Posts

Showing posts from July, 2010

My Heroes & I

Salam....
Baru semalam saya menyambung manuskrip yang tertangguh 3 hari. aduh...saya kena kejar banyak page kalau mahu siap dalam masa 3 bulan ini...Hmmm..Lynn...kita ni mmg fail dengan MOU lah...hahahahah...seperti biasa, semalam saya mula menaip.....baru dapat 2 page saya diganggu lagi. Keadaan sama macam sebelum-sebelum ini. Kali ini lebih teruk lagi. Bukannya seorang tetapi 4 orang. Walaupun penuh dengan rasa cuak, saya melemparkan senyuman buat mereka. Walaupun terasa diganggu..saya akui, saya sedikit rindu kepada mereka. Salah seorang dari mereka menarik laptop saya dan cuba menjengah apa yang sedang saya tulis. Saya tempis tangannya....apa yang sedang saya tulis ini masih rahsia. Mana boleh mereka datang dan mengacau saya sesuka hati mereka. Saya cuba tidak endahkan mereka..pura-pura mereka tiada namun suara mereka semakin menusuk ke dalam telinga..kepala dan jiwanya. Saya tahu mereka sedang tidak berpuas hati tentang sesuatu dan mereka cuba berbalah tentangnya..dengan suara yan…

Saya & Gua Hira'

Image
Hentian sebelum turun ke Gua...lihatlah pemandangan sekeliling...angin masa ni bertiup kuat...nyaman
Pintu masuk ke Gua hira' memang sempit
Kambing si mata biru...takut saya dengan dia ni...macam nak sondol kamera saya je...

Salam...
Kali ni saya nak menyambung n3 saya di Mekah pula. Kali ini saya mahu menceritakan pengalaman saya menaiki Jabal Nur / Gua Hira' di mana RASULLULLAH SAW yang tercinta menerima wahyu pertamanya. Lawatan ke Gua Hira ini tidak termasuk di dalam pakej lawatan yang percuma. Untuk ke sana, saya dan kawan-kawan perlu membayar 20 Riyal seorang. Sepatutnya kami pergi pada hari ahad 12 Julai, namun entah macam mana sebab World Cup Final malam tu, jadi kurang mendapat sambutan. Hmmmm....saya tak tahulah adakah itu penyebabnya, namun mungkin itu antara penyebabnya...Allahualam... Jadi pada malam Isnin...saya mulanya berasa ragu-ragu. Hendak pergi atau tidak..hendak pergi atau tidak. Ika dan Kak Nor dah bersiap2 dah nak pergi..saya masih terbaring atas katil. Hmmm.…

Lagi komen JKP

Salam Kak Dhiya (waaaaaaa……….. lembutnya panggil akak gitu) terpengaruh ngan nvl ke? Huhu. Kak, best gilerz la novel akak. Tak sabar nak habiskan... Tapi kena baca pelan-pelan sebab saya menggunakan pendekatan mengalami-menghayati. Akak, tepat kol 2.13 pg td, saya telah mengkhatamkan novel keempat akak.


Secara keseluruhannya, saya amat teruja untuk membaca novel akak setelah membaca komen-komen di blog akak. Memang tak sabar nak dapatkan. Jumaat aritu, saya cari di popular, macam frust sebab depa tak pamerkan di “new arrival”. Hampir putus asa, sebab ingat tk dipasarkan lagi. Tapi, saya bijak(hehehe..) puji diri sendiri nampaknya. Saya tanya, dan ada... yey dapat!!!!!!!


Wah........... saya suke sangat citer akak yang ni... len kali wat ctr macam ni lagi tau kak... Ape ek perasaaan saya? Rasa macam nak cari boyfriend komando plak lepas ni...kihkihkih... Pandai akak gambarkan Haiyan Rifqi. Jatuh cinta dibuatnya dengan karisma yang ditunjukkan. Sangat kuat dan pandai.. huhuhu...


Saya pun su…

Ada apa dengan RUD?

Image
Salam....
Aduhai..seronoknya bercuti hari ni...Jangan jeles ya...saya memang bercuti setiap ahad dan Isnin...Jadi....pagi-pagi ni saya nak sambung balik pasal novel ke 3 saya iaitu RINDU UNTUK DIA....


