My Heroes & I

Salam....

Baru semalam saya menyambung manuskrip yang tertangguh 3 hari. aduh...saya kena kejar banyak page kalau mahu siap dalam masa 3 bulan ini...Hmmm..Lynn...kita ni mmg fail dengan MOU lah...hahahahah...seperti biasa, semalam saya mula menaip.....baru dapat 2 page saya diganggu lagi. Keadaan sama macam sebelum-sebelum ini. Kali ini lebih teruk lagi. Bukannya seorang tetapi 4 orang. Walaupun penuh dengan rasa cuak, saya melemparkan senyuman buat mereka. Walaupun terasa diganggu..saya akui, saya sedikit rindu kepada mereka. Salah seorang dari mereka menarik laptop saya dan cuba menjengah apa yang sedang saya tulis. Saya tempis tangannya....apa yang sedang saya tulis ini masih rahsia. Mana boleh mereka datang dan mengacau saya sesuka hati mereka. Saya cuba tidak endahkan mereka..pura-pura mereka tiada namun suara mereka semakin menusuk ke dalam telinga..kepala dan jiwanya. Saya tahu mereka sedang tidak berpuas hati tentang sesuatu dan mereka cuba berbalah tentangnya..dengan suara yang agak kuat.
Saya tahu...saya tidak boleh mendiamkan diri lagi. Saya berpaling dan memandang mereka seorang demi seorang.
" Ok...apa yang tak kena ni? Apahal nak gaduh-gaduh kat sini? Apa yang tak puas hati lagi ni?" soalnya saya tiba2 sahaja rasa pening kepala.

" Dhiya, Answer me one question, am i still ur favourite hero?" Izz bertanya sambil mata helangnya berterusan memandang ke arah saya. suaranya begitu tegas seolah-olah mencabar saya untuk mengatakan sebaliknya. mendengar soalannya itu, Rif ketawa. ketawa besar sambil disambut oleh Fik dan Jad Imran.

" Aku boleh tolong jawabkan...sorry ya Izz..takhta kau dah dirampas...siapa?..akulah tu.." balas Rif masih dengan ketawa. Saya merenung Rif sekilas..saya tahu dia berasa bangga dengan populariti yang dikecapinya baru-baru ini.

" Huh...kau jangan nak perasan Rif, Aku hero pertama dhiya...apa pun aku tetap hero pertama dan favourite dia...." Adnan Taufik pula tidak mahu mengaku kalah. Dia memandang saya dan bibirnya mengukir senyuman. meleret-leret...aduhai Fik....

Saya menoleh ke arah Jad yang masih mendiamkan diri. Kening saya terangkat memandangnya dan melontar pertanyaan yang tidak terluah. Adakah dia tidak mahu turut serta dalam perbualan kami? Jad hanya menggeleng perlahan. Tangannya diletakkan atas bahu saya dan menepuk-nepuk perlahan.

" Saya tahu...dhiya sukakan kami semua..dhiya tak pilih kasih. Dhiya buat apa yang terbaik. Walaupun ada yang tak puas hati sebab saya sudah beristeri, tapi saya tak menyesal...saya tak menyesal mengahwini Suraya...saya buat apa yang saya fikir betul....dan Dhiya...terima kasih untuk Amie..." Balasnya jujur. Aduhai Jad...ya..antara mereka Jad yang paling lembut hati...Dia terlalu memikirkan kebahagian insan lain sehinggakan dirinya sendiri terabai..

Saya pandang kesemua mereka...apa yang perlu saya ucapkan untuk menenangkan hati mereka. mereka semua tetap hero pujaan saya...tidak lebih dan tidak kurang...
Saya pandang wajah Fik dan Jad. Kemudian saya pandang wajah Izz dan Rif. Mana boleh hendak saya samakan mereka. Karekter meraka masing2 berbeza. Jad seorang pensyarah...Fik pula seorang ahli perniagaan..kalau hendak dibandingkan dengan Izz yang ex-convict itu dan Rif, komando mmglah tidak terlawan. Tak perlu melihat secara nyata...secara kasarnya kita sendiri boleh bayangkan bagaimana perbezaan mereka sebenarnya....

Tapi yang pasti hero-hero saya ini..bukan mudah perjalanan hidup mereka. Masing-masing ada kisah silam yang memeritkan...esp Izz...namun syukurlah....keadaan semakin berubah...mereka bahagia dengan hidup masing-masing....sedang saya meladeni rasa pilu..cewah..tiba2 muncul lagi seorang...keempat-empat hero saya itu terbeliak biji mata. Saya pon sama apabila melihat MR.S menjengukkan muka. Dia hanya tersenyum. sedikit malu kerana mungkin menyedari dia seperti menganggu kami.

" Dhiya...saya dah sedia untuk beraksi..." tuturnya sambil melabuhkan punggung di hadapan saya.  Senyum saya semakin lebar...

Comments

kihkihkihkih... kak dhiya... kelakar! hahahaha...
dhiya zafira said…
Aleya...

saja2 tulis..otak tengah weng-weng ni..hahahahhaha
ShalbySalbina said…
Hahhhh, hero ke-5 ni pemalu ke? Jgn. la bagi watak separuh pompuan.......haru!!!!
dhiya zafira said…
Aish akak ni...hero saya takde yang awwww tau..heheheheh...

Dia malu tu sebab dia yang paling baru dalam kelompok tu...dia rasa segan sebab tiba2 saja datang saat yang empat lagi tu tgh nak mempertahankan hak masing2..heheheheh
Fauzan said…
MR.S,...sila tunggu dulu yer..hehehe
ShikinSamsuddin said…
salam sis,,, aiyakkkk!!!! betol-betol hidup ke hero neh??? *dengan mood yang berdebar-debar

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara