Monday, July 26, 2010

Ada apa dengan RUD?

Salam....

Aduhai..seronoknya bercuti hari ni...Jangan jeles ya...saya memang bercuti setiap ahad dan Isnin...Jadi....pagi-pagi ni saya nak sambung balik pasal novel ke 3 saya iaitu RINDU UNTUK DIA....



Inilah rupanya novel RUD ini. Cantik cover dia...setiap kali saya melihat cover ini, serta merta ingatan saya jatuh pada Alhambra..pada kenangan saya di sana. Kalau sesiapa yang mahu tahu, apa yang berlaku kepada Amie semasa di Alhambra itu sebenarnya berlaku kepada saya. Tetapi Rsaya tidaklah berjumpa dengan Jad...hahahaha....kalau jumpa Jad di sana, memang saya bawak balik dia..hahahah

RUD ini diterbitkan pada tahun 2009, bulan 8. Nasibnya juga  bertambah baik...ianya hanya mengambil masa selama 5 bulan untuk diterbitkan. Saya ingat lagi saya dengan kelam kabutnya menghantar pada editor setelah melanggar entah berapa banyak dateline yang diberikan.

Ramai pembaca yang membandingkan RUD dengan RBB. kisah RUD ini kisah romantis-thriller ke 2 saya. Tentu saja ada perbandingan antara kedua buah buku itu. Dan yang pasti heronya juga menjadi perbandingan yang hebat. Ada yang kata Jad tak mampu bersaing dengan Izz...ada yang sukakan Jad. Macam2 pendapat yang saya terima. Tapi yang pasti, pembaca tak gemarkan Jad yang sudah berkahwin...aduh...( jgn rasa teragak2 ya dengan kenyataan Jad yang sudah berkahwin---anda akan tahu sebab apa dia bertindak sedemikian rupa)...

Kalau ada yang pernah membaca RUD ini, pasti anda tahu kisah apa yang sebenarnya saya cuba coretkan. Saya suka meneroka subjek POST TRAUMATIC STRESS DISORDER. Jadi...buku RUD dan kisah AMIE ini adalah berkenaan dengan kesan psikologi itu. Ada juga penulis yang mengolah plot yang serupa...(heroin diperkosa), namun serasa saya tiada lagi yang menulis apa kesannya sebenarnya menjadi salah seorang mangsa rogol ini. Justeru, saya rasa terpanggil untuk mencuba meneroka kemelut jiwa Amie Najla'. Memang payah. Entah berapa banyak bahan bacaan dan rujukan yang saya terpaksa buat hanya untuk mendalami jiwa Amie...dan saya juga mengambil risiko menulis RUD ini..Dengan heronya yang sudah berkahwin, heroinnya diperkosa..hahahah..memang rumit rasanya kan....Tapi...usaha saya serasa berbaloi apabila ada pembaca yang menghargai usaha saya itu..hahahahha....
Kepada sesiapa yang belum membaca RUD...mungkin anda boleh cuba membacanya selepas ini...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...