Posts

Showing posts from August, 2010

~RINDU SAYA MASIH DI SANA~

Image
Perkarangan Masjid Nabawi
Selepas Subuh...Jemaah berpusu-pusu melakukan tawaf
Perkarangan Masjidl Haram
Perkarangan Masjidl Haram ~ Selepas subuh
Kubah Hijau Masjid Nabawi ~ Hanya boleh melihat dari kejauhan. Begitu juga pintu Babul Salam. Ketika ini, untungnya menjadi lelaki

single n hepi

Salam...
Beberapa hari lepas, seorang kawan saya menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke 14. Bila saya baca kenyataan itu di wall FBnya, saya terkedu sekejap. 14 tahun? 14 tahun? benarkah? selama itukah tempoh perkahwinannya? Aduhai..saya tahu tidak mustahil. tempoh itu menunjukkan beliau langsung berkahwin sebaik sahaja tamat SPM iaitu tahun 1995. 14 tahun lepas apa yang saya lakukan? Hmmm..apa yang saya ingat sebaik saja tamat kertas akhir SPM, saya bungkus kain baju dan menuju kampung saya di Pulau Pinang. Ketika ini saya masih menetap di Kem Garisson, PD...( Ya..kalau siapa baca JKP..scene afi mengali lubang itu rumah sayalah tu). Masa ini saya tidak sabar mahu bekerja. Selama ini mana pernah menyimpan duit sendiri. Selalunya kalau nak apa-apa minta pada PAMA sajalah. Jadi...saya bertekad mahu bekerja. Infact saya baru lepas operatian kaki n tanpa menunggu peluang kaki saya itu sembuh, saya balik kampung. Di kampung saya kerja kilang, buat mesin kira. Hmmm..hari pertama kerja..…

JKP ~ komen lagi

Image
Salam... Komen dari Tie Tinie yang sekarang tengah gila dengan Rif....sampai sanggup nak bertunggu tangga kat kem sungai udang tu...hmmmm...silakan baca ya....
Assalamualaikum.... Salam Ramadhan... hari nie dah hari ke 13 umat islam berpuasa... Semoga segala yg kita lakukan akan diterima Allah s.w.t.
Hari nie nak review Jauh Kau Pergi.... Baru jer selesai membacanya semalam...
Ternyata Buah tangan Ke 4 Dhiya Zafira, tidak mengecewakan... Cerita yang menarik... sama seperti novel2 beliau yang sebelum nya. Kali ini berkisar kan cerita tentang Komando @ Grup Gerak Khas.. Saya percaya ramai yg kurang pasti apa tugas komando sebenarnya... So sapa2 nak tau kena la baca novel JKP ini... sedikit sebanyak kita dapat tau apa tugas mereka...
Pada awal2 bab sudah mengundang air mata..bukan sedikit2 boleh kata tahap banjir la bila baca awal2 bab JKP. hehehee... mungkin saya yg terlebih emosi... :)
Kisah Seorang Afikah Najwa yang kehilangan hampir keseluruhan ahli keluarganya... Ibu, ayah & abang..
Hi…

Komen RINDU UNTUK DIA

Image
Rindu Untuk Dia


SUDAH lama sebenarnya saya dapatkan novel Rindu Untuk Dia nukilan Dhiya Zafira dan sudah saya habis membacanya sebaik saja novel itu berada dalam tangan. Tetapi dek kerana tiba-tiba saja masa saya dituntut oleh perkembangan yang tidak dapat dielakkan, saya pun terlupa hendak membuat ulasan mengenai novel tersebut di blog seperti yang saya janjikan kepada Dhiya. Sorry, ya Dhiya. Akak terlupa tau.

Ulasan Ringkas Elee:
Membaca Rindu Untuk Dia membuatkan saya terpaksa memerah otak meneka kaitan setiap watak di dalam novel tersebut. Setiap kali saya meneka, saya pasti akan sakit jiwa kerana tekaan saya yang pada mulanya nampak betul, berakhir dengan jawapan yang tidak terjangkau dek akal. Bijak, Dhiya Zafira. Bijak!!! Dan Dhiya Zafira juga bagi saya telah membuat research yang mendalam tentang orang yang mengalami Retrograde Amnesia dan Post Traumatic Stress Disorder. Simptom yang Dhiya Zafira berikan terutamanya tentang pengidap PTSD sungguh benar kerana suami saya pun menga…

Komen jihan ( dunia-novel)

Salam...
Pagi-pagi lagi saya sudah disapa oleh jihan aka adhan (dunia-novel), mengatakan dia selesai membuat komen mengenai JKP. Jadi, kepada jihan, terima kasih ya kerana tidak jemu-jemu membuat ulasan tentang novel-novel saya ni. Dari RBB, RUD dan kini JKP mendapat giliran. Cuma KDB sahaja yang tidak diulas kerana KDB ini telah diulas secara bersemuka apabila saya dan jihan bertemu di McD Taiping beberapa tahun lepas. Semoga masih mahu membaca hasil tulisan saya..tq sekali lagi...

Jauh Kau Pergi - Dhiya Zafira - Alaf21 ` Suka cite ni…rasa dalam 4 novel DZ, aku paling suka Jauh Kau Pergi…kenapa ek? Erm..ntah la tapi aku rasa cerita ni memang best dan lain dari novel2 DZ yg 3 lagi tu…Dalam JKP, suka sangat Afi ngan Rif…walaupun masa mula Rif macam nak menjauhkan diri dari Afi tapi sikap caring Rif tu buat aku suka sangat..memang padan la diaorang tu….


` Cerita ni memang buat air mata aku mengalir la especially bila Afi tau dia dah tinggal sorang je kat dunia ni walaupun hakikatnya dia ada…

NBF

Salam
Saya sedang menulis manuskrip ke 5 saya. Hmmm...bukan makna ketika ini...tetapi hampir setiap malam jugalah saya mengadap lappy saya. Kalau tak menulis sekalipun, mmg setiap malam juga saya on9..hahahaha...Perkembangan mss saya agak slow. Kalau saat saya produktif, dalam sehari saya boleh dapat 10-12 page.( Ya..saya tahu ada yang boleh dapat 30 page semalam...ini saya. bukan penulis yg lain..rate saya 10 page itu sudah cukup cemerlang..hehehehe)...tapi oleh kerana kurangnya motivasi dan disertai dengan penyakit yg mmg selalu melanda iaitu MALAS...jadi sehari saya hanya berjaya menulis 2-3 muka surat sahaja. Aduhai...kalau begini bila mahu siapnya. Dan dengan phase sebegini slow, berjayakah MOU saya bersama Lynn n Hezzy yang mahu menyiapkan sebelum atau pada 20 Oktober ini. Ya ALLAH...dua bulan sahaja lagi..tidakkkkkkkkkkk..... Untuk meningkatkan semangat mahu menulis, saya sengaja post sedutan daripada mss saya yag belum siap itu. Bukannya apa, bila mendengar kata-kata perangsang …

The 1st time...

"Sid? Kau nampak tak perempuan tu?" Langkah Sid mati. Dia menoleh memandang Izam yang sedang memandang gadis yang menganggu fikirannya semenjak seminggu yang lalu. Gadis itu masih dalam kedudukan yang sama. Aduhai! Tidak lenguh dan bosankah menunggu begitu? Dia tidak menjawab pertanyaan Izam itu. Dia melihat jam di tangan. Masih ada sejam sebelum kelas Prof. William bermula. Tanpa berkata sepatah pun dia membuat keputusan. Kakinya laju melangkah ke arah subjek yang diperkatakan semenjak minggu lalu dan hari ini.


" Wei Sid? Kau gila ke? Nak tegur dia ke?" Sid tetap tidak menjawab. Dia hanya mengangkat tangan melambai Izam supaya pergi dahulu. Mulut Izam melopong sesaat. Biar betul ni Sid.


********************************
Ari terpana sedikit apabila mata tertangkap kelibat seorang lelaki melabuhkan punggung di sisinya. Namun dia tidak berani memandang kerana sesungguhnya dia tidak mahu diganggu. Jangan perasan Ari. Bangku ini bukan engkau yang punya. Dan tak ada siapa…

My New Hero - Mr.S

Hospital Kuala Lumpur



" Jangan degil, Sid! Kaki kau tak baik lagi. Kau nak tengok sampai kaki kau kena potong, baru kau nak dengar cakap aku?" tegur Fauzan apabila melihat teman sejawatnya beria-ia benar mengemas pakaiannya ke dalam beg sedangkan kakinya masih lagi belum sembuh. Doktor juga belum mengizinkan dia keluar dari wad. Jadi atas alasan apa lelaki yang bernama Ziyad Sidqi itu menjadi begitu degil?


