Lagi komen JKP

Salam Kak Dhiya (waaaaaaa……….. lembutnya panggil akak gitu) terpengaruh ngan nvl ke? Huhu. Kak, best gilerz la novel akak. Tak sabar nak habiskan... Tapi kena baca pelan-pelan sebab saya menggunakan pendekatan mengalami-menghayati. Akak, tepat kol 2.13 pg td, saya telah mengkhatamkan novel keempat akak.



Secara keseluruhannya, saya amat teruja untuk membaca novel akak setelah membaca komen-komen di blog akak. Memang tak sabar nak dapatkan. Jumaat aritu, saya cari di popular, macam frust sebab depa tak pamerkan di “new arrival”. Hampir putus asa, sebab ingat tk dipasarkan lagi. Tapi, saya bijak(hehehe..) puji diri sendiri nampaknya. Saya tanya, dan ada... yey dapat!!!!!!!



Wah........... saya suke sangat citer akak yang ni... len kali wat ctr macam ni lagi tau kak... Ape ek perasaaan saya? Rasa macam nak cari boyfriend komando plak lepas ni...kihkihkih... Pandai akak gambarkan Haiyan Rifqi. Jatuh cinta dibuatnya dengan karisma yang ditunjukkan. Sangat kuat dan pandai.. huhuhu...



Saya pun suke jea ngan Afiqah Najwa.. akak menggambarkannya dengan berkesan. Tapi dia cengeng... kalo akak sambung, citer Najmi Hariri, bagitau perkembangan dia tau... Akak bayangkan siapa ek masa tulis watak dia?? Saya dapat merasakan pergolakkan jiwa yang berlaku terhadap Afi.



Apa ye yang akak nak tau lagi.... ok, saya dapat tau pasal tugas-tugas seorang anggota komando. Saya, suke jea ngan persahabatan yang ditunjukkan oleh Eddie, Luqman, dan lain-lain. Sangat memahami dan tahu ape yang perlu dilakukan walaupun dengan bahasa mata.




Kritikan yang akak tak nak dengar ialah... jangan kecik hati tau... contohnya penggunaan kata sendi nama ‘di’. Kalo diikuti dengan tempat, ditulis sebagai ‘di hati’. Kena jarak... kan? Saya dah tanya GC Bahasa. Ada beberapa kesalahan yang sama dilihat dalam novel akak ni.



Yang kedua, ejaan untuk ‘baru’. Kalo untuk yang ‘new’ ejaannya ‘baharu’. Kalo ‘baru’ yang membawa maksud ‘just’ ejaannya baru. itu yang saya belajar semasa di IPGMBM. Dan saya telah semak kamus. Akak, cuba lah tanya orang yang lebih pakar.

( Tu dia...cikgu BM dah tegur dah...Terima kasih atas teguran...akak akan cuba memperbaiki penulisan akak...)


Hah... lagi satu, saya tak suke lah watak mariya tue.saya baik tau. Bukan suka mengambil kesempatan macam JKP tu. Geram jea. Dah lah bersuami. Saya single-mingle lagi tau. Akak ikut dan aje ek. Letak yang elok2 ckit. Len kali bagi watak heroin tau. Kahkah...( Amboi..demand watak heroin tu...dulu kata apa pun tak apa...hahahhhaa)

 

Secara tuntasnya, ceh..ceh..ceh macam dalam karangan, saya sangat suke ngan novel akak yang ini, masih terbayang-bayang di ingatan. Rasa macam nak kahwin jea...



Tp, boyfriend pun takdak lagi.( Rif dah tak available..najmi pun sama...)

Comments

Salam,

Apa khabar? Lama tak menjenguk ke blog ini.

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara