Posts

Showing posts from October, 2010

Adios te Digo

Salam...
Masih bergelumang dengan manuskrip yang masih lompong. Cuma lompong itu menjadi semakin kecil setiap hari. Harap-harap november ini membawa berita gembira untuk diri sendiri. Tak ada cerita sebenarnya...kalau ada pun saya seperti hilang mood untuk menulis. Dalam kepala ni hanya ada NBF..NBF..NBF sahaja. Namun saya tidak mahu meninggalkan blog ini terus berhabuk. Jadi..seperti biasa..bila saya tidak mahu menulis panjang-panjang, saya akan tinggalkan anda semua dengan lagu yang menjadi kegemaran saya 11 tahun lepas. Adios te digo nyanyian Ricky Martin...


Que difícil es decir "lo siento" Traiconar un juramento
Un aniversario sin promesas
Sin un sólo beso
Profanar la cama en que dormimos
Y la mesa que gozamos
Y beber el vaso que bebimos
Con distintos labios Es la vida, que culpa tengo yo Que me guía siempre con una aventura nueva Que me deja ciego Y me aleja con su juego De tu pobre corazón
Adiós te digo Y me siento mi peor enemigo Se desgarra nuestra historia pasada Por otra historia qu…

Tgk gambar dulu

Image
P/s - mood untuk memblogging masih belum ada. Tetapi saya sudah meletakkan N3 baru untuk blog NBF.

ALaf 21 - Fiesta Buku

Image
Hendak mendapatkan buku-buku yang dijual murah?...malah lebih murah dari yang dijual dari Kuala Lumpur Book Fair..silalah ke sini...kesuakaran mncari novel2 lama yang sudah tiada di mana-mana kedai buku di Malaysia...? Silalah ke sini....Sambil-sambil tu..jeling-jelinglah buku-buku saya ya... 

RBB vs JKP

Salam, Terima emel ini dari Siti Mahyunniza @ Yuni, minggu lepas namun dek kerana agak sibuk, baru berkesempatan untuk meletakkan komennya di dalam blog. Semalam buat kali pertama streamyx kat rumah buah hal. Saya langsung tak boleh online. Ini yang pagi2 dah check sama ada line dah ok...nasib baik ok... Kepada Yuni, terima kasih banyak2 sebab begitu rajin menulis review yang panjang lebar ni.

Jauh Kau Pergi JKP ; Novel pertama karya Dhiya Zafira yang aku baca.Dari stu kebetulan sbnrnya masa aku masuk blog sorg pengemar novel jgk( Shalbysalbina).Dalam banyak2 komen kak Shalby, aku tertarik nak baca post die utk JKP. Org kata penilaian setiap pembaca berbeza jadi aku nak puaskan hati sendiri, esoknya jgk aku pi kdi buku dan nasib baik lah ada novel JKP.Aku beli hari tu, baca hari tu n habis baca hari yg sama jgk.Hehe.. JKP ni berkisar tentang kembar seiras ( actually depa kembar tak seiras) Najmi & Afi yg kematian parents diorg n dibuang keluarga sndri(datuk ngn nenek). Kesian.Nasib ba…

20102010 - MOU???

Salam...
Hari ini 20102010. Tarikh yang cukup cantik, yang tak akan berulang lagi. Tarikh di mana rata2 orang akan memilih untuk mengadakan majlis tunang, nikah atau sebagainya. Oleh kerana 20102010 ini jatuhnya pada hari Rabu, jadi tidak banyaklah orang yang menggilakan tarikh ini seperti tarikh 10102010 yang berlangsung 10 hari yang lalu. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membicarakan mengenai tarikh ini. Mood memblogging saya masih belum ada. Namun, kalau saya menulis N3 ini esok hari sungguh tidak kena rasanya. Kepada pembaca setia blog saya, mungkin tahu apa significantnya tarikh ini kepada saya. Sebab apa ya? Kalau nak tahu, 20102010 ini merupakan tarikh tamatnya MOU saya bersama Lynn Dayana. Tarikh keramat sepatutnya kami berdua menyudahkan manuskrip masing-masing dalam tempoh 3 bulan. Bermula 20072010 dan tamatnya 20102010. 3 bulan. Adakah kami berdua sudah meletakkan titik noktahnya? Hmmmm...JANGAN HARAP. hahhahaa....sukarnya rasanya hendak menyiapkan mss dalam masa …

