Tahun ini saya kurang membeli buku. Semua ini gara-gara tension dengan Jimmy. Saya rasa malas hendak membaca kerana rasa bersalah yang cukup tinggi. Tidak patut rasanya saya menghabiskan masa dengan membaca sedangkan masa itu harus saya peruntukkan dengan menulis Jimmy. Sungguhpun begitu, saya curi-curi juga membeli buku. Buku2 di atas ( ada sebuah lagi sedang dibaca adik), adalah hasil tangkapan saya dipesta buku antarabangsa tempoh hari. Sikit saja buku yang saya beli kali ni jika hendak dibandingkan tahun-tahun sebelumnya. dan dalam 8 buah tu, saya baru khatam 2 buah. Sudahlah menulis semakin slow..membaca pun semakin slow skrang ni..apa kenalah dengan saya ni...Niat hati mahu maraton kesemua buku-buku ni sebelum saya memulakan manuskrip yang baharu. Hmmm...berjaya ke tidak?.yang pasti sekarang ni saya marathon kembali Grey's Anatomy yang saya tak pernah jemu-jemu itu.
No comments:
Post a Comment