimana ya kisah kief ini? Bolehkah anda agak bagaimana jalan ceritanya?

Friday, August 05, 2011

4+1

Salam

Cerita 1
Malam ini bosan sungguh. Hendak menaip menyiapkan kisah Jimmy yang memang liat nak siap tu, tak ada mood pula. Hendak menonton tv, saya rasa malas. Jadi..seperti biasa, kalau bosan malam-malam,  bila mengadap pc...saya online sajalah sambil mendownload apa yang boleh didownload. Mood saya berubah-ubah. Hari tu baru lepas layan Grey's Anatomy 1-6. Citer ni ulang 100 kali pun saya boleh tengok lagi. Saya memang gila dengan cerita ni selepas Prison Break dan Alias. Dengar2 cerita, McDreamy tidak mahu menyambung kontrak lagi selepas season 8 nanti. Aduhai...kalau Sheperd tak ada..apa jadi dengan Mer ya? Adakah Mer juga akan mengundurkan diri? Tapi kalau Mer tiada, Grey's Anatomy terpaksa menukar namalah ya. Walaupun ada Lexie yang membawa nama Grey, tetapi karakter Lexie itu bagi saya rasa tidak cukup 'kuat', 'kukuh' dan 'gah' untuk membawa nama  yang menjadi tajuk cerita itu. Bila bercakap mengenai Grey's Anatomy...automatik orang akan ingat Meredith dan bukannya Lexie. Saya masih berharap greys akan terus bersambung hingga bila-bila. Rasanya tak best je rasa tak dapat melihat drama kesukaan saya ini. Tapi...apa pun setiap yang bermula pasti akan berakhir kan? Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima kenyataan.

Cerita2
Ahad lepas, saya, adik dan emak ke bandai Taiping untuk mencari kain. Itulah kerja saya semenjak dua menjak ini..asal ada masa terluang kami pasti keluar mencari barang keperluan..(faham2 sajalah ya). Selepas mendaapat kain yang kami semua berkenan, saya terus hantar ke tailor. Masa dia minta contact number saya, saya pun berilah. Tiba-tiba dia tegur ' duduk KL ke?" saya kata taklah..duduk sini. "oh..sebab nombor tu nombor kl' saya angguk ajelah. dan terus cakap ' itu nombor masa saya belajar dulu..sampai sekarang mmg tak tukar2.." dan muka tailor tu ala2 terkesima kejap..hehhehe...
Yang betulnya..sememangnya nombor itu nombor yang saya gunakan semenjak dari tahun 2000 lagi. Wah setianya saya sehingga 11 tahun masih kekal nombor yang sama. Handset pertama saya adalah pada tahun 1999 part 3. Itupun selepas tokwan saya yang meninggal dunia tanpa saya ketahui. Kalau tidak kerana kejadian itu, memang saya tak nampak apa pentingnya membeli handset itu. nombor pertama yang saya guna ialah 0162981900. Saya pakai nombor ni sekejap je sebelum bertukar ke nombor sekarang. Jadi..atas dasar itu, poyokah saya kalau saya anggap diri saya ni seorang yang setia? ahaks...Digi patut beri anugerah pelanggan setia pada saya kan..?


Cerita 3
Kejap tadi saya kena leter dengan adik saya sebab baju-baju saya bersepah ( dalam erti kata lain tak berlipat). Saya diam ajelah sebab memang betul leteran dia pun. Saya memang tak suka lipat baju. Saya boleh basuh ( itupun pakai mesin) dan sidai baju sahaja. lepas pada itu saya surrender. Memang tak suka dan MALAS hendak melipat baju lebih2 baju kurung yang memang jadi pakaian harian pergi kerja itu. Kalau ada maid yang boleh menguruskan baju2 saya alangkah baiknya. Saya mengemas baju memang beberapa bulan sekali. Selebihnya saya masukkan ke dalam 2 kotak saya. satu baju kurung. satu baju selain baju kurung. kotak ni bertutup jadi tidaklah nampak bersepahnya. Kira kotak ini sebagai perhentian sementara(iya ke sementara) sebelum ia berjaya sampai ke tingkat atas beberapa bulan kemudian.hhahhahaha.... Iya..saya tahu apa dalam fikiran anda semua. sangat teruk dan pemalas ya rabbi kan...ya..saya akuinya...saya mmg tak suka lipat baju.


Cerita 4
Setiap kali saya tutup pc, adik yang sama akan bertanya..sampai mana hang menulis malam ni. bila saya jawab banyak itu dan itu, dia akan merungut. Berjam2 aku tengok hang dok mengadap benda tu, bilanya jimmy nak siap ni? dan bila aku boleh baca dengan lengkap ni?" soal dia dengan suara yang turun naik. Iya...memanglah Jimmy itu tidak akan siap kalau setiap malam saya seperti ini. huwaaaaa... Buka mss sekadar buka tapi lain yang saya buat. yang sebenarnya saya takde idea mahu menulis apa...(actually ideanya apa tapi semuanya berlegar dalam kepala sahaja dan bila hendak diterjemahkan daam bentuk tulisan, ianya tidak menjadi seperti yang saya harapkan)...sudahlah..saya mahu berhenti menulis. Lebih baik saya sambung menulis mss. Ada jugak faedahnya....ciao....


eh...Oh ya...saya sudah tambah satu blog baharu..Kief's Story. Ini projek yang akan saya tulis selepas Jimmy. Iya..jangan harap untuk baca apa-apa lagi sebab saya tidak menulis lagi..again..di dalam kepala ni surah sarat mahu memuntahkan segala-galanya mengenai kisah baharu ini. Ya...mungkin ada yang mengatakan..eleh..Jimmy pon tak siap2 kecoh je dengan citer lain..hehehhe..saya peduli apa kan..suka hati sayalah...sya sebenarnya tidak suka bekerja dengan tekanan (dlm penulisan)..tapi sebenarnya kadang kala tekanan itulah yang lebih baik buat saya...hmmmm....

Review HBR


Salam

Sekali lagi ulasan dari orang yang sama. boleh baca di sini . Terima kasih tidak terhingga buat kak chik yang sudi membaca Jauh Kau Pergi dan Hati Bergetar Rindu. Kalau ada kesempatan, saya ingin sekali jika kak chik membaca karya-karya saya yang lain seperti KDB, RBB & RUD.


4 ****
Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?

Blurb:
Hidup ini adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka, jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meskipun yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum walau perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Sesungguhnya, DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita.

Ari – Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Dalam dunia ini, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai dan disayangi.

Sid – Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah… kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah… kebenaran hanya mampu diihat oleh mata hati, dan Ari… yakinlah ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa makna sebuah perjuangan.