I'M HOME

Image
Salam... Saya sudah kembali bekerja setelah 6 hari berkursus di Felda Residence Trolak. Mood memblogging masih belum ada mengenangkan betapa banyaknya kerja yang saya perlu lakukan. Saya ingin bercerita perkara manis yang berlaku di sana, namun nantilah ya...Audit PNM nak datang...so..saya kena pastikan semua library dibawah jagaan saya tak ada sebarang masalah nanti. Gambar di atas diambil ketika saya sedang mendengar ceramah mengenai 1Malaysia...waktu malam..dengan suasana yang cukup dingin. Saya mudah mengantuk dan bosan..lebih2 lagi mengenangkan tajuk yang dibincangkan. Jadi..akhirnya..inilah kerja saya..merangka NBF yang masih lompong itu.

Here I come...

Image
Salam...
Mulai esok sehingga 19 Oktober, saya akan berada di sini untuk kursus Pengurusan Perpustakaan bagi Penyelia Pepustakaan yang melibat kakitangan dari Perlis, Kedah P.Pinang, Perak, Selangor dan Melaka. Wah ramainya...dan lamanya pulak tu. Bila tgk emel yang diberikan saya tarik nafas sendiri. Aduhai...kursusnya bermula dari pagi hingga ke malam. Saya tidak pernah ke sini..walaupun tempat ini dalam negeri Perak dan walaupun dekat Tg.Malim. Oleh kerana penempatan saya dan teman-teman lain sudah berterabur satu perak, kami merancang untuk carpool sahaja. Saya akan drive dari taiping, singgah ambil 2 orang kawan di Taman Meru, Ipoh dan singgah ambil seorang lagi di Kampar sebelum pergi ke Felda Trolak Residence ini. Dan rasanya untuk 6 hari akan datang, saya tidak dapat online. Kalau kat tempat tu ada wi-fi tak apa juga. sebab saya tak ada broadband. So...tak apa..bekalan saya..buku...drama korea yang sudah didownload dan manuskrip saya sendiri. Ada tiga pilihan. hehehhe..kalau ma…

SUDAH BERAKHIR TAPI....

Image
Salam... Sila jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya sudah pun menyiapkan NBF semalam. Wah! hebatnya saya....saya sendiri terkejut kerana siapkan NBF lebih awal dari masa 3 bulan yang dirancang. lebih awal dari MOU saya dengan Lynn n Hezzy. Benarkah saya yang menulis ni? Walaupun dah berada depan mata, namun saya masih sukar mahu percaya. Hmmmm...sebab apa ya? Saya macam bermimpi pula. Yup..saya memang berada di alam mimpi. Untuk pengetahuan semua,..saya memang berjaya menamatkan NBF dengan jayanya...TETAPI...saya ulang TETAPI dengan LOMPONG ditengah-tengah.hahahahha....GI-LA kan saya ni? Ada ke penulis lain yang siapkan ending dulu? Kalau ada...we're in the same boat la...Masa menulis ending..kembang2 mata kononnya rasa sedih..tapi betullah saya ni poyo sebab penyelesaian konflik kepada masalah masih belum ada..tiba-tiba semuanya dah happy belaka. Sudahlah....saya nak kembali termenung, kembali depress nak merenung LOMPONG yang nak saya tampal ni. Ada sesiapa nak tolong …

jual beli buku

Image
Salam...

Rutin Hari Isnin, tak lain tak bukan pergi ke pejabat Pos. Infact semenjak dua tiga bulan yang lalu..tak ada hari isnin berlalu tanpa muka saya tercongok di kaunter Pos Laju Pej Pos Taiping itu. Kalau tak pos buku, saya pos Unta..kemudian saya pos buku, buku dan buku lagi. Alhamdulillah...semenjak JKP...jualan online saya mendadak naik ( Wpun tak tinggi sangat) tapi yang herannya..mana perginya duit itu saya belanjakan? Hmmm..Mana tidaknya..dapat duit buku saya, saya labur p beli buku lain. Minggu lepas saya pos 8 buah buku saya kepada 2 pembaca. Salah seorangnya teman sekolah saya semasa di Sarawak dahulu iaitu Eny Yusof . Eny dan the other reader tu membeli kesemua 4 buah buku tulisan saya. Wah! saya suka. Mungkin rezeki JKP, kebanyakkan yang membaca JKP mahu membeli buku saya yang terdahulu. Dan kerana JKP, ramai yang mahu menjadikan karya saya sebagai koleksi. Alhamdulillah. Saya benar-benar bersyukur kepada ALLAH.

Tengahari tadi, sekali lagi saya ke PP lagi. Kali ini 3 pe…

Komen JKP

Salam...saya menerima komen lagi mengenai JAUH KAU PERGI. Kali ini datangnya daripada Airina. Kepada Airina terima kasih kerana pergi ke JJ Maluri pada hari tu...dan Syukur kerana hujan turun, kerana kalau cuacanya baik...mungkin Airina tidak berminat mahu membeli JKP ini...Apa pun, terima kasih atas komen yang diberikan..dan komennya adalah seperti di bawah ini...

Sejujurnya aku beli novel ni ketika nak menanti hujan reda. Itu kerana ketika mahu pulang dari JJ Maluri, hujan turun selebat-lebatnya. Tiada pilihan aku angkat kaki ke MPH. Tak terlintas langsung nak membeli sebab dua hari sebelum tu aku dah borong novel hahaha Tapi dari langsung tak buat apa, aku pun capai JKP kerana cover yang comel tu. Namun sebaik sahaja mula membaca aku tak dapat nak elak dari terus melekat dengannya. Jarang sebenarnya aku berjumpa dengan genre romance-thriller. Jadi pastinya aku sungguh tertarik dengan karya DZ.

Afiqah Najwa [Afi] adik kembar kepada Kapten Najmi Hariri [Jimmy]. Mereka berdua mempunyai …

Beep..beep..beep

Image
Salam...
Jangan terkejut kerana dalam minggu ini saya begitu rajin menulis di blog. Ya...kalau saya rajin tu ada satu je maknanya....kebuntuan saya menulis masih berlaku. Kalau membaca sneak peek NBF di page sebelah...ada rasa macam kisah romance saja kan..hilang unsur-unsur thrillernya. Yup..saya stuck menulis bahagian aksi...di dalam kepala ni...memang bersimpang siur dah..macam wayar komputer terbelit sekali dengan wayar printer, scanner, kipas dan segala wayar sekali lah...Namun hendak menterjemahkan ke dalam bentuk penulisan...tak ada hasil yang boleh saya banggakan..sudahnya...seperti ini sahajalah... Hari ini saya MC..kepala sakit sejak malam tadi. Masa nak solat subuh, terhoyong hayang saya berjalan..lepas tu terus sambung tidur...lepas tu mesej kawan sekerja...MClah apa lagi... Semasa menulis JKP dulu..saya stuck juga....saya menulis sehingga ke epilog..sehingga ke titik terakhir..di mana pengakhirannya saya dah tentukan tetapi tengahnya lompong. Hmmm..serasa saya...itulah yang …

Este Hombre Es Guapo

Image
Salam...

Rasanya pembaca yang mengikuti blog saya ni tahu yang saya gila dengan lagu2 latin kan? Lebih-lebih lagi tentang penyanyi David Bisbal ini. Saya pernah bercerita tentang dia di N3 ini. Saya memang tak bosan-bosan mahu bercerita tentang dia sebab saya sangatttttttttttttt sukakanya suaranya. Suara dalam dan serak-serak basah. Serius ni...korang cuba dengar lagu2 dia. senang je nak cari. pergi ke kat u tube tukan...berlambak2 lagu dia. Infact masa persembahan live dia masa dalam operacion triunfo / akademi fantasia tu ada banyak jugak.  Untuk pengetahuan, dia sudah merakam 3 buah album iaitu yang pertama Corazon Latino, Buleria dan yang terbaru premonicion. Saya hanya ada dua album terakhirnya sahaja. Buleria dibeli oleh kakak saya bercuti ke UK 4 tahun lepas. Premonicion pula diorder dari kawannya yang sedang buat PHD kat UK jugak. Bila kami ke Spain dulu, cuba cari 1st album dia, tapi semua kedai sold out. Ialah album itu direlease pada tahun 2002, jadi memang susah nak cari. Sa…

KE 500

Image
Salam...
Ini n3 saya yang 500. Wah banyak ke sikit tu? Hmmm...500 rasanya macam banyak tapi kalau hendak dikenangkan sejak bila saya mula memblogging ni, rasanya sikit saja n3 saya tu. sepatutnya mungkin mencecah ke angka 1000 mungkin. Tak apalah...banyak ke sikit ke..bukan masalah besar pon. Saya hendak mengimbas kembali masa-masa saya mula mengenal erti blogging ni. Saya mula pada tahun bulan Jun 2006. Tahun di mana saya belum bergelar penulis lagi...Tahun di mana, saya menunggu penuh harapan manuskrip saya diterima pihak penerbit namun kecewa..kecewa...kecewa dan terus kecewa. Tahun 2006, saya tak tahu apa itu blog sebenarnya. bila jumpa banyak site dalam internet, saya terfikir apa benda yang budak2 ni cerita ni..rasa macam diary alam maya pun ada juga...Saya tak berminat mulanya..Masa itu beberapa teman yang juga ketika itu belum menjadi penulis sudah ada blog masing2. Jadi saya cuba buat akuan. 1st saya cuba blogdrive. Saya buat sendiri padahal tak reti. Macam mana nak masuk n3. …

Menjemput Bidadari

Salam...
Saya mahu berkongsi sebuah lagu yang baru saya jumpa sebentar tadi. Lagu ini saya google selepas saya membaca novel VERSUS karya HLOVATE...di mana di dalam buku tersebut ada part lagu ini. Sebelum ini saya memang tidak pernah mendengar sama ada tajuk atau bagaimana dengan lagunya. Tapi...setelah mendengar...saya tidak boleh berhenti.... Bagi saya lagu ini amat menarik dan sedap didengar oleh halwa telinga. Jadi..kepada sesiapa yang belum pernah mendengar, saya mahu sekali berkongsi dengan anda semua..dan terima kasih pada HLOVATE (yang misteri itu)..kerana memperkenalkan lagu ini di dalam bukunya... Bila yakin tlah tiba

Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Smentara waktu berlalu Penantian tak berarti sia-sia Saat perjalanan adalah pencarian diri Laksana Zulaikha jalani hari Sabar menanti Yusuf Sang Tambatan Hati Di penantian mencari diri Bermohonkan ampunan Dipertemukan Segera kan ku jemput engkau bidadari Bila tiba waktu kutemukan aku Ya Ilahi Robbi Keras ku mencari diri Sepenuh hati T…

Self-pity

Image
So....I've been listening to Pachelbel's Canon in D + Ocean sound repeatedly

But in the end...it always comes to this...ALHAMDULILLAH...I still have HIM...

Soldier Of Fortune

I have often told you stories
About the way
I lived the life of a drifter
Waiting for the day
When I'd take your hand
And sing you songs Then maybe you would say Come lay with me love me And I would surely stay
But I feel I'm growing older And the songs that I have sung Echo in the distance Like the sound Of a windmill goin' 'round I guess I'll always be A soldier of fortune
Many times I've been a traveller I looked for something new In days of old When nights were cold I wandered without you But those days I thougt my eyes Had seen you standing near Though blindness is confusing It shows that you're not here
Now I feel I'm growing older And the songs that I have sung

Kita susun dulu....

Image
Salam...


Masih ingat dengan n3 saya semalam? Dimana weekend saya dihabiskan dengan mengemaskini semula buku2 saya yang bertabur di dalam bilik? Ya...bilik saya sudah nampak kemasnya..barulah cerah biji mata sikit. Semalam saya menyusun semula buku-buku saya..katalog saya mudah saja..susun ikut nama pengarang. Saya malas nak buatkan sistem pengkelasan sendiri. Saya bukan Afi ya...dan saya juga tak kuasa nak tampal sticker berwarna untuk membeza jenis buku...Ya..saya tidak serajin ulat-ulat buku yang sanggup membalut, meletak nombor dan ada yang meletak riben pada setiap buku yang dibeli...Salah satu sebabnya..selain buku baru, saya juga membeli buku-buku terpakai...jadi..kerajinan tu tak berapa nak ada..biasalah..buku2 terpakai ni ada yang kulit bukunya..nak tengok tak lalu..tapi ada yang saya beli saja sebab saya pentingkan isi di dalamnya...

Dulu2 masa rajin saya datang..saya balut semua buku..tapi yang saya perasan, buku melayu sahaja yang saya balut dan kualiti bukunya baik..mcm tak …