Salam...
Violet & Dhiya. Itulah nama aku sekarang....Violet tu nama yang aku gunakan sejak setahun yang lalu...iyalah semasa aku mula-mula belajar blogging membloging ni...(ish...betul ke ayat nih?) Secara jujurnya aku pun tak tahu kenapalah aku terfikir nak menamakan diri aku ni Violet. tak kena langsung dan tak menggambarkan diri aku yang sebenarnya. Hingga sekarang aku masih ketawa memikirkan nama yang satu ni. hai...kenapalah tergamak aku guna nama yang berbunga itu. Entahlah yang pasti nama itu sebagai satu cubaan sahaja untuk aku menghasilkan blog. Aku ingatkan bila sudah siap nanti aku akan edit dan menggunakan nama lain. tup tup tak dapat...@ aku yang tak reti? Apa pun nama violet kekallah sehingga sekarang.
" hang ni nampak brutal napa pilih nama bunga2 tuh?" Tulah soalan yang sering membuatkan aku terkedu. kadang kala naik malu jugak bila memberitahu add blog aku... hahah..aku tahulah..dulu gelaran aku kat universiti, The Rock sebab aku minat tengok wrestling tapi...hiihi manusia boleh berubahkan....kan....kan....
Sekarang ni...aku ada nama baru..Dhiya Zafira. hahaha...bila sebut nama tu aku terbayangkan kelembutan, kesantunan, dan manja...hahahah semua ciri yang langsung tak ada pada aku....masa novel aku keluar ramai member tanya...mana datangnya dhiya zafira tuh...kenapa aku pilih nama tuh? hmmm...jenuh jugaklah aku nak menjawab...tapi ok jugak pa...sekurang-kurangnya aku kena belajar menjadi lembut seperti nama baru aku tu...hmmmm...boleh ke? macam bakal gagal jer...
Seperti penulis lain, add blog mereka sama dengan nama. Berbeza dengan aku yang masih menggunakan add violet. Entahlah...aku malas nak buat blog baru...yang ada ni pun tak terjaga...kalau ada dua, alamat satu bersarang...satu roboh sebelum diduduki lagi...
Mana-manalah...sekarang ni sama ada violet ke...dhiya ke...mar ke...mardhiyah ke...aku adalah orang yang sama. seperti kata Shakespeare;
"What's in a name? That which we call a rose By any other name would smell as sweet." hahahaha.
No comments:
Post a Comment