Berita Gembira

Assalamualaikum....
Masih ingat dengan n3 aku yang sedang menunggu panggilan dari seseorang? Hmmm...sebenarnya setelah menunggu sekian lama, semalam pada jam 3.40 petang panggilan yang dinanti berkunjung tiba. Aku sedang tidur masa itu kerana kurang sihat. Jadi bila berita itu disampaikan, aku masih tidak mampu memberikan reaksi yang sewajarnya. Aku berterusan mamai. Macam susah nak percaya. Sampaikan insan yang menelefon terpaksa bertanya adakah aku suka dengan berita tersebut? Suka? Tentulah aku suka. Siapa yang tidak suka apabila impiannya bakal menjadi kenyataan. Siapa yang tidak gembira apabila setelah lama menanti, akhirnya akan tiba juga didestinasi. Cuma, aku sedikit terkilan. Aku tidak mampu berkongsi kegembiraan dengan insan yang paling banyak mendorong aku mencapai impian ini. Aku terkilan kerana kegembiraan ini berputik setelah ayah tiada.

Comments

©Nur Raina said…
Violettt.... Opah De ucapkan tahniah buat cucunda ni... bila keluar beritahu.. apa nama samaran yang cucundaku gunakan?
violet said…
opah de...
Ya Allah lamanya tak bersembang dengan opah. terima kasih. jangan risau bila nak kuar nanti saya akan habaq kat opah.nama...tungguuuuuuuu...hihihihi
©Nur Raina said…
Okay... janji tau... huhu.. lagi satu, tahniah dah pindah rumah...

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara