Friday, May 25, 2018

OFFER HATI BERGETAR RINDU






OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos


throwback🔙 novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bulan #jauhkaupergi berada di pasaran.
Kali ini saya tampilkan pula seorang anggota polis sebagai hero. ASP #ziyadsidqi atau lebih dikenali dengan nama #sid.

Dibalik dengan cover dan tajuk yang ala ala kisah cinta, tolong jangan tertipu dengan plot cerita ini. 

Ini kisah #actionthriller #actionromance dan #serialkiller dan juga #copycat.
Walaupun kisah aksi tapi novel ini padat dengan kisah rumahtangga #sidari. Salah satu novel kegemaran saya. Er...er rasanya semua karya yang saya tulis semuanya my favourite kot. Hahhaha yeah im biased like that.
Siapa yang belum baca sila dapatkan ya.. gerenti takkan menyesal.

Monday, May 21, 2018

JAUH KAU PERGI VERSI BAHARU


#throwback🔙 yang seterusnya ✌🏻 Kali ini tentang novel #jauhkaupergi 
Terbit Julai 2010. 

Saya masih ingat lagi masa ni saya dah ada kat #kliainternationalairporttunggu flight untuk umrah saya yg pertama. @hezzy_azra sanggup datang bawak copy jkp yang baru siap dicetak utk saya sebab kalau tak tgk masa tu bermakna saya terpaksa menunggu almost 2 weeks nak tgk baby ke 4 saya ni. 

Lepas dah tgk saya serahkan balik pada @hezzy_azra sebab saya tak nak jkp ni ganggu konsentrasi saya kat sana. Kira dah dpt tgk tu dah cukup puas hati dah.
Cover yang cantik dan tajuk pilihan saya diterima. Kalau ada komen pun nama saya dihadapan terlalu kecil saiznya.

To date rasanya inilah antara buku saya yang paling disukai pembaca. 
Maybe sebab jalan ceritanya yang lain dari yang lain. Jujurnya kisah askar ie komando memang jarang diangkat didlm novel. Bertambah pula dengan genre #actionromance nya. 
Tapi rasanya jkp popular sebab heronya of course #haiyanrifqi dengan sidekicksnya #jimmy #eddiesufian #adamluqman dan #helmi 

Balik umrah mmg excited baca komen-komen yang rata2 memang sukakan novel ni. Alhamdulillah memang terharu sangat sebab genre begini semakin diterima pembaca. Tetapi walaupun banyak mana pembaca yang mencari jkp... buku ni mmg sangat payah dicari. Even sampai 2017(sebelum jkp baharu direprint) mmg saya dpt banyak emel tanya mana nak cari buku ni. Saya mmg tak tau dah nak ckp apa. Bila tanya dengan penerbit tak ada tindakan. Lama- lama saya fed up. Lalu sebab inilah saya menuntut copyright jkp semula. Kalau dah penerbit tak nak terbit, baik saya sendiri yg terbitkan. 

And the rest is history... muncul #jauhkaupergi2017 dengan beberapa perubahan... penambahan... pembuangan. Secara peribadi, saya lebih suka jkp versi baharu. Saya dpt perbaiki “krik krik scene” 😅😅😅 yg ada dlm jkp lama. Scene yg saya rasa meleweh dan meleret. 

Alhamdulillah sekarang ni dah takde masalah nak dapatkan jkp. Just pm and dm saya utk pembelian. 
Terima kasih kerana memiliki jkp(sama ada baharu dan lama). So my dear readers... kenapa uolls suka jkp sebenarnya ? Sila jawab 😊😊😊😊#actionthriller #actionromance #actionromanceauthor #dhiyazafira #rifafi



OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...