Wednesday, September 22, 2010

Saya & NBF

Ruangan mencari ilham....hmmm..kerusi karat tu perlu ditukar
ganti...sapa nak tolong support..hahahah

Salam...

Alhamdulillah...seminggu dua ni saya rasa seronok sangat kerana mood menulis saya sudah kembali. Kalau seminggu sebelum raya, saya sudah menyerah kalah dan bercuti menulis, namun kini saya temui apa yang saya hilang dulu. Alhamdulillah...Alhamdulillah...all praises to ALLAH..all Praises to Allah ( Sila nyanyikan seperti lagu Maher Zain ya). Kalau dahulu saya peruntukan 2 page sehari kerana keringan idea untuk menulis, tetapi saya tidak mahu terus berhenti kerana idea akan bertambah kontang nanti. Kini target saya semakin naik. Dari 5 page hingga ke 10-12 page sehari. Ya..itu sudah cukup buat saya. Cukup sangat-sangat. Walaupun begitu, saya tahu saya tidak akan berjaya mencapai MOU pada 20 Oktober ini, namun sekurang-kurangnya biarlah hasil manuskrip saya itu lebih dari separuh.
Sementara saya sedang dilimpahi idea dan semangat rajin untuk menulis, saya akan pulun habis-habisan kerana saya kenal diri saya. Kalau sekali mood merudum...saya boleh menulis berbulan-bulan lamanya. Jadi..sebelum perkara itu berlaku, saya akan berusaha sehabis daya. Doakan ya...
Manuskrip yang sedang saya tulis....mudah-mudahan ALLAH
permudahkan saya untuk menyiapkan manuskrip ini dalam masa
terdekat. Aminnn


Thank U ALLAH ~ Maher Zain

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...