Thursday, May 13, 2010

MALAYSIA BOLEH

Salam...

Semalam untuk pertama kalinya selepas berbelas tahun (amboi lamanya), saya menonton perlawanan badminton semula. Saya kalau masa sekolah dulu memang suka betul menonton siaran langsung pertandingan sukan ni. Sama ada badminton, bola sepak ataupun tenis. Dulu kalau Steffi Graf masuk final dengan Monica Seles, waktu tengah malam pun saya sanggup tunggu. Salah satu sebabnya saya peminat setia si Steffi ni. Hahahaha..
Kalau bola n badminton ni pula arwah ayah yang cukup minat. Jadi bila ayah conquer tv untuk sukan-sukan ni, saya tak ada pilihan lain kecuali menonton bersama-samanya. Saya masih ingat Perlawanan Piala Thomas 1992, di mana pasukan Malaysia mengalahkan Indonesia...Fuh! Waktu tu..rumah saya riuh rendah setiap kali pemain melakukan smash..bola tanggung etc...walaupun cuma menonton di kaca televisyen saja, namun keasyikan, keseronokan, keterujaan dan debaran perlawanan itu tetap saya rasai. Bagi saya apa yang telah dicapai oleh pasukan Malaysia pada tahun 1992 itu, tidak percah berjaya diulangi sehingga sekarang. Untuk tahun-tahun selepas itu, pasukan badminton Malaysia bertambah lesu. Minat saya untuk menyokong pemain kita juga sudah berkurangan.
Namun itu tidak menjejaskan minat saya untuk bermain badminton. Kalau dulu setiap kali ada pertandingan, saya dan adik beradik pasti mengangkat raket dan bermain bersama setiap petang. Masing-masing bila dah kena demam badminton, mulalah rajin memegang raket yang dulunya lebih lama tergantung di dinding.
Semasa di UPSI, saya selalu juga masuk pertandingan badminton antara staf. Saya mewakili jabatan perpustakaan. Selalunya saya bermain regu. dan selalu juga saya mendapat tempat naib juara. hahahah...aduh..dah melalut pula cerita saya ni...berbalik pula pada perlawan semalam...
Malaysia menentang Denmark. Kita menang 3-2. Sebenarnya saya tidak berhajat pun menonton perlawanan ini. Minat saya untuk menonton yang hilang bertahun dahulu..belum berjaya dipulihkan kembali..tetapi semalam...semuanya berubah.
Semalam rumah saya riuh rendah dengan suara saya dan adik. Walaupun hanya kami berdua saja, emak sampai naik terkejut bila tiba-tiba kami menjerit ( samada seronok dan marah)...
Saya suka melihat perlawanan Wong Choong Hann. Walaupun dia tewas kepada Jorgensen, tetapi dia menunjukkan permainan yang baik. Dia bejuang sehingga ke akhir, dan walaupun dia tewas..saya cukup puas hati dengan prestasinya semalam.
Beregu kedua Malaysia pula saya lihat..macam kelam kabut sedikit. kerap kali melakukan kesalahan yang sepatutnya boleh dielak. Mungkin ketiadaan Fairuzizuan yang direhatkan menyebabkan gandingan Zakry dan Hoon Thien How tidak berapa menjadi. Namun, saya memuji prestasi mereka di saat akhir perlawanan. Walaupun pasukan Denmark sudah di dalam match point, pasukan Malaysia tetap memberi tentangan yang sengit.
Bila kedudukan menjadi 2-2, Hafiz pula yang diharapkan menjadi wira untuk membawa Malaysia ke separuh akhir. Terus-terang, saya agak skeptikal untuk menonton Hafiz bermain disebabkan prestasinya yang agak menurun dan mengecewakan semasa menentang jepun.
Tetapi apabila berhadapan dengan  Joachim persson yang nampak kalut dan mengelabah itu, saya tahu Hafiz boleh muncul sebagai wira yang menyelamatkan Malaysia. Ternyata...semalam Hafiz tidak mengecewakan harapan dan doa rakyat Malaysia...
Saya sudah tidak sabar menonton perlawanan Malaysia dengan China nanti. Saya mengharapkan Piala Thomas menjadi milik Malaysia kali ini setelah 18 tahun hilang dari genggaman. Tetapi apa yang lebih penting, saya mengharapkan pemain-pemain Malaysia bermain bersungguh-sungguh. Itu yang lebih penting. Jangan mudah putus asa dan tertekan dengan segala macam cabaran. Kalau ditakdirkan Malaysia tewas sekalipun, biarlah tewas BERMARUAH. Tewas setelah memberikan SEHABIS DAYA.
Apa-apa pun saya mendoakan kejayaan MALAYSIA...MALAYSIA BOLEH!!!

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...