Posts

Showing posts from December, 2009

Day1- Taiping - Baling - Alor Setar

Image
Salam... Pagi Jumaat Aku, mak, metty, ijat, Husna, sarah, adik, daiful, arumi dan Hadiff ( banyaknya) bertolak ke Baling, rumah Husna ( isteri ijat). Kalau mengikut plan memang tak rancang pon nak singgah baling sebab kalau nak berpatah semula ke Alor Setar tu macam jauh je. Tetapi terpaksa jugak pergi sebab nak mengambil kucing Husna yang ditinggalkan kat sana masa dia balik kampung beberapa minggu lepas. Sebab tinggal kucing tu pon sebab ijat kena p kursus di Ipoh seminggu. dan untuk seminggu tu dia hantarlah Husna balik umah mak dia...so bawaklah sekali kucing dan sangkar dia. Bila Ijat abis kursus, dia penat nak ke baling semula dan terpaksalah Husna ni naik bas. dah naik bas tu takkanlah nak bawak sekali kucing tu kan. Jadi...dah alang2 kami nak ke utara, Ijat pon ajaklah singgah sana untuk makan tengahari sekali. Perjalanan ke Baling tu adalah kira2 2 jam jugak nak sampai. Ijat ajak singgah sampai malam sebab nak mandi air panas tu, tapi kepala masing2 dah menggeleng. Kalau bo…

Zikir...

Aku suka mendengar zikir Hasbi Rabbi alunan Akhil Hayy ini. Boleh diakui semenjak pernikahan dia dengan Wahida beberapa bulan yang lalu, rasanya reputasi ustaz rock ini jatuh menjunam di mata masyarakat. Ya...masyarakat belum mampu menerima apa yang telah dilakukan oleh beliau. Bagi aku sendiri...hmmmm..aku tak nak komen banyak-banyak. Banyak benda yang aku tidak tahu untuk aku menjatuhkan hukuman kepada mereka yang terlibat. Apa yang berlaku hanya mereka dan ALLAH sahaja yang tahu. Cuma, aku agak terkilan...sungguhpun sudah hilang sayangnya terhadap isteri, mengapa anak-anak yang menjadi mangsa. ALLAH HUALAM.Apa pun zikir ini tetap menjadi kesukaan aku. Suara rintihan Akhil Hayy ini benar-benar menusuk jiwa. Selain dari beliau, aku juga suka mendengar Ustaz Badrul Amin mengalunkan zikir. Ya Allah..rintihannya memang mampu membuatkan kita turut rasa mahu bertaubat...p/s - Kalau mahu mendengar... sila silencekan saja lagu orangputih di bawah sana...Cukuplah Tuhan bagiku..ALLAH MAHA AGU…

makan2 time

Salam... Dua hari lepas aku dan family (Ijat n husna, sarah, adik, daiful dan emak) dinner kat Secret Recipe. Al-maklumlah..malam tu semuanya ala-ala malas nak masak, so planlah nak makan apa. My suggestion makan pizza, ditolak mentah2 oleh adik2. Nak makan Mcd..Alahai..dah selalu sangat pula. KFC pun ala-ala boring aje. so...tinggallah SR as the last option. Malam tu..tekak masing2 memang tak berselera nak makan makanan melayu, so keowtow Dolly ke, Selera Malam ke, ataupun kedai makan Abe (di kawasan rumah aku..hehehe) memang tak masuk dalam senarai. So..lepas solat maghrib konvoi 2 keta p tesco Taiping sebab SR hanya ada di sana. Dalam pada tu, mak pun nak beli barang untuk buat Tahlil ayah sama. Jadi...mak yang pada mulanya malas nak makan dekar SR, jadi ala-ala setuju nak pergi. ( Mak bukannya apa, bagi dia, mengeluarkan duit beratus-ratus untuk makanan adalah satu pembaziran) Seperti biasa...bila dah ramai2 ni, mak memang kalah dengan anak-anak. Aku menu aku di SR memang tak pe…

