Saturday, September 11, 2010

citer raya saya

Salam....

Macam mana sambutan hari raya anda semua? seronok? tak seronok? membosankan atau sama saja seperti tahun-tahun lepas? Saya menaip n3 ini ketika menontong cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge. Kalau dahulu cerita ini yang saya tunggu-tunggu, tetapi malam ni fikiran agak merewang ke merata-rata tempat..lebih-lebih lagi bila budak2 kat rumah ni main kejar-kejar. lepas tu bergilir-gilir pula menangis bila kena usik.
Semalam...Selepas sembahyang raya, ( saya tak pergi sebab tiba2 pening kepala), jadi hanya emak, kakak n adik saja yg pergi sementara saya menjada budak2 kat rumah. Istilag jaga saya ialah...bukak tv rancangan kartun untuk mereka dan saya tido atas sofa...hahahaha..memang tak tahan sakit kepala n tambah pula dengan rasa mengantuk yang amat sangat....
Lepas semua balik solat, kami pergi menziarahi pusara arwah ayah. Sama saja seperti tahun-tahun lepas...kawasan perkuburan kat taman ni memang meriahlah..kalau selama setahun sebelum ni, ada sesetengah kubur yang sampai tak nampak mana kuburnya dek semak samun yang meliar, barulah nampak bersih dan kemas sikit. Alhamdulillah, pusara ayah tetap terjaga...tetap bersih dan terhindar dari semak samun.
Tengahari tu, saya dan keluarga konvoi balik guar perahu. Tahun ini tahun pertama beraya tanpa tok. Arwah tok meninggal bulan Jun lepas. Jadi, saya sudah tidak mempunyai tok n tokwan di kedua-dua belah keluarga.
Raya kami sekeluarga mengikut rutin yang sama seperti tahun-tahun sudah. Rumah yang sama...dan masanya juga sama. Walapun hanya menziarahi 4 buah rumah, namun perjalanan kami memakan masa hampir satu hari. Guar perahu, Naga lilit, kedah, sg ular Kedah dan Butterworth.
Perjalanan ke Naga lilit n sungai ular, perjalanan yang tidak dirancang. Selalunya kalau pergi, sepupu atau family di area utara yang bawa kami, namun kali ini hanya kami sahaja yang pergi. Berbekalkan peta yang dilukis, kami pergi. Hahahah...sebenarnya tidaklah susah sangat pon, tapi oleh sebab sudah terlalu lama tidak singgah dan hanya bertemu di tempat lain menyebabkan memori ni agak berkarat. Namun, ALHAMDULILLAH...dengan mudah kami tiba di sana...nasib baik saya ada sarah, co pilot saya yang memang celik peta...nak harapkan yang lain..hehehehe...
Lepas lepak2 kat sana, kami bertolak ke sg. lar pula...selalunya pergi ke sini, kali ikut jalan lain...tidak pernah ikut lagi jalan dari naga lilit ini...sekali lagi lukis peta...berjaya sesat sedikit..tak lama pon..tapi jumpa juga akhirnya...hahahha...selepas tu patah balik ke butterworth...Masa ni mata pon dah tak larat nak bukak...perut pun dah rasa sebu je..maklumlah..sini buat mee kuah..yang ni buat laksa...sini buat nasi tomato...pukul 9.30 malam baru bertolak balik taiping..kali ni saya bawak perlahan je sebab dah kena tegur dengan pemandu dua buah kereta yg ikut sekali..iaitu adik lelaki n kakak n abang ipar saya yg kata saya bawak kereta laju sangat...hmmmmm....
Bila dah bawak perlahan tu...mata ni mulalah nak lelap...fiil saya ni memang berbahaya betul...kalau saya bawak kereta perlahan..saya cepat mengantuk...mulalah fikiran fikir benda yang bukan-bukan..contohnya plot novel akan datang ke..tak ke bahaya tu...tapi kalau bawak laju pun bahaya juga....hmmmm...
Sampai rumah...yang berkahwin terus masuk bilik..yang bujang2 ni tidur berjemaah je..bentang toto depan tv..dan terus zzzzzzz......nasib baik dah solat siap2...
Adik beradik saya yang perempuan memakai tudung depan ipar lelaki. Jadi..bila ipar lelaki balik memang kami 'wajib' menjaga aurat...kadang2...alahai..rasa leceh je nak bertudung dalam rumah sendiri tapi bila dah hukum...nak tak nak terpaksa ikutkan...alah bisa tegal biasalah kan...sebelum abang ipar masuk bilik saya sempat pesan..esok pagi bangun lambat sikit...lepak kat bilik lama2 sikir sebab boleh kami rileks kt bawah...hahahah..
Hari ni raya kedua...rumah saya diserbu oleh student adik saya...kesemuanya lelaki...berturut-turut tetamu datang ke rumah...dan yang pasti..tetamu saya memang tak ada..hahahah...sedih betul saya ni...hahahaha...
Emak saya pula sibuk dengan ketupat yang perlu dimasaknya untuk majlis jamuan raya kawasan rumah kami ni...Jadi. nak tak nak kena tolonglah jugakkan walaupun rasa malasnya......
Malam ni...baru boleh rileks sambil tgk citer hindustan..tapi kepala ni sah rasa sakit...aduhai.....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...