Wednesday, May 12, 2010

I'm back

Salam....

Fuh...jenuh saya membuang sawang-sawang dan habuk-habuk yang memenuhi rumah saya ini. Rasanya sudah sebulan lebih saya tidak menulis sebarang entri. Bukan apa...bila datangnya rasa malas dan tidak tahu mahu bercerita apa...maka rumah ini dengan sendirinya terbiar tidak berjaga. Aduh! sepanjang bulan April hanya ada satu sahaja entri yang saya tulis? Teruk betul saya ni...tak apa..saya akan cuba memperbaiki tahap kemalasan saya selepas ini..hehehehhe
Minggu lepas editor saya menelefon memberitahu bahawa dia sudah membaca dan mengedit manuskrip saya. Bungkusan mss saya terima pada hari Jumaat minggu lepas, namun saya tidak menyentuh langsung kerana hari Jumaat dan Sabtu itu, saya begitu sibuk dengan persiapan dan berlangsungnya aktiviti@perpustakaan yang julung-julung kalinya diadakan di perpustakaan Taiping. Selalunya, aktiviti@perpustakaaan ini dijalankan di perpustakan IPOH sahaja. Dengar-dengarnya, aktiviti ini akan diteruskan sehinga ke perpustakaan cawangan lain. Bagusnya kalau aktiviti seperti ini dapat dijalankan selalu. Melihat sambutan pada hari sabtu lalu, saya sendiri berasa seronok kerana aktiviti ini berjaya mencapai matlamatnya.
Ok...bersambung kepada mss saya itu. Walaupun badan penat, tetapi lepas sahaja balik dari perpustakaan, saya terus mengoyak bungkusan. tidak sabar mahu melihat apa komen-komen editor saya. Walaupun sebelum ini, beliau sudah memberikan komen melalui telefon namun...melihat dan membaca sendiri komen2 tersebut lebih mengujakan.
Editor memberi saya masa selama seminggu untuk menyiapkan segala pembetulan yang diperlukan. Jadi untuk beberapa hari ini, saya menelaah manuskrip sendiri. Semalam, saya siap segala-galanya dan pagi tadi saya sudah mengepos laju mss tersebut. Hmmm..mungkin ianya akan sampai pada esok atau lusa. Tidak mengapa...asalkan saya tidak langgar dateline yang diberikan.
Bilakah buku saya akan diterbitkan?Hmmm...saya sudah diberikan bayang2nya, tetapi biarlah saya rahsiakan dulu ya...Apa-apa pun InsyaALLAH, novel saya yang ke 4 ini akan keluar tahun ini juga.

2 comments:

Dessert Queen said...

patutla senyap..tok batin bertapa rupanya...hehe jgn marah Mar..aku gurau je..usik2 kawan lama

dhiya zafira said...

Nowwa...

tak apa..tak adanya aku nak marah..hahaha..memang aku tgh bertapa pun...hik hik hik...
Benda yang aku cakap tu jadi tau..cuma masanya dalam sebulan dua lagi..ek

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...