tahniah adik

Salam.... Sudah menerima surat, Sarah akan melapor diri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, Trong. Harapan untuk mendapat di sekitar Taiping tidak berjaya tetapi kira oklah sebab tak adalah jauh sangat dari Taiping ni. Kira-kira dalam 35 minit perjalanan. Tak kisahlah mana-mana asalkan hasrat hatinya nak mengajar tu tercapai sudah. Kalau mengikut surat Sarah diminta mendaftar di PPD Ipoh 28 Dis ini. 25 Dis pulak kami sekeluarga akan ke Alor Setar (Rumah kakak sulung aku) kerana 27 Dis ni, kami akan menghantar Adik aku yang satu lagi ke Uitm Arau. Syukur ALHAMDULILLAH...hujung tahun ini, kami mendapat berita gembira yang berganda2. Adik yang kami panggil Adik itu juga nampaknya semakin tidak sabar untuk bergelar pelajar Universiti. Al maklumlah, lama juga dia menunggu sebelum permohonannya berjaya. Dahulu semasa SPM, dia menerima keputusan yang agak baik namun tidak ada rezekinya untuk membuat Matrik, lalu atas cadangan kami sekeluarga, dia mengambil STPM. Adik ini otaknya lebih pa…

Tahniah Sarah

Image
Salam.... Akhirnya...setelah lebih 2 bulan menanti dan terlewat dari kawan-kawan yang lain, Sarah berjaya juga mendapat penempatan untuk memulakan kerjayanya sebagai seorang guru. Ya..kami sekeluarga benar-benar bersyukur dengan perkhabaran berita ini walaupun minggu lepas sudah mendapat jawapannya. Namun selagi tidak keluar di website dan mendapatkan surat daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri, semuanya jadi tidak kena. Hendak bergembira pun rasanya agak terenjat sedikit. Manalah tahu..tiba-tiba sesuatu berlaku pula. Ujian INSAK dan temuduga pertama, Sarah gagal. Lalu dia tersisih dari rakan-rakan sejabatan yang mendaftar untuk posting bulan 10 tempoh hari. Reaksi Sarah? Hancur luluh hati dia bila menerima surat daripada KPM. Mana tidaknya, untuk interview, dia dinilai dengan baik. Para penemuduga mengatakan dia memberikan jawapan yang jelas, dan lancar. Dan ada beberapa orang di antara temannya tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika ditemuduga. Tapi, temannya ini lulus untuk p…

Hijrah resolution

Salam...


Azam tahun baru aku tahun ini( Tahun Hijrah ya);


1. Menguruskan duit gaji dengan lebih teratur. Bukannya dalam seminggu semuanya licin. Dan jangan mempersoalkan kepada Sarah ke mana duit aku pergi....( Sebab Sarah akan kata duit aku tak hilang...semuanya dah abis aku belanjakan---Adik aku ni sanggup kira setiap sen gaji aku untuk membuktikan duit yang aku kata hilang setiap bulan itu bukannya hilang sebenarnya.) 2. Bayar hutang PTPTN dengan lebih konsisten yakni setiap bulan. Bukannya bayar sekali, miss 2 3 kali dan bayar sekali lagi. Hmmm...mungkin aku patut buat potongan gaji, jadi tak adalah aku mempersoalkan bila masa hutang pinjaman ni nak abis. Entahlah...sebenarnya pasal yuran pentadbiran yang dikenakan menyebabkan aku makin liat nak membayar. pasal benda alah inilah...hutang aku tak nampak susutnya. Kata kakak aku pula, itulah tak nak belajar betul2. Kalau macam diakan senang. Dapat degree 1st class...tak payah susah2 bayar hutang PTPTN..er...metty...kita share dua nak?…
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA.




Tuhan...kubisikkan...

Image
Salam... Hajat hati mahu ke sini tahun depan. Saja mahu berjalan-jalan mencari ilham sambil menghabiskan duit yang tak berapa nak ada tu. Rancangnya mahu pergi bulan Jun dan ditukar ke bulan April pula. Aku ditugaskan membuat itinerary sepanjang seminggu berada di sana. Jadi...bila bosan-bosan di library ni laju je aku menggoogle tentang Western Aussie ni dan memilih mana tempat yang menarik. Pada mulanya aku memang macam tak berminat ke negara Kanggaroo ni. Infact tak ada pon dalam my wish lists negara yang nak diterokai. Tapi sejak aku mengoogle dan melihat serta membaca komen-komen pengunjung yang sudah tiba di Perth ini aku pun ada rasa sedikit suka dan teruja.
Jadi...bertambah rajinlah aku mencari maklumat. Haha...memang kelakar kalau nak diikutkan macam mana aku begitu rajin mentelaah keluasan bumi Austaralia ini esp bahagian Western Aussie ni. Ya...seminggu tidak cukup. Hanya boleh berjalan sekitar Perth dan kawasan yang berdekatan sahaja. Kalau mahu ke Shark bay, Denham ataupun…

Pertemuan kita di suatu hari.....

Image
Salam... Seperti yang aku katakan sebelum ini, hari sabtu aritu aku ke Ipoh sekali lagi. Kali ini adalah untuk Majlis perasmian buku-buku penulis Perak dan juga perasmian buletin pertama pihak Perpustakaan Awam di mana aku adalah termasuk dalam sidang redaksinya. Majlis bermula jam 11 pagi dan mujurlah aku sampai sepuluh minit awal sebab kalau diikutkan aku sudah lambat bertolak dari rumah kerana membawa 2 orang adik sekali. Hajat hati nak bawa emak tapi mak ada hal di Kuala Kangsar. Sarah pula pergi kenduri kahwin kawan dia, jadi hanya kami bertiga sahaja yang pergi ke Ipoh pagi tu. Kalau semasa sesi bertemu penulis hari Khamis tu hanya ada 4 orang penulis, kali ini ada 8 orang penulis dari Perak yang berjaya menghadirkan diri. Sembang dengan semua, barulah aku tahu bahawa sesi bertemu penulis diadakan juga pada hari Jumaat. hmmm..Patutlah aku tak bertemu dengan yang lain2. Tapi elok juga dibuat dua sesi itu. Setiap penulis berkesempatan mempromosi produk masing-masing kan. Yang aku r…

Korean drama - EAST OF EDEN

Image
~ dong chul oppa~

Salam...
Aku sedang melayan korean drama ni " East of Eden" yang sedang ditayangkan di tv 2 jam 12.30-1.30. Bila aku balik lunch kat rumah sempatlah tengok dalam setengah jam je. Oleh kerana cerita ni best sangat dan aku tak sabar nak tahu ending cerita dia, jadi untuk kesekian kalinya aku melawat kedai cd kat Taiping Sentral ni ( Yang aku asik tersilap panggil KL sentral..hahahah...) dan berjaya membeli dvdnya dengan harga yang agak murah. Hmmm...aku tak beli yang ori..mahal sangatlah..RM129.90. Aku beli yang local punya dan nasib baik kualiti gambar pon ok...Jadi...bila dah ada dvd ni, memang aktiviti penulisan aku yang selalu tertangguh tu jadi semakin tertangguh la. *sigh*. Apalah nak jadi dengan aku ni? Kalau jadual rancangan tv cepat je aku ingat tapi disiplin penulisan aku ni memanglah azab. Kalau aku ni penulis sepenuh masa mungkin aku dapat mendisiplinkan diri gamaknya. Iyalah..kalau malas menulis bermakna buku tak keluar. Kalau tak ada buku bermakn…

Karnival Mega book_sale@library

Image
Salam...
Pagi ini aku tak masuk office sebab aku ke HQ Ipoh sempena Karnival Mega book_sale@library yang berlangsung hari ini hingga 12 Dis 2009. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk menjemput warga Ipoh khasnya dan Perak amnya supaya turut sama memeriahkan Karnival yang berlangsung ini. Oran ramai dari negeri lain pun dialu-alukan datang. Maklumlah tengah cuti sekolah sekarang ni. Kalau nak balik kampung di utara, mungkin boleh singgah sebentar di Ipoh.
Sebenarnya kedatangan aku ke sini atas dasar arahan pihak atasan. Aku ingat lagi kata2 pegawai yang menjemput dalam telefon kepada aku " Samada aku nak datang ke, tak nak datang ke, aku kena datang jugak."(nasib baik bercakap dalam nada gurau) Hehe..Aku katalah...aku akan datang. Bukannya apa...nak bagi sokongan pada jabatan sendiri. Walaupun aku di Taiping, takkan tak boleh beri kerjasama kan. Lagipun kehadiran aku ini untuk meraikan anak-anak perak yang bergelar penulis dan ditambah lagi aku seorang kakitangan libra…

psssst..ssssstttt....ssstttt

Image
Salam....
Malam semalam sempena hari Lahir Mak, aku bawa mak dan adik-adik makan di Kenny Rogers...hmmm..dah lama tak makan di tempat lelaki yang menyanyikan antara lagu kesukaan aku iaitu Lady tu. Kalau korang tengok wajah emak kat atas mesti rasa musykil kenapalah mak aku ni masam aje mukanya. Nak tau? hahaha..sebabnya mak aku tengah mengantuk. Jenuh jugak aku memujuk dia supaya ikut kami. Nasib baiklah emak nak ikut kalau tak, memang tak bermaknalah kami keluar malam tu. Tapi emak biasalah...mana boleh mengantuk lama-lama. Lepas makan emaklah yang paling cergas masuk satu kedai ke satu kedai. Aku ikut sahajalah...Lagipun berjalan dengan family ni memang seronok. Kalau lagi ramai lagi best. Yang tak bestnya kalau budak2 buat perangai. Nanti sorang2 makcik depa naik hantu. hahahah... Lepas makan dan membeli serba sedikit, kami pun balik le..dalam lebih kurang pukul 10 lebih. Selalunya urusan mengunci dan membuka pintu ni kerja si Sarah namun bila malam tu aku malas nak drive, jadi seca…

SELAMAT HARI LAHIR, MAK

Image
Salam....

Hari ini hari lahir mak. Hari ini mak genap berusia 59 tahun. Siapa sangka untuk 3 tahun kebelakangan ini mak menyambut hari lahir tanpa suami di sisi. Banyak yang aku hendak ceritakan tentang mak. Sama ada n3 ini akan menjadi terlalu panjang atau terlalu pendek dek kerana aku tidak mampu untuk menghuraikan segala jasa dan pengorbanan yang telah mak lakukan untuk kami sekeluarga.
Seumur hidup mak tidak pernah memenangi anugerah ibu mithali yang diadakan saban tahun tetapi bagi kami, gelaran itu tidak penting. Sesungguhnya untuk ke 7 anak emak memasuki universiti baru memungkinkan gelaran itu diberikan, rasa aku tidak payahlah. Jasa dan pengorbanan emak tidak boleh dinilai sekadar itu. Kalau kejayaan emak diukur hanya kerana semua anak emak menjawat jawatan tinggi, tidak adil rasanya. Bagaimana mungkin kejayaan seseorang insan itu diukur dengan pangkat, harta dan jawatan? Bukan itu sahaja yang penting dalam hidup kita ini. Ada banyak lagi aspek yang boleh dinilai tetapi sudah d…

dah ok...

Yeah... Siaran langsung dari rumah. Streamyx dah ok. Lega tak terkata bila angkat telefon berbunyilah nada tu. Oklah...just nak inform internet dah ok semula...seperti biasa...mood menulis merudum malam ni. Manusia ramai sangat kat umah ni. Al-Maklumlah cuti sekolah. Kakak aku n anak2 dia balik. Bila dah berkumpul ni biasalah...semua kerja tak jadi. Dok asik bersembang aja. Bangun tido bersembang. Sebelum berkemas bersembang. Masa memasak bersembang. Dari pagi membawa ke petang dan malam, memang tak abis-abis kami adik beradik bergossip. Cerita yang dah berbulan-bulan pun boleh jadi hangat kalau dengar kami bersembang. Perangai kami ni mak dah arwah ayah dah terlebih maklum. Entahlah...kira-kiranya dapat bersembang dulu baru dapat feel nak buat kerja. Lepas tu sibuklah bahagi tugas. sorang ambil bahagian dapur. Sorang kemas semua bilik. sorang ambil tender kain (basuh, sidai. lipat) dan sorang kemas ruang tamu n bilik tv. Bila bahagian masak je..hahahaha..masing2..tolak sesama sendiri.…

takde tajuk

Image
Salam...



