Posts

Showing posts from March, 2011

kewl??? or cool?

Salam...
Aduh...rasanya blog saya ni dah bersawang bagai dah..jenuh nak menyapu habuk2...hehehhe...kepada yang rajin singgah ke blog saya ni... (hmmmm ada ke yg rajin singgah.hehhehe) minta maaflah ya...kerana tiada n3 baru. Tapi dek kerana nak meluahkan sesuatu perkara yang saya menganggu perasaan dan otak saya setelah sekian lama. Saya sudah tidak mampu untuk mendiamkan diri lagi..wah! Perkara apa tu...hehehhe...dan saya rasa mungkin ramai yang berkongsi perasaan dengan saya mengenai perkara ini. Ok..tak mau cakap banyak..kita layan video ini dulu...( kredit to IniAnwarHadi)
So...amacam...faham apa yang ingin saya sampaikan. Saya pun tak tahu kenapa saya kerap berasap di kepala kalau saya membaca tulisan yang berbunyi dan menggenakan ejaan yang entah apa-apa itu..Adik bongsu saya bercakap bahasa sms ni dengan kawan dia..saya selamba saja berkata..hang ni bercakap bahasa beruk ke? hahaha..memang bunyi kasar kan tapi kalau dah aq uk aq kewl..hmmm mmg macam beruk saya rasa..sorry ya k…

Review HBR

Image
Salam....ini antara komen2 sekali yang saya terima di inbox fb saya...Saya rasa bersyukur sangat dan berasa lega kerana HBR ini diterima ramai pembaca. Komen-komen yang saya terima juga positif. ALHAMDULILLAH...Syukur kepada ALLAH yang memberi saya ilham untuk terus menulis. Kepada Noraini..Nana dan Izan terima kasih ya...

Komen 1 ( Noraini)
Salam Dhiya...firstly, tqvm for ur auto n bookmarks...I really luv it!
Bila tghari smlm kerani kat office sy kata ada parcel dari Perak saya terus rasa teruja..Saya tahu novel2 yg saya pesan dah sampai, direct dari penulisnya! Sampai je kat umah saya terus buka walaupun syg nak koyakan bungkusan yg kemas tu...
Lepas maghrib saya terus membaca HBR dan saya x berhenti sehingga habis membacanya pada jam 12tgh mlm. Dhiya, saya sangat suka dgn plot2 dlm HBR. Saya mmg ulat buku time skool lg. Saya dh baca byk novel dari ramai penulis tapi saya mmg teruja dgn penulisan awak! flashback yg awk buat mmg bagus..rasa2nya dlm ramai2 penulis awk mmg yg terbaik u…

KIta-kita berjalan di Temasik

Image
Salam....lihat gambar sajalah ya..saya ketiadaan mood mahu bercerita..yang pasti trip ke temasik ini bersama 'kita-kita' memang best. Walaupun ada sesuatu yang tidak memuaskan hati sebelum bertolak ke sana, namun bila kembali semula ke tanah melayu tercinta, kami mendapat khabar gembira..ALHAMDULILLAH....

Hari Lahir dia...

Salam....
Hari ini 4 Mac 2011. Hanya hari-hari biasa yang perlu dilalui oleh setiap umat manusia setiap tahun sepanjang mana peluang bernafas di muka bumi ini masih ada. Hari ini... arwah abang berusia 30 tahun. Cuma dia tidak sempat dan berpeluang untuk mencapai usia tersebut. Tadi telefon arwah berbunyi...reminder hari lahirnya. Emak dan isteri abang sudah terdiam seketika. Dan emak dalam gaya sedih tapi masih senyum untuk menunjukkan ketabahan berkata..." susahnya nak percaya dia telah tiada." Saya diam sahaja. Tak tahu nak memberi reaksi yang bagaimana. Berharaplah sebanyak mana sekalipun, yang pasti dia tidak akan kembali lagi. Esok pula genap 40 hari dia pergi. Sudah 40 hari rupanya...saya sudah lama tidak membilang hari. Dan 27 Mac ini pula, arwah ayah genap 4 tahun pemergiaannya. Ya ALLAH...3 bulan pertama dalam tahun ini benar-benar menguji ketabahan hati kami sekeluarga. Januari...abang pergi menyambut panggilan Illahi...Februari pula, bulan ayah dilahirkan...dan …

