KA & QA

Salam...


Tadi sementara jemari saya mahu berlari-lari berkejaran manja di atas keyboard, saya terasa bulu roma saya naik. Darah saya terasa berderau. Tiba-tiba jantung saya berdegup  kencang. Saya tidak mahu mengakuinya...saya takut hendak mengakuinya, tapi saya tahu..ada seseorang dibelakang saya. Seseorang yang sedang memerhatikan saya dan saya tidak perasaan akan kehadirannya itu.
Duduk saya semakin kaku. Saya tidak berani langsung mahu berpaling. Saya tiada kekuatan mahu melihat walau siapa pun dia yang berada begitu hampir dengan saya ini. Dari ekor mata, saya lihat dia menegakkan tubuhnya. Tinggi dan sasa. Itulah yang dapat saya bayangkan. Namun saya masih belum mampu bergerak. Tanpa sedar manik-manik peluh membasahi tubuh saya. Saya benar-benar ketakutan kini.
Dia yang bertubuh tinggi sasa itu mula melangkah. Derap kakinya sungguh perlahan, seolah-olah dia berjalan di atas karpet yang tebal. Langkahnya hampir2 sahaja tidak kedengaran, namun saya tahu dia semakin menghampiri saya. Saya memejamkan mata rapat-rapat. Saya beristifgfar di dalam hati. Ya ALLAH...siapakah dia ini? Apa mahunya dia daripada saya?

" Buat apa ni?" Saya segera membuka mata apabila mendengar dia bersuara. Saya tergamam. Saya terpaku. Lalu untuk beberapa saat itu, saya tidak ubah seperti patung sahaja layaknya.
" Takutkan siapa?" Soal dia lagi. Saya masih tidak mampu bersuara. perlahan tangan saya mengurut dada. Aduh..dia hampir sahaja menyebabkan saya mendapat serangan jantung...saya melihat dia membelek buku-buku nota saya di atas meja. Dengan pantas saya menepis tangannya yang berjari runcing itu. cantik jarinya. Saya sendiri terkesima memandangnya.
Dia hanya ketawa dengan reaksi saya. Saya menutup mata...aduhai..merdu sekali suaranya.
" Takkan tak boleh tengok?" dia bersuara lagi. Nampaknya dia tetap tidak putus asa apabila saya tidak langsung menjawab segala pertanyaannya.

" Mana boleh! tak siap lagi." Jawab saya sambil melarikan jauh buku2 nota saya daripadanya.
" Ala..sekurang-kurangnya beritahulah siapa heroinnya. Sampai bila nak berahsia ni?" Dia terus memujuk dan saya terus menjeling. Mana boleh beritahu. Belum masanya lagi.
" Dhiya...make sure ya saya dapat teman yang saya inginkan....saya mahukan gadis yang lembut tetapi lasak. Yang berwajah sedih tetapi teguh pendiriannya. Dia yang tahu apa yang dimahukannya. Dia yang tak takut berjuang untuk mendapatkan apa yang dimahukannya. Er..Dhiya..kalau boleh..biarlah ada tahi lalat kecil pada bibir kirinya...bolehkan?"

" Amboi, demand nampak?" keluh saya kepada dia. Suka hati sayalah mahu mencorak temannya yang bagaimana. pandai2 sahaja nak tetapkan kriteria ya. Kalau saya bagi yang kontras terus..naya saja..hahahahha...

" KA...pergilah! jangan ganggu saya. kalau awak ada..macam mana saya nak tulis ni?" rayu saya pada dia. Dia berterusan ketawa. Tanpa saya sedar dia meletakkan tangannya di atas kepala saya. Perlahan dan mesra. Tiba-tiba saya rasa diri saya amat disayanginya. Tiba-tiba saya terasa tidak kisahlah kalau KA mahu terus menganggu saya.

" KA..." panggil saya apabila saya melihat dia seakan mahu beredar pergi...KA memandang saya. renungannya cukup redup.

" Jangan lukakan hati QA...dia sudah lama menderita. Jangan hampakan dia lagi setelah apa yang berlaku dulu..." pesan saya satu persatu. Tidak mahu KA salah anggap dengan pesanan saya itu...untuk seketika, saya melihat KA menunduk. Wajahnya muram seperti memikirkan sesuatu. Kemudian dia mengangkat wajah dan memandang saya...

" Saya tahu." balasnya hampir2 tidak kedengaran. Penuh sarat dengan penderitaan. Saya terpaku namun  bayang KA sudah lenyap...hilang ....

" KA...." saya seru namanya perlahan....




p/s - Itulah dialog yang berlangsung secara telepati antara saya dan KA (hero novel ke 5 saya)..apamacam...? pandai ya KA demand nak heroin yang macam dia mahu...huh! tak semudah itu...Sebelum mereka bahagia...saya akan deritakan mereka habis-habisan..wah! kejamnya saya....Macam mana nanti ya QA?

Comments

Fauzan said…
saya menanti novel ke5 akak ni...

tapi sebelum tu akak baca dulu review saya untuk 2 novel akak ni...

http://jahnscar.blogspot.com/2010/05/review-rbb-and-rud.html
dhiya zafira said…
Fauzan...

Tunggu jangan tak tunggu...btw..thank u utk review yang cukup membuatkan akak tersenyum sampai ke telinga

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara