Posts

Showing posts from April, 2007

PESTA BUKU - JADUAL NOVELIS ALAF21

Image
JADUAL KEHADIRAN PENULIS BUKU UMUM DAN AGAMA 27 April 2007Cikgu Nor Bi Abd Rahman - Simple EnglishHazira Hamsah % Heidi Kiong – Yoga di pejabat 28 April 2007Cikgu Nor Bi Abd Rahman - Simple English 29 April 2007Professor Dr Sidek Baba - Seteguh Tekad 2 Mei 2007Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Membela Agamaan Ustaz Mazlee Malik – Konflik Palastin & IsraelEn Muhammad Taakub Yunus - Ramadhan dan Aidilfitri 4 Mei 27Hazira Hamsah % Heidi Kiong – Yoga di pejabat * Kepada peminat novel di seluruh tanah air, apa kata kita menyerbu para novelis sekaligus memeriahkan suasana di pesta buku nanti. Ayuh....kita bertemu di sana!!!

Tayang kembali

Image
Salam,
Aku agak seronok seminggu dua ni kerana Astro ada menayangkan kembali cerita kartun kesukaan aku. Masa tengok gazzet dia memang aku dah tak sabar-sabar nak tengok. Rindu betul pada watak kesukaan aku iaitu Optimus Prime. Aku ingat lagi masa tengok movie dia dulu, Prime mati, punyalah aku frust. Tapi tak kisahlah asal dapat tengok Prime bersama Autobotsnya melawan Megatron dengan Decepticonnya. Walaupun sekarang ni Transformers dah semakin moden, semakin canggih bentuknya tapi aku tetap suka siri yang 1st generation ni. Apa2 pun kepada yang meminati siri ini...selamat menonton.

Sini aku sertakan sekali info tentang Transformers & Optimus Prime...

Rumah Baru

Assalamualaikum, Apamacam? Aku sudah menukar cat baru. Saja hendak berubah. Kalau asyik benda yang sama dan serupa saja memang agak membosankan. Untuk menukar semua ni bukanlah payah sangat tetapi terlalu remeh. Ada masanya aku terkial-kial juga nak memahami tetapi alhamdulillah, setiap apa yang ada di blog lama aku dapat dikekalkan dan bertambah dengan beberapa logo baru. hihihih copy n paste sebenarnya....Apa-apa pun semoga anda terus setia mengunjungi blog ini...(ceh...konon jelah)

Berita Gembira

Assalamualaikum.... Masih ingat dengan n3 aku yang sedang menunggu panggilan dari seseorang? Hmmm...sebenarnya setelah menunggu sekian lama, semalam pada jam 3.40 petang panggilan yang dinanti berkunjung tiba. Aku sedang tidur masa itu kerana kurang sihat. Jadi bila berita itu disampaikan, aku masih tidak mampu memberikan reaksi yang sewajarnya. Aku berterusan mamai. Macam susah nak percaya. Sampaikan insan yang menelefon terpaksa bertanya adakah aku suka dengan berita tersebut? Suka? Tentulah aku suka. Siapa yang tidak suka apabila impiannya bakal menjadi kenyataan. Siapa yang tidak gembira apabila setelah lama menanti, akhirnya akan tiba juga didestinasi. Cuma, aku sedikit terkilan. Aku tidak mampu berkongsi kegembiraan dengan insan yang paling banyak mendorong aku mencapai impian ini. Aku terkilan kerana kegembiraan ini berputik setelah ayah tiada.

I carry your heart with me - E.E Cummings

I carry your heart with me (I carry it in my heart) I am never without it (anywhere I go you go, my dear; and whatever is done by only me is your doing, my darling) I fear no fate (for you are my fate, my sweet) I want no world (for beautiful you are my world, my true) and it's you are whatever a moon has always meant and whatever a sun will always sing is you here is the deepest secret nobody knows here is the root of the root and the bud of the bud and the sky of the sky of a tree called life; which grows higher than the soul can hope or mind can hide and this is the wonder that's keeping the stars apart I carry your heart (I carry it in my heart) nota- Aku mula menyukai puisi ini bila aku mendengar Cameron Diaz membacakan puisi ini di majlis perkahwinan kakaknya dalam Filem In Her Shoes. Memahami maknanya dan gaya si Cammy membaca benar-benar menyentuh hati aku. Dan aku ingin berkongsi pada sesiapa yang menyukai karya E.E Cummings ini.

Hayatilah...

Image
Jika kita kehilangan cinta, kasih sayang mahupun insan yang paling bermakna dalam hidup ini, yakinlah pasti ada alasan yang sebaliknya. Alasan yang kadang sukar untuk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika DIA mengambil sesuatu, telah DIA mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

salam...

Image
Kesusahan yang dihadapi dalam hidup, laksana musim dingin. Basah dan lembab, tidak disukai oleh setiap yang bernyawa. Tetapi, sesudah musim sejuk, tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur.

Aku masih bersabar...

Assalamualaikum, Hari ini aku masuk kerja balik setelah hampir seminggu bercuti. Hari pertama memang sibuk. tugas yang terbengkalai terpaksa disiapkan secepat mungkin. Aku amat mengalu-alukan kesibukan itu. Sekurang-kurangnya kesibukkan aku akan menyebabkan aku kurang termenung sana sini kerana bila mula termenung aku akan menjadi sedih. Hari ini hari ke 8. Masih terlalu baru. Memang patut aku masih bersedih. Memang patut aku tiada mood untuk melakukan apa sahaja.Tetapi aku tahu, aku tidak perlu mengikut perasaan. Walau betapa sedih yang aku rasa, aku harus tabah. Aku harus sabar dengan dugaan Tuhan. Semua teman menasihatkan perkara yang sama. Malah aku dan keluarga sering kali mengulangi ayat yang sama. Tabah dan sabar. Allah tidak akan menduga kalau DIA tidak yakin aku dan keluarga mampu menanggungnya. Rumah aku semakin sunyi. Kakak dah balik ke Tg. Malim. Adik dah balik ke KL dan Penang. Kakak sulung dah kembali ke Alor setar. Sekarang tinggal aku, emak dan adik bongsu. Mujur juga ad…

Al Fatihah

Assalamualaikum, Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang memberikan ucapan takziah serta kata semangat. Maaf juga kerana baru kini aku berkesempatan membalas segala mesej yang diterima. Aku tahu kalian semua pasti mengerti. Malam ini, sudah 6 hari ayah meninggalkan aku, mak dan adik beradik. sehingga kini, aku masih tidak mampu mencoret apa-apa, malah otak seakan membeku. tidak mampu berfikir kecuali merenung jauh memutarkan kembali saat-saat manis bersama ayah. Mengenangkan ramai yang bertanya dan meninggalkan pesan maka aku gagahi juga walaupun jiwa dan hati masih diruntun pilu. Sehingga sekarang aku tidak mampu memanggil ayah dengan gelaran arwah. sungguh. Aku tidak sanggup. 28 tahun aku hidup bersama ayah. Dan aku sama sekali tidak menyangka 27 Mac 2007 menoktahkan segala-galanya. Dalam sekelip mata aku kehilangan insan yang paling aku sayangi. Dalam sekelip mata ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Walaupun telah diberitahu kemungkinan untuk ayah sembuh…