Sid mengeluh perlahan. Pergerakan yang begitu pantas, menjadi semakin perlahan dan langsung terhenti. Dia melabuhkan tubuh tingginya ke atas katil. Bagaimana hendak diterangkan kepada Fauzan bahawa dia tidak boleh tinggal di hospital lama-lama? Dia tidak mampu. Dalam banyak-banyak tempat, dia cukup tidak tahan dengan hospital. Hospital meresahkannya.


" Kaki aku ni rehat sehari dua dah ok. Kau jangan risau...aku tak apa-apa," terangnya cuba menyedapkan hati teman.


" Sid, kaki kau tu bukannya terseliuh. Bukannya terkehel. Kena tembak tahu tak? Doktor dah cakap, re…

Bookmark JKP

Image
Salam....
Rasanya semua sudah maklum bahawa Alaf 21 tidak lagi memberikan bookmark untuk setiap novelnya. Malah RINDU BELUM BERHENTI merupakan novel terakhir ALAF 21 yang mempunyai bookmark. Sungguhpun begitu, Alaf 21 juga sudah membuat e-bookmarknya sendiri, di mana anda semua boleh print mana-mana bookmark yang anda mahukan. Ya...Kalau saya sebagai pembaca, saya memang tak rajin nak print bookmark sendiri...apatahlagi nak membazirkan ink semata-mata mahukan bookmark tersebut. Jadi, sebagai alternatif..mana-mana kad esp kad top up ke..kertas ke...bolehlah digunakan sebagai penganti. hendak melipat buku, rasa sayang pula kan... Jadi...untuk pembaca JKP...anda tak payah susah-susah. Saya akan sediakan bookmark JKP sendiri. Tak perlu risau...kertas glossy dan ink warna yang perlu disediakan kerana saya yang akan printkan untuk anda..hahah..apamacam...? Mahukan bookmark tersebut? Silakah order JKP melalui saya. Malah novel saya RUD juga mempunyai bookmarknya sendiri. Jadi...tunggu apa lagi.…

Paper lagi??

Image
Salam...
Ya...ya...saya tahu...dah agak lambat nak post benda alah ni....tapi oleh kerana ini blog saya, jadi suka suki hati sayalah nak post bila kan? haahahahhaha.....
Wah! masa benda alah ni keluar, berpusu-pusulah kawan2 yang cam muka saya ni text cakap muka saya kuar paper. Hehehe...rasa glamer kejap tapi bila tgk gambar kat bawah tu..huwaaaa...gambar lama...
Actually gambar itu gambar yang saya ambil untuk digunakan dalam berita akhbar yang keluar semasa novel saya RINDU UNTUK DIA direview pada 12 Feb awal tahun ini. Ayark...sudah 6 bulan. hmmm..alangkah baiknya kalau saat saya memegang RUD itu digantikan dengan novel terbaru saya JAUH KAU PERGI. Walaupun kisah yang tertera pada berita kali ini tiada kaitan langsung dengan novel, sekurang-kurangnya..saya dapat mempromosikan JKP ini kepada semua pembaca akhbar BERITA HARIAN.
sebenarnya, kisah 'Tiada pantun dan syair' ini merupakan kisah / kenangan yang tidak dapat saya lupakan dibulan ramdhan/syawal. N3 ini pernah saya tulis…

another comment...spoiler alert

Saya jumpa review ini semasa mengoogle nama sendiri ( mmg takde keja saya ni)..tup2 jumpa blog beliau. Thank u Hmy_bcuk kerana sudi membaca JKP..n thank u juga sukakan JKP..(^_^)
Baru lepas menghabiskan novel nie... Novel ke-4 karya DZ..aku tak pernah baca novel2 beliau sebelum ni, tp slps survey kat internet novel2 beliau boleh tahan gak..
Kalau sapa2 yg meminati genre romance-triller leh ler beli novel ni..

Selepas membaca aku boleh kasi 4 bintang arr sbb jalan cerita nyer lain dr yg slalu aku baca.


Jauh Kau Pergi (JKP) mengisahkan kisah cinta antara Afi-Rif..(nama depa sedap2 belaka,malas aku nk tulis pjg2)..


Rif: Kapten Haiyan Rifqi seorang anak yatim piatu( sebatang kara) seorang komando ATM merupakan sahabat baik pada Afi,Jimmy,Eddie,Lukman dan Helmi..kenal semenjak berumur 9tahun.. Tapi disebabkan satu insiden yg menyebabkan kematian tunangnya Nadia menyebabkan Rif menyepikan diri dari Afi.Seorang yg sensitive, tegas, bertanggungjawab dan amanah..


Afi: Afiqah Najwa seorang pustakawan…

scene fav saya

PERgghhh....panjangnya. Inilah scene Favourite saja semasa menulis kesemua buku2 saya. Sebenarnya banyak lagi yg saya suka..tapi nanti berjela pula. Saya ambil dari setiap buku. Hmmmm....masihkah anda ingat semua dimana scene ini berlangsung? heheheh..dan scene mana yang menjadi fav anda? jom..kita share sama-sama....(^_^)





1. KUDAMBA BAHAGIA ; m/s 363-366


" Lia nampak siapa?" Ulang Taufik bersama getaran di dada. Bilakah masanya Alia terserempak dengan dia bersama Erin? Selama 7 tahun ini hanya 2 kali sahaja dia bertemu Erin. Selain dari perjumpaan mereka di Berjaya Holdings beberapa hari lalu, dia pernah berjumpa Erin di...Ya ALLAH!



" Lia datang?" Taufik menyoal perlahan. " Entahlah. Lia kecewa sebenarnya melihat abang masih mampu bergelak tawa. Lia bukan tak mahu abang bahagia...bukan. Lia sentiasa doakan abang tapi bila lihat abang bersama Erin waktu tu, Lia rasa abang telah lupakan Lia. Lia rasa abang benar-benar bencikan Lia. Memang tak patut Lia buat macam t…

Beli Online Karya DZ

Salam...
Oleh kerana ramai yang mengatakan kesukaran mahu mendapatkan novel-novel lama saya, spt KDB, RBB n RUD ( macamlah lama sangat ya)..hahaha, jadi dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kedai online DZ dibuka sekarang..hehehe...dah buka lama dah...cuma mungkin ada yang tidak perasan. Jadi kepada sesiapa yang ingin mendapatkan novel-novel saya ini, sila berbuat demikian dengan kadar segera. Penghantaran akan terus dibuat sekiranya wang sudah dibank in kan ke dalam akaun saya. Keutamaan, akan diberikan kepada pembaca yang membayar terlebih dahulu...

Oleh kerana tarif pos sudah nak mencanak-canak sekarang ini, jadi saya nasihatkan kepada pembeli yang mahu membeli sebuah buku sahaja, agar anda mengunakan khidmat pos laju. Iaitu penambahan RM5 akan dikenakan.
Bagi pembelian 2 buah buku, caj penghantaran adalah sebanyak RM8 untuk pos laju dan RM 6 bagi pos daftar.
Untuk pembelian 3 buah buku ke atas, kos penghantaran adalah percuma.

Untuk Sabah dan Sarawak
Sila ;
Tambah RM 3 untuk setiap b…

KOMEN DR NOWWA...

Salam, Ini pula komen yang saya terima dari rakan sekolah masa saya form 3.....komen asal boleh anda lihat pada blog beliau nowwa . tulisan italic tu..komen saya ya...so...nowwa yang juga tokey nowwachoc ini...terima kasih banyak2 atas komen yang diberikan....

Saya telah berjanji dengan penulis untuk menulis review tentang buku terbaru beliau.Saya bukan penulis hebat,atau sesiapa.Tetapi atas dasar kawan sekolah lama,saya dipanggil secara paksa rela,untuk menulis review tentang buku terbaru beliau.Hasil tulisan beliau yang ke-4.Ko jangan marah aku Mar! ( Tak..aku tak marah de..hehehhe)
Saya pernah membaca buku-buku beliau yang terdahulu malah memilikinya.Ini tanda sokongan saya terhadap seorang sahabat walaupun pada dasarnya,dia bukan rapat dengan saya.Tapi buat yang mengenali saya yang main lunggah atau terjah sahaja dalam bab berkawan,kira Mar ni pernah juga di tegur oleh saya sewaktu kami sama sekolah.Hihih...kalau aku tulis kat sini aku panggil ko Tok Batin agak-agak ko marah tak Mar?…