Assalamualaikum,
Hari ini aku masuk kerja balik setelah hampir seminggu bercuti. Hari pertama memang sibuk. tugas yang terbengkalai terpaksa disiapkan secepat mungkin. Aku amat mengalu-alukan kesibukan itu. Sekurang-kurangnya kesibukkan aku akan menyebabkan aku kurang termenung sana sini kerana bila mula termenung aku akan menjadi sedih. Hari ini hari ke 8. Masih terlalu baru. Memang patut aku masih bersedih. Memang patut aku tiada mood untuk melakukan apa sahaja.Tetapi aku tahu, aku tidak perlu mengikut perasaan. Walau betapa sedih yang aku rasa, aku harus tabah. Aku harus sabar dengan dugaan Tuhan. Semua teman menasihatkan perkara yang sama. Malah aku dan keluarga sering kali mengulangi ayat yang sama. Tabah dan sabar. Allah tidak akan menduga kalau DIA tidak yakin aku dan keluarga mampu menanggungnya.
Rumah aku semakin sunyi. Kakak dah balik ke Tg. Malim. Adik dah balik ke KL dan Penang. Kakak sulung dah kembali ke Alor setar. Sekarang tinggal aku, emak dan adik bongsu. Mujur juga adik kedua bongsuku sedang study week sekarang. Dia hanya perlu balik ke USM untuk exam minggu depan. Rumah aku semakin sepi. Mujur juga dengan kehadiran 2 orang anak saudaraku yang masing2 berumur 10 bulan dan setahun 5 bulan mengubah keadaan itu. Dengan melayani cucu-cucunya, kesunyian dan kesedihan emak terubat juga. sekurang-kurangnya emak tidak terlalu sangat melayani perasaannya yang kacau. Walaupun aku tahu, sesibuk mana pun emak dengan cucunya, ingatan terhadap ayah tetap utuh. tetap teguh dan jitu seperti teguhnya berdiri Taj Mahal hadiah Shah Jehan untuk Mumtaznya. Emak tidak mampu memberikan ayah hadiah sehebat dan segah itu, tetapi kasih sayang emak pada ayah tetap tidak ternilai. Cinta dan kasih sayang emak tetap tidak kalah. Saat ini, ketika jemari aku menari di atas keyboard, emak sedang ketawa melayani cucunya bermain belon sabun. Memang emak sedang tersenyum. Memang emak nampak bahagia, tetapi derita hatinya tiada siapa yang dapat meneka.
ps : buat lynda, doa aku untuk engkau.
3 comments:
Salam,
Semoga terus kental dan tabah dalam menempuh kehidupan yang mendatang.
violet dah okay sekarang? kalau violet memang minat menulis, cuba cubalah kumpul segala kenangan dengan ayah, buat satu karya yg tribute khas utk dia. selalunya karya begitu akan lebih terkesan, kerana ditulis dari jiwa dan hati sendiri.
inilah saya...
Walaupun payah namun saya tidak akan putus asa. Saya akan tetap kuat dan tabah. tq..
Kak lily
Saya sekejap ok...sekejap ko tapi saya sudah boleh menerima kenyataan. Insyaallah, sati hari nanti mungkin...
Post a Comment