Kak Chik menukil:

Owhhhhhhhhhhhh….Kak Chik sudah tersilap anggap pada heroin…Kak Chik ingatkan Ari itu --> lelaki; kerana amat jarang kita mendengar perempuan bernama seperti itu tetapi setelah membaca, baru Kak Chik tahu bahawa Ari itu --> Arisa Nur Adilia. Hehehe

Buku DZ ini dah dua bulan tunggu giliran untuk dibaca, diborong semasa PBAKL hari tu. Walaupun dua bulan masih lagi berbalut plastik, sebab Kak Chik ada satu kepantangan kalau membaca novel iaitu Kak Chik tak boleh duduk belek baca buku tu konon-konon nak tahu best ke tak. Kalau Kak Chik langgar juga kepantangan tu, alamatnya buku tu hanya tinggal riwayat tanpa habis dibaca walaupun ramai yang kata buku tu best!

Alamak…dah terlalut ke laut pulak dah! Kisah misteri yang sungguh mengujakan dengan terselit juga kisah romantik yang digarap dengan begitu teliti oleh DZ. Perjalanan cerita yang merangkumi kisah perjalanan watak utama iaitu Ari. Anak tunggal yang tidak pernah mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapanya kecuali pembantu rumah. Dia mempunyai segalanya tetapi dia tersepit dengan jalan hidup yang dipilih papanya, Tan Sri Zain Johari. Ari makin terluka apabila papanya berselingkuh dengan kawan karibnya sendiri, Nisa. Bertahun dia ‘membisu’ kerana kelukaan itu. Pemergian Ari ke London untuk mencari mamanya yang selama ini ‘dimatikan’ oleh papanya makin menambah dalam ke jurang kelukaan. Kejutan lain juga membuat Ari tidak terus rasa terpinggir sendiri di bumi ini.

Sid --> ASP Ziyad Sidqi yang amat ketara berubah sepanjang tiga tahun selepas kepulangan dari bumi London. Apa yang terlalu menghantui hati lelaki yang bernama Sid itu sehingga dia bukan lagi seperti itu. Sid terlalu berahsia tentang rahsia hatinya walaupun terhadap ibu sendiri. Dia cuba menyembunyikan segala rahsia di sebalik wajah yang sentiasa tidak beriak emosi.

Berita pembunuhan bersiri yang melanda negara juga menjadikan hidup Siq sentiasa kalut untuk memburu pembunuh tersebut. Mangsa terbaru yang terselamat telah menghidupkan sinar untuk menjejaki Angel. Siapakah mangsa yang terselamat itu sehingga Sid sanggup bertegas dengan ketuanya untuk terus mengendali kes tersebut walaupun nyawanya menjadi taruhan?


Sudut pandang Kak Chik:

Kak Chik rasa macam tak seronok pula nak ulas secara terperinci kerana sedikit saja maklumat, mampu menyerlah ‘rahsia’ Sid dan Ari yang menjadi nadi kisah ini. Plot yang sangat menarik kerana buat Kak Chik terpaku untuk membaca, membaca dan membaca.

Tahniah pada DZ untuk satu karya yang menarik kerana pada Kak Chik amat jarang penulis wanita di Malaysia yang mampu menulis kisah thriller (walaupun tetap ada unsur romantik)dengan baik.

Tapi apa ya kisah Komando Najmi/Jimmy (Jauh Kau Pergi) yang terselit sedikit dalam kisah ini? Kenapa dia nampak bersedih dan menyendiri ketika di Tanah Suci?

LiFe iS a LoNG JouRNeY

-Kak Chik-
(^__^)

Ulasan JKP

Salam....

Ulasan yang saya temui dari blog Aimie ataupun kak chik. Terima kasih atas ulasan yang diberikan. 


4 ****

Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta

Blurb:

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak lebih daripada yang sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat.

Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi, dia ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia… aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia… aku redha. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti…


Kak Chik menukil:

Terkedu..terkaku..sebabnya persepsi pada karya Dhiya Zafirra ni jauh tersasar. Kak Chik ingatkan kisah biasa yang rupa-rupanya kisah yang penuh debar dan kejutan. Sungguh cermat penulis menganyam ayat-ayat sehingga Kak Chik terpaku untuk mengakhiri kisah ini.
Afiqah Najwa yang bekerja sebagai pustawan di perpustakaan UPSI, seorang yang pendiam dan penuh rahsia. Dia tidak mempunyai ramai kawan kecuali dua orang teman di tempat kerja. Pemergian abang kembar tersayang mengubah perjalanan hidup Afi. Dia hidup dalam kesedihan kerana pemergian orang-orang tersayang dan menjadikan dia hidup sebatang kara. Kematian Najmi yang bekerja sebagai komando ATM ketika menjalani operasi rahsia telah menyebabkan Afi hidup dalam buruan. Tetapi siapa yang memburunya? Sedangkan selama ini dia tidak pernah mempunyai musuh.
Kemunculan Haiyan Rifqi, teman yang sama-sama membesar bersama arwah Najim, Helmi, Lukman dan Eddie yang bertindak sebagai pelindung Afi juga menjadikan Afi hidup dalam keliru. Kemunculan Rif selepas lima tahun menjauhkan diri dari teman-teman juga membuat Afi tertanya-tanya. Dan kerana mahu melindungi Afi dan perlu sentiasa menjaga Afi 24 jam, Rif mengusulkan mereka menikah untuk menjaga maruah Afi. Afi terkeliru sedangkan arwah Najmi pernah berpesan jangan sesekali jatuh cinta pada Rif.
Dan setelah segala kekeliruan terungkai, apakah jodoh mereka tetap kekal? Afi merasakan tertipu kerana selama ini Rif merahsiakan sesuatu yang sungguh berharga padanya. Dan ikatan perkahwinan mereka juga terikat bukan kerana kehendak Rif. Apakah pengakhiran perkahwinan tanpa cinta ini?


Nota kaki: Sungguh teruja untuk mengetahui pengakhirannya. Kita dihidangkan dengan kerjaya yang jarang-jarang dipaparkan kerana kerjaya tentera memang mempunyai banyak cabang dan komando merupakan salah satu unit yang terpenting dalam ATM. Sebuah kisah romatic thriller yang menyebabkan jantung sentiasa berlari kencang.

Thursday, August 04, 2011

Belajar untuk redha


Salam
 Saya terjumpa artikel ini semasa sedang menggoogle sesuatu. Jadi...atas niat mahu berkongsi sesuatu yang cukup baik untuk kita semua, saya paparkan artikel ini. Mudah-mudahan kita memperolehi ilmu daripadanya...




Walaupun sedih, mari belajar untuk redha. Belajar untuk menerima

Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.

Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?


Saya hendak belajar mengenainya.

Duduk Sebentar Berfikir

Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?

Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.

Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,

“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”

Besar makna kata-kata beliau.

Sahabat, mari sini.

Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.

Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.

Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.

Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAh.

Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.

Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri

“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”

Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.

Islam ini sangat cantik!

ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.

Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.

Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.

Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15

Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-5

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.

Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita.

Ujian ALLAh Datangkan Hendak Membersihkan Manusia


Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.

Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda!

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari

Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.


Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!


Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAh ingin menghapuskan dosa-dosa anda?


Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAh


Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.


Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.


Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.

Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat.

Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

Anda mahu hebat pada pandangan ALLAh? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat! Semoga ALLAh merahmati.


Tuesday, August 02, 2011

Ramadan Al-Mubarak

Salam....


Baru dua hari ramadan menjengukkan wajah namun saya sudah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. ALHAMDULILLAH....apa yang membuatkan saya sedikit berasa duka beberapa bulan dahulu berakhir dengan berita gembira. Apakah ya berita gembira itu...yang akrab dengan saya pasti sudah tahu..tidak pun yang membaca status saya di fb juga tahu. Yang sebenarnya buku ke 3 saya iaitu RINDU UNTUK DIA sudahpun diulang cetak. Bagi sesetengah penulis yang bukunya sentiasa diulang cetak mungkin sudah menjadi perkara biasa, namun bagi saya ia tetap berita yang membahagiakan. Bukan sebab royalti yang bakal saya terima yang menyebabkan saya teruja...tetapi cukuplah apa yang saya mahukan hanya buku2 saya berada di pasaran dan dibaca oleh pembaca. Sebenarnya semenjak dari hujung tahun lepas ketiadaan RUD dimana-mana kedai buku menyebabkan saya runsing. Malah stok RUD di Karangkraf juga tiada. Saya sudah tidak tahu mahu memberi jawapan setiap kali pembaca mahu memberi RUD daripada saya. Malah ada yang sudah bank in kan wang namun bukunya tiada pada saya.
Langsung usaha saya, membeli RUD di MPH secara online. Dapatlah 10 buah dan 10 buah itu turut habis tidak sampai dua minggu. Di pesta buku PWTC dan Mini Karnival karangkraf di Sg Petani juga ramai yang bertanyakan RUD. Ada yang mengatakan kesemua buku2 saya sudah dibaca kecuali RUD. Aduhai..kalau anda duduk ditempat saya ketika itu, pasti anda tahu apa yang saya rasa. Sedih..sudah tentu. Hampa...apa tidaknya. Dan keadaan ini juga mempengaruhi emosi saya untuk terus menulis. Ya..ada rasa patah semangat dan putus ada pun ada...namun setelah beberapa lama bermuram durja, saya redha. Saya tawakal. Rezeki saya...ALLAH yang putuskan. Saya malas mahu pening2 kepala. Perjalanan hidup saya tetap tiada perubahan kalau saya yang tidak mahu mengubahnya. Saya tidak mahu episod RUD mematahkan semangat saya dan saya kembali berjuang semula meneruskan kecintaan saya. Dan minggu lepas saya mendapat berita yang tidak disangka-sangka. Benarlah ALLAH itu MAHA KUASA. DIA yang menunjukkan jalannya. Ayat " Iya RUD sudah diulang cetak" benar-benar melontarkan saya ke lembah bahagia. Syukur ALHAMDULILLAH. Rezeki Ramadan saya. Jadi kepada anda yang ingin mendapatkan RUD bolehlah melanggan di GRUB BUKU KARANGKRAF ya kerana saya masih belum berkesempatan untuk mendapatkan naskah dari sana....

Tuesday, July 26, 2011

quick update

Salam....

Hanya nak khabarkan yang blog ini masih wujud. Tuannya masih ada cuma kebelakangan ini tuan punya blog super super busy dengan kerja yang entah apa-apa. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah. InsyaALLAH akan cuba update atau sambung pasai trip ke Aceh yang dah basi itu...till then...adios....

Tuesday, July 05, 2011

review HBR

Salam

Ulasan yang diterima daripada Airina. Termasuk HBR ini, sudah 4 buah novel saya telah diulas oleh empunya diri. Terima kasih tidak terhingga kepada beliau. Menggenangkan ini, saya rasa bersyukur sangat kerana Airina terdetik mahu membeli JKP semasa menunggu hujan teduh sedangkan ketika itu, beliau tidak terlintas langsung mahu memilikinya. Bertitik tolak pada itulah, di saat JKP dikhatamkan, beliau terus sudi membaca hampir kesemua hasil karya saya...TQVM...


Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan [Blurb Novel]


Meneliti bait-bait blurb novel membuatkan aku tersengih sendiri. Dalam maksud tu kih5 :P

HBR bermula dengan plot yang mendebarkan. Membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang sebenarnya berlaku? Siapa si pelaku itu? Hero atau musuh? Kemunculan watak Arisa Nur Adalia [Ari] mula meneutralkan perasaan itu. Tetapi tak kekal lama, plot seterusnya sudah berjaya membuatkan jantungku berlari ke sana ke mari. Mujur saja aku tak semput kih5 :P

ASP Ziyad Sidqi [Sid], sememangnya seorang anggota polis yang komited pada tugasnya. Dan kerana tugasnya, dia kini bersama Inspektor Fauzan berganding bahu dalam menyelesaikan pembunuhan kejam yang didalangi oleh Angel. Dalam menyelesaikan misinya dia bertemu Ari; satu-satunya mangsa Angel yang masih selamat. Namun apa yang lebih membimbangkan adalah Ari itu merupakan isterinya yang 'lari' itu. Tiada apa yang lebih menakutkan, melihat sang isteri hampir putus nyawa di hadapannya.

Ari memang bernasib baik. Umurnya masih panjang. Mungkin kerana ada lagi perkara yang tak beres antara dia dan suaminya, maka tiap perselisihan faham itu perlu dijernihkan. Kepayahan Ziyad dalam meyakinkan Ari untuk memaafkannya membuatkan aku melihat Ziyad itu sebagai suami yang benar-benar sabar. Bukan semua insan bisa bertahan seperti Ziyad. Mana untuk mencari Angel, dan melindungi buah hatinya yang terang-terang menolak kehadirannya di sisi.

Kisah Angel dan bagaimana dia menjadi begitu kejam terselit di setiap bab. Lebih mudah begitu dan ia tidak langsung menganggu pembacaanku. Cuma bila saja kisahnya ada di tiap bab, aku sudah dapat meneka siapa Angel itu dan itu menyebabkan rasa surprise itu hilang sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun olahan cerita itu tetap membuatkan aku terus terpaku hingga ke halaman terakhir :D

Kisah Sid & Ari memang menarik namun ia tak sehebat kisah JKP. Perasaan jatuh cinta pada Rif & Afi lebih hebat berbanding Sid & Ari. Alahai! Nampaknya Kapten Rif dan isteri masih menang dari pelbagai segi hik3 lalala5 :P Mujur ada juga kisah mereka di hujung-hujung cerita. Bukan mereka saja, kesemua pasangan dalam novel terdahulu pun ada.

Sekalung tahniah buat Kak Dhiya atas kehadiran novel kelimanya. Nama penulis di bahagian kulit novel sudah dibesarkan, pastinya menandakan DZ kini menjadi sebahagian daripada keluarga penulis prolifik Alaf 21. Betulkan tekaan saya? :D

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita. [Blurb Novel]

Ps: Makin tak sabar menanti Jimmy's Story. Ala, abang Afi dalam JKP :))

Saturday, July 02, 2011

Acheh II

Salam...

sambung ya n3 yang seterusnya.


