Cerita yang saya tengah layan sekarang ini. Susah sangat nak tengok kat tv. Dulu-dulu pernah ditayangkan kt tv 2 tak silap saya...tengah best2 saya ikuti siri ni, tiba-tiba lenyap tanpa berita. RTM ni kadang-kadang memang menyakitkan hati. Sudah banyak kali cerita bersiri yang saya tengok sometimes hilang macam itu saja. Lepas tu baru-baru ni, saya lihat cerita ini ditayangkan di saluran ANIMAX astro 715. Setiap pukul 6.30 petang. Alahai bertembung dengan siri ADAMAYA lah pulak. Tetapi oleh kerana saya sedikit sakit hati dengan watak MAYA berselingkuh dengan DANI...jadi saya menonton cerita samurai x ini. Sampai emak saya kata..cerita ADAMAYA ni setengah jam ke..hahahhah..( saya hanya buka pada pukul 7).
Oleh kerana cerita ini diulang kembali pada 9.30 malam, saya beralah dengan emak...(hahahha). Tapi saya tetap tidak berpuas hati. Cerita ini tak pernahnya saya dapat tengok dari siri pertama hingga akhir. Selalunya sudah sampai pertengahan. Jadi...minggu lepas, saya ke kedai cd di Taiping Sentral...tak berniat pun mahu membeli dvd ini tetapi bagaikan tersurat pula...tiba-tiba dvd ini memang betul-betul berada di hadapan saya..jadi..nak tak nak, saya terpaksa beli...hahaha...
Mak saya kata..tak sangka pula saya ni minat kartun...hahahah...saya ini bukanlah semua kartun pun saya rembat. Macam cerita korea dan jepun ataupun apa sahaja ceritalah. Saya tidak tangkap muat..Apa yang saya suka memang saya suka betul-betul....
Menonton Kenshin Himura dalam samurai x ini, seperti biasa saya akan imagine macam manalah nanti saya hendak melukis watak hero saya yang akan datang. Kalau Kenshin ini digelar Battosai the Menslayer dengan pedang mata terbaliknya...hero saya mahu pegang apa? hahahaha.....
No comments:
Post a Comment