Wednesday, March 02, 2011

Berhenti Merungut dan BERDOALAH....

Salam....

Setiap pagi rutin yang suka saya lakukan setelah bangun tidur dan solat adalah menonton rancangan TV Tanyalah Ustaz di TV9. Sambil bersiap dan mengemas rumah, saya buka telinga saya luas-luas untuk mengikuti perbincangan yang tidak pernah tidak menarik pada pandangan saya. Mujurlah rumah saya dekat..jadi untuk mengikuti rancangan yang selama sejam itu tidaklah masalah kerana saya masuk kerja jam 8.30.
Pagi tadi, tepat jam 7 pagi, kakak di Tanjong Malim sudah siap menelefon menyuruh kami membuka tv. Iya..kalau tidak diingatkan pon, kami tetap akan menonton rancangan itu. Perkara yang dibincangkan pada pagi tadi ialah ' JANGAN MERUNGUT....BERDOALAH'. Tajuk yang begitu tepat dan kena kepada batang hidung kami...begitu tepat dengan situasi yang melanda hidup kami semenjak arwah adik saya meninggal dunia.
Tidak...jangan salah faham. Saya dan keluarga tidak pernah merungut kerana arwah yang pergi dahulu. Walaupun sedih...walaupun sukar melupakan, tetapi ALHAMDULILLAH, saya dan keluarga tetap reda dengan ketentuanNYA. Kami sedar bahawa hidup kita semua ini hanya pinjaman. Sampai masa Tuhan mahu mengambil semula hakNYA, apakah daya kita mahu menghalang? Setiap kali kami bersedih, kami akan ingatkan diri yang kesedihan itu normal..perasaan itu normal..tidaklah perlu meratap hiba kerana satu masa nanti kami juga akan kembali kepadaNYA juga.
Kata ustaz Kazim, untuk menenangkan hati kita, yang pertama....bersangka baiklah dengan ALLAH...jangan mengeluh sekiranya apa yang kita mahu tidak dimakbulkan...ALLAH tahu mana yang lebih baik untuk kita...Sekiranya diduga dengan musibah kematian, janganlah sekali2 kita menyalahkan takdir kerana kita semua tahu setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Beliau juga berkata, bandingkan musibah yang melanda kita dengan musibah yang lebih besar ditanggung oleh orang lain...percayalah hati akan berasa tenang dan reda.
Iya..apa yang dikatakan beliau memang betul belaka. Itulah yang dipraktikkan oleh kami semenjak lama dahulu....Saya ingat lagi semasa arwah ayah menghadapi pembedahan pertamanya di Alor Setar...Kami menunggu dalam debar dari jam 7 pagi sehingga 4.30 petang dan barulah pembedahan ayat berakhir. Syukur kami ketika itu. Dan lebih lega lagi apabila doktor kata kanser ayah berjaya dikeluarkan...Tetapi semasa kami menunggu di bilik ICU untuk bergilir2 melawat ayah, kami berjumpa dengan sekeluarga yang turut sama melawat keluarga mereka yang kemalangan. Ayah mereka meninggal dunia dan adik mereka sedang koma di ICU. Dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka? Ya..memang insaf mendengar musibah orang lain yang lebih teruk..bukan apa kalau hendak dibandingkan dengan keadaan kami ketika itu...
Begitu juga dengan kisah adik saya...saya pernah maklumkan di dalam n3 sebelum ini bagaimana dia digilis lori...Kami yang mendengar pertama kali dahulu..memang sukar nak percaya...dan tak dapat nak membayangkan bagaimana keadaan dia masa itu. Sampai sekarang, saya masih ngeri memandang lori dan motor..Malah tempat yang dia kemalangan itu juga, saya tidak sanggup lalu lagi. Saya lebih rela ikut jalan lain. Buat masa ini saya masih belum bersedia. Ya..saya tahu..bukan keluarga saya seorang yang dilanda musibah seperti ini. Malah beberapa hari lepas adik kemalangan, ada berita di akhbar mengatakan bahawa seorang lelaki terbunuh ketika membeli makanan untuk isterinya yang sedang pantang..Malah keadaan jenazah juga agak menyedihkan. Sudahlah