Setelah berehat, malam itu selepas maghrib, kami makan malam di Rex, Peunayong. Kalau siapa yang tidak tahu, Rex ini terletak di hadapan Hotel Medan. Kira tempat ni tempat famous kat area itulah. Hotel Medan juga merupakan hotel yang boleh tahan murahnya dari kesemua hotel yang ada. Tetapi menurut Firdaus, air di hotel ini agak keruh dan kotor. Ada cerita yang lebih menarik rupanya. Hotel Medan ini merupakan antara hotel yang rosak teruk akibat bencana Tsunami yang berlaku 26 Disember 2004. Banyak mayat yang turut ditemui dalam hotel ini. Dan sehingga kini, masih ada penginap yang terasa 'diganggu' oleh sesuatu sewaktu mereka menginap di HM ini. Ya..sebelum ke mari, saya juga mencari maklumat tentang Acheh dan kejadian di hotel ini turut diperkatakan oleh mereka yang pernah menginap. Siapa yang mahu merasai pengalaman, bolehlah menginap di Hotel ini ya..hehhehehee...


Firdaus menulis order...kelakor betul

Ok..kembali kepada makan malam di Rex. Di sini terkenal sate daging kambingnya. kerang rebus dan ayam penyetnya. Yang menarik disini, tetamu menulis order makanannya sendiri, dan bukannya pelayan yang mengambil order. Malam itu, kami makan sate kambing dan ayam. Juga bersama kerang rebus.(kerang bakar sudah habis, padahal baru jam lapan malam). Kerang kat sini besar-besar. Terkejut juga saya melihatnya. Kalau kat Msia, saya hanya pernah melihat kerang yang biasa kita makan itu sahaja. Tetapi di sini, memang besar dan kira puas makanlah kiranya.

Kerusi makan macam kerusi malas..cukup tak sesuai, sebab badan
terpaksa didepankan untuk menjamu selera..lenguh wei..hehhehe

Satu yang saya perhatikan di sini, mereka kurang gemar minum dengan ais. kalau meminta teh dingin ( teh ais), ais yang diletakkan hanya 2 3 ketul sahaja, sedangkan air yang digunakan air panas. Sepanjang saya di sini, saya pasti terpaksa meminta ais tambahan. dan menurut kata Daus, sendiri orang Acheh memang kurang minum dengan ais. Aduhai..sudahlah kurang ais ( es..panggilan mereka), air yang mereka buat, cukup boleh menyebabkan saya mengidap kencing manis. Ya ALLAH..bukan manis-manis sikit..tapi teramatttttttttttttttt manis. sampai tambah 2 gelas air pun masih manis lagi. bayangkan. Emak sampai cakap, duduk 5 hari di Acheh ini, balik msia terus kena admit dalam hospital. Kalau dipesan supaya kurang manis, tetapi masih tetap juga manis. Ini berlaku pada setiap kedai makan yang kami singgah. Aduhai....
Walaupun kita serumpun, bahasa yang hampir sama...agama yang sama..makanan yang juga tidak banyak bezanya namun tekak saya masih tidak dapat menerima makanan di sana. Bukan saya seorang, mak dan mak teh juga kurang selera dengan makanan yang kami makan sepanjang kami di sana. Bukan mahu cerewet, tapi kenyataannya memang tekak tak boleh terima. Walaupun begitu banyak Daus melobi makanan itu sedap..makanan ini sedap..heheh..tapi..balik2 mak teh kata..tak sedap pun.  Tapi syukurlah..makanan semua halal di sini. tak adalah balik2 kena mengadap buah dan salad mcm di spain dulu..hehehe..hahhahaha...kesian Daus..tekak dia dah 4 tahun merasa makanan Acheh. Nak harapkan kami yang baru tiba ini tentulah tidak sama. Tapi tak dinafikan bakso di sini memang sedap.

Kerang yang besar tapi masih tak berapa besar ni..sebab ada yang
lebihhhhhhh besar lagi tapi orang lain yang makan...kuah yang nampak
caroi tu mmg tak berapa sedap pada tekak kami le....


p/s - sambung lagi nanti

Friday, July 01, 2011

kantoi

Salam...


Semalam semasa tengah tengok Grey's Anatomy season 6, saya sengaja update profile data di fb saya. Iyalah selama ini benda itu memang tidak jadi perhatian saya lansung. Tapi semalam entah apa gatalnya saya, saya telah menukar Relationship status saya kepada engaged. Dan tiba-tiba ucapan tahniah datang bertalu-talu. Er..er..saya dah serba salah. Segan pun ada sebab kalau ikutkan sudah nak hampir 3 bulan saya menjadi tunang orang. Dan bila diupdate begitu, macam kejadian tu baru berlaku pula. Jujurnya, saya tidak berniat apa-apa semasa menukar ke status itu. dan saya sangkakan tidak ada yang akan peduli, seperti mana saya tidak pernah peduli sebarang pertukaran status yang dilakukan oleh teman-teman fb. Ya..ada yang single..ada yang it's complicatedlah..ada yang engaged / married...walau apa pun yang berubah..saya tak peduli..jujurnya. Saya memang tak ambil tahu dan tak kisah pun.heheheh...
Jadi...bayangkan macam mana merah mukanya saya ( korang mmg tak nampak), tapi saya mmg rasa malu..hahaha bila menerima ucapan tahniah dan doa dari teman-teman. Beberapa saat selepas itu, saya memang rasa menyesal..kenapalah gatal2 menukar status saya...siap ada lambang heart lagi...hahahaha..sampai kakak saya sendiri komen ingatkan saya tak nak mengaku..er..er.er.
Saya bukan tidak mahu mengaku...tapi cukuplah saya bercerita di blog ini. Sebab saya tahu, blog saya tak ramai pembaca..hahahaha..boleh begitu...malulah....sebab saya anggap perkara ini peribadi untuk saya. lainlah kalau novel baharu saya yang keluar. itu mmg saya tak malu..hehehehehe..tapi benda dah berlaku..redha sajalah ya...
Kepada yang mengucapkan tahniah, terima kasih...atas doa anda semua. doakan saya n MK yang baik2 sahaja ya...

Tuesday, June 28, 2011

Acheh I

Salam...

Entri tertangguh lagi..Kali ini saya mahu bercerita tentang pengalaman saya ke Acheh. Saya pergi bersama emak dan Mak Teh ( kawan baik emak). Plan asalnya saya memang tidak mahu pergi kerana adik bongsu saya yang akan menemani emak tapi saat2 akhir, adik saya tidak mau pergi kerana semester barunya dah dekat sangat masa pulang nanti. Tapi saya tahu alasan utamanya kerana tidak mahu ikut adalah kerana tidak seronok jalan dengan orang tua..prtttfff....itu sebabnya. Saya sebelum itu sudah beritahu dia, kalau dia tidak mahu pergi, saya yang akan pergi, kerana saya tak gamak nak biarkan emak saya ke negara luar tanpa ada salah seorang dari kami yang menemani. Walaupun, di sini emak da mak teh kemana2 saja berdua, tapi bila ke Indonesia dan Acheh pula itu, tidak dapat tidak saya memang berasa bimbang. Jadi..semasa menempah tiket, saya belikan untuk saya sekali. Esoknya kelam labut mengisi borang cuti dan borong keluar negeri. Aduhai..selalunya tempoh permohonan sebulan, tetapi ini seminggu nak pergi baru saya isi semuanya. Nak pergi tanpa isi borang boleh je..tapi takut jadi apa2 pulak kat sana, jadi pasrah ajelah..nasib baik lepas. legaaa...
Kami naik firefly kt Penang. Ist time saya naik FF ini.Pertama kali saya melihat secara bersemuka dengan kapal ini, saya dah rasa gemuruh semacam. Ya ALLAH..saya tak sangka FF ini 3 kali ganda lebih kecil dari kapal boeing biasa. Saya pandang mak teh dengan perasaan cuak..mak teh hanya tersenyum " Daus mmg cakap macam naik bas je"...FYI, Daus itu anak mak teh yang menuntut di U Acheh. Niat kami ke sana untuk melawat dialah sebenarnya. dan tidak, ya...Daus itu bukan tunang saya..kalau ada yang bertanya.
Bila naik..yup...mmg macam bas. Aduhai..cuak jugak bila tgk kipas mcm kipas biasa je. hmmm..walaupun takut..saya doa yang baik2 sahaja. semoga kami selamat sampai ke sana. Perjalanan memakan masa 1 jam setengah sahaja. Beza masa antara Acheh dg Msia adalah sejam sahaja. Sampai di Airport Acheh, Daus dah sedia menunggu. Maklumlah flight kami delayed lebih kurang 2 jam setengah. mmg hampeh betul.
Mak Teh & Mak..still boleh senyum walau dah lama menunggu

Kan kecik betul plane ni kan..kalau dua lelaki berdiri dah sama dah ketinggian dgn plane ini
Dalam plane yang memang macam bas..hehehe
Perkara pertama yang kami buat lepas sampai tu..tukar duit dulu. hehehe..saya kelakar ajelah memegang duit beberapa juta rupiah itu. Kepala mmg blur je nak calculate dalam otak berapa sebenarnya yang kami spend. Untuk permulaan kami bertiga hanya tukar 500 ringgit seorang sahaja. Dapatlah sorang RP1.5 JUTA. Oleh sebab sampai dah petang, kami terus pergi makan dan check in hotel dulu...dan lepas tu zzzzzzz..penat...iyalah kan jalan dengan emak2 yang kurang sihat ni mestilah kena lebih tenang dan pastikan mereka mendapat rehat yang cukup kan....hhehehe...

Lunch di sini..makan ayam tangkap..mmg popular di acheh tp ntah
mengapa saya tak dpt masukkan pic makanan itu pula




HAHH..sekali makan sampai 265k..

Tempat kami menginap selama 5 hari 4 malam

Stop kat sini dulu..sambung nanti ya....

Saturday, June 25, 2011

Mini Karnival di Kedah


Salam...

Entri yang tertangguh setelah sekian lama. Dan kalau hendak diikutkan, sememangnya banyak cerita yang masih belum saya ceritakan...malas adalah penyumbang sebab yang utama. Saya mahu berkongsi satu cerita...projek JIWA KACAU saja lepas untuk set pertama. Walaupun masih ada sedikit pembetulan dan penambahan yang perlu dibuat, namun saya sudah mendapat greenlite untuk meneruskan ke set ke 2 pula. Dan jika, segalanya berjalan lancar, saya mahu berhenti di set ke 3 sebelum kembali mengadap Jimmy's Story. Saya sudah mendapat banyak sekali pertanyaan supaya menyambung kisah jimmy ini dan ramai juga yang bertanyakan bilalah jimmy akan terbit di pasaran. Aduhai...berat saya mahu menjawab kerana Jimmy sememangnya belum bertemu titik noktahnya lagi. Dan saya tidak tergesa-gesa mahu menyudahkan kerana saya tahu, apa-apa pun Jimmy akan diterbitkan utnuk tahun hadapan...InsyaALLAH...Jadi..untuk masa terdekat, saya tumpukan dahulu pada jiwa kacau ini.
Alahai...cerita yang berlainan dari gambar ya..Tak apalah..kita sambung lagi perihal Mini karnival ini yang julung-julung kali diadakan oleh pihak Karangkraf yang luar dari negeri..hehehe..Kalau dahulu seringkali diadakan di Shah Alam atau KL sahaja. Kali ini Sg.Petani menjadi pilihan. Lalu, saya dan beberapa teman penulis dari utara ( Taiping - penang - kedah - perlis) dijemput untuk memeriahkan karnival ini. Aleya Aneesa pula diimport khas de KL, kerana antara kami semua, novelnya memang sedang hot di pasaran. Saya suka je bila Aleya ada..ada teman untuk hu ha hu ha sikit. Bukan tidak berkawan dengan lain-lain penulis, cuma antara saya dan Aleya sudah rapat...jadi faham-faham sajalah ya...hhehehe..
Di sana, saya bertemu dengan beberapa rakan FB yang sudah berjanji mahu bertemu. Malah ada di antara mereka yang begitu rajin membawa kesemua buku2 saya untuk ditandatangani. Waduh...terharu gue...Iyalah kan..saya dulu pun sebelum menjadi penulis rasa excited je kalau dapat berjumpa dengan penulis yang saya minati..jadi sekarang ini..saya melalui pengalaman yang sama...dan kali ini, saya pembaca yang menyukai karya2 saya. saya menemui Lieza Eija, Shakila, kak Suzana,  Iliana dan adiknya Atikah..(antara beberapa nama yg saya ingat kerana FB). Dan sungguh saya rasa terharu(berapa kali nak ulang ni)...bila Illiana dan Atikah, begitu beria-ia menyakinkan saya bahawa mereka memang sukakan buku2 saya terutamanya JKP..ALHAMDULILLAH...saya memang bersyukur sangat-sangat seandainya pembaca dapat menerima penulisan saya...dan setiap kali saya menurunkan tandatangan, soalan yang sama kedengaran..." Jimmy bila nak siap?" Aduh...jiwa kacau..jiwa kacau..huwaaaaa.....




Thursday, June 23, 2011

Wordless Wednesday? hhmmmmm...Not

Salam...

Aduhai mood saya menulis di dalam blog semakin kuranglah. Oleh kerana dah terlalu lama blog saya ini menyepi, jadi malam ini, saya gagahkan juga untuk bercerita. Suppose hari ni hari wordless wednesday kan? Tapi peduli apa saya..nak cerita juga..heheh Untuk pengetahuan semua, phase pertama saya dalam jiwa kacau sudah berakhir. Dalam berjiwa yang agak keliru dan bingung, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan apa yang diminta walaupun melanggar dateline yang saya sendiri janjikan. Seminggu ini saya memang langsung tidak menulis. Saja mahu rehatkan otak sebelum menumpukan semula ke fasa ke 2 Jiwa kacau. Dan hanya selepas itu, barulah saya akan kembali kepada Jimmy's Story.
SEBELUM
Masih ingat pada cerita saya yang ini, semenjak dari n3 saya pada tahun lepas itu, saya masih menulis menggunakan kerusi karat itu..hehehe...nampaknya tak siapa yang sudi membelikan saya kerusi baharu, jadi terpaksalah saya membeli sendiri. Hmmm...Saya pun tidak tahu apa gilanya saya hari itu, bukan sahaja kerusi, tetapi saya terus membeli pc, meja dan kerusi baharu. Aduhai...manusia ini bila sedang jiwa kacau, mmg boleh jadi gila. Saya sebenarnya mahu membeli pc. Malas mahu menaip di laptop sudah. Tetapi saya tahu kalau membeli desktop, saya tak suka wayar yang brsepah dan bersambung ke CPU. Jadi, saya bercadang mahu membeli All in one desktop saja. lebih mudah dan tidak memakan banyak ruang. Selebihnya saya mahu menulis di skrin yang besar. Nak membeli I MAC...tersedak saya tgk harganya..Jadi..alternatif lain beli sahaja desktop yang mempunyai keluasan yang sama tetapi lebih murah. Mahu membeli I pad atau galaxy tab pula seperti tiada kepentingan untuk saya. Saya mahu sesuatu yang membuatkan saya kembali bersemangat untuk menulis..jadi satu petang...saya just pergi beli ALL in one desktop tu...Selesai membeli, saya ke kedai perabot mahu mencari meja komputer baharu. Tapi akhirnya bukan meja pc yg saya beli..tetapi meja lain...sebab meja pc biasa tak akan muat dengan skrin saya..lepas meja, saya usha kerusi pula..Aduhai..sehari 3k melayang...hmmm..nak meraung rasanya...tapi tak apalah..mudah mudahan selepas ini saya kembali aktif menulis...eh yeke? macam makin malas je rasa...heheh...nak tngok tak apa yg saya beli??..ini dia..jeng..jeng..jeng...(Minus the printer ya)



SELEPAS


Wednesday, June 22, 2011

Y???

Salam...


Adakah blog saya sedang begong? Kenapa tak dapat upload gambar? Huwaaaaaaa

Wednesday, June 01, 2011

Pantai Lambu'uk, Aceh




HambaMU



Mood masih lagi berjiwa kacau. Nak cerita pasal Aceh pon belum ada mood. Tetapi saya suka mendengar lagu di atas sepanjang menulis untuk projek JIWA KACAU ini. Rasa semangat memuncak tinggi pula...jadi silakan dengar dan semoga korang pun sukakan lagu ini.... lagu yang juga menjadi lagu tema untuk program Imam Muda.

Sunday, May 22, 2011

Jiwa Kacau???

Salam....


Ada juga orang yang concern dengan saya pasal JIWA KACAU ini ya. Mula kakak saya telefon bertanyakan apa masalah saya, kerana dia membaca di blog dan fb status saya mengenai JIWA KACAU INI...kemudian, adik saya telefon bertanya hal yang sama. Saya tak harapkan kawan2 bertanya kenapa saya sedang mengalami JK ini, kerana hampir kesemua kawan saya juga sedang kacau jiwanya. hehehhehe..sebab itulah apabila saya mahu menangguhkan penulisan novel ke 6 saya, ramai yang menghalang. Minggu ni saya memang menumpukan sepenuh perhatian terhadap JK ini, Dateline semakin dekat. Esok sampai Jumaat, saya ke Aceh pula. 5 hari cuti menulis. Aduhai...Jiwa Kacau sungguh...

Thursday, May 19, 2011

Fly again....


Salam

Minggu depan saya akan terbang lagi. Tidaklah begitu jauh walaupun bukan di dalam Malaysia ini. Pemergian yang tidak dirancang sebenarnya. Saya pun tidak tahu apa yang bakal saya temui di sana. Mungkin boleh membantu saya yang sedang dalam JIWA KACAU ini....

p/s - Huh..saya semakin cemburu melihat semakin ramai orang yang saya kenal ke Korea..huhuhuh...kalau nak diikutkan hati...saya pergi je..tapi..tapi..tapi...saya kena menyimpan untuk ehem..ehem..ehem... dan saya mahu pergi semula ke tempat yang saya rindui itu juga nanti...antara korea dan tempat itu...sepuluh kali saya mahu ke tempat itu lagi...Ya ALLAH...permudahkanlah....

Monday, May 16, 2011

BILA JAHN MEMBUAT REVIEW

Assalamualaikum semua!!!

Ini adalah entry bayar hutang!
Novel Hati Bergetar Rindu (HBR) yang pada mulanya kita kenali sebagai Natural Born Fighter (NBF) (kepada yang sudah lama mengikuti perjalanan novel ini, semasa ianya masih lagi pada fasa pra-penerbitan) adalah novel hasil karya dan tulisan ikhlas dari novelis yang makin tahun makin dikenali ramai (at least, kan… hehehe!!), Dhiya Zafira (DZ). Kekal sebagai Jahn’s favourite novelist, beliau mengekalkan genre action-romance yang beliau angkat sebagai genre pilihan. Alhamdulillah, makin ramai yang sudah boleh terima lelaki-lelaki macho bertumbuk dalam novel, kan… hahahaha, betul ke ni? dalam FB Kak Dhiya, bukan main ramai lagi pembaca yang sukakan hero keempat beliau, Komando Haiyan Rifqi, kan… ke-macho-an lelaki itu tidak mudah ditandingi oleh mana-mana heronya yang lain kecuali… IZZ KARAMI!! (yang ini kena Caps Lock dan Bold!! Hahaha!!, kan…)

Okaylah kepada yang baru membaca dan tidak kenal siapa itu Haiyan Rifqi dan Izz Karami, eh… rasanya sesiapa yang membaca HBR akan kenal mereka… tetapi, nak bagitahu jugak…

Izz Karami adalah hero TERHEBAT dari novel Rindu Belum Berhenti (RBB), novel kedua DZ.

Manakala, Kapten/Komando Haiyan Rifqi pula adalah hero untuk novel keempat beliau iaitu Jauh Kau Pergi (JKP).
Kepada yang belum pernah membacanya… rugi besar… hahaha! So, silalah baca!! Ngehhhhh!! Sorry, over excited!
 

 
Okaylah lets get down to the review, people!

Hati Bergetar Rindu atau senang nak taip HBR, adalah novel yang pada Jahn digarap dengan lebih matang dari DZ. Dari segi penceritaan, perjalanan plot dan character lebih tersusun, teratur dan lebih dramatic. Okay… sebenarnya… semua itu hanya merujuk kepada Arisa Nur Adalia (Ari) sahaja berbanding dengan hero macho, hebat, marvelous, powerful, OMG… Ziyad Sidqi (Sid). Kenapa hal ini terjadi… hmm, pada Jahn, mungkin DZ nak tonjolkan watak Ari ini lebih besar berbanding Sid… sama seperti yang beliau buat sewaktu Rindu Untuk Dia (RUD) dengan watak Amie Najla’ (Amie). Watak Jad Imran (Jad) pun tak berapa diketengahkan sangat. Tetapi, sekali lagi Jahn rasa yang memang Sid tidak terlalu ditekankan sangat. Kenapa ek? Hanya DZ sahaja yang tahu… tetapi adakah itu membuatkan novel ini gagal? Jawapannya…

Tidak.

Bukan sebab Jahn adalah peminat nombor satu (mengikut kepada tahap dan aras ke-perasan-an Jahn yang agak-agak 95% significant ni… Jahn rasa Jahn adalah peminat nombor satu beliau…hahahaha!!), (people, lupakan statement karut-marut Jahn itu!) tetapi pada Jahn… this novel is enjoyable… as simple as that… this novel is indeed enjoyable…

“Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?”

Okaylah, seriously… this statement refers to what? Adakah… eeiii, Kak Dhiya, nakal tau…

(Emil sudah senyum, senyum nakal, heee… Jahn dah buat-buat tunduk malu, padahal suka…ngehhh!! Mereka berdua blushing…)
Jahn minta maaf kalau anda tidak setuju…. Tapi this is my version of the review so, suka hati akulah!! Hahahaha!!

Tagline itu bercerita tentang “Seks”, kan… sangat confident, kan!!

Okay, sebelum you all get wild, Jahn nak terangkan dulu… cerita ini mengisahkan Ari yang luluh, punah hatinya kerana sudahlah ditinggalakan ibunya… bapanya tidak mendidiknya dengan elok malah mengamalkan cara hidup yang luar tabii (bukan homo lah!!!) iaitu seks bebas… walaupun tidak dinyatakan secara telus oleh penulis (kemungkinan besar atas sebab sensitivity, kot) tetapi…. Ahhh, kamon people!! What do a man and a woman do apabila iman tak diletakkan di kepala dan di hati? You tell me…

So, the same thing happen selepas Ari bernikah dengan Sid… Sid kantoi, kan… dengan Aleesya (kakak kembar Ari…) bersama di ranjang (wah, statement… late night show sangat!!)… so, atas dasar itu… Jahn katakan yang tema kali ini terjerumus kepada seks… hehehe… padahal sikit je, kan… lantak!!

Scene paling best!!!! adalah…

Semasa Sid bawak keluar Ari dari hospital, sangat well done dan marvelous! Segala perancangan sangat rapi… sampaikan Angel boleh termakan dengan helah mereka. Lagi satu semasa Fauzan hampir mati (aduh!!), dan Sid dengan heroic OMGnya datang menyelamatkan keadaan dengan Brazilian Jiu Jitsu.

Itu yang action, yang tak action adalah sepanjang masa mereka di Mekah… insaf, kak! (aduhh!!! lagi!!)… dan semasa reunion kenduri mereka… dan scene Jimmy yang semestinya!!! Terlupa pulak tengah baca HBR, ingatkan tengah baca blog Jimmy… demmmm!! Akak, itu que untuk akak siapkan Jimmy cepat-cepat sebenarnya! Haha!

Okehlah, kita beralih kepada benda lain, ya. Kita kupas sedikit protagonist novel ini…

Arisa Nur Adalia
Anak orang kaya Tan Sri Zain Johari. Beliau adalah seorang yang chantet (cantik!) pada Jahn… dan bersemangat waja (wahhh!!) tetapi semangat dia salah disalurkan… selepas pelbagai benda tak best jadi pada hidup dia, dia melarikan diri… dia tidak face the problem… and biarkan semua benda jadi lebih teruk tanpa dia sangka…

First, hubungan dia dan bapanya… dia yang tak nak berbaik…
Kedua, dia dengan kawan baik dia, Nisa… sama juga… dia yang tak nak berbaik…
Ketiga… dia dengan Sid (which makes up the whole story plot untuk dilemma dia ni)
Semua sebab alasan, dia tak nak biarkan mereka-mereka itu berpeluang nak sakiti dia lagi…
Truthfully, Jahn rasa there are a lot of Ari-alike dekat dalam dunia ini… I would go so far as telling that I am just as same… hahaha, kan ada jenis orang yang dalam dunia ni yang fikir “once is enough, more than enough!”, so pada Jahn, Ari adalah jenis manusia yang macam ini. Salahkah dia? Biasanya orang yang dah sakiti hati kita akan berulang sakitkan hati kita lagi… but then again, macam mana kita nak tahu kalau kita tak beri peluang untuk maafkan orang itu…

Jahn jugak rasa Ari adalah seorang yang teramat-amat defensive, she built a fortress around her heart after apa yang jadi. Tetapi sampailah satu masa apabila that fortress runtuh kerana seorang lelaki yang ajar dia to believe again. Saat itulah dia rasa some sort of like “masih ada lagi untuk dia dalam dunia ini…”, camtu lebih kurang.


Ziyad Sidqi

Ahhh, lelaki ini… dia tidaklah sehebat Haiyan Rifqi, juga belum cukup untuk dia bertanding dengan Izz tetapi buat masa ini, dia cukup… HEBAT! Sid adalah seorang polis. Kira bestlah tu, kan… actually he is very macho sebenarnya… maybe kita patut stop membanding-bandingkan dia dengan the previous heros. Sebab, if we do… kita akan nampak kualiti lelaki ini… lelaki ini… seorang mat rempit, itu yang pasti… bukan main mahal lagi motor kau, kan! Suzuki Hayabusa… mak aih!!! Kak Dhiya, kenapa tak Ducati terus? Hehehe…

Apa-apa pun Sid is a typical strong guy… his machismo stops him daripada menjadi seorang yang akan meratap dalam kesedihan dan tidak dapat get on with life… dia teruskan hidupnya seperti biasa tetapi deep down inside, he crumbles and dying, day by day… selepas apa yang jadi antara dia dan Ari. Dia berubah sehinggakan orang yang rapat dengan dia rasakan ada masanya… “siapa yang duduk depan aku ni?” pada Jahn, Jahn dapat rasakan ibu dan adik Sid sendiri even Fauzan (OMG!!!!) pun tak kenal siapa dia… tetapi luckily dia tidak jadi separah Izz Karami, senanar Haiyan Rifqi dan completely tidak buat sesuatu yang Jad Imran sanggup lakukan, kahwin dengan orang lain… sebab dalam hati dia hanya ada Ari, walaupun wanita itu membencinya… dia tetap dengan cinta itu sampai bila-bila…


Antagonis kali ini sangat psiko, okeh!! Kita dihidangkan dengan antagonis yang gila seks dalam RUD, antagonis pembunuh upahan dalam RBB, antagonis kerabat diraja dalam JKP, dan antagonis manja-manja nak kena sepak, kan… dalam KDB (hehehe… kalau boleh kita anggap itu antagonis!). Kali ini antagonis psikopat!!

Kepada yang tak tahu, psikopat ni bahasa mudah dia psiko lah… orang gila yang kita tak tahu pun dia gila. Kita pun tak boleh nak definisikan adakah dia ni gila atau tidak sebab kadang-kadang dia ni boleh jadi lebih pandai dari kita… so, this kind of people memang sangat berbahaya, okay… cuba korang pandang kiri kanan korang… depan belakang? Adakah mereka… OMG… hehehe, takdelah!

Angel/ Mahadi/ Imad

ANGEL adalah si psiko yang develop penyakit tersebut apabila setiap hari dia melihat bapa diperlakukan seumpama binatang oleh ibunya…semenjak itu dia jadi benci, menyampah dah tidak sukakan perempuan… yang sama dengan ibunya itu… sampailah besar dia jadi… urrrrrhhh… taknak citerlah… but seriously setiap orang ada tendency untuk jadi seperti ini… I mean… this is not only genetics, kan… macam yang jadi dekat Angel ni… he is a kind of a psychopath that develop the problem as to his bad childhood experience. So, sama-samalah kita berjaga dan mendidik anak-anak kita menjadi seorang yang soleh dan solehah, ya… sama-samalah kita mengajarnya ajaran agama yang cukup… sama-samalah kita berdoa agar mereka membesar menjadi insan yang berguna, buat bangsa, agama, dan negara… (Shut up Jahn, please deactivate your Ustaz Amirul mode!) … okay-okay, fine!!


Aleesya Nur Arianna
Kakak kembar Ari yang hidupnya sebenarnya okay-okay je… tetapi teruk jugaklah… sama macam Ari, complain yang hidup masing-masing dirudum malang padahal… sebenarnya okay je… Ari ingat hidup Esya lebih baik daripadanya, Esya pula fikir sebaliknya, nak-nak selepas Ari dan Sid berkahwin. Hmm, Jahn dah jangka apa yang Esya akan buat… tapi sangkaan Jahn meleset sikitlah, Jahn ingat Esya would be a little more extreme… tetapi, dia tidak sanggup.

Fazil
Dalam banyak-banyak perkara dalam HBR, Jahn akui yang Jahn betul-betul terlepas pandang dengan Fazil. Jahn tak sangka langsung yang dia pun psiko jugak.

Ada jugak watak-watak lain yang spice up the story-telling. So, Jahn review jugaklah…

Zarin Nadhira
Awek yang Jahn dok angau-angaukan… NO! I mean yang Fauzan dok angan-angankan! Hahaha!! Kantoi,kantoi!! Pada Jahn, Zarin comel, kebudak-budakan dan comel (Jahn, kenapa kau ulang ‘comel’ 2 kali?)… shaddup Emil!

Fauzan Abd Karim
Walaupun ada berapa ribu Fauzan pun dekat luar sana… Jahn dengan bangga katakan yang nama betul Jahn adalah Fauzan… hahaha!!
Tetapi Fauzan versi DZ untuk HBR ini, probably one of the coolest sidekick dalam novel-novel beliau, sebabnya Fauzan ada kereta kesukaan Jahn (at least pada beberapa bulan lepaslah!) iaitu Nissan Fairlady! Walaupun Jahn dah lebih sukakan Audi TT T-FSI S-TRONIC, kalau ada yang sedekahkan Nissan Fairlady ni, Jahn tadahkan aje! Haha… tetapi encik Fauzan ni sebenarnya best… Jahn terfikir jugak, nak cari anak jutawan yang sanggup jadi polis… mustahil, kan… makan gaji dan kerja kena tembak pulak… kau nak? Fauzan je yang sanggup. Oleh itu, dia cukup macho!!

Sampai dekat sini sahajalah… ulasan novel untuk kali ini… ermm… NOT!!! Kita teruskan lagi…hehehe..

Apa yang best tentang novel ini, DZ pandai bermain dengan excitement kepada pembaca tegar beliau, seperti saya dan… ramai lagi… hahaha…

Macam saya dan seorang lagi sahabat di FB, kalau diikutkan saya dah boleh panggil dia ibu, mak mahupun mama, tetapi dah terbiasa, saya panggil beliau Kak Intan je… buat pengetahuan anda semua, saya dan kak Intan adalah peminat setia Izz Karami… lantaklah orang lain memilih Haiyan Rifqi sebagai hero pujaan (ya, saya bercakap tentang awak Noor Shahira Ayob dan Kak Eyzan, hehehe!!), kami setia pada yang satu… Izz satu-satunya… sama dengan Kak Suzana Jumaat sekali… dan Kak Afzia… kami peminat setia Izz Karami (Kamari, hehehe…)

Jadi apabila DZ buat cameo of all her characters, saya jadi sangat excited!! Dan dari situlah kita tahu yang semua characters dalam novel DZ rupanya saling berkait antara satu sama lain… most of it lah… macam Sid dengan Izz, dia kenal Izz waktu Izz jemput ASP Raziff ke wedding Jad Imran… sekaligus membuatkan dia kenal Jad Imran. Izz kan paling glemer dalam dunia ciptaan DZ ni… selepas kes Adni Zuhayra, semua orang kenal dia… hehehe!!

Most anticipated adalah Najmi Hariri aka Jimmy dari JKP dan soon to be published Tertulis Buat Kita (TBK). Katanya nak siap Julai ni… by all means sepatutnya sekitar September boleh publish, kan, kak?!! Heheheh, good luck!! DZ berjaya mempromosikan Jimmy dengan a chapter of Jimmy dalam HBR… semua orang ternanti-nantikan apa sahajalah yang terjadi dengan Jimmy dan kenapa Afi menangis-nangis menelefon Jimmy di tanah suci Mekah itu… saya sangat excited, kak!!! I can’t help it, kak!! Hahaha!!

The cameos adalah Fik dan Lia dan Sarah dari Kudamba Bahagia (KDB), Izz dan Dinie dan Iman (RBB), Jad dan Amie (RUD); Jimmy, Afi, Rif, Helmi, Luqman, Eddie, Khadijah Nasuha dan Aishah Humaira (JKP)… satu battalion haaa… hahahaha!!
Secara tiba-tiba saya paling suka epilog 1 daripada the whole book!
Okaylah… I think I should end this 8 pages review comment (mengikut microsoft word 2007 Jahn! 2.0 line spacing, Arial 11... tapi kat sini dah tukar Times New Roman) about the book… siapa yang belum mendapatkannya… please, sila dapatkannya dengan kadar segera kerana novel ini sangat enjoyable, best, mengujakan dan mendebarkan!!! Tidak rugi membeli dan membacanya… Sumpah!!

Sekian, terima kasih!!

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...