Posts

Showing posts from March, 2010

PBAKL dah abis....

Image
Salam,
Saya sudah pulang ke Taiping. Macam mana PBAKL kali ini. Hmmmm....penuh sesak..penuh resah dan serba serbi tak kena. Niat saya mahu membeli buku tercapai...lihat antara buku yang saya beli semasa ke pesta buku sabtu lepas. Hajat mahu ketemu rakan-rakan...? Yeah..itu yang membuatkannya segala-galanya menjadi lebih teruja. Kali ini Alaf menyewa sebuah dewan besar untuk keselesaan pengunjung2 untuk membeli dan beramah mesra dengan penulis yang hadir sama. Namun ruang yang luas itu bagaikan tiada ertinya apabila ruangan tetap sesak lebih2 lagi kaunter bayaran dan rak2 yang mempamerkan pelbagai jenis buku dan novel. Aduh...adakah Alaf perlu meyediakan ruang yang lebih besar pada masa akan datang? atau keadaan masih kekal sama? ALHAMDULILLAH, sungguhpun terpaksa bersusah payah, berpeluh, berebut dan bertolakan sesama sendiri, apa yang saya lihat pada hari itu, ialah Alaf masih lagi menerima sokongan daripada pencinta2 novel. Pengunjung yang gila membeli buku bagaikan hilang kewarasan…

Siap juga AKHIRNYA!

Salam...

Hari ini saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya...akhirnya manuskrip saya siap juga. ALHAMDULILLAH. Sebelum lunch tadi saya sudah emelkan kepada editor, yang soalan 'bila nak hantar mss' itu tidak pernah lekang dari mulutnya. Saya sudah selalu sangat melanggar dateline sendiri. Kononnya saya mahu menyiapkan sebelum masuk tahun baru, namun tidak berjaya. dateline saya sentiasa berganjak-anjak sehinggalah hari ini. Ya..saya bertekad mahu siap sebelum saya ke KL esok hari. Saya mahu melepaskan kepenatan, kelelahan, kerunsingan yang melanda sepanjang saya menulis SKB/BTD ini. Saya mahu berseronok /berpoya2( istilah kami rakan2 penulis utk aktiviti weekend nanti) dengan perasaan yang lapang dada. Bilakah mss saya akan diterbitkan? Saya tidak tahu. Sesungguhnya saya tiada jawapan itu. Apa pun tunggu editor saya membaca terlebih dahulu. Mungkin juga ada pembetulan yang perlu saya lakukan. Mungkin juga terpaksa menunggu giliran yang panjang...Harap2 saya...mudah-muda…

Moh kita ke sana....PBAKL 19-28 MAC 2010

Image
Salam...
Kepada pembaca-pembaca tegar dan ulat-ulat buku sekalian, jangan lupa untuk hadir pada program tahunan yang amat-amat dinantikan ini. Kepada sesiapa peminat novel dan penulis ALAF 21, sila lihat jadual diatas supaya anda boleh merancang jadual untuk hadir. Nanti tidaklah anda terkecewa kerana tidak dapat bertemu dengan penulis favourite anda semua...Heehe..jangan cari muka saya ya sebab memang tak ada di atas sana. Buku baru tak ada..jadi memang tak berpeluang menduduki kerusi panas di pesta buku tersebut. Ingatan buat saya..kalau mahu ke sana, pastikan buku boleh siap pada masanya...Aduh...kalau begini kisahnya memang rasanya muka saya sentiasa tidak akan ada...hmmmmmm... Tidak mengapa...tak bertugas pun saya tak kisah yang penting saya juga mahu menyibuk di sana. Manuskrip terbaru saya juga hampir selesai, jadi minggu terakhir pesta buku saya akan turun juga mahu berbelanja. Saya mahu lepaskan tekanan kerana berbulan-bulan mengadap manuskrip yang tidak siap-siap. Wah! sudah l…

LATEST HOT NOVEL - CINTA EDISI TERHAD

Image
YEAH!!!...Latest hot novel akan datang menemui anda di Pesta Buku Antarabang KL.. CINTA EDISI TERHAD...hasil karya terbaru teman akrab saya dalam dunia penulisan CIK LYNN DAYANA. Saya tumpang seronok untuk dia kerana hampir separuh dari naskah ini disiapkan ketika Lynn menghadapi dugaan paling hebat dalam hidupnya. Siapa sangka dalam berulang alik ke hospital menjalani dialisis yang menyakitkan, Lynn mampu menyiapkan karya hebat ini. Thumb up untuk Lynn yang tidak lelah untuk berusaha. Ok, untuk melihat sinopsis...anda boleh ke blog Lynn sendiri. Entah apa bengongnya blog saya ini sampai tidak boleh copy n paste lagi...Aduh...blog ini memang perlu diubahsuai...saya sudah bosan.... Melihat hasil karya kawan, saya jadi tidak sabar untuk melihat karya sendiri diterbitkan. Jangan bertanya di mana status penulisan saya sekarang. Saya masih berhempas pulas untuk menulis. Ya...saya sudah melanggar dateline yang diberi editor bulan 2 yang lalu. Dan kini sudah masih minggu ke2 bulan 3, dan manusk…