Hari ini hari ke 3 line telefon dan streamyx kat rumah tak boleh guna. Bengkak jugak hati sebab selalunya aku akan online sebelah malam. Bila call TM buat aduan, depa kata akan mengambil masa selama 24 jam untuk line pulih. So...tak kisahlah. Kalau setakat sehari tak online tak apalah kan tapi bila dah lepas 24 jam, aku call tanya progress dan pihak TM kata masih dalam proses. Pertama kali aku call depa kata, kena tunggu 24 jam dulu baru boleh tanya progress. Aku call untuk tanya progress aje pun dan kalau boleh disiapkan awal takkan nak kena tunggu 24 jam jugak. Tapi aku tetap terima penjelasan depa tu. Bila tak ok jugak aku call lagi sekali selepas 42 jam. Tgk2 tak berjaya disiapkan jugak. Pandai TM ni buat alasan ya. Nasib baiklah aku ni jenis tak reti nak maki2 orang kat telefon. Tapi aku akan sentiasa menganggu depa untuk mintak penjelasan. hahahaha, Iyalah...lambat sangat ambil tindakan. Dahlah charge streamyx tu dah fix...kalau boleh online beberapa hari je tapi kena ba…

Untuk insan istimewa

Salam...

Buat seorang sahabat, tiada kata yang dapat aku luahkan untuk menerangkan apa yang aku rasa ketika ini. Dan aku tahu, tiada kata yang dapat menenangkan kebimbangan yang kau alami sekarang. Berat mata memandang, aku tahu lebih berat penderitaan yang dipikul. Apa yang boleh aku katakan wahai sahabat? Sabarlah. Tabahkan hatimu. Jangan takut kerana semuanya akan kembali pulih seperti biasa. Aku sentiasa ada untuk mendoakanmu. Ya... mungkin kedengaran begitu klise sekali. Kata-kata ini, yang aku yakin selalu diucap oleh sesiapa pun pada kau kini. Tapi...apa yang boleh aku katakan lagi, sahabat?
Sabarlah sahabatku...Sebagai umat ISLAM, apa lagi yang boleh kita lakukan selain dari sabar? Sabar itu menguji dan membentuk keimanan. Bukankah Rasulullah pernah berkata; Manusia yang hebat dan bertakwa itu ialah manusia yang berjaya menahan sabarnya? Redalah dengan apa yang berlaku. Dugaan ini datangnya daripada ALLAH SWT. DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu. Dan dia tidak akan…

12345678...8 lagi....

Salam... Hari ni 1st day bekerja setelah cuti raya, bekerja kembali untuk sehari dan bercuti pula sekali lagi. Aku memang rasa tak bersemangat langsung nak masuk kerja hari ni. Badan aku lenguh dan sakit-sakit sebab semalam aku ke kelas aerobik. Haahaaha..Maklumlah...dah lama aku tak bersukan. Kali terakhir aku bersukan adalah beberapa bulan yang lepas masa aku wakili zon aku dalam perlawanan bola jaring. Masa tu best jugak...keluar peluh dan badan pun rasa lebih ringan. Dan lepas habis perlawanan, aku hanya bersenam dalam rumah je...itupun ikut mood. dan biasanya mood malas aku melebihi mood rajin. Jadi, nak dijadikan cerita, adik aku mengajak aku ke kelas aerobik sebab dia dah jemu duduk rumah menunggu result posting dia yang belum keluar. Mula2 aku memang teringin nak pergi, tapi ada saja alasan aku yang menyebabkan niat nak pergi tu terbantut. Akhirnya Sarah malas nak tunggu aku lagi jadi dia pergilah seorang. Malam tu memang dia mengaduh sakit urat tapi siap kata kelas aerobik tu …