Posts

Showing posts from May, 2010

Kegilaan baru

Image
Salam...
Saya sedang gila membaca series ini. Kini, saya sedang chapter pertama Eclipse. Saya memang marathon habis membaca novel-novel ini. Ya..saya tahu...agak terlambat untuk saya tiba-tiba gilerkan si vampire Edward Cullen itu sedangkan pembaca lain sudah lama gilakan dia sebelum ini. Sudah ramai yang mengatakan pada saya bahawa novel2 di atas ini begitu best, cuma mungkin saya tidak terpengaruh dengan pendapat mereka. Biasalah...selalunya hanya diri saya yang boleh mempengaruhi saya untuk menyukai sesuatu. Lalu terdetiknya hati saya ingin membaca Twilight bermula apabila saya berada di rumah Ika, minggu lepas. ( Masa saya ke Kl). Saya memang teruja melihat koleksi-koleksi novel si Ika dan keempat-empat series ini turut berada di atas rak..Cantik saja tersusun. Saya katakan pada Ika, saya nak pinjam twilight...walaupun pada mulanya saya mahu meminjam keseluruhan series tetapi memandangnya ketebalan dan mungkin saya tidak mampu menghabiskan novel itu dalam keadaan segera, saya hanya …

Sneak peek JKP

Salam - Sila rajinkan diri anda untuk membaca dan komen ya.....

Masjid Sungai Udang, Melaka

“ Afi!” Rif cuba mengejutkannya dari tidur. Dia memanggil sekali lagi namun Afi tetap tidak bergerak. “ Dia letih agaknya,” balas Eddie sambil menoleh menandang insan yang menjadi topik perbualan. Afi lena berbaring di kerusi belakang. Begitu nyenyak sekali tidurnya sehingga tidak sekali pun terjaga sepanjang perjalanan mereka dari Pulau Pinang hingga ke Melaka ini. Rif membetulkan tubuhnya. Rasa lenguh memandu kian terasa. Dia bertukar ke bahagian memandu ketika berhenti minum di R&R Semanggol. Mereka langsung tidak mengejutkan Afi, cuma memastikan mereka tidak pergi jauh dari kereta.

Apabila kembali semula ke kereta, dia meminta untuk memandu. Dia perlu melakukan sesuatu bagi menghilangkan perasaan yang bercampur aduk dalam hatinya. Kata-kata Afi berterusan menghantui fikirannya. Dia tidak tahu mengapa dia begitu terasa dengan kata-kata itu. Adakah kerana luahan Afi itu benar belaka? Ya...…

JKP!!!!!!....

Salam....
Alhamdulillah...tajuk novel ke 4 saya sudah disahkan. Tajuknya seperti yang saya duga dan apabila editor saya menyatakan bahawa dia suka tajuk JKP itu di antara tajuk2 yang saya cadangkan, saya seharusnya sudah maklum. Namun...bila tidak mendapat kata putus...saya sendiri jadi ragu-ragu. Tetapi pagi tadi..panggilan daripada editor saya mengesahkan perkara ini. Dalam hati saya sudah berbunga-bunga. Walaupun bukan tajuk pertama yang saya cadangkan tetapi sekurang-kurangnya masih tajuk saya jugakan...hahahah...Bila diulang berkali-kali memang rasa sedap dan menarik...Fuh! Bila sudah dapat tajuk, saya jadi tidak sabar pula mahu melihat cover novel saya. Bagaimana nanti ya? Adakah ianya seperti yang dibincangkan antara saya dan editor dahulu? Apapun saya sendiri tidak sabar menanti. Saya sememangnya kurang sabar sedikit dalam bab menunggu ini namun saya tahu saya terpaksa menanti juga..menanti giliran novel saya dicetak dan seterusnya dipasarkan....Adakah dalam masa terdekat atau t…

Cerita saya 3 hari ini

Salam...
Sejak petang ahad dan sehingga hari ini saya masih lagi batuk dan selesama. Badan pun rasa seperti hendak demam tapi tidaklah terlalu panas. Hari Sabtu, jam 7.30 pagi saya bertolak ke Bandar Seri Putera. Saya ikut highway Guthrie ( Atas nasihat kak Eka yang mengatakan laluan itu mudah)..dan ternyata memang benar apa yang dikatakan kak eka itu. Selalunya saya menggunakan laluan itu jika hendak ke Shah Alam sahaja...Tapi sekarang ini...Guthrie mmg pilihan saya kalau mahu ke arah selatan...mudah dan tak banyak kereta... Saya tiba di tol Bandar Seri Putera n tunggu Damya yg sudah otw. 5 minit kemudian..Damya sampai dan kami terus bergerak ke rumah Laila Kamilia. Di sana, Lynn Dayana sudah tiba. Hidangan nasi lemak juga sudah memenuhi meja. Hampir setahun lebih tak berjumpa Laila, memang banyak cerita kami...sambil makan..bercerita dan menunggu kak eka yang tak kunjung tiba walaupun rumahnya cukup dekat dengan rumah Laila...hehehe..(kak eka siap pesan yg dia mmg lewat sedikit) Hana y…

Countdown

Salam...

Esok saya cuti. Dan saya akan ke KL kerana pada hari AHad nanti saya akan mengikuti satu kursus di Kg Pandan. Petang ini saya seperti biasa akan bertolak ke Tg. Malim dahulu. Persinggahan utama saya setiap kali saya ke KL. Esok pagi-pagi selepas subuh, saya akan ke Bandar Seri Putera untuk menziarahi sahabat saya yang sudah lama tidak ketemu. Siapa lagi kalau bukan Laila Kamilia. Semenjak dia pulang dari Berlin 2 bulan lepas, dan Hana yang dmasukkan ke Hospital, saya tiada kesempatan untuk menjengah dia sekeluarga. Dan esok juga, Lynn..kak Eka..dan Damya Insyaallah akan turun sekali. Yang lain tak dapat bersama sebab ada komitmen lain. Wah...seronoknya...kali terakhir bertemu mereka ini semasa pesta buku hari itu. Saya perlukan mereka untuk beri saya semangat untuk kembali menulis..hahaha...Almaklumlah semenjak dua menjak ini, mood menulis saya tak berapa nak ada. Bukan malas..cuma 'rasa' itu belum datang lagi. Aduhai...alasankah itu? Mungkin andainya buku ke 4 saya sud…

Review RBB & RUD

Image
Salam...
Membaca mesej Fauzan dalam comment post membuat saya teruja. Jarang sebenarnya lelaki yang mahu mengulas hasil penulisan saya ini. Walaupan hanya mengenali Fauzan secara alam maya, tetapi saya benar-benar berasa terharu kerana mengenali dengan seorang pembaca yang begitu mengukai RBB (betul kan)..sampai sanggup baca berulang kali..sampai sanggup melukis grafik untuk watak hero n heroinnya. Apabila menulis RBB dan RUD, saya tahu saya mengambil risiko kerana kebanyakkan pembaca masih mengharapkan sebuah novel cinta 100%. Dan bila ada pembaca yang menyukainya...saya rasa lega...saya rasa seronok..saya rasa begitu tersentuh hati. dan saya tahu...saya tidak melakukan kesilapan mempertahankan genre yang saya minati ini...Apa2 pun...silalah baca komennya.....

Haaa...aku baru habis mengulang-kaji dua buah novel dari novelis kesukaan aku Dhiya Zafira...buat sesiapa yang tak tau tu...RBB is "Rindu Belum Berhenti"...and RUD is "Rindu Untuk Dia" yer...hehehe...




Okay la..…

KA & QA

Salam...

Tadi sementara jemari saya mahu berlari-lari berkejaran manja di atas keyboard, saya terasa bulu roma saya naik. Darah saya terasa berderau. Tiba-tiba jantung saya berdegup  kencang. Saya tidak mahu mengakuinya...saya takut hendak mengakuinya, tapi saya tahu..ada seseorang dibelakang saya. Seseorang yang sedang memerhatikan saya dan saya tidak perasaan akan kehadirannya itu. Duduk saya semakin kaku. Saya tidak berani langsung mahu berpaling. Saya tiada kekuatan mahu melihat walau siapa pun dia yang berada begitu hampir dengan saya ini. Dari ekor mata, saya lihat dia menegakkan tubuhnya. Tinggi dan sasa. Itulah yang dapat saya bayangkan. Namun saya masih belum mampu bergerak. Tanpa sedar manik-manik peluh membasahi tubuh saya. Saya benar-benar ketakutan kini. Dia yang bertubuh tinggi sasa itu mula melangkah. Derap kakinya sungguh perlahan, seolah-olah dia berjalan di atas karpet yang tebal. Langkahnya hampir2 sahaja tidak kedengaran, namun saya tahu dia semakin menghampiri saya…

SUDAH TIBA!!!

Salam..
ALHAMDULILLAH!!!...Syukur saya kerana manuskrip saya sudah tiba di tangan editor. Leganya saya sukar nak diucapkan. Pagi tadi saya hampir-hampir meninggikan suara pada seorang staf di pej pos itu kerana masalah saya masih belum selesai, namun mujurlah...SABAR saya masih meninggi. Setelah mss saya berjaya dikesan, staf tersebut menelefon memaklumkan bahawa ianya akan dihantar pada esok hari. WTH??? jam masih pukul 10 pagi tetapi mss akan dihantar esok? kenapa tidak hari ini? kenapa masih mahu ditangguhkan sedangkan sudah hampir seminggu ianya tertangguh? Namun mujurlah...saya meminta tolong..dengan suara sedikit memujuk...saya meminta mereka menghantar hari ini. Kata kunci saya..." Kesalahan ini pihak pos yang mulakan..kenapa saya yang perlu menanggungnya? hahahha...selepas itu terus staf berjanji akan menghantar hari ini juga. Dan sms dari editor semakin membuatkan saya menarik nafas lega...ALHAMDULILLAH....

bolehkah saya bakar pej pos Shah Alam pula???

Salam....
Geram saya masih belum berakhir. Manuskrip saya masih belum tiba di tangan editor. Pagi tadi saya berurusan dengan pej pos Shah Alam pula. Mujurlah..manuskrip saya sudah tiba di sana tetapi ditahan seketika kerana alamat salah...memanglah salah...sebab salah mereka juga. Sekarang ini...salah seorang staf mereka sedang mengesan posmen yang menguruskan manuskrip saya. Hmmm...Mengesan? MIAkah posmen itu? Sukar sangatkah untuk dihubungi? Tiada telefonkah? Saya tak rasa posmen itu tiada telefon...Saya tengah bengang sekarang ini...Sudah dekat tetapi seakan jauh. Kalaulah saya dekat..memang sudah sampai agaknya saya ke pej pos itu. Biar saya cari sendiri..Aduhai....Kenapa payah sangat ni? SABAR...SABAR....SABAR....

China vs Malaysia

Image
Salam...
Akhirnya kita tahu milik siapa Piala Thomas kali ini. Ya..pemiliknya masih sama. Tetap tidak berubah sejak beberapa tahun yang lalu. China terlalu hebat untuk dikejar oleh pasukan Indonesia..apatahlagi..Malaysia yang begitu beria-ia mahu merampas kembali setelah kehilangan piala itu selama 18 tahun. Saya bukan tidak patriotik dan bukan saya mahu memperlekehkan kemampuan pasukan Malaysia, namun tak payahlah memdabik dada mencanang satu Malaya, bahawa Piala Thomas itu akan dirampas semula kalau corak permainan semuanya menjadi sebegitu rupa. Melihat corak permainan Indonesia semalam lebih-lebih lagi pasukan beregu mereka...Setiawan dan Kido..ternyata bukan lawan kita. Tahap permainan pemain kita begitu jauh ketinggalan.   Kalaulah kita masih menggekalkan corak yang sama...saya yakin sampai bila-bila pun Piala itu tidak akan tiba ke tangan Malaysia. Melihat perlawanan semalam..saya terfikir..apa yang dilakukan oleh jurulatih China dan Indonesia sehingga pemain mereka menjadi begit…

Selamat Hari Guru...CIKGU

Salam...
Hari ni hari guru. Semua orang tahu itu. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua cikgu yang pernah mendidik saya semenjak saya bermula di tadika sehingga saya tamat tingkatan 6 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti. Jadi entri kali ini saya mahu tributekan kepada insan-insan penting yang berjaya membantu mencorak hidup saya seperti ketika ini.

Tahun 1984
Saya tadika di Bt 4, Port Dickson - Nama gurunya saya tidak ingat lagi tetapi apa yang saya ingat, saya cukup tension dengan kelas tadika saya kerana cikgu ini kerap mengadakan aktiviti yang memerlukan saya memakai baju kurung. Aduhai...saya semasa kecil lebih lelaki dari budak lelaki itu sendiri. Saya pernah ponteng kelas ( tapi kantoi dengan ayah bila dia jumpa saya tengah lepak kat bus stop)..hahahah... - ini sejarah ponteng saya yang pertama..di tadika lagi..bila diingatkan2 semula memang kelakar. Nanti saya ceritakan pada n3 yg lain bagaimana saya boleh pont…

Rurouni Kenshin - SAMURAI X

Image
Cerita yang saya tengah layan sekarang ini. Susah sangat nak tengok kat tv. Dulu-dulu pernah ditayangkan kt tv 2 tak silap saya...tengah best2 saya ikuti siri ni, tiba-tiba lenyap tanpa berita. RTM ni kadang-kadang memang menyakitkan hati. Sudah banyak kali cerita bersiri yang saya tengok sometimes hilang macam itu saja. Lepas tu baru-baru ni, saya lihat cerita ini ditayangkan di saluran ANIMAX astro 715. Setiap pukul 6.30 petang. Alahai bertembung dengan siri ADAMAYA lah pulak. Tetapi oleh kerana saya sedikit sakit hati dengan watak MAYA berselingkuh dengan DANI...jadi saya menonton cerita samurai x ini. Sampai emak saya kata..cerita ADAMAYA ni setengah jam ke..hahahhah..( saya hanya buka pada pukul 7). Oleh kerana cerita ini diulang kembali pada 9.30 malam, saya beralah dengan emak...(hahahha). Tapi saya tetap tidak berpuas hati. Cerita ini tak pernahnya saya dapat tengok dari siri pertama hingga akhir. Selalunya sudah sampai pertengahan. Jadi...minggu lepas, saya ke kedai cd di Taip…

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

Salam...
Hari ini Hari Jumaat. Hari yang penuh keberkatan. Hari yang dimana kalau boleh...saya mahu apa yang berlaku hanya baik-baik sahaja. Tetapi hari ini bermula dengan panggilan editor saya yang mengatakan manuskrip yang sudah saya edit masih belum sampai ke tangannya. Saya pelik kerana saya menjangkakan hari Khamis sudah seharusnya tiba di pejabat Alaf 21. Saya telefon bahagian pos laju di pejabat pos Taiping, untuk bertanyakan status penghantaran. Pada hari selasa..saya membuat penghantaran kepada 2 tempat. satu di Shah alam dan satu lagi ke Melaka. Bungkusan yang saya kirimkan ke shah alam itu sudah diterima oleh pihak mereka, sedangkan Di Melaka, bungkusan saya masih tersekat di pejabat pos Alor gajah. Selepas itu saya call editor balik dan dia mengatakan dia menerima bungkusan lain dan bukannya manuskrip saya. Aduhai...kepala saya sudah mula berpinar. Saya tahu pejabat pos Kamunting sudah melakukan kesilapan dalam menghantar 2 bungkusan saya itu. Bungkusan ke Melaka tiba di Sh…