Salam...
Seperti yang aku katakan sebelum ini, hari sabtu aritu aku ke Ipoh sekali lagi. Kali ini adalah untuk Majlis perasmian buku-buku penulis Perak dan juga perasmian buletin pertama pihak Perpustakaan Awam di mana aku adalah termasuk dalam sidang redaksinya. Majlis bermula jam 11 pagi dan mujurlah aku sampai sepuluh minit awal sebab kalau diikutkan aku sudah lambat bertolak dari rumah kerana membawa 2 orang adik sekali. Hajat hati nak bawa emak tapi mak ada hal di Kuala Kangsar. Sarah pula pergi kenduri kahwin kawan dia, jadi hanya kami bertiga sahaja yang pergi ke Ipoh pagi tu.
Kalau semasa sesi bertemu penulis hari Khamis tu hanya ada 4 orang penulis, kali ini ada 8 orang penulis dari Perak yang berjaya menghadirkan diri. Sembang dengan semua, barulah aku tahu bahawa sesi bertemu penulis diadakan juga pada hari Jumaat. hmmm..Patutlah aku tak bertemu dengan yang lain2. Tapi elok juga dibuat dua sesi itu. Setiap penulis berkesempatan mempromosi produk masing-masing kan.
Yang aku rasa sedikit frust tu sebab pada hari Jumaat tu, mereka menjemput seorang penulis buku masakan Minang dan beliau telah membawa kesemua sample makanan yang terdapat dalam resipi buku masakan Minang tersebut. Komen dari seorang penulis lain yang menyatakan kesemua hasil masakan itu sedap semakin membuatkan aku kecur liur.hahahah...Rugi tak datang hari tu.
Lebih kurang pukul 11.30 majlis bermula. Aku sememangnya tak tahu apa yang akan berlangsung pada pagi ini. Inikan kami datang memeriahkan majlis perlancaran semata-mata tapi bukan setakat itu, setiap penulis diminta ke pentas dan menyerahkan hasil karya masing-masing kepada YB. Selepas gimik pelancaran dibuat, YB meminta untuk bergambar dengan semua penulis jadi sekali lagi naiklah ke pentas dan ketika itu aku ternampak seseorang. Rupanya En. Razalli, pustakawan (kanan kalau tak silap aku) di UPSI ada bersama di kalangan penonton.
Wah...aku memang terkejut. Dah lama sangat rasanya aku tak melihat wajah2 familiar staff library UPSI. In fact masa aku sampai tu, aku terlihat Prof Dr. Bukhari Lubis ada bersama. Beliau juga merupakan kakitangan UPSI dan juga salah seorang penulis yang diraikan. Entah mengapa, aku teruja sikit tgk Prof sebab semasa aku di UPSI, aku selalu berhubungan dengan beliau kerana aku menguruskan Inter library loan ( ILL). Kiranya selalu jugalah aku menolong Prof ni mendapatkan buku yang tiada di Library UPSI dan aku akan meminjam di Library universiti lain yang ada bahan yang dikehendaki.
Setelah majlis selesai, aku dijemput untuk menikmati hidangan tengah hari. Dan sekali lagi aku terkejut. Bukannya sekadar muka En. Razalli dan Prof yang aku lihat tapi beberapa orang lagi kakitangan library yang turut sama memeriahkan majlis ini. Aku jumpa Hasrul, Kak ina paje, kak Ina Khalid, kak Noriati di sana. Bila dah berjumpa, baru terasa rindunya dengan kesemua mereka ini dan mereka yang masih berada di Library sana. Iyalah...3 tahun aku di sana. Ada sesetengahnya aku akrab seperti saudara sendiri. Ada pahitnya dan Ada yang begitu manis sekali. Walaupun sudah lebih 3 tahun aku di tempat baru, rasanya macam baru sebentar saja aku meninggalkan UPSI.
Ada yang bujang ketika aku pergi, sudahpun berkahwin dan menimang cahaya mata. Ada yang sudah berkahwin terus menambah zuriat. Ada juga yang sudah naik pangkat. Ada ketikanya ia masih kekal sama tapi aku tahu banyak yang sudah berubah. Dalam proses selama 3 tahun itu benar-benar mengubah hidup seseorang. Aku juga sudah berubah. Cuma mungkin yang kekal aku masih single n available aje..hahahha....
No comments:
Post a Comment