Posts

Showing posts from 2006

bye2 utk seketika

Image
Assalamualaikum... Aku hanya mahu memberitahu yang mulai isnin ( 25hb) - selasa 2hb jan 2007, aku akan tidak akan online dan post apa-apa n3. ini kerana aku akan bertolak ke Alor Setar sebaik sahaja program Galakguna aku selesai. Sehingga n3 ini ditulis, ayah masih lagi berada dalam bilik pembedahan. Aku tidak dapat berada di sisi ayah kerana tanggungjawab aku di sini belum selesai. Doa dan harapan aku, agar ayah berjaya dalam pembedahannya kali ini. seperti luasnya padang yang terbentang dengan hamparan hijau ini, begitulah luasnya harapan aku agar ayah segera sembuh. Dan moga2 esok program aku turut berjalan dengan lancar.

cerita lama

Berbicara mengenai ayah, aku tidak boleh melupakan emak. Emak yang cekal. Emak yang tabah. Walaupun kecil namun kekuatan emak bagaikan Badang setelah makan muntah hantu. Bagaikan popeye dengan bayamnya. Berbanding dengan ayah, penderitaan emak lebih lama. Seingat aku semenjak aku masih kecil lagi pelbagai penyakit singgah dalam hidup emak. Dulu emak selalu batuk-batuk. Tak boleh penat. Kalau penat emak sukar bernafas. Bermacam ubat yang mak makan namun doktor tidak dapat menentukan apa penyakit sebenar mak. Bila dibawa berubat tradisional, dikatakan mak terkena buatan orang. Aku sendiri tidak tahu mana satu yang betul. Tetapi pernah juga kami adik beradik lihat kesan rawatan bomoh pada mak. Mak muntah hampir satu baldi. Keluar air warna biru dan hijau. Tubuh mak lembik selembiknya. Muntah mak, ayah tadah dengan tangan. Ayah jaga mak sampai mak benar-benar sembuh. Namun, hari demi hari, berbelas tahun berlalu, penyakit mak jadi sembuh sendiri. Walau tidak sepenuhnya, namun mak jarang s…

Diduga lagi...

Tadi pukul 11am aku sampai dari Alor Setar. semalam setelah 10 hari ayah admitted kat Hospital Taiping, akhirnya ayah dibawa ke Hospital Alor Setar pula. hasil dari CT scan yang dijalankan, confirm kanser ayah kembali merebak semula. Setelah 4 tahun ayah bebas dari penyakit itu, nampaknya keresahan kembali menghantui kami sekeluarga. Walaupun agak payah untuk aku berulang ke sana selalu namun aku rasa lega sedikit kerana pakar yang merawat ayah aku dulu ada di sana, dan dialah yang meminta supaya ayah dipindahkan agar lebih mudah dia nak monitor keadaan ayah. dan untung juga, kakak sulungku tinggal di sana. jadi soal penginapan tiada masalah untuk kami. 10 hari di Taiping, bagaikan menunggu buah yang tidak gugur. bagaikan menunggu ayam jantan bertelur. 10 hari yang menghampakan. ayah hanya terlantar di atas katil tanpa berbuat apa-apa. kami lebih banyak bersoal dengan jururawat daripada doktor yang buat check up setiap hari. aku pun tidak tahu kenapa payah sangat untuk mereka bertind…

lotih la...

Aku agak sibuk kebelakangan ini. Walaupun bulan 12 semakin tiba di penghujungnya namun aku menerima tugas yang tidak kurang pentingnya sebagai penutup program galakguna tahun 2006. Kalau diikutkan rancangan, aku sepatutnya ke Cherating pada 22-24 Dis ini bersama kawan-kawan di UPSI. mereka menjemput aku untuk turut serta dalam family day ini. walaupun aku bukan lagi menjadi keluarga perpustakaan UPSI namun hati ini terasa kembang kuncup jugalah apabila mereka mengajak aku pergi bersama. aku dah siap confirm bila mereka call. tup..tup satu hari tu aku dipanggil meeting di Perpustakaan cawangan. Siap peg pemantau tu cakap; " saya tak tahu sama ada ini berita baik atau buruk untuk kamu yang bertugas di Perpustakaan projek khas PNM...kamu dapat RM1250. kamu kena buat program galak guna. tetapi utk mdapatkan duit itu kamu kena buat dalam bulan ini juga." dengar2 dapat duit tu, aku mmg excited giler...maklumlah proposal nak buat aktiviti susah nak lulus bajet...ni tak mintak tiba2 …

SUDAH TERBIT!!!

Image
Tahniah kepada sahabatku HASLINA KAMALUDDIN di atas penerbitan novel pertamanya ASMARA ASRAMA...terbitan Creative Enterprise. harapanku, novelnya ini bisa mengeletek dan menghiburkan semua pembaca2 di luar sana. tentu sekali biar sales nya meletop2 supaya nanti aku boleh tuntut belanja darinya...hihihii KEPADA ANDA DILUAR SANA...JANGAN LUPA DAPATKAN NOVEL INI DIPASARAN 15 DIS 2006...BELI JANGAN TAK BELI!!!

Luahan satu jiwa yg kacau

Mungkin ada yang perasan, atau mungkin juga tidak, aku menyepi kebelakangan ini. dah lama rasanya aku tidak menulis n3 baru. memang, kebelakangan ni aku macam patah semangat aje. jiwa aku rapuh macam kayu kena makan anai-anai. aku cuba untuk tidak menghiraukan semua ini namun dalam lena, dalam jaga hati aku tetap merusuh. aku tidak boleh buat tak tahu. aku tak boleh berlagak selamba bagai tiada apa yang berlaku. aku tidak boleh ketawa bahagia sedangkan jiwa aku terluka. aku tidak pandai menyembunyikan perasaan aku. ya aku akui. aku sedih sekarang ni. aku hilang semangat dan kekuatan diri. aku takut aku tidak setabah dulu. aku takut aku tergolong dalam himpunan orang yang putus asa. aku tidak pernah meminta itu tetapi hari demi hari aku makin terlontar jauh dan aku makin lemas dalam kekacauan jiwa aku sendiri. ah...ada masanya aku seperti mahu menutup mata dan mempersetankan hal yang berlaku disekelilingku. ada masanya aku rebah sebelum sempat aku membuka langkah untuk berjuang. ada ma…

Selamat Hari Lahir EMAK

Kepada Bonda tercinta, HJH RAMLAH HJ BAKAR, aku mengucapkan selamat menyambut Hari Lahir ke 56. Doa tulus kasih dan harapan akan selalu aku titipkan buatmu...semoga emak berbahagia selalu....Aminn...

Tahniah utk has

Sebelum ini aku ada mengucapkan tahniah kepada salah seorang teman rapatku mengenai novelnya yang bakal diterbitkan. beberapa hari lepas aku mendapat berita lagi yang seorang teman rapatku yang lain juga akan terbit novelnya bulan depan. perasaan aku...? Tentu sahaja aku gembira kerana impian mereka bakal menjadi kenyataan. selama ini kami begitu mengharap, menanti dan berdoa tak putus-putus agar impian yang satu ini dimakbulkan. dan mereka ini, sudah boleh menarik nafas lega. sudah boleh bertenang. sudah boleh tersenyum gembira. namun debaran tetap ada. rasa gelisah tetap hadir dalam jiwa. dahulu penantian dan rasa cemas mereka lain dan kini bakal berbeza. tentu sahaja risau dan tidak tidur lena dengan sambutan novel mereka nanti...aha...satu lumrah yang akan kita hadapi di saat kita bergelar novelis... Dalam gembira, kadang kala aku hiba mengenang nasib diri. temanku ini sudah mendaki satu anak tangga, sedangkan aku masih lagi terkial-kial menentukan arah hidup. aku masih belum boleh …

Ayah dah balik

Alhamdulillah, Ayah dah keluar hospital hari ini. Mujur juga tiada penyakit yang serius. ayah hanya mengidap gastrik. memang mudah ayah diserang penyakit ini kerana hampir separuh perut ayah terpaksa dibuang kerana kanser pankreas 4 tahun dulu. Apa pun kehadiran ayah dirumah kembali umpama bulan menyinari malam yang gelap gelita. semoga ayah terus sembuh....Amin..

setulus doa...

Assalamualaikum, Sesuatu telah berlaku semalam. ayah aku ditahan di wad kembali. setelah mengadu demam dan sakit perut, sekali lagi ayah pergi ke hospital. pemeriksaan awal membayangkan yang kemungkinan darah putih ayah berkurangan. dan kemungkinan ayah mengidap gastrik. aku tak tahu nak kata apa. ayah ada history dengan kanser. setelah 4 tahun berlalu, aku takut kejadian itu berulang lagi. aku takut ayah akan berperang dengan penyakitnya semula. dengan chemo dan radiotherapynya. argh...aku tidak dapat membayangkan jika itu yang terpaksa ayah alami. hari ini ayah akan diperiksa oleh doktor. Ya ALLAH, biarlah tiada apa-apa yang berlaku kepada ayah. jangan Kau duga ayah dengan begini hebat. Tabahkanlah hati ayah menghadapi semua ini. biarlah ayah hanya demam biasa sahaja. ayah juga berhak sihat seperti orang lain. buat teman-teman, kalau sudi tolong doakan ayah....

Jamuan Raya Alaf 21 - Best GILER

Assalamualaikum,
Mungkin ada yang tahu, dan ada juga yang tidak iaitu pada 21hb lepas aku bersama geng alaf 21fc menyerbu premis alaf 21 kerana menerima jemputan ‘Rumah Terbuka’ Alaf 21. Bersempena syawal yang bakal menutup tirainya, memang tepat pada masanya Alaf 21 mengadakan Majlis sambutan Hari Rayanya. Aku sedang berkursus di Ipoh apabila abang long sms aku mengenai jemputan itu.
Masa dapat saja mesej tu aku mengeleding sekejap. Fasilitator kat depan aku tak nampak dah. Rasa teruja semacam dengan khabar yang dibawa abang long. Setelah berbincang dengan officemate aku, akhirnya aku confirmkan dengan abang long yang aku akan hadir. Balik dari kursus, aku bukak email. Mak aii...inbox aku penuh dengan email dari alaf21fc saja...hahaha,,,jenuh jugak aku membaca.
Aku memang excited hendak ke sana kali ini, sebab aku dah lama tak beli buku baru. Lagi satu dengar khabarnya hampir semua novelis akan turun padang. Hihhi selain dari tu aku rindu nak jumpa abang long, kak rosha, pokcik mersik, …

sukarnya berkata ya.....

Kakak? Jawab : Haa.. Kakcik? Jawab : haa Abang? Jawab : haa Adik, Deq ah? Jawab : haa... Ijat, mardhiyah? Jawab : haa.. begitulah seterusnya. haa...ha..sahutan yang kami berikan setiap kali ayah atau emak memanggil. bila mendengar ayah akan menegur " tak boleh ke hangpa jawab ya atau saya? dok haa..ha..tak elok anak oi..." dan kami, akan menjawab ya atau saya untuk seketika. selepas itu kembali kepada haa balik. mak n ayah tak terkata apa. hehehe..memang kedengaran kurang sopan menyahut panggilan nak n ayah begitu tetapi kami adik beradik dah jadi terbiasa dengan sahutan tu. nak tak nak mak n ayah terpaksa terima... dan baru-baru ni bila kakak sulung aku memanggil anak dia. tahu apa jawapannya? "....Haaa...?"

