BLURP RBB


Dia ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi perlarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat merbahaya namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.
Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.
Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan disebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?
Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila manusia berselubungkan hati dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Mampukah Adni menemui cintanya semula?

Adni - Kudamba Bahagia bersamamu. Selagi RINDU BELUM BERHENTI, aku akan tetap menantimu. Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku.

Comments

lla said…
Tahniah atas kelahiran RBB. Mcm best jer .Tak sabo nak baca . Hhhmmmm.... Hhhhmmm..... dgr2 mcm ada org tu nak gi Spain. Wah.... sonyap2 jer ye .
dhiya zafira said…
Salam kak Ila...
terima kasih. harap2 lepas akak baca boleh bagi komen ya. hehehehh...sonyap? lambat lagi la..hehehhe
Lynn Dayana said…
Tahniah beb. Aku dah letak kat blog. Huhu....
dhiya zafira said…
lynn...
tq very much.
adhan said…
DZ..
tahniah..saya dah email n dah post komen kat blog saya...
akak,ni novel thriller ke???saya xlayan novel2 mcm tu...sebab baca sinopsis kat web alaf nampak mcm laki tu ganas jer...sorry if tanya...just nak tau...thanx...
dhiya zafira said…
adhan...

terima kasih sekali lagi. saya pon dah reply dakt blog. heheheheh
dhiya zafira said…
salam fad...

hmmm. mcm mana nak cakap ya. cerita ni ada unsur thriller tapi thriller yang ringan. tidak terlalu berat.(bagi akak lebih kepada unsur suspen kot). ia masih penuh dengan unsur cinta. sebab itulah ia digelar action-romance.
fad boleh baca n3 akak sebelum ni(temuramah dengan DZ). mungkin kt situ boleh menjawab persoalan fad.

terima kasih
hurm,insyaAllah masa pesta buku alaf nanti saya akan dptkan novel akak ye...hope xterlalu thriller...takut...ehehe...thanx 4 d explaination...
dhiya zafira said…
Salam Fad...


huyoooo...takut citer thriller ke? hahahah.. jangan bimbang. cerita ni agak ringan thrillernya. nanti kalau dah baca boleh komen ya.. terima kasih kerana sudi beli buku akak...heheheh

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI