Posts

Showing posts from August, 2009

lagi komen RUD (spoiler alert)

Salam.....

Tadi aku menerima emel dari Adhan yang baru selesai membaca RUD....Setelah debaran menunggu novel aku keluar...kini aku menghadapi debaran dalam bentuk yang lain pula iaitu menanti komen-komen daripada pembaca yang sudi membaca RUD...
Kepada sesiapa yang mungkin tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya kisah RUD ini mungkin ini boleh membantu anda semua...saya paparkan sebahagian dari emel yang diberikan..
Kepada Adhan....terima kasih banyak2 ya...


ok,saya suka RUD..dari gaya penulisan awak ni, saya nampak dah banyak kemajuan (ye lah, dah buku ke-3 kan..)...jalan cerita pun straight je..takde payah nak fikir teruk-teruk...gaya bahasa pun mudah, takde nak bunga-bunga...bukanla saya ni 'anti' ayat bunga-bunga tapi kadang-kadang kalau ada ayat bunga-bunga tu jadi macam jiwa-jiwa pulak hehehehe..

cara awak tulis tentang Amie Najla' memang saya kagum...saya tahu awak mesti dah buat banyak rujukan dan disebabkan telitinya awak 'melahirkan' Amie, saya rasa macam awak pe…

status pos

Salam....

Aku ingin mengucapkan jutaan Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudah pun membuat pesanan online kepada aku...Insyaallah kesemua novel tersebut akan diposkan kepada anda pada Hari selasa 1 September 2009. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca karya-karya aku...

debaran menyesak dada...( komen pembaca)

komen kedua dr pembaca... Bukak je emel, aku terkejut dan tersenyum lebar sebab mendapat komen dr pembaca ( tulippurple95@yahoo.com) yang sudah membaca RUD. Ini merupakan komen kedua yang aku terima selepas komen dr novelis lynn dayana. Komen ini dtgnya dr adik tulip dr shah alam...buat adik tulip..terima kasih banyak2 akak ucapkan. Teruslah menyokong akak ya... Tahniah di atas buah tangan yang CEMERLANG.... kak Dhiya, saya dah baca novel ketiga akak ni. saya nak ucapkan tahniah kat akak sbb menghasilkan karya yang amat mengagumkan ini. untuk pengetahuan akak saya telah pun membaca kedua2 novel karya akak sebelum ni, dan ingin sekali saya katakan yang novel akak menjadi bagus dan semakin bagus dari novel pertama hingga novel yang terbaru ni. selepas saya baca novel ini, apa yang terlintas di fikiran saya, sebagai penulis akak dapat menggambarkan dengan jelas bagaimana emosi atau sikap Amie apabila kehidupannya musnah akibat musibah yang menimpanya.bagi saya akak amat mendalami watak - wat…

BELI RINDU UNTUK DIA SECARA ONLINE

Image
PERHATIAN...BERITA BAIK UNTUK SEMUA.....
Anda boleh mendapatkan naskah novel " RINDU UNTUK DIA" secara online dan Setiap pembelian akan disertakan penanda buku yang istimewa dan ditandatangani oleh penulis.

Bayaran boleh dibuat ke akaun: Maybank/ Maybank2u email : dhiya_zafira@yahoo.com No Akaun : 158305210032 Pemegang akaun : Mardhiyah Mohd Nor

Sila emel slip atau no rujukan pembayaran ke : dhiya_zafira@yahoo.com penghantaran hanya akan dibuat selepas bayaran diterima
sekian, terima kasih Sila klikPESAN ONLINE di sebelah kanan anda utk maklumat lanjut....

Rindu Untuk Dia - Hangat di Pasaran

Image
Blurp...

" Dalam hatiku ada ingatan yang tidak pernah mati terhadapnya"

Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa. Harga : RM 19.90 Halaman : 492

Hadiah Ramadhan - RINDU UNTUK DIA

Salam... Aku ingin maklumkan bahawa novel ketiga dan terbaru karya bertajuk " RINDU UNTUKDIA" aku sudah berada di pasaran sekarang. Kepada semua pembaca, sudi-sudikanlah mendapatkan buku aku ini. Segala komen dari anda semua amat dihargai... p/s - cover & blurp akan dimasukkan kemudian..

Salam Ramadhan buat semua

Image

Konvo Sarah

Image
Salam....


Hari sabtu lepas aku ke USM menghadiri konvokesyen adik aku, Sarah. Sidang dia diaadakan pada waktu pagi. Oleh kerana penularan wabak H1N1 ni masih rancak lagi, kami semua membuat keputusan bahawa aku dan kakak aku sahaja yang akan masuk ke dewan, sementara emak dan adik2 yang lain akan menunggu di rumah adik aku yang jaraknya tidak sampai 5 minit dari USM. Mak dan adik yang lain hanya akan datang ketika selesai majlis sahaja. Apa boleh buat. Kalau kerajaan macam nak tak hendak je membendung penularan wabak ini, kita sendirilah yang kena mengambil langkah berjaga-jaga.
Aku tabik USM dalam menjalankan pesta konvo ini. Setiap keluarga yang masuk ke dewan akan diambil suhu badannya terlebih dahulu. Sekiranya tidak demam kita akan dilekatkan sticker bulat kecil berwarna hijau bagi menandakan kita sihat. sekiranya tidak...tempat duduk akan diasingkan daripada orang yang sihat. Setiap individu juga akan dibekalkan dengan 'doorgift' yang mengandungi mask, tisu basah, dan tisu…

AL-FATIHAH

Image
foto dari munajathamba.blogspot.com Salam...Terkejut aku tadi apabila mengetahui bahawa Ustaz Asri dari kumpulan Nasyid RABBANI telah kembali ke Rahmatullah. Aku memang suka dengan alunan zikir-zikir dan doa yang dialunkan oleh arwah ini. Seingat aku semenjak aku tingkatan 3 lagi ( 16 tahun lepas) aku mengenali arwah yang menganggotai kumpulan nasyid Nada Murni ketika itu. Duduk di sekolah asrama aliran agama, sebarang bentuk muzik haramkan di asrama kecuali nasyid. Siapa yang ada walkman dan kaset ketika tu memang kena pandai sorok kalau tidak memang warden akan rampas. Tapi aku ingat lagi kaset nasyid aku ini selamat memanjang. Tak payah2 penat nak sorok2...gerenti akan selamat punya. Antara lagu nasyid alunan arwah, aku paling suka lagu Munajat ini. Sayu dan mengusik hati. Hmmm...antara lain sebabnya ada menyebut nama aku...semoga ALLAH SWT mencucuri RAHMAT ke atas rohnya.
MUNAJAT
Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan Bisik…

emel crash...

Salam....

Entah mengapa tiba-tiba aku tidak boleh log in pada emel aku. Kalau nak kata aku terlupa password tidak pulak. Lagipun kalau terlupa pihak yahoo boleh resetkan balik password kita tapi kali ni tak berjaya langsung. Aku sudah buat aduan dan dalam masa 48 jam mereka akan cuba settlekan perkara ini. Kalau tidak berjaya juga sesungguhnya emel scented78@yahoo.com ini hanya akan jadi kenangan.
Kepada sesiapa yang ingin mrng-emel aku sila gunakan emel aku yang kedua iaitu dhiya_zafira@yahoo.com. Harap maklum.

cerita semalam

Salam...

Semalam aku cuti temankan adik hadiri temuduga untuk posting tempat mengajar. Waktu temuduga jam 8 pagi di Pusat kegiatan guru Sk Manjoi 2 Ipoh. Jadi pukul 6.15 kami dah keluar rumah. Perjalanan lancar tapi bila masuk ke area pusat bandaraya Ipoh..kenderaan bergerak macam semut. Masa tinggal 20 minit je lagi sebelum pukul 8. Aku bersyukur sangat2 sebab sebelum tu aku dah survey dulu di mana letaknya PKG sekolah tu. Almaklumlah..aku pernah sesat di Ipoh dan terlewat sampai untuk interview aku sendiri dan aku tak naklah pulak kejadian yang sama berulang kepada adik aku. Tak dapat aku nak bayangkan kalau masa tinggal 20 minit lagi dan aku tersesat menjadi tempat. Memang nayalah jawabnya.
Lepas turunkan adik dan kawannya, aku cari kedai makan. Lepas perkena roti canai n teh aku kembali balik ke sekolah. Aku cadangnya nak menunggu saja di situ. Malas nak bergerak ke mana2. lagipun waktu masih terlalu awal..kedai pun banyak yang belum bukak lagi. Tengah leka baca paper adik aku mesej…