mutiara kata sasterawan negara


Mutiara kata merupakan “ kata-kata yang terbaik, disusun dalam ayat yang terbaik, untuk melahirkan pemikiran yang terbaik. Dengan kata yang mudah, “ mutiara kata ialah kata-kata atau ungkapan yang indah dan berkesan dalam sesebuah karya.”


Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan: hilang atau terbilang.
Memang dunia ini panggung wayang yang besar. Nanti kita akan melihat cerita-cerita yang tidak pernah masuk akal akan dimainkan orang- KERIS MAS


Malu pada diri sendiri lebih hebat dari malu kepada orang lain. Malu kepada orang lain boleh juga melarikan diri, tapi malu kepada diri sendiri, ke kuburlah habis riwayat.
…Bila perut dan nafsu dan akal naik minyak, hati jadi kosong. Bila hati kosong, kosonglah semua – SHAHNON AHMAD

Pahlawan yang sebenarnya pahlawan berpayung di bawah kebenaran meski di mana; sebab kebenaran itu sendiri adalah pahlawan sejati yang terletak di tempatnya paling atas.
Manusia telah menghabiskan waktunya untuk membuat segala macam peraturan dan mengawas perlaksaan peraturan-peraturan – USMAN AWANG.


.... Penderitaan menjadi guru yang paling mujarab mengajar manusia untuk sedar dan berusaha. Kanan atau kiri tak jadi soal. Yang jadi soal ialah perjuangan untuk rakyat jelata. Kiri pun perjuangan dan kanan pun perjuangan – A. SAMAD SAID


...Perjuangan tidak pernah terlambat. Kita boleh mulai lagi di mana saja.
Sepuluh kepala, sepuluh tangan dan satu mulut. Ertinya berfikir sepuluh kali, berbuat sepuluh kali tapi bercakap sekali sahaja – ARENA WATI

Yang kami perlukan, Kata benar bukan cerita besar.
Bahasa membina dunia
Menyusun diri
dan memberi layangan pengalaman – MUHAMMAD HAJI SALLEH


...Maruah diri itu lebih bernilai daripada emas sebungkal...
Sejarah telah menunjukkan, ada bangsa yang hapus terus di muka bumi ini...kerana bangsa itu tidak ada ketahanan yang kukuh atau telah rosak jiwanya – NOORDIN HASSAN

Dengan ilmu kita dapat mengenali diri, kita ini siapa dan mahu pergi ke mana sesudah ini.
....Menimbulkan kesukaran kepada orang lain adalah dosa. Satu perbuatan yang ALLAH benci – ABDULLAH HUSAIN


Dipetik dari buku
Mutiara kata Sasterawan Negara
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Comments

Inilah Saya said…
Best-best mutiara kata diaorang,

:-)
violet said…
inilah saya,

ini yg kita mahu bila membaca hasil karya yg terbaik. disamping menghiburkan hati, ia juga menuntut kita untuk berfikir sekali.
Abang Long said…
KEPUASAN !. itulah yang abang long perolehi dari n3 adik mar kali ini.
violet said…
abang long,
saya pun pertama kali memandang buku ni...terpegun sekejap. lepas tu terus membaca bagai orang tak makan sebulan...hihihih
nur najihah said…
aslkm..akak ade tak mutiara kata dari sasterwan negara dari aspek keluarga?? saya perlukan...sebab nak uat essay

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting