Posts

Showing posts from January, 2012

Berkelah di Pantai Besar

Image
Salam...
Layan gambar dulu ya..ceritanya kemudian..

3 Disember 2011

Image










Majlis kenduri di rumah pengantin perempuan; sayalah tu. Jumaat petang itu saya masih lagi keluar bersama Sarah dan Hubby dengan sepupunya ke butik untuk mengambil baju. Kami rancang untuk terus berjumpa di sana sahaja. Hendak jadi hal, Butik tu tengah takde elektrik so final fitting tak boleh nak buat sebab memerlukan eletrik nak jahit baju tu. Saya dah sedikit panik. esoknya waktu kendurinya sedangkan baju masih ada yang perlu dibetulkan. Memikirkan elektrik akan ada lewat kemudian, saya mengambil keputusan untuk ke Salon terlebih dahulu untuk buat facial. Buat pertama kalinya En. K pun kena facial sekali. Sebelum ni jenuh juga nak yakinkan dia untuk pergi facial ni. Kalau ikutkan dia..bedak pun dia tak nak pakai. Jadi, bila saya pujuk cakap facial ni sudah termasuk dalam pakej, nak tak nak dia ikutkan jugalah..heheheh.... Sementara itu dekar rumah, lepas solat Jumaat, kaum lelaki datang memasang khemah. Di sini, dibahagikan dengan dua kumpulan. Satu kumpulan memasang khemah, sat…

13 November 2011

Image
Hari Pernikahan saya. Hari saya bergelar isteri. Diam tak diam sudah hampir 2 bulan saya melepaskan status bujang saya untuk menjadi isteri Mr K. Macam-macam yang saya rasakan menjelang tarikh bersejarah dalam hidup saya ini..dan banyak yang hendak saya ceritakan namun pada saat saya menulis entri ini, entah mengapa saya sedikit keberatan mahu menulisnya. Momen-momen indah itu biarlah kekal menjadi milik saya seorang. Just enjoy the gambar yang nak dekat basi dah ni....biar gambar yang menceritakan segala-galanya..cewahhhhh













Saya tidak menjemput ramai teman untuk majlis pernikahan ini. Hanya saudara mara dan teman rapat sahaja yang saya undang. Terima kasih kepada Hezzy Azra yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Lepas ini saya sambung dengan kenduri pula ya....

Jalan-jalan Cameron

Image
Salam..
Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada anda semua. Kepada pengunjung yang masih setia melawat ke blog yang sesungguhnya bersawang ini, saya ucapkan terima kasih dan mohon berbanyak maaf kerana sudah lama blog ini dibiarkan sepi tanpa berita. cewaahhh...sesungguhnya beberapa bulan ini saya sedikit sibuk dengan urusan peribadi lalu blog yang satu ini telah diabaikan dengan tanpa perikemanusiaan. Jadi sempena tahun baharu ini, saya berharap agar blog ini tidak mengalami nasib seperti tahun lepas ya. mudah-mudahan selepas ini saya semakin rajin menulis...Aminnnn.... Banyak yang hendak saya ceritakan..bermula dengan majlis perkahwinan saya...percutian aka honeymoon saya dan baru-baru ini percutian saya dan keluarga ke Cameron Highland. Oleh kerana percutian ke CH ini lebih baharu, jadi lebih baik saya bercerita tentang itu dahulu. Kalau ada masa, saya akan bercerita pula tentang majlis saya itu.

Sabtu lepas, 31 Dis saya dan seramai 21 oran…