tentang cinta

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat didadamu?Itu bukan Cinta, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU. Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA. Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA. Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI. Tetapi Adakah kamu tetap ber…

kenapa wanita menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa engkau menangis?"
"Karena aku seorang wanita.” kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti,” kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan.”
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh
menjadi seorang laki- laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia
Namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak
dan menerima penolakan yang seringkali

datang…

Tahniah

Rasanya tidak terlewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada kawan baik aku Linda kerana manuskripnya sudah mula memasuki peringkat kedua sebelum diterbitkan... Linda juga akan menyambutkan hari lahirnya 21hb Nov ini. memang benar kata Linda " aku mengharapkan sesuatu yang mengembirakan untuk aku sebelum menyambut hari jadi..." Nah...ternyata impian dan doanya dimakbulkan Allah. dan moga Allah juga mengabulkan impian dan doa kita semua....Amin

boleh saja baca kalau mau....

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu



Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu



Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu



Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah URTV, Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru



Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai, itu yang nak tahu



Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu

Rambut warna perang perasan bukan Melayu

Asal bergaya jenama mesti ada, sanggup makan nasi dan toyu



Boleh tak jumpa merek…

Kiamat Sudah Dekat

Anda minat dengan cerita ini? aku dan family sekarang memang tengah gila. tepat jer pukul 6 kami akan melepak depan tv. cerita bersiri ini adalah sambungan kisah daripada filem yang pernah ditayangkan di tv dahulu. kalau siapa belum melihatnya, anda rugi...jadi anda boleh terus mengikuti cerita ini di tv 9 jam 6. hahah..aku bukan dibayar upah oleh channel 9 untuk promote rancangan dia. tetapi bagi aku cerita ini cukup menarik sekali. padat dengan nilai2 kemanusian serta bisa membasahi jiwa yang seringkali kehausan ini. melihat ceritanya umpama menyiram air di tanah yang gersang..cukup menyegarkan. sekurang-kurangnya hati aku tidaklah terlalu sakit melihat produk dari indon ini. yerlah....salah satu ceritanya yang aku tak berkenan langsung ialah Bawang Putih Bawang Merah. bagi aku cerita ni tak masuk dek akal langsung. buat sakit jiwa saja. (maaf ya kepada sesiapa yang suka menonton cerita BPBM ini....kita bebas menyatakan pendapat masing2 ok...hihihih) Kenapa aku suka KSH. kerana cerita…

Kenangan Terindah

Semasa aku menulis n3 ini aku sedang diselubungi kegelapan. tup...tiba2 saja black out d kawasan rumah aku. cis...nasib baik laptop aku penuh baterinya...kalu tak ada yang kes meraung ni nak taip semula. kali ni dah kali ke 2 rumah aku asyik blackout jer..nak kata tak bayar bil...ayah aku slalu ontime jer bab bayar menbayar nih...ntahlah power tak cukup nak supply agaknya utk kawasan sekitar rumah.... semalam aku menerima besday wish dari kawan2 sekolah aku. terharu gak beb sebab depa masih ingar walaupun sudah 13 tahun aku meninggalkan kelas 3 Marikh tu...hahaha...yang aku hot tu member baik aku sendiri lupa nak wish....nak moloptop rasanya tapi mengenangkan dia dok dalam pantang dan berperang dengan babynya, aku maafkan dia kali nih....noly...skali ni aje tau.... kawan yang wish ni panggil aku Tok Batin....hahaha...kawan2ku...itulah gelaran untuk aku semasa dalam tingkatan 3 di sekolah SMKA SHAMS SEREMBAN. bila dia guna gelaran tu secara berdesup..memori lama kembali menjengah...macam …

THIS IS IT

Image
HAPPY BIRTHDAY VIOLET!!! hepi besday to me.... happy besday to me... hepi besday to mardhiyah... happy besday to me... Allah selamatkan aku... Allah selamatkan aku... Allah selamatkan mardhiyah @ violet Allah selamatkan aku.....

Countdown

tinggal sehari lagi......esok aku akan menyambut hari lahir aku. hihihi...macam kecoh jer aku ni kan. semua orang pun sambut besday masing2. macam lah aku sorang ada besday. semalam aku berniat mahu belanja family aku makan pizza. maklumlah gaji dah masuk. so, aku , parent, adik n nephews pun keluar rumah. sebelum tu aku suh ayah berenti kat maybank nak kuar duit. cewah aku mmag excited. ini gaji pertama aku kat tpt kerja baru.

orang tak ramai...cwh..aku dengan kembang hidung pasal terbau2 aroma pizza hut terus saja masukkan kad. elok jer aku nak check kuar notis kata kad aku tak boleh digunakan. dahlah masa tu pukul 6 lebih. sah sah bank dah tutup. dengan muka layu bak cipan kelaparan aku pun menonong ke kereta.

Frust tak boleh cakaplah. tak dapatlah aku sedekah duit kat kedai pizza tuh.....hahah...malam tu aku beli burger jer...hhahah...burger special..tu jerla yg mampu time tengah kering ni...ahaks....

takpe...esok aku akan ke bank semula. aku akan teruskan niat utk belanja family a…
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ya Allah ..Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkan kami...

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...


Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku....
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..

Ya Allah ...
Cukuplah Engkau sahaja yang…

besday bakal mejelma....

Assalamulaikum Hmmm...lamanya aku beraya. walaupun minggu lepas sudah kembali bekerja namun untuk menjengah blog sendiri terasa begitu malas. haha..tak sangka ada jugak orang mencari aku. aRI ni 2 November bermakna tinggal 4 hari lagi untuk aku menyambut Birthday aku yang ke 2..? hihihhii.... wahai rakan ku sekalian...sila catat tarikh penting ini dalan ingatan masing2. 6NOVEMBER.... HAPPY BIRTHDAY VIOLET!!! haha...begitu cepat masa berlalu. tahun baru bakal menjengah. bermakna usia aku meningkat lagi...alahai...bila usia dah melebih 25 tahun ni aku rasakan semakin laju masa berputar. tup2 dah tahun baru. tup tup aku semakin senja. Kadang2 aku malas nak kira umur sendiri. rasa sakit hati pun ada...kecewa pun ada. gabra@ gubra pun ada. yerla...masih banyak lagi benda yang aku idam-idamkan. masih banyak lagi perkara yang ingin aku lakukan. aku sendiri tak tahu bila aku akan dipanggil pulang. tetapi sebelum itu, aku naklah merasa seronok dan bangga apabila impian yang aku ingini tercapai. n…
Hari ini sudah hari ke 26 kita berpuasa. tinggal tak berapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal. buat masa ni kaum ibulah yang paling sibuk di dapur. memenuhkan mana-mana kotak biskut yang masih kosong. maklumlah, bila anak-anak balik nanti, mesti hendak dibekalkan setin dua. paling tidak pun, satu tupperware penuh mensti menjadi bekal. Aku tak tahu sama ada masih ramai lagi kaum ibu atau wanita yang masih rajin ke dapur membuatkan biskut sendiri. mungkin ada namun aku yakin bilangannya tidak banyak seperti dahulu. kebanyakkan lebih suka kepada kuih tunjuk2. aku akui, aku tergolong dalam golongan ini. bukan apa, nak memasak memang tak pandai. nak harapkan mak....mak pun tak berapa nak larat. ditambah lagi sepupu aku memang berniaga biskut raya. jadi setiap tahun mak akan menempah pada dia. kami anak-anak ni sediakan duit jerlah....hihihi. baru2 ni aku ngan parent pergi ke umah akak aku kat alor setar. masa balik tu singgah sekejap kak umah sepupu aku tu. namanya manja. ni 1…

lama menyepi???