Inilah rupanya novel RUD ini. Cantik cover dia...setiap kali saya melihat cover ini, serta merta ingatan saya jatuh pada Alhambra..pada kenangan saya di sana. Kalau sesiapa yang mahu tahu, apa yang berlaku kepada Amie semasa di Alhambra itu sebenarnya berlaku kepada saya. Tetapi Rsaya tidaklah berjumpa dengan Jad...hahahaha....kalau jumpa Jad di sana, memang saya bawak balik dia..hahahah
RUD ini diterbitkan pada tahun 2009, bulan 8. Nasibnya juga  bertambah baik...ianya hanya mengambil masa selama 5 bulan untuk diterbitkan. Saya ingat lagi saya dengan kelam kabutnya menghantar pada editor setelah melanggar entah berapa banyak dateline yang diberikan.
Ramai pembaca yang membandingkan RUD dengan RBB. kisah RUD ini kisah romantis-thriller ke 2 saya. Tentu saja ada perbandingan antara kedua buah…

Ada apa dengan RBB?

Image
Salam....
Jangan hairan ya kenapa saya mahu bercerita tentang kesemua novel-novel saya. hehehehe...Almaklumlah...novel makin bertambah ( baru 4 dah kecoh), tapi rasa macam saya mengabaikan pula buah hati saya yang terdahulu ini..Jadi..kali ini saya sambung pula dengan RINDU BELUM BERHENTI.

Inilah rupanya novel kedua saya yang diterbitkan pada bulan Jun 2008. Dengan RBB, saya tidak perlu menunggu lama. Hanya 6 bulan setelah saya menyerahkan manuskrip kepada editor, ianya diterbitkan. Ya...saya lega RBB tidak menerima nasib seperti KDB. Apa istimewanya RBB ini. Aduhai...terlalu banyak yang hendak saya senaraikan. Antaranya ialah...inilah karya pertama saya bergenrekan ROMANTIS-THRILLER. Ini adalah percubaan pertama saya. Jadi semasa menulis kisah ini, ianya seperti menulis novel pertama sahaja gayanya. RBB lahir seiring KDB. Semasa KDB diterbitkan, RBB sudah pun 70% siap. Tajuk asal yang saya letak adalah AKU AKAN MENANTIMU...namun setelah sampai ke tangan editor saya menyenaraikan RBB se…

Ada apa dengan KDB?

Image
Salam...
Beberapa hari ini, apabila saya masuk ke fb ataupun forum, ada beberapa pembaca yang bertanya, tidakkah saya mahu mengarap kisah seperti novel pertama saya KUDAMBA BAHAGIA? Ada yang berkata mereka lebih prefer KDB dari novel-novel saya yang kini berlainan genrenya. Dan mereka mahu saya menulis seperti itu semua. Jawapan saya? Hmmm....pertamanya saya diam tidak terkata. Kemudiannya saya memberikan reason kenapa saya rasa saya tidak mampu menulis seperti KDB lagi...

Inilah dia novel pertama saya. Buah hati yang saya tatang begitu lama berbanding adik2nya yang lain. Kalaupun nanti saya panjang usia dan dianugerahkan ALLAH ilham yang banyak, dan banyak sudah novel yang saya tulis, KDB tetap istimewa dalam hati saya. Dia yang PERTAMA. 3 tahun saya menulis. Dari 2002-2004. 3 tahun saya menunggu KBD diterbitkan. Tajuk asalnya SEHINGGA TERUKIR SENYUMANMU...(2004-2007). Antara watak hero n heroin, saya paling lama dengan Fik & Alia. Aduhai apa yang boleh saya katakan dengan hero n he…

JKP di MPH

Image
Salam...
Akhirnya JKP masuk carta MPH minggu lepas. Ditempat ke 13. Oklah ek..dari tak masuk list langsung..hahahaha...Actually...saya tak kisah pon ( er ye ke)..hahaha...kalau tak masuk dalm list, tapi biarlah buku saya sentiasa ada yang membacanya. Tak perlulah jadi bestseller pon kalau pembaca lain menghentam tak hengat. Aduhai...takut kiranya hasil tulisan saya ini tidak memenuhi selera pembaca. Yang sukakan genre Thriller, ya...Alhamdulillah mereka semua dapat menerima JKP dengan baik. Yang sukakan love story...ada mix review yang diterima. Ada kata ceritanya baik tetapi dia prefer KDB lagi. Ada yang kata...sesiapa yang sukakan citer aksi akan sukakan JKP...setiap komen saya terima seadanya. Saya mahu anda baca dan komen. Suka atau tidak..itu hak anda sebab anda sudah membacanya. Tapi janganlah pula mendengar dari mulut pembaca yang mengatakan cerita ini tidak bagus..tidak kena selera..bukan kisah cinta memadamkan minat anda untuk membeli JKP...pinta saya...bacalah dahulu....dan n…

RINDU

Image
Suasana selepas Subuh...Dalam pukul 4 Pagi...Rindu saya masih di sana...Bilalah saya dijemput ke sana lagi....

Malang tak berbau

Salam....
Semalam jantung saya hampir terputus. Semalam saya tak pernah berasa gabra tahap maksima....buatlah apa pun, saya boleh kawal lagi perasaan takut dan gementar saya tapi semalam....Fuh.... Pagi-pagi lagi saya tidak masuk lib saya..saya pergi ke Selinsing dan Bukit Jana untuk melawat Lib2 bawah seliaan saya. tepat pukul satu saya keluar dr Bukit Jana...so...saya malas nak balik rumah untuk lunch sebab tahu emak saya pon keluar dengan kakak saya. Jadi, saya ke Taiping sentral utk beli lunch. On the way nak balik lib saya, ( saya ikut pej pos Kamunting), saya dengar bunyi dentuman masa saya nak masuk kiri. Saya ingat saya dah langgar tembok tepi jalan tu...tapi bila saya pandang belakang, jantung saya mmg terhenti saat tu bila melihat seorang budak lelaki tersembam ke jalan. Saya tekan brek. Ya..ALLAH...mmg terkejut dah saya...saya mmg tak nampak dia langsung...saya tak tahu salah siapa..tetapi saya anggap saja ini salah saya sebab dia budak sekolah...hmmm... Saya tgk dia boleh ban…

Komen ke 2 JKP

Salam...
Sebenarnya saya sudah mendapat banyak feedback dari pembaca JKP...namun kalau komen dan review secara rasmi diblog dan emel hanya inilah...komen2 yang lain lebih banyak diutarakan di FB dan forum..hmmm..nanti mungkin saya akan kumpulkan sekali komen2 yang diberikan. Kali ini komen dari Kak Shalby yang sudi membeli dan membaca novel2 saya....kepada kak Shalby...terima kasih banyak2 ya...jangan jemu2 beli buku saya..heheheheh

Aku memang minat dengan penulis ni....aku akan beli semua hasil tangannya... Tamat saja baca novel yang terdahulu aku terus capai naskah yang terbaru ini untuk dibaca...tak sabar-sabar....



Komen aku: Bestnya novel yang satu ni. Tahniah la untuk DHIYA ZAFIRA kerana menghasilkan novel yang sangat menarik untuk dibaca. Sangat baik dan berkesan penulis ini men'describe' hero utamanya, sehingga aku turut membayangkan macam mana la rupanya HAYYAN RIFQI ni. Namanya pun bukan main indah lagi. nasib baik la aku dah tak ada anak lagi...kalau ada mungkin aku bole…

Komen Pertama JKP

Salam....
Komen yang saya terima dalam emel tadi...
Kali ini novel dhiya zafira memg menarik..gaya penulisan semakin matang dan tiada bab yg berjela2..apa yg menarik tentang novel dhiya ialah..dr awl penceritaan,dhiya membuatkan pembaca tertanya2 apa yg berlaku..terselit unsur2 suspen..menyebabkan rasa ingin tahu semakin memuncak..sehinggakan utk berhenti terasa syg! Jika anda peminat Izz Karami..dan sukakan karekternya..saya rasa watak utama kali ni , kapten Hayyan Rifqi @ Riff, dapat menandingi watak Izz..sebelum ini saya juga sukakan watak Izz, tetapi setelah membaca JKP, rasa suka tu dh berpindah kepada Riff dan juga Najmi..hehe..inilah kelebihan Dhiya..watak hero digambarkan dgn begitu baik sehingga ada yg gila bayang..:-)