Saya & Kita-kita

Image
Salam.....
Esok sekali lagi saya akan ke KL kembali...memandu sendiri..sekali lagi...hmmmm....aduhai...malasnya nak fikir. Siapa yang nak menawarkan diri menghantar saya ke KL? huhuhu...saya bermimpi sajalah ya... Nak kemana saya pula kali ini ya? Awal pagi sabtu, saya dan 'kita-kita' akan terbang ke negeri Temasik itu...Dekat je..tak jauh pon...Tujuan...dahulu mungkin boleh dikatakan mahu jalan2 sambil shopping ya...tapi kini tujuannya masih lagi jalan-jalan tapi hanya boleh pandang-pandang...huwaaa...argh..sudah..jangan merungut....terima keadaan seadanya ya... "Jangan berdukacita...ALLAH sentiasa bersama kita ( At-Taubah - 40)" Dari Korea..ke Perth..akhirnya negeri di seberang tambak itu yang menerima kata putusnya...dengan alasan...zero fare...ya...peluang yang ada jangan dilepaskan. Doakan saya dan 'kita-kita' itu selamat pergi dan kembali ya...

cerita hujung minggu

Image
Salam....
Hari sabtu lepas, saya ke KL untuk turut sama memeriahkan majlis dan sesi 'book signing' teman saya LYNN DAYANA di Subang Parade.  Cadangnya, Jumaat lepas mahu singgah di tg. Malim sekejap sebelum terus ke rumah Lynn, namun oleh kerana saya ingat2 lupa jalan ke apartment lynn, lalu saya bermalam dulu di rumah kakak saya sebelum bertolak pada waktu pagi. Alhamdulillah...nasib baik jalan ke Bandar Puchong Jaya itu saya ingat...walaupun tersalah masuk sampai ke 101 Mall, tapi tidak mengapa sebab apartment Lynn sudah dekat sangat... Dalam jam 10.30 pagi saya tiba di apartment lynn. Emak dan dua orang anak saudara lynn turut ada bersama. Wah..ini kali pertama saya bersua muka dengan ibu lynn walaupun kami sudah saling mengenali lebih kurang 6 tahun sudah...saya dengan lynn keluar dahulu, dah emak dan anak saudara lynn akan datang kemudian..lunch di Kenny rogers...dan sedang makan2 tu, teman baik cum ofismate lynn datang join....wah...saya dengan SAS dua2 pakai baju purpl…

Berhenti Merungut dan BERDOALAH....

Salam....
Setiap pagi rutin yang suka saya lakukan setelah bangun tidur dan solat adalah menonton rancangan TV Tanyalah Ustaz di TV9. Sambil bersiap dan mengemas rumah, saya buka telinga saya luas-luas untuk mengikuti perbincangan yang tidak pernah tidak menarik pada pandangan saya. Mujurlah rumah saya dekat..jadi untuk mengikuti rancangan yang selama sejam itu tidaklah masalah kerana saya masuk kerja jam 8.30. Pagi tadi, tepat jam 7 pagi, kakak di Tanjong Malim sudah siap menelefon menyuruh kami membuka tv. Iya..kalau tidak diingatkan pon, kami tetap akan menonton rancangan itu. Perkara yang dibincangkan pada pagi tadi ialah ' JANGAN MERUNGUT....BERDOALAH'. Tajuk yang begitu tepat dan kena kepada batang hidung kami...begitu tepat dengan situasi yang melanda hidup kami semenjak arwah adik saya meninggal dunia. Tidak...jangan salah faham. Saya dan keluarga tidak pernah merungut kerana arwah yang pergi dahulu. Walaupun sedih...walaupun sukar melupakan, tetapi ALHAMDULILLAH, s…