pula sebelum ini mereka kehilangan ayah tercinta. Musibah keluarga ini lebih teruk. Semasa kami menguruskan motor arwah adik, kami mendengar cerita lagi dari pekerja kedai tersebut. Mereka pernah melihat jenazah yang sudah hilang bentuk rupa...akibat kemalangan dengan lori. Musibah keluarga ini juga lebih teruk kalau hendak dibandingkan dengan keluarga saya. Ya...Saya insaf mendengarnya. Iya..adik saya sudah meninggal dunia...Iya..saya sudah tidak mempunyai ayah lagi..tetapi kalau hendak dibandingkan musibah yang melanda keluarga saya dengan musibah yang dihadapi  oleh keluarga itu...kesedihan mereka lebih hebat. Dugaan mereka lebih berat. Jenazah abang tetap sempurna...Malah....menurut kata saksi ditempat kejadian, dia mendengar arwah adik sempat mengucap sebelum pergi...Mendengar khabar itu, kami sekeluarga merasa lega yang amat sangat. Saya tidak mengenali insan mulia yang membantu adik mengucap sebelum akhir hayatnya, tetapi saya tetap akan titipkan doa buat insan mulia itu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas perbuatan baiknya itu. Memang benar....hati akan menjadi lebih tenang...kita akan bertambah reda...
Jadi...saya cuba tanamkan ke dalam hati dan jiwa saya ini, bahawa...tetaplah kental dan tabah dengan dugaan yang melanda...Selama ini....begitu banyaknya khilaf saya yang begitu kerap merungut...dengan apa yang berlaku ke atas hidup saya...saya kerap berasa tidak puas hati apabila merasakan diri saya tidak mendapat keadilan yang sewajarnya...Aduhai...Saya tidak mahu tergolong di dalam golongan orang yang sombong dan tidak tahu bersyukur.
Dalam seminggu dua ini, saya akui...saya sedikit terganggu dengan situasi yang melanda diri saya dan beberapa teman yang saya kasihi...Rasa marah...hampa..kecewa...stress...dan pelbagai rasa lagi saling berkecamuk di dalam jiwa...lantas rasa itu bertukar menjadi jauh hati...dan terkilan...Iya..sepanjang waktu itu saya mmg banyak merungut...jadi...sekarang ini...saya akan cuba mendiamkan diri...saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang MAHA BESAR. Sesungguhnya hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik buat saya...mungkin apa yang berlaku juga sebagai 'wake up call' untuk saya menjadi insan yang lebih baik...insan yang berhenti merungut dan banyakkan doa kepada NYA...ya...saya harap...saya mampu berubah menjadi insan yang lebih baik..untuk DIA yang MAHA ESA, untuk keluarga...untuk teman-teman..dan untuk diri saya sendiri....Aminnnn

2 comments:

Nur Eyzan said...

Ya Allah sedihnya baca n3 dhiya nih...hanya ucapan sabar yg mampu saya katakan..sama seperti dhiya..saya selalu katakan pada diri..ramai lagi org yg lebih hebat dugaannya..3 tahun yg lepas doc kate my mom ada ketumbuhan kat pangkal rahim..then lps buang dia semakin ok..alhamdulillah...kemudian adik pulak masuk hospital problem ngan paru2..then adik yg sorang lagi doc kate problem ngan usus..mmg dunia cam serabut sgt..tapi alwez ingatkan diri dugaan kita mungkin tak seberat org lain...now sekali lagi diuji bila ketumbuhan my mom datang kembali...hanya Tuhan yg tahu risaunya saya...jadi izan sgt faham apa yg dhiya rasa...banyakkan sabar dhiya

dhiya zafira said...

Izan...iya..mmg betul apa yg izan cakapkan..kadang kala mmg ada orang lain yang lebih hebat penderitaannya...setiap dari kita juga pasti pernah melalui keperitan dalam hidup..
yang penting, bagaimana kita hendak mengatasi segala rasa pedih dan derita itu serta bertawakal kepada DIA semata-mata...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...