Dhiya juga berani meneroka kehidupan seorang Komando..sblm ni saya tak pernah tahu dan terbayang bagaimana komando melaksanakan misinya..sekurang2nya..setelah membaca JKP, terbayang juga bgmana cara hidup atau bidang kerja seseorang komando..bagi saya Dhiya berjay…

Raudhah

Salam...
Saya menyambung kembali kisah saya di bumi Rasullulah...
Pagi itu setelah siap bersarapan, semua jemaah dengan diketuai mutawif melangkah menuju Masjid Nabawi yang begitu dekat dengan hotel penginapan kami. Di perkarangan masjid, mutawif memberi penerangan dan membacakan doa...kami terpaksa dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Yang sedihnya, kerana perempuan tidak dibenarkan melihat makam Rasulullah SAW.. Kami hanya boleh berdoa di Raudah yang kami tahu hendak berdoa di sana cukup payah.... Untuk memasuki Raudah, perempuan hanya boleh masuk ke situ; kalau tak silap saya..6-9 pagi, selepas zohor sampai pukul 2 dan malam 9-11. Ya...masa begitu singkat lebih2 lagi terpaksa bersaing dengan jemaah dari negara lain.... Masuk ke masjid, kita kena bersedia dicheck oleh pegawalnya...sebarang kamera, telefon berkamera tidak dibenarkan masuk. Kalau dulu dirampas tak dipulang..tapi kini kita boleh menyimpan di pejabat mereka...kecuali kamera..mmg tidak dibenarkan masuk... Saya...walaupun t…

Hati tertinggal di SANA....

Image
Salam,
Saya mahu mencoretkan sedikit perjalanan saya menunaikan umrah 2 minggu lalu. Mungkin ceritanya sudah basi tetapi perjalanan saya ke Madinah dan Makkah tak akan pernah saya lupakan....Sehingga kini, hati saya masih tertinggal di sana....Alangkah indahnya kalau saya masih di sana....menyerah diri dan segala-galanya kepada YANG ESA dan tak perlu fikirkan apa-apa pun. Hanya beribadat semata-mata.
3 Julai 2010
Saya bersama 33 jemaah lain bertolak ke Madinah...Flight pukul 10.30 pagi. Hmmm...saya ingatkan saya boleh cool masa bersalaman dan memeluk emak, namun keluar juga air mata ni. Tiba-tiba rasa syahdu. Manalah tahu kan...kata orang, perjalanan ke Tanah Suci ni banyak ujian.... Dan saya menerima ujian pertama saya..... Hampir 8 jam lepas tu, kami tiba di Bahrain...transit selama 4 jam. Elok2 masuk waktu zohor ( masa Bahrain), kami semua bergilir2 mahu bersolat. Tetapi sebelum tu saya ke tandas dahulu dan sesuatu berlaku yang membuatkan saya cukup hampa dan sedih....Saya period. Kelua…

Berita baik untuk pembaca JAUH KAU PERGI (JKP)....

Image
Salam...
Berita baik untuk pembaca JAUH KAU PERGI (JKP)....
Anda mahukan cenderahati di atas? Unta yang comel, gelang ataupun tasbih?
Mahu???...kalau ya...sila baca arahan yang seterusnya....
Oleh kerana cenderahati yang saya sediakan ini adalah BEGITU TERHAD, maka tidaklah senua pembaca yang akan dapat cenderahati berkenaan...namun...saya ulangi lagi..namun anda semua boleh melakukan sesuatu untuk mendapatkannya...dan ianya bergantung pada tindakan anda,
Jadi, apa yang perlu anda lakukan? jeng..jeng..jeng....Tak susah cuma...anda perlu;
1. Menjawab soalan di bawah
Soalan-soalannya ialah;
1. Kenapa Anda mahu membaca JKP?
2. Pendapat / komen anda mengenai JKP?
3. Apa yang anda suka dan tak suka mengenai JKP?
4. Bagaimana saya boleh memperbaiki corak penulisan saya?
5. Saya suka membaca karya DHIYA ZAFIRA kerana.......( tidak kurang dr 20 patah perkataan...hahahahhhaahaha)

Ok...itu adalah soalan2 yang perlu anda jawab untuk memungkinkan anda mendapat cenderahati itu. Oleh kerana jumlah yang terhad …

beli JKP online

Image
PERHATIAN!!!


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan JAUH KAU PERGI tetapi buku tersebut masih belum berada di kedai...atau malas nak pergi beli...jangan risau..saya ada penyelesaian kepada masalah anda...apa kata order saja secara online dari saya...dan saya akan terus menghantar JKP ke depan rumah anda...( bukan saya ya tapi posmen...)....

Bayaran boleh dibuat ke akaun:


Maybank/Maybank 2u email : dhiya_zafira@yahoo.com No.akaun : 158305210032 Pemegang akaun : Mardhiyah Mohd Nor
Sila emel slip atau no rujukan pembayaran ke emel : dhiya_zafira@yahoo.com.
Penghantaran akan dibuat selepas bayaran di terima.


Bayaran utk pembelian: Semenanjung Malaysia : RM19.90 Sabah & Sarawak : RM 22.90


Pilihan pengeposan: i. Pos Biasa = Percuma ii. Pos Laju ( 1 naskah) = RM5
iii. Pos laju lebih dr 1 buku = RM 3 dan seterusnya

Mohon dinyatakan juga;
Nama, alamat, emel anda dan no. Telefon anda (optional)
Terima kasih...

sudah sampai

Salam...
ALHAMDULILLAH...saya selesai kembali dari menunaikan umrah....ingin mencoret sesuatu di sini namun saya masih penat...lagipun JAUH KAU PERGI lebih menarik perhatian saya....saya ingin menelaah JKP dahulu...anda sudah membaca JKP? silalah komen....saya menanti komen anda semua.

JAUH KAU PERGI DI PESTA BUKU SELANGOR, PKNS

Image
Salam...

Berita yang membuatkan saya tersenyum sampai ke telinga. JKP sudah berada di pesta buku selangor...Jadi apa lagi....pakat-pakatlah beramai-ramai membeli naskah terbaru saya itu. Belilah 1, 2 , 3 hatta 10 sekalipun....saya tak kisah..jangan tak beli langsung ya.... Ya ALLAH...jelesnya saya..kalau diri ni boleh terbang...mmg dah sampai saya ke Shah Alam ketika ni. Tak apalah...Hezzy sudah berjanji akan mendapatkan satu untuk saya. Lusa, kak Eka akan membawakan JKP untuk saya di KLIA..hehhehe...dapat2 je nanti..tgk sekejap..kembang2 hidung...senyum2..lepas tu simpan dalam beg...ada buku lain yang lebih penting untuk saya baca.... Kepada pembaca sekalian....yang mahu membeli secara online dengan saya...tunggu ya saya kembali dalam masa dua minggu lagi....saya tidak sempat untuk membuat bookmark...hmmmm...tengoklah..kalau di sana nanti ada souvenir menarik untuk pembaca bertuah...

Ada apa dengan Izz? Ada apa dengan Rif?

Salam...
Sebelum saya terbang....saya mahu bercerita sebanyak mungkin tentang novel terbaru saya..AL-maklumlah saya akan bepergian selama dua minggu. Kalau saya tidak bercerita, sudah tentu JKP dah jadi basi bila saya pulang nanti.  Semalam bersembang lagi dengan pembaca dalam fb. Soalannya berbunyi begini, " Adakah hero JKP ini boleh tandingi Izz Karami, hero RBB? Hahahaha....saya tahu ramai yang sudah jatuh tangga sama itu Izz. Dalam banyak2 hero saya...ternyata Izz yang menjadi pilihan. Izz yang paling popular..Izz yang paling macho dan Izz adalah segala-galanya. Jadi...apabila yang molek-molek itu menjadi milik Izz..tentulah sukar saya mahu mewujudkan karekter yang lebih baik, kalau tidak pun setara dengan Izz itu. Bila saya katakan, saya rasa Rif, hero baru saya ini mampu menandingi Izz...terus kakak itu bertanya, adalah orangnya tinggi sasa dan bermata helang. Aduh! hebat sungguh penangan Izz sampai pembaca yang anak sulungnya itu berumur 19 tahun masih angau lagi. Siap dibay…