Posts

Showing posts from June, 2012

Kisah yang tertangguh

Image
Salam...
Ye...iya..saya tahu...cerita basi kan? Cerita yang telah berlaku hampir 7 bulan lamanya dan baru sekarang saya mahu menulis mengenainya. Rasa-rasanya tahukan apa yang berlaku bila tengok gambar-gambar di bawah ini...Iya...sangkaan anda tepat. ini gambar yang dirakam ketika saya berhoney moon di Langkawi bulan Dis tahun lalu. Hmmmm...sekarang ni saya perasaan, ramai yang honeymoon di Langkawi ek..Agak2nya kenapa ya? hehehhehe....

Ini merupakan kali kedua saya ke Langkawi dan pertama kali bagi enche suami. Seperti biasa saya parking kereta dekat Motel kawan saya di Kuala perlis iaitu Q Motel. Ikutkan Ferry naik pukul 12.30 tengahari. Sedang elok la sebab dari Taiping kami bertolak lebih kurang jam 8 pagi. Sampai Dalam 11.30 terus ke hotel kak Jas, dan dia hantar kami berdua ke jetty. Memandangkan masa dah hampir, kami hanya melepak sahajalah di Jetty. Tiba2 saya sedar yang handset saya tertinggal di dalam kereta. Aduhai....nak call kak Jas, saya tak ingat nombornya. Nak berjal…

BURU BAYANGAN LUKA ~ AJK

Image
Salam...

Anda sudah membaca BURU BAYANGAN LUKA dalam ANTOLOGI JIWA KACAU? Apa pendapat anda? Adakah anda menyukainya atau sebaliknya? Kepada pembaca yang puas hati ataupun tidak, bolehlah emel kepada saya pendapat anda ataupun teguran yang boleh saya gunakan untuk membaiki kelemahan saya...Di bawah ini merupakan antara beberapa komen yang saya terima melalui inbox FB saya...

1. Haliza Baharun Wow gilerlh dhiya.... Sy baca buru bayangan luka x leh bhent. Mcm bhantu lh hehehe baca terus smpai bis dh nia. Best gler.... Dhiya wat sy x bgerak nk tahu pe yg terjd. TAHNIAH DHIYA.

Tutty Fruitty M
Lupa nak inform..jiwa kacau dah ada dlm tgn...karya kak dhiya dah selesai baca..mmg superb..5 ***** adik kc akak..

Lin Adnil
salam...dah bc dah jiwa kacau..tp baru part akak je la...besttttttt...juga memuaskan hati...dan yg tmbh seronoknya bila dpt tau sid ngan ari dah ada baby..hihihi..congrats kak ats karya yg terbaekkk..sy yakin jimmy pun akn jd terbaik gak..kalaulah menulis ni mudah..kan sy…

POSTO POSTO

Image
Salam...
Batch pertama novel JIWA KACAU bakal menemui pemilik baharunya...Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya...Amin

JIWA KACAU in da House

Image
Salam...
Petang tadi keluar ambil Daiful di sekolah..bila sampai je kat rumah..tiba-tiba saya nampak ada bungkusan sederhana besar di atas sofa. Wah..saya dah melonjak keseronokkan kerana bungkusan yang saya tunggu-tunggu sejak minggu lalu akhirnya tiba juga. Dengan penuh rakus ( cewah)..terus saya mengoyak kotak berkenaan...Jeng..jeng..jeng..buat pertama kali..dalam bentuk buku, akhirnya JIWA KACAU berjaya juga saya genggam...rasa teruja begitu memuncak sekali memandangkan inilah manuskrip saya yang diedit sepenuhnya oleh editor...Jadi selesai sahaja menulis blog ini dan menguar-uarkan di fb, saya akan tekun menelaah karya ini. Tidak sabarnya rasa... Buat pemulaan, saya hanya menempah 20 buku dan sehingga tadi sudah 16 buku terjual..tinggal 4 lagi naskah yang masih belum dipunyai sesiapa...Kalau habis dalam masa terdekat ini, saya terpaksa order semula dari Karangkraf...ALHAMDULILLAH...terima kasih kerana tetap menyokong saya.

Another comment -HBR

Image
Salam...

Another comment from a reader yang saya cilok dari blog beliau Nani Jurainie. Malangnya, saya tak boleh copy apa yang ditulis..jadi cara terbaik adalah print screen komen tersebut...Terima kasih Nani kerana ulasan ini...

Kita baca dulu

Image
Tahun ini saya kurang membeli buku. Semua ini gara-gara tension dengan Jimmy. Saya rasa malas hendak membaca kerana rasa bersalah yang cukup tinggi. Tidak patut rasanya saya menghabiskan masa dengan membaca sedangkan masa itu harus saya peruntukkan dengan menulis Jimmy. Sungguhpun begitu, saya curi-curi juga membeli buku. Buku2 di atas ( ada sebuah lagi sedang dibaca adik), adalah hasil tangkapan saya dipesta buku antarabangsa tempoh hari. Sikit saja buku yang saya beli kali ni jika hendak dibandingkan tahun-tahun sebelumnya. dan dalam 8 buah tu, saya baru khatam 2 buah. Sudahlah menulis semakin slow..membaca pun semakin slow skrang ni..apa kenalah dengan saya ni...Niat hati mahu maraton kesemua buku-buku ni sebelum saya memulakan manuskrip yang baharu. Hmmm...berjaya ke tidak?.yang pasti sekarang ni saya marathon kembali Grey's Anatomy yang saya tak pernah jemu-jemu itu.

Tentang JIWA KACAU

Image
Penulis: Elee Mardiana, Attokz Dikulgai, Lynn Dayana, Dhiya Zafira, Salina Salleh Harga: RM22.00 Halaman: 560 ISBN: 978-983-124-785-3

Salam...
Saya nak bercerita sedikit mengenai karya terbaharu saya ini. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya Jiwa Kacau ini bukan? Antalogi ini secara tidak langsung juga membuatkan fikiran anda semua bisa menjadi kacau bilau..hahaha..jangan panik...saya akan menceritakan apa sebenarnya jiwa kacau ini.
AJK - ANTOLOGI JIWA KACAU INI merupakan projek baharu yang dikendalikan oleh ALAF 21. Ia memberi peluang kepada para penulis yang berminat untuk menulis kisah yang berunsurkan thriller, aksi, misteri, rantaian kesumat, misteri, insiden pembunuhan, dendam, kecewa dan tipu muslihat. Khas untuk mereka yang berminat dengan kisah-kisah begini. Dan khas juga buat mereka yang baru berjinak-jinak membaca karya sebegini. Kisah-kisah yang tidak terlalu panjang ini mungkin cukup mudah dihadam anda. Jadi...tidaklah jiwa anda terlalu kacau untuk me…