Beberapa ari ini aku selalu mendapat sms dari kawan-kawan aku. 1st question yang selalunya depa dok tanya ialah kenapa aku menyepikan diri. bila seorang yang bertanya mungkin aku boleh mengata tidak namun bila beberapa orang, aku jadi termangu sendiri. agaknya memang betul kut aku menyepikan diri. walaupun aku tidak berniat untuk berbuat demikian tetapi kadang kala keadaan tidak membenarkan aku bertanya kabar walaupun untuk seketika dan walaupun hati ini begitu meronta-ronta. Semenjak bekerja di tempat baru ni, memang aku agak menyepi. dunia aku di tempat kerja dan umah aku sendiri. aku tidak ke mana-mana. kalau keluar pun aku pergi beli kuih muih di pasar ramadhan. itupun dalam taman perumahan aku jugak. bertambah pula buat masa ni kat ofis tak ada internet connection, so aku memang terasa jauh. kalau ak berhubung dengan kekawan pun kena tunggu aku balik keje. sometimes tension jugak dengan keadaan aku ni. kalau dulu 8 jam bekerja selama 8 jamlah aku boleh online. biasalah kerja aku m…

citer lawak lagi

Cikgu Disiplin

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamatsejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semuamasa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak ujikamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua mesti menjawad dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Mu…

Dah dapat...dah dapat....

Image

Kenangan mengusik jiwa

Hari ni 12 Ramadhan. Hari ini bermakna telah 7 kali Ramadhan Arwah Tok wan meninggalkan kami sekeluarga. Tokwan pergi setelah mengalami demam dan sakit selama 2 minggu. apa yang aku amat kesali ialah pemergian tok wan ini aku ketahui hanya setelah seminggu jenazah tok wan dikuburkan. ketika itu aku berada di semester 3 Uitm Shah alam. sebelum inipun tok wan kerap kali demam. malah semasa aku bercuti semester, aku dengan keluarga kerap balik menjenguk tok wan. kadang-kadang berselang sehari kami balik kampung. mujurlah kampung di bukit mertajam. hanya 1 jam sahaja dari taiping. aku tidak menyangka demam tok wan ini merupakan petanda dia akan dijemput Illahi. Walaupun mati itu pasti, aku tidak menduga bahawa nafas yang tok wan hela di dunia ini tidak lama. akibat terlalu kerap balik, menimbulkan satu perasaan yang tidak patut aku rasai. entah mengapa aku bosan dengan karenah tok wan. sampai aku pernah berfikir yang tok wan sengaja buat begitu kerana mahu ayah sentiasa balik menjenguknya…

Satu Ingatan untuk anak-anak

HAPPY1STBIRTHDAY!!! IZZ ZAYYAD HAQEEMI....AND MOHAMMAD DAIFULLAH AND HEPI6THBIRTHDAY!!! NURINZUHAYRA.... SELAMAT HARI JADI UNTUK ANAK-ANAK SAUDARA AKU. WALAUPUN UNTUK NURIN DAH BELATED, NAMUN AKU TETAP NAK UCAP JUGAK KAT CNI...SEMOGA KALIAN MENJADI INSAN YANG CEMERLANG DALAM HIDUP YANG PENUH PANCAROBA INI. SUKSES SELALU OK... salam sayang... anjang

A Good Story to Share

Too many times, we face challengers at work, at home and at all other occasions. Maybe we can learn from this story:


A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned intocomplaints about stress in work and life.


Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups:porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive,some exquisite - telling them to help themselves to hot coffee.


When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said:"If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up,leaving behind the plain and cheap ones. While it is but normal for youto want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.


What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups and were eyeing each other's cups.Now if …

hari baru

Assalamualaikum, Semasa aku menulis n3 ini aku sudah berada di TAIPING. dan hari ini merupakan hari pertama aku memulakan tugas di tempat baru. tempat baru dan semuanya baru. pc pun tak connect dengan internet lagi. wah...wa....wa...bab tu yang tak best nyer. nasib baik kat umah aku ada line...bolehlah aku merayap ke mana-mana. Aku pun terpaksa menunggu balik dari kerja untuk nak post apa-apa. dalam masa sehari aku dapat buat conclusion (ceh wah) tentang kebaikan keje di tempat baru dan di upsi. tapi aku tak nak ceritalah kat korang. biar aku sorang jer yang tahu. tapi yang pastinya, disebalik kekurangan kecil ini, aku tidak menyesal bertukar tempat kerja. memang tidak dapat dinafikan, bekerja di perpustakaan UPSI, gah bunyinya Senang. nak buat kerja segala macam sumber yang diperlukan memang senang nak dapat. yerla...organisasi besar, bajet pun besar. pelanggannya pun besar. bermacam karenah terpaksa dihadapi. baik studentnya. baik staffnya. memang memerlukan kesabaran yang tinggi. su…

cian kat pokcik....

Semalam aku dan akak aku bukak blog pokcik mersik. saja dah lama tak tinggal jejak walaupun hari2 aku akan jengah. mengekek aku n akak aku ketawa bila baca n3 pokcik tentang kempunan makan popia goreng bersalut sambal. lahai...sampai tahap kronik betullah pokcik mersik ni. bila baca tu, kesian jer dengar. macam kempunan sangat. sampai nak p batu belah batu bertangkup. nasib baik batu tu amik anak dara cun dan mak janda vogue aje. kalau dia makan pokcik sah batu tu kenyang setahun..hahahhaha...jangan mare pokcik...gurau jer. daripada pokcik dok berjalan ke hulu ke hilir nak cari popia baik pokcik abiskan masa tu belajar buat kuih. haha...bila2 boleh makan. lagi satu pokcik boleh make sure bazar ramadan shah alam tak kehabisan popia goreng..haha. bila dah posa ni macam2 keinginan. keinginan pokcik di bulan ramadan ni popia goreng...er betul ker...ntah2 masa bulan lain gaya pokcik cari popia goreng smaa jer tak....hihiihi aku pulak, lebih suka makan popia basah. menu wajib setiap kali buk…

satu nasihat

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda mahu
KEEMPAT
Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.
KELIMA
Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda …

menjengah kembali....

Assalamualaikum,

Hari ni berlalu agak slow sikit bagi aku. ntah mengapa tiba-tiba sakit kepala aku datang menjengah. selalunya bila sakit aku telan pil and restkan mata sekejap. tapi bila dah posa ni...aku hanya lelap seketika untuk mengurangkan kesakitan. dah lebih 2 minggu aku tak sakit kepala. adakah mungkin panggilan dari seseorang yang aku terima pagi tadi menyebabkan sakit kepalaku datang? hmmm...boleh jadi juga. aku tak nak cerita tentang perkara ini. alamat bertambah nak meletuplah kepala ku.

aku nak kembali kepada memori lama. cewah...biasalah bila bulan posa n nak dekat raya ni selalunya memang melankolik sket.sebelum aku duduk di taiping, aku pernah menetap di sarawak dan negeri sembilan. masa di sarawak selama 3 tahun memang kami tak pernah balik. yang balik cuma ayah seorang. aku duduk di kem penrissen, so bila hari raya je memang meriah. selalunya komuniti dari semenanjung akan berkumpul. masing2 akan buat rumah terbuka. rumah aku memang setiap tahun buat rumah terbuka. an…

Ucapan untuk semua

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM. SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA MENGHADAPI BULAM MULIA INI DENGAN PENUH KEBERKATAN. MUDAH-MUDAHAN BULAN INI AKAN MENAMBAHKAN KEIMANAN KITA DAN MAMPU MENDIDIK KITA UNTUK MENJADI UMAT YANG LEBIH BERTAKWA....

A-Z FRIENDSHIP

Aku terima dari adik aku...memang menarik. just click the word....

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P.

LAWAK....

One morning the husband returns after several hours of fishing and decides to take a nap. Although not familiar with the lake, the wife decides to take the boat out. She motors out a short distance, anchors, and reads her book. Along comes a Game Warden in his boat. He pulls up alongside the woman and says, "Good morning, Ma'am. What are you doing?" "Reading a book," she replies, (thinking, "Isn't that obvious?") "You're in a Restricted Fishing Area," he informs her. "I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading." "Yes, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment. I'll have to take you in and write you up." "If you do that, I'll have to charge you with sexual assault," says the woman. "But I haven't even touched you," says the game warden. "That's true, but you have all the equipment. For all I know you could start at any …