Posts

Showing posts from February, 2011

Beramah mesra dengan Lynn Dayana

Image
Salam...
Hari Sabtu ini marilah sama-sama kita meriahkan majlis bertemu novelis Lynn Dayana..Saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk memberi sokongan kepada sahabat saya ini. Kepada pembaca2 semua yang tidak tahu mahu berbuat apa masa hujung minggu ini, marilah kita ke majlis bertemu dan beramah mesra dengan Lynn ini...

BAKAL TERBIT MAC NANTI - HATI BERGETAR RINDU

Image
Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.



Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia. Tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi oleh insan yang paling dipercayai.


Sid ~ Segala jerih perih yang kita lalui, semoga ada senyum di esok hari…percayalah...kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah bahawa...kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati Dan Ari, yakinlah bahawa...ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.


Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertiny…

REVIEW RBB

Salam...sudah mahu terbit buku ke 5, saya bersyukur masih ada yang sudi membaca karya2 saya yang terdahulu...sekali lagi terima kasih kepada Airina yang sudi membaca dan mengulas novel ke 2 saya ini...Seperti kata Airina, hanya Rindu untuk dia dan yang latest ini sahaja yang belum dibacanya...bacalah ulasannya ya...

RBB kisah romantis yang disuntik elemen action. Mengisahkan Zack@Izz Karami [Izz]; seorang penjenayah yang sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kesilapan lalunya tak perlu diceritakan, memang banyak… tak terkira kejahatannya. Tetapi Izz menyesali kerja-kerjanya dulu dan mula keluar daripada dunia kotornya.
Sayangnya dalam dia mencari dirinya kembali, dia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan. Seorang gadis yang pernah singgah di hatinya kini menjadi buruan bekas kumpulannya. Disebabkan gadis itu dia kembali menentang. Cuba menyelamatkan gadis muda yang dipujanya dalam diam. Adni Zuhayra [Adni] adalah sang adik, bekas jirannya dulu. Ketika Izz masih menuntut di u…

Salam Maulidur Rasul

Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Jika masih ada...

Salam...

Saya tidak pernah menyambut valentine. Dan sepanjang hidup ini pun tidak pernah terfikir untuk menyambut perayaan yang sememangnya diharamkan untuk disambut ini. Tetapi tarikh 14 Februari ini sememangnya saya tunggu saban tahun kerana hari ini adalah hari lahir arwah ayah saya. Tahun ini kira sudah tahun ke 4, saya dan keluarga tidak pernah lagi merayakan hari ini. Tuan yang hendak diraikan juga sudah tidak ada di dunia ini. Kalau ayah masih ada...tahun ini usia ayah akan menginjak 60 tahun. 60 tahun...pasti rambut ayah sudah memutih dengan uban..mata ayah mungkin menjadi semakin rabun namun saya tahu minat membaca ayah tetap tidak akan pudar. Minat yang diturunkan kepada kami adik beradik. Pagi tadi..saya dan emak ke pusara ayah. Kalau dulu kami menyambut hari lahir ini dengan memberi hadiah kepada ayah..kalau tidak pun sekurang-kurangnya kami akan membawa ayah makan di luar, namun kini...semenjak 4 tahun yang lalu...kami hanya mampu menghadiahkan doa dan rasa rindu yang tida…

Untuk saya...dia..kita & mereka

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu??? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya......segala jawapan ada di dalamnya....

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;

"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu men…

Family potret

Image
Salam....
Gambar di atas merupakan satu-satunya gambar yang berjaya mengumpul kami kesemua adik beradik beserta ayah dengan emak. Walaupun saya dan keluarga memang suka bergambar, namun cukup payah mahu mendapatkan gambar kami semua. Kalau ada pun pasti ada seorang dua yang tidak ada..Semenjak arwah ayah masih ada lagi kami selalu berbincang..bila nak ambil gambar keluarga ni...Selalunya macam itulah..masing-masing asyik bertanya namun kata putus tetap tidak ditemui juga. Jadi pada tahun 2004, arwah ayah yang mengajak. Raya tahun ini kita pergi studio...tangkap gambar keluarga. Lagipun sudah bertambah ahli keluarga yang baharu, kami masih belum punya potret keluarga. Jadi...pada malam raya ke empat...selepas sembahyang maghrib, kami semua ke bandar taiping untuk merealisasikan niat yang tertangguh sekian lama. Ya...inilah hasilnya gambar pertama dan mungkin juga terakhir yang berjaya mengumpulkan kesemua ahli keluarga. Saya masih ingat perbualan saya dengan emak hujung tahun dulu...kat…

Dia sudah tiada...

Image
Salam...
Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang ingin saya cerita di dalam n3 kali ini. Sudah berhari-hari juga saya cuba mencoretkan sesuatu namun sepantas mana saya membuka blog ini sepantas itu juga saya memangkahnya. Saya ingin mencoret sesuatu namun saya seperti kehilangan kata-kata..kehilangan punca untuk menulis walau sebaris ayat... Rasanya mungkin ada yang sudah tahu apa yang berlaku kepada keluarga saya baru-baru ini. Dan mungkin juga ada yang tidak tahu. Tanggal 25 jan 2011, di saat kakak sulung saya meraikan ulang tahunnya yang ke 37, adik lelaki saya yang dipanggil abang itu kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan ketika pulang dari kerja. Ya ALLAH...mati itu pasti...bahawa janji TUHAN itu benar..tetapi sungguh saya dan keluarga tidak menyangka sama sekali...dia pergi buat selama-lamanya. Kehilangannya benar-benar membuatkan kami tersentap..terkedu...terhenyak dan tentu sekali diiringi dengan rasa tidak mahu percaya...namun kenyataannya....sudah 14 hari dia sudah bers…