Posts

Showing posts from June, 2007

ulang tahun

Image
Salam...
Hari ni merupakan hari ulang tahun perkahwinan mak n ayah aku yang ke 37 tahun. Selama beberapa tahun ni tarikh 28 Jun ni kami akan sambut bagi meraikan mak n ayah tercinta...keluar makan bersama-sama ataupun sambut di rumah sahaja tapi tahun ni segala-galanya berubah. Semalam semasa aku mengingatkan emak pasal tarikh ni mak jawab...
" nak sambut apa lagi...ayah dah tak ada...." Aku terdiam. Memang ayah dah tiada tapi tarikh itu tetap penting. Tarikh emak n ayah disatukan. Emak tiada agi bersama ayah bukan kerana bercerai hidup tetapi bercerai mati...jadi tak salah aku rasa kalau hendak meraikan emak sekalipun hanya emak seorang.
Semalam aku bawa emak dan adik2 melawat kubur ayah. 4 julai ni genap 100 hari ayah meninggal. Kadangkala masa berlalu begitu begitu pantas...dan kekdang amat perlahan sekali. Sudah menjadi rutin kami akan melawat ayah seminggu sekali. Dalam tempoh itu hanya 2 kali sahaja emak datang menjengah. Bukan emak tidak sayang dan bukan emak tak rindu t…

Pesta Buku Lagi...

Image
TEMUI NOVELIS KESAYANGAN ANDA DI PESTA BUKU ALAF 21 2007

ANDA tidak sabar untuk mengunjungi Pesta Buku Alaf 21 pada 28-30 Jun 2007 nanti? Sudah sediakan bajet untuk memborong buku-buku? Bagus!
Sebenarnya, ada bonus untuk anda selain pemberian diskaun sebanyak 30% bagi setiap buku yang dibeli. Apa dia?Haa... jangan lupa temui novelis-novelis kesayangan anda. Buat pertama kalinya, kami menjemput mereka untuk sama-sama memeriahkan Pesta Buku Alaf 21 yang akan datang ini. Inilah masanya untuk meminta mereka menurunkan tanda tangan dan merakamkan kenangan.
Jangan lupa tarikh tersebut bermula pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang.



p/s : Buku aku tak ada lagi.....hihii

ragam

Salam... Dalam 2 minggu ni 2 buah komputer baru sampai di Library...siap dengan talian internet. budak2 yang datang ke library selalu tanya.. bila nak boleh guna...Aku sampai tak tau nak kata apa...iyalah...bukan aku yang incharge dalam pemasangan semua benda tu...Dlm hati. aku sendiri tak sabar...iyalah inilah salah satu caranya aku hendak menarik perhatian pengguna untuk menjadi ahli perpustakaan. Minggu lepas, secara rasminya pc-pc ini boleh digunakan. once aku bukak untuk umum...budak-budak berebut2 nak guna...dalam hati aku terfikir...napelah budak2 ni macam ni..gaya depa mcam tak pernah tgk komputer seumur hidup depa. Aku ingatkan bila kemudahan dah ada...berebutlah budak2 ni mencari ilmu @ maklumat yang berguna...tapi..soalan yang paling kerap ditanya; " akak game apa ada dalam pc ni? akak mana tempat nak download game?" Hahaha...berani bebudak tu tanya soalan itu pada aku...? jangan haraplah aku nak memuat turun semua benda tu untuk depa. kalau nak main game pun..main…

cover novel

salam... Semalam buat pertama kalinya aku menatap cover novel aku....fuh...seronok giler...emosi aku bercampur aduk bila melihat nama aku(walaupun nama pena)terpapar pada kulit muka novel tu...bangga juga ada...iyalah...bertahun aku menunggu...baru dapat tengok hasilnya...apa-apa pun cover ini memang cantik...hihihi...buku aku...mesti aku kata cantik kan...tapi...memang cantik...tak caya nanti korang tengok.... Aku boleh jer kalau nak paparkan kat cni tapi tunggulah...tak suprise nanti...lagipun editor kata kalau announce awal2 nanti orang cari kat kedai tak de payah depa nak menjawab...so....bersabarlah ya...kepada siapa yang sudi nak membeli/membaca karya pertama aku ni. Semalam Lynn call aku dari Kuching...dia tanya dah habis senyum ke belum? hihihi...begitu jugalah soalan yang aku tanya masa dia melihat novelnya diterbitkan...yang pastinya...perasaan yang kami rasai sama....hmmm...itu baru satu. belum boleh lagi kalau nak dibandingkan dengan penulis2 yang sudah terkenal..tapi mungkin…

tukar lagi...

salam.... Haha...aku tukar layout blog aku lagi...kali ini aku cukup puas hati....paparan dia penuh satu screen...sebelum ni nampak ciput jer...ntahlah...kot2 aku yang tak reti guna...pun ada kemungkinan jugaklah....Tapi...kali ni barulah bijik mata aku cerah sikit.....

Kawad lagi...

Salam, Hari Isnin lepas, aku ke library Ipoh sebab ada latihan kawad. Minggu pertama dengar khabar staf kena turun, aku buat tak endah sebab tak ada hitam putih...dengar dari mulut ke mulut ni aku memang malas nak dengar...hihih lebih2 lagi kalau nak ke Ipoh tanpa sebab. Lagi satu aku sebenarnya malas nak kawad. 3 tahun aku sertai pasukan kawad jabatan. ada menang. ada kalah. Aku ingat bila dah tukar tmpat kerja, tak payahlah aku dok sibuk berlatih lg bila tiba bulan jun..tapi tup...tup kena jugak.... So, Aku n member2 dari n Taiping share 1 kereta...kami dah berjanji cuba buat alasan nak tarik diri dari kawad. salah satunya sebab jarak n kos perjalanan. takut tak boleh claim... sampai je kat library, kami dah kecut sebab orang lain dah start latihan kawad...bertambah pulak bila tgk muka pengarah library turun padang sama...aiseh...ni yg rasa nak menyorok nih... Aku n member terus masuk barisan...jurulatih kami tentera berpangkat sarjan...so...bayangkanlah gayanya mereka mengajar kami...d…

frust....

Salam.... Niat di hati sekurang-kurangnya mahu menulis n3 setiap hari atau paling tidak pun 2 hari sekali nampaknya terlalu payah untuk menjadi kenyataan. Bila ada masa, idea pula ketandusan. Bila idea melimpah-limbah, internet pula buat hal. Sejak seminggu ini, hujan lebat turun di bumi Taiping. Bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Taiping ni memang sentiasa hujan. Tapi bila hujan disertai dengan guruh n petir, aku awal2 lagi surrender. Takuuutttttt.. Semalam Lynn Dayana call aku cerita mengenai pelancaran Novel Nostalgia. Hmmm...aku memang tak dapat pergi walaupun Abang long sudah mesej aku awal2 lagi. Rasa kecewa dan jeles silih berganti. Aku teringin sangat nak bertentang mata dengan SN Shahnon Ahmad, Khadijah Hashim, Azizi Hj Abdullah..n the rest of the gang tapi tak kesampaian....apa boleh buat. Kepada sesiapa yg sudi bertanyakan bila buku aku nak keluar....hihhii...aku tak boleh hendak memberi jwapan yang tepat tetapi mungkin awal bulan @ pertengahn bulan 7. Itupun kalau ta…

sakit....

Assalamualaikum, Minggu lepas rasanya aku menyepi terus dari alam maya. laptopku langsung tidak menyala apatah lagi untuk mencoret sesuatu di blog sendiri. Kata orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dan kata orang juga berhati-hatilah ketika kita menginginkan sesuatu kerana mungkin apa yang kita inginkan itu sebenarnya membawa musibah kepada diri kita sendiri. Seperti n3 aku sebelum ini yang menceritakan keseronokan aku kerana anak-anak buahku tiada di rumah. Aku bukannya mengharapkan ketiadaan mereka. Bukannya aku tidak sayangkan mereka. Aku sayang. Teramat-amat sayang. Cuma kadang-kala, dan aku tahu ada di antara kalian yang mungkin bersependapat dengan aku, yang dibalik segala keriuhan dan kebisingan itu kita memerlukan kesunyian dan ketenangan. Kita memerlukan masa untuk diri sendiri. Satu masa di mana apa yang ada dalam fikiran kita ialah diri kita sendiri. Bukan lama, sekejap pun cukuplah. Itulah yang aku harapkan ketika anak-anak saudaraku pergi ke rumah k…