Posts

Showing posts from June, 2008

PESTA BUKU ALAF21

Image
Alaf 21 kembali mengajak anda semua untuk bersama-sama memeriahkan Pesta Buku Alaf pada 27 hingga 29 haribulan Jun, 2008 ini ( Jumaat hingga Ahad). Bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Diskaun sebanyak 30% akan diberikan. Datang jangan tak datang!
Insyaallah aku akan berada di sana dari jam 11 hingga 3 petang.

SOALAN KUIZ RINDU BELUM BERHENTI

.Salam... Seperti yang aku janjikan, ini dia senarai soalan-soalan KUIZ yang perlu anda jawab. Kesemuanya ada 8 soalan memandangkan tahun ini tahun 2008. hahahaha, boleh gitu. Selamat menjawab kepada anda semua. chayok-chayok. SOALAN: 1. Apakah nama tempat peranginan yang diusahakan oleh Adni Zuhayra? 2. Kenapakah Izz merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga dan Adni? 3. Berapa lamakah hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atas Izz? 4. Apakah hubungan sebenar antara Pot dan Murni? 5. Berapa lamakah tempoh pertunangan Adni dan Khairy? 6. Sebab apakah yang membuatkan Izz merasakan Pot mempunyai komplot bersama Murni? 7. Apakah yang menyebabkan identiti sebenar Zack terbongkar? 8. " Saya menyukai RINDU BELUM BERHENTI kerana.............( lengkapkan ayat ini) PERHATIAN!!! Tarikh tutup adalah pada 31 Julai 2008. Sila hantar jawapan anda ke email saya dhiya_zafira@yahoo.com Hadiah yang menarik dari SPAIN akan menanti jika anda memenanginya... TUNGGU APA LAGI????

Don't Cry Joni

Salam...Semalam bersembang sakan dengan geng Kicap lalu terkeluar mengenai lagu Don't Cry Joni nyanyian Conway Tweety. Untuk makluman kepada sesiapa yang belum membaca RINDU BELUM BERHENTI, ada satu scene di mana hero ( Zack) mendengar cd yang mengandungi lagu ini. Aku sama sekali tidak menyangka pengaruh lagu ini begitu kuat pada jiwa2 geng kicap. Malah ada yang sanggup membeli RBB kerana excited lagu ini terkandung dalamnya. hahahahha. sudah menjadi trademark aku untuk meletakkan beberapa lagu di dalam novel. Aku memilih lagu ini kerana jalan ceritanya ada sedikit kena mengena dengan novel terbaru aku ini. dan ia juga merupakan lagu aku kegemaran aku sungguhpun aku belum lahir lagi semasa lagu ini dicipta.Jadi buat anda yang menggemari lagu ini terutamanya kaypo, qimi, dyea,mekna n the rest of kicap gang, enjoy the song.Woman- Jimmy please say you'll wait for me
I'll grow up someday you'll see
Saving all my kisses just for you
Signed with love forever true.
Man - Joni wa…

KUIZ RINDU BELUM BERHENTI

Salam... Kepada semua pembaca dan yang bakal membaca novel RINDU BELUM BERHENTI, di sini saya umumkan kuiz RBB. penyertaan TERBUKA kepada semua pembaca. soala-soalan akan diberikan kemudian. hehehehe. ini sebagai desakan yang lembut/sopan untuk anda segera mendapatkan RBB di pasaran. Hadiah yang menarik Insyaallah akan menanti 3 pemenang yang bertuah. Apa hadiahnya dan bila tarikh tutupnya akan diumumkan kemudian. Jadi...moh kite...dapatkan cepat RBB di pasaran.

BLURP RBB

Image
Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi perlarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat merbahaya namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.
Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.
Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan disebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?
Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila manusia berselubungkan hati dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliru…

q&a

TEMU RAMAH BERSAMA DHIYA ZAFIRA
1. Tahniah di atas kelahiran RINDU BELUM BERHENTI (RBB). Boleh ceritakan bagaimana Dhiya mendapat idea dan berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan keseluruhan manuskrip? RBB adalah kisah seorang lelaki yang insaf atas kesilapan masa lalunya yang kotor dan hitam. RBB juga kisah seorang wanita yang tiba-tiba menjadi pelarian atas jenayah yang dirancang ke atasnya. Takdir menemukan mereka berdua dan tanpa sedar ada sejarah / rahsia yang tersembunyi di antara mereka. Idea? Kebanyakannya hasil daripada menungan saya yang tidak henti-henti. Apabila sudah mendapat plot secara kasar, barulah saya buat research serba sedikit. RBB lahir bersama KDB. Semasa menghantar manuskrip pertama, hampir 65% RBB telah siap. Cuma terhenti seketika semasa arwah ayah sakit. Saya tidak mengira masa berapa bulan atau tahun saya menulis, yang pasti seperti target saya, setahun mesti sebuah buku. 2. Membaca `Tinta Penulis' dalam RINDU BELUM BERHENTI, Dhiya ada mengatakan i…

RINDU BELUM BERHENTI

Image
Salam...
Akhirnya novel kedua aku terbit juga. korang semua boleh mendapatkannya di pasaran. apalagi...moh kita serbu kedai buku beli buku RINDU BELUM BERHENTI NI. hehehehehehe. kalau sesiapa yang nak tahu citer ni tentang apa, bolehlah melawat website alaf 21, ada sedikit fragmen tentang buku ini.

2ND NOVEL

Salam... Menurut kata editor, buku ke 2 aku dah ada di kilang. Kalau tiada aral, kemungkinan besar akan berada di pasaran bulan ini. Harapan aku kepada semua yang pernah membaca Ku Damba Bahagia, akan terus menyokong aku dengan novel ke dua ini.

cuti sekolah

Salam... Sekarang ni musim cuti sekolah. minggu lepas aku bersama keluarga pergi ke Bukit Merah lake Town Resort. Hahaha...malu aku nak cakapkan, walaupun jaraknya BM ni hanya setengah jam dari rumah aku, tidak pernah sekali pun aku sampai ke sana. begitu juga dengan keluarga aku yang lain. yang pernah sampai cuma adik bongsu. itupun dia pergi dengan kawan setelah janji aku untuk bawak dia tak tertunai setelah berapa lama. heheheheh. Kali ini kami pergi tanpa berfikir panjang. pagi tu aku pergi klinik gigi dulu ( penyakit yang selalu datang dekat aku) sementara kakak memasak bekal untuk kami. mee gorang dengan sandwich, memandangkan kami ramai dan pastinya harga makanan kat BM mencanak naik. tapi malangnya makanan tak boleh bawak masuk dalam water park. kena letak kt kaunter. nak makan kena keluar. tapi nasib baik boleh masuk balik.heheheheh..pandai depa nak untuk suh beli makanan depa. seperti biasa uniform aku kalau bermandi manda ni trak suit dengan t shirt n tudung. hahahah...aku na…

minyak oh minyak

Salam... Rasanya dah terlalu lama aku menyepi dan blog aku ni pun penuh dengan sawang dan debu. mungkin tiada berita yang perlu diwar-warkan. dan mungkin juga aku sudah kehilangan mood untuk mencoret barang sepatah dua. hmmmmm... Mood aku yang tak elok beberapa hari lepas semakin menjunam melihat kadar baru harga minyak sekarang ni. semalam berjam2 aku tersekat dalam ratusan kereta yang turut sama berlumba-lumba mengisi penuh tangki minyak masing2. Permandangan yang tak pernah aku lihat di Taiping sebelum ini. mujurlah pemandu2 kat sini bersopan jugak denga tidak memotong giliran jadi walaupun lama, masing2 tetap bersabar. Aku kalau tidak kerana weekend ni aku akan ke Alor Setar, rasanya aku malas nak mengisi minyak. Malas nak menghadapi suasana jam yang sememangnya cukup payah nak lihat di Taiping kecuali jam di trafiic light. Sekarang ni p kerja pun tutup air cond. selagi tak hujan, memang kena berjimat. dengan harga berasnya, dengan tariff elektrik yang barunya dan harga barang yang …