Friday, October 08, 2010

Beep..beep..beep

Salam...

Jangan terkejut kerana dalam minggu ini saya begitu rajin menulis di blog. Ya...kalau saya rajin tu ada satu je maknanya....kebuntuan saya menulis masih berlaku. Kalau membaca sneak peek NBF di page sebelah...ada rasa macam kisah romance saja kan..hilang unsur-unsur thrillernya. Yup..saya stuck menulis bahagian aksi...di dalam kepala ni...memang bersimpang siur dah..macam wayar komputer terbelit sekali dengan wayar printer, scanner, kipas dan segala wayar sekali lah...Namun hendak menterjemahkan ke dalam bentuk penulisan...tak ada hasil yang boleh saya banggakan..sudahnya...seperti ini sahajalah...
Hari ini saya MC..kepala sakit sejak malam tadi. Masa nak solat subuh, terhoyong hayang saya berjalan..lepas tu terus sambung tidur...lepas tu mesej kawan sekerja...MClah apa lagi...
Semasa menulis JKP dulu..saya stuck juga....saya menulis sehingga ke epilog..sehingga ke titik terakhir..di mana pengakhirannya saya dah tentukan tetapi tengahnya lompong. Hmmm..serasa saya...itulah yang perlu saya lakukan dengan NBF ini...teruskan dengan apa yang saya mahukan...biarlah menulis penamatnya dulu dan selesaikan lompong di tengahnya kemudian...hahaha...jangan ikut cara saya..berbahaya kepada kesihatan fikiran anda...
Tak apalah..kita tolaklah dulu tentang kekeringan idea saya itu...kalau hendak dikira rungutan saya tentang writer's block ini agaknya sudah boleh dibuat sebuah novel. Selalu merungut tapi langsung tak berusaha untuk mengubah keadaan. Dan terlalu membiarkan mood yang merudum mengusai fikiran. Sikap yang tak elok...dan saya akan cuba buangkan...
Saya mahu berkongsi maklumat/ilmu yang saya dapat semasa saya mengikuti bengkel penulisan bersama penulis tersohor Alaf 21..RAM dan Eyman Hykal dahulu...dan pesanan yang mereka berikan...akan saya ingat sampai bila2...Kedua penulis hebat ini meng-ibaratkan menulis novel ini seperti heart monitor machine..( saya tak tahulah apa nama benda alah ni yg sebenarnya...)
Kalau kita menulis novel...sila pastikan kita tidak menulis cerita yang mendatar...seperti mesin yang menunjukkan flatline ini...Cerita yang dari awal sehingga ke akhirnya...macam itu sahaja. Langsung tiada keterujaan...tiada aura yang mampu menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Selalunya cerita-cerita begini mampu membuatkan pembaca berhenti membaca...dan beralih kepada pembacaan yang lebih menarik...



Seperti buku ini....


Dipermulaan buku, kita sudah berasa teruja untuk membacanya. Kita berminat untuk meneruskan pembacaan...di sini terdapat perkara/ lonjakan plot yang mampu membuatkan pembaca akan berkata..." Wah...buku ni macam best je..." Tetapi setelah keterujaan itu, nikmat membaca menurun perlahan-lahan lalu terus merudum sehinggalah penamatnya. Kata-kata turut berubah kepada " Eh! kat depan macam menarik tapi kenapa jadi macam ni...apasal terus tak best ni...?" Bezanya antara ini dengan di atas, pic ke 2 ternyata lebih menarik dan lebih baik daripada pic pertama. Namun belum cukup baik untuk pembaca mengatakan sebuah buku itu benar-benar baik dan disukai mereka.

Dan bagi ini pula;

Saya rasa korang semua tentu dapat menafsir gambar ini bukan? Pembaca yang dihidangkan dengan sebuah karya yang mampu menarik minat semua pihak. Di awalan cerita sudah dihidangkan dengan rasa keterujaan  dan mungkin mendebarkan hati pembaca..atau mungkin membuatkan pembaca sudah mampu senyum sendiri...Anggaplah juga seperti kita menaiki roller coaster..kita sentiasa berdebar2 menanti bilakah masanya tren akan menjunam..bila masanya dia akan membuat puratan 180 darjah. Setelah dia membuatkan kita bertenang sekejap..tanpa disangka...kita menerima kejutan lagi...seperti mesin jantung ini...graf yang turun naik itu jelas menunjukkan bagaimana sebuah buku yang baik dihasilkan. 

Saya...? Saya berusaha keras untuk menjadikan buku2 saya setara dengan gambar ke 3 itu. Saya tahu bukannya mudah mahu memancing minat pembaca untuk membaca karya kita..lebih-lebih lagi genre seperti saya ini yang kurang pembacanya di Malaysia...Genre thriller/ action/misteri ini hanya akan dibaca oleh loyal reader. Yang pernah membaca karya kita sebelum ini. Mahu menulis plot yang seperti roller coaster, kita harus sedar, tak semua berani menaiki roller coaster itu. Kalau yang sedikit berani mencuba..tetapi sepanjang masa hanya menutup mata..pun tak guna juga..namun sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada yang tidak berani langsung untuk mencuba bukan? Jadi..jangan takut anda akan pengsan atau muntah atau pening kepada dengan menaiki roller coaster ini..mana tahu...anda akan sukakannya..dan mungkin ia akan membuka minat anda kepada sesuatu yang lebih menerujakan bukan?

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...