Posts

Showing posts from September, 2010

need my vacation now....rindunya nak dengar bunyi ombak.....

Image
So...buat sementara waktu..I listen to this soothing sound...

Moonlight Resonance

Image
Salam....
Saya sebetulnya sudah bercerai talak tiga dengan drama cina from TVB ni. Rasanya sudah bertahun-tahun saya tidak menonton mana-mana drama kantonis ini semenjak drama korea mengambil alih dalam hidup saya. Saya seakan terlupa dengan minat saya yang gemar menonton drama TVB ni. lama sebenarnya kalau hendak dikira sejak bila minat saya bermula.  Sejak saya masih disekolah rendah, menengah, U dan seterusnya. kiranya kalau hendak dikira berapa banyak drama yang saya sudah tonton memang tidak terkira. bermula Police story, A friend in need, yankee boys...A breaking Point, Rain in the Heart,threshold of an era...etc..etc...banyaklah tapi tajuk tak ingat dah. Kalau dulu setiap drama ditayangkan pada pukul 6, jadi memang tiada masalah untuk menontonnnya. Kini kebanyakkan dramanya bermula jam 7.jadi saya memang malas menonton pada waktu itu. Sudah waktu maghribnya singkat, bila iklan berdesup p solat. Arwah ayah pernah siap timing lagi waktu kami solat kerana hendak kejarkan drama cina…

Maher Zain lagi???

Salam.... Saya rasa saya terpaksa mengakui bahawa saya sukakan Maher Zain. Bila-bilalah masanya pun, setiap kali laptop saya ini dibuka, begitulah lagu2 di dalam senarai music saya ni, akan terpasang sentiasa. Silih berganti..walaupun saya mendengar kadang2 lagu yang sama setiap hari. Dan saya akui, lagu melayu tidak berapa ada di dalam senarai lagu kegemaran saya. Kebanyakkan lagu inggeris, korea, n latin n hindi....itu koleksi utama saya...lagu melayu..hmmmm...kalau mood saya datang baru saya dengar...lepas ni jangan kutuk-kutuk saya tak patriotik le..apa ke ya...halwa telinga saya...saya memilih lagu mana yang saya rasa sedap pada pendengaran saya. Jadi..Maher Zain ini dimana kategorinya? Lagu inggeris? ya..sebab dia menyanyi di dalam bahasa inggeris. Tapi yang istimewanya, lagu2 beliau terletak di dalam kategori lagu2 pembangunan jiwa...(kira2 nasyid lah tu)...jadi tidaklah seperti lagu inggeris lain yang membuai2 perasaan jiwang tu. Ya ALLLAH, Apa yang saya nak cakap sebenarnya ni…

Senyum seindah suria

Image
Salam....
Selalunya perkara pertama yang saya lakukan bila masuk kerja ialah switch on my lappy n check emel. (itupun selepas bukak pintu, bukak lampu, clearkan meja yang bersepah..er..er..itu dah macam bukan perkara pertama je..inilah perkara ke seratus dah ni..hahahha)...Tapi faham-faham sendirilah ya.... Ok...lepas settle semua, saya memang akan check emel dahulu..n pagi ini, saya menerima text message from someone thru fb. So...apa lagi mesej yang boleh buat saya tersengih macam orang lalok kt depan skrin ni..tentulah about my novels kan. Kalau nak naik pangkat ke..nak naik gaji ke...mati hidup balik saya tak akan dapat emel tu kan..hahahhaha.... so..kepada Salina bidin...terima kasih kerana sudi membaca JKP..dan novel2 saya yang lain. ~ dhiya!!..~salam~i jus fnish ur 4th extrabookganza masterpiece. seriusly,its so cool. rif is totally a man from dream. cool.tough.stylio. and i love. and their frens too.and afi?i just love her. your story, your plot,characters and all are awsome! but…

YO TE AMO ~ I LOVE YOU

En palabras simples y comunes yo te extraño En lenguaje terrenal mi vida eres tu En total simplicidad seria yo te amo Y en un trozo de poesia tu seras mi luz, mi bien, el espacio donde me alimento de tu piel que es bondad La fuerza q me mueve dentro para recomenzar y en tu cuerpo encontrar la paz Si la vida me permite al lado tuyo Creceran mis ilusiones no lo dudo Y si la vida la perdiera en un instante Que me llene de ti Para amar despues de amarte , vida Estribillo No tengas miedos ni dudas, que tu seras mi mujer
Mira mi pecho, lo dejo abierto
Para que vivas en el Para tu tranquilidad me tienes en tus manos Para mi debilidad, la unica eres tu Al final tan solo se que siempre te he esperado Y que llegas a mi vida y tu me das la luz, el bien Ese mundo donde tus palabras hacen su voluntad La magia de este sentimiento q es tan fuerte y total Y tus ojos q son mi paz Si la vida me permite al lado tuyo Creceran mis ilusiones, no lo dudo Y si la vida la perdiera en un instante Q me llene de ti
Para amar despues de …

PC & I

Image
Salam...
Salah satu kegemaran saya ialah melihat kecekapan seseorang itu menaip. lebih-lebih lagi yang mampu menaip tanpa melihat keypad yang ditekan dan menggunakan sistem dan kaedah yang betul. lihat foto di bawah. Walaupun saya bekerja menggunakan komputer, dan kerja sampingan saya juga memerlukan saya menggunakan pc, namun saya tidak pandai menaip menggunakan langkah yang betul. Saya tidak pernah belajar komputer semasa tamat SPM, walaupun itulah kursus yang menajadi pilihan semua teman-teman sekolah sementara menunggu result. Walaupun saya juga teringin untuk belajar, tetapi hajat itu tidak pernah kesampaian. Semasa saya menunggu result STPM, saya bekerja sebagai cashier di kedai kek. Penyelia saya tinggal dibahagian atas, sementara kedainya di bawah. Mereka sekeluarga ni memang hantu mengumpul komputer. Saya pernah naik ke rumahnya dan melihat satu bilik yang penuh dengan komputer. Hmmm...sebijik macam counter-terrorist unit je gayanya. hahaha..takdelah sampai banyak mcm tu. Tapi…

Bila semua hero n heroin berkumpul ( sneak peek NBF)

Image
Saya sangat teruja menulis kisah scene di bawah ini kerana buat pertama kalinya kesemua hero dan heroin saya; Fik & Lia (KDB), Izz & Dinie (RBB), Jad & Amie (RUD) serta bakal hero untuk novel akan datang, Jimmy (JKP) berkumpul sekali. Yang tak ada cuma Rif & Afi (JKP), kerana kisah mereka masih baharu lagi. Jadi mereka ini saya rehatkan sebentar sebelum kembali semula dalam novel Jimmy. Ya..saya tahu ramai yang bertanyakan kenapa hero kesukaan ramai itu, tiada dalam NBF ini. Dan saya sudah menerangkan sebab-sebabnya. Saya mahu memberi keadilan pada kesemua watak2 yang muncul ini. Kalau ramai sangat, nanti takut nampak crowded pula. Dan paling yang saya takut, Sid & Ari (NBF) yang akan tenggelam...tidakkkkkkkk....so...pada yang sudi membaca silakan...nak tengok saja..silakan..tak ada paksaan untuk anda...hepi reading....
******************************************** Mereka berjalan seiring. Bagai sudah berjanji, Sid di sebelah kiri dan dia menuruti di belah kanan. Nah!…

Saya & NBF

Image
Salam...
Alhamdulillah...seminggu dua ni saya rasa seronok sangat kerana mood menulis saya sudah kembali. Kalau seminggu sebelum raya, saya sudah menyerah kalah dan bercuti menulis, namun kini saya temui apa yang saya hilang dulu. Alhamdulillah...Alhamdulillah...all praises to ALLAH..all Praises to Allah ( Sila nyanyikan seperti lagu Maher Zain ya). Kalau dahulu saya peruntukan 2 page sehari kerana keringan idea untuk menulis, tetapi saya tidak mahu terus berhenti kerana idea akan bertambah kontang nanti. Kini target saya semakin naik. Dari 5 page hingga ke 10-12 page sehari. Ya..itu sudah cukup buat saya. Cukup sangat-sangat. Walaupun begitu, saya tahu saya tidak akan berjaya mencapai MOU pada 20 Oktober ini, namun sekurang-kurangnya biarlah hasil manuskrip saya itu lebih dari separuh. Sementara saya sedang dilimpahi idea dan semangat rajin untuk menulis, saya akan pulun habis-habisan kerana saya kenal diri saya. Kalau sekali mood merudum...saya boleh menulis berbulan-bulan lamanya. J…

RAYA AT THE ZOO

Image
Salam...
Hari ini kebanyakkan orang dah kembali berkerja lepas cuti yang cukup panjang...( kalau siapa yg ambil cuti direct lah ya). Seperti biasa saya cuti hari ni...saya dah start balik kerja Jumaat lepas. perggh...dah lama cuti, bila dah masuk kerja tu rasa malas sangat. bukan apa...adik beradik yang masih cuti best je lepak kat umah tapi saya..kena kerjalah pulak. Hmmmm..Tak apalah..cuti lama-lama pun kadang2 bosan jugak. Raya ke 3 lepas, saya dan adik beradik yang lain pergi ke zoo. Bukannya apa..kasihan kat haiwan-haiwan tu semua nak beraya jugak...tapi takde siapa yg nak celebrate raya dengan mereka..so...dalam kami yang seramai 10 orang...pergilah menyambut syawal dekat Zoo. Wah..tak sangka..ramai rupanya pengunjung yang sama macam kami. beratur jugaklah masa nak beli tiket tu. Kalau beberapa tahun lepas, caj masuk zoo berbeza pada yang mahu berjalan ataupun mahu menaik tren. Tetapi entah sejak bila ntah kalau tak nak naik tren pun, caj dia tetap sama. Kami dah berasa semua..jala…

citer raya saya

Salam....
Macam mana sambutan hari raya anda semua? seronok? tak seronok? membosankan atau sama saja seperti tahun-tahun lepas? Saya menaip n3 ini ketika menontong cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge. Kalau dahulu cerita ini yang saya tunggu-tunggu, tetapi malam ni fikiran agak merewang ke merata-rata tempat..lebih-lebih lagi bila budak2 kat rumah ni main kejar-kejar. lepas tu bergilir-gilir pula menangis bila kena usik. Semalam...Selepas sembahyang raya, ( saya tak pergi sebab tiba2 pening kepala), jadi hanya emak, kakak n adik saja yg pergi sementara saya menjada budak2 kat rumah. Istilag jaga saya ialah...bukak tv rancangan kartun untuk mereka dan saya tido atas sofa...hahahaha..memang tak tahan sakit kepala n tambah pula dengan rasa mengantuk yang amat sangat.... Lepas semua balik solat, kami pergi menziarahi pusara arwah ayah. Sama saja seperti tahun-tahun lepas...kawasan perkuburan kat taman ni memang meriahlah..kalau selama setahun sebelum ni, ada sesetengah kubur yang sampai tak …

ALLAH itu Maha Baik

Salam,
Sedikit Kisah yang saya dapat melalui facebook ini. Dan saya rasa wajar untuk dikongsikan bersama-sama anda semua. Tajuk n3 yang ditulis dalam fb itu adalah Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka? Saya tukar tajuk untuk n3 diatas..kalau letak terasa seperti saya pula yang mempersoalkan pula...Sila baca sehingga habis ya dan mudah-mudahan kita semua mendapat iktibar dari apa yang terjadi disebalik kisah ini.

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan me…

citer saya III

Salam...
Sudah jam 12.45 malam...secara rasminya dah 45 minit hari selasa sudah bermula. Saya masih mengadap lappy. ALHAMDULILAH. malam ini saya dapat mengekang keinginan saya untuk akses internet malam ini. Dan malam ini juga, saya berasa cukup seronok kerana mampu menulis 14 muka malam ini. Ya..setelah mood merudum selama lebih seminggu, malam ini saya kembali rancak. Harap-harapnya untuk malam-malam yang seterusnya juga, idea saya datang melimpah ruah seperti ini..dan juga mudah-mudahan mood saya tidak menghampakan saya. Semasa saya menulis n3 ini, mak dan adik masih di dapur tengah membuat biskut tat nenas dan tat strawbery. Lega saya ada adik yang minat dengan kerja-kerja membakar biskut ni. Bolehlah emak saya ada geng. Nak harapkan saya...hahahhaha..... Berkenaan dengan NBF, saya menulis sesuka rasa saja ketika ini. Mood thriller masih belum kick in dalam diri saya. Saya menulis bab romance dulu..amboi,,kalau bab ni laju saja ya? hahahha..entahlah sedang menulis bab ini dan bab thr…

citer saya II

Salam...
Baru semalam je kata kat rumah ni tak buat apa-apa biskut lagi. Tapi bila bangun tido je tadi, mak n adik dah siap bancuh adunan untuk buat kuih semprit. hmmm itu biskut kesukaan emak saya. setiap tahun wajib ada..bertuah punya sayakan...bila dah berkumpul ramai-ramai ni saya suka ambil kesempatan bangun lewat dr biasa. Lepas subuh orang mengaji tapi saya baca novel. Bangun tido sebelum turun bawah, sambung balik baca novel...hahaha..nasib baik suara mak tak melaung sampai ke atas kejut saya bangun. Tahun ni memang saya malas segala-galanya. Malas nak membakar biskut. Memang berbeza dengan tahun lepas. Saya dengan adik memang all out bakar biskut sambil membuka buku resepi. Memang macam-macam jenis yang saya buat. yang tak pernah dengar pon saya cuba. Nasib baik jadi n sedap...bolehlah makan..Hhaaha..Saya memang tak pandai memasak. Kalau nak suruh saya memasak, mmg kena rujuk resepi. Kecualilah kalau memasak masakan yang saya selalu masak dan yg saya suka saja..dan jumlahnya po…

citer saya

Image
Salam....
Hari Raya sudah tidak lama lagi...Pejam celik pejam celik ada lagi 4 hari sebelum kita semua menyambut AILDILFITRI. Tahun ini memang terasa Ramadhan berlalu dengan begitu pantas. Sehingga ke saat ini, rumah saya masih belum membuat satu biskut lagi pun. Malah baju raya saya juga masih belum siap diambil...tak tahulah kenapa...semakin hari raya semakin hilang serinya...hmmm...sebetulnya semenjak dari tahun 2007, tahun di mana arwah ayah meninggalkan kami, pada masa itulah kami tidak lagi teruja mahu menyambut Aidilfitri. Kalau dulu setiap kali malam raya, jemaah akan datang bertakbir di rumah kami. Malam itu kami adik beradik akan excited menunggu kepulangan ayah dari surau mengatakan supaya bersiap sedia kerana jemaah akan tiba sebentar lagi. Semenjak bertahun-tahun dahulu, soto ayam menjadi pilihan pertama kami. Dan apabila jemaah tiba, melihat sahaja hidangan yang sudah terbentang, mereka mesti akan berkata; dah tau dah..rumah mejar Mohd Nor nak makan apa..." Setiap tah…