Monday, May 17, 2010

China vs Malaysia


Salam...

Akhirnya kita tahu milik siapa Piala Thomas kali ini. Ya..pemiliknya masih sama. Tetap tidak berubah sejak beberapa tahun yang lalu. China terlalu hebat untuk dikejar oleh pasukan Indonesia..apatahlagi..Malaysia yang begitu beria-ia mahu merampas kembali setelah kehilangan piala itu selama 18 tahun.
Saya bukan tidak patriotik dan bukan saya mahu memperlekehkan kemampuan pasukan Malaysia, namun tak payahlah memdabik dada mencanang satu Malaya, bahawa Piala Thomas itu akan dirampas semula kalau corak permainan semuanya menjadi sebegitu rupa. Melihat corak permainan Indonesia semalam lebih-lebih lagi pasukan beregu mereka...Setiawan dan Kido..ternyata bukan lawan kita. Tahap permainan pemain kita begitu jauh ketinggalan.  
Kalaulah kita masih menggekalkan corak yang sama...saya yakin sampai bila-bila pun Piala itu tidak akan tiba ke tangan Malaysia.
Melihat perlawanan semalam..saya terfikir..apa yang dilakukan oleh jurulatih China dan Indonesia sehingga pemain mereka menjadi begitu hebat sekali? Apa yang mereka lakukan? Latihan apa yang mereka jalankan? Jati diri bagaimana yang mereka terapkan sehingga menjadikan semangat juang mereka begitu tinggi.
Ada apa dengan pasukan kita? Apa yang berlaku sebenarnya? Saya melihat sepanjang perlawanan...apa yang boleh saya simpulkan...pemain kita manja...mudah putus asa...kalah dengan tekanan dan apa yang paling penting istilah BERJUANG HABIS-HABISAN itu tiada dalam diri mereka.
Mereka kalah sebelum berjuang..malah semasa baru memasuki gelanggang, mereka sudah tewas sebenarnya...
Apa pun berbalik pada diri kita. dalam hati kita. corak pemikiran kita. Orang boleh kata kita lemah..orang boleh kata kita bodoh..orang boleh kata kita apa saja tetapi bagaimana kita menerima segala kata-kata orang itu yang penting. Orang hanya boleh tewaskan kita andai kita membenarkan mereka menewaskan diri kita sendiri.
Berbalik kepada kekuatan pasukan China semalam....mereka boleh tewas sebenarnya. Terbukti pasukan Uber mereka tewas pada korea selatan. Tetapi...kalau awal-awal lagi kita sudah meniup mantera tembok besar China sukar ditewas...jadi kita tewas.
Namun...walaupun berat untuk saya katakan..China membina tembok besar itu sebagai kubu untuk berlindung serangan daripada puak Mongol. Pembinaan pada masa 200 SM itu masih kekal sehingga kini. China bukan sekadar membina tembok yang sukar ditawan secara nyata..namun mereka juga membina pertahanan yang cukup tinggi dalam jiwa rakyat-rakyat mereka. Pertahanan yang cukup sukar digugat oleh mana-mana negara. Tengok sahajalah penguasaan China di pentas sukan dunia...
Kalau kita tidak mampu menjadi seperti pemain China..cukuplah kalau kita juga mempunyai semangat juang seperti mereka.
Tahniah China..anda memang layak untuk bergelar juara. Untuk Malaysia...Kita perlu BERUBAH....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...