Saya sangat teruja menulis kisah scene di bawah ini kerana buat pertama kalinya kesemua hero dan heroin saya; Fik & Lia (KDB), Izz & Dinie (RBB), Jad & Amie (RUD) serta bakal hero untuk novel akan datang, Jimmy (JKP) berkumpul sekali. Yang tak ada cuma Rif & Afi (JKP), kerana kisah mereka masih baharu lagi. Jadi mereka ini saya rehatkan sebentar sebelum kembali semula dalam novel Jimmy. Ya..saya tahu ramai yang bertanyakan kenapa hero kesukaan ramai itu, tiada dalam NBF ini. Dan saya sudah menerangkan sebab-sebabnya. Saya mahu memberi keadilan pada kesemua watak2 yang muncul ini. Kalau ramai sangat, nanti takut nampak crowded pula. Dan paling yang saya takut, Sid & Ari (NBF) yang akan tenggelam...tidakkkkkkkk....so...pada yang sudi membaca silakan...nak tengok saja..silakan..tak ada paksaan untuk anda...hepi reading....
********************************************
Mereka berjalan seiring. Bagai sudah berjanji, Sid di sebelah kiri dan dia menuruti di belah kanan. Nah! Di hadapannya tersergam indah masjid itu. Ari menahan perasaan. Dadanya sudah terasa kembang. Dia jarang menangis. Dia tidak suka menangis. Dan dia dikenali sebagai seorang yang sukar mengalirkan air mata. Namun, di sini...dia sentiasa mahu menangis. Perasaannya bagaikan disentap-sentap menuntut agar air mata yang cuba ditahan ini dibiarkan mengalir.
Sampai di menara jam, langkah Sid berhenti. Dia cuba tidak memandang wajah Ari yang sedang menahan air matanya itu.
“ Nanti masa nak balik tunggu abang kat sini,” katanya. Ari pantas menggeleng.
“ Hotel depan mata je. Ari boleh balik sendiri.”
“ Ari....tunggu abang...kat sini,” Sid bertegas dengan kata-katanya.
“ Tak apa...”
“ Tunggu. Abang. Di sini.”
“ Sempat jemaah subuh tadi?” Ari yang sedang membancuh teh panas, segera berpaling ke sebelah. Wajah bersih Kak Alia ditatapnya dengan senyuman. Dia mengangguk senang. Lega.
“ Jom, makan dengan akak. Kalau dah sudah nanti, pergi sana ya?” Alia menunjukkan tempat duduknya. Ari melihat dan sekali lagi dia mengangguk. Bagus juga kalau bersarapan dengan Kak Alia dengan yang lain. Sekurang-kurangnya tidaklah dia berasa seperti orang bisu saja di sini. Hendak bercakap dengan Sid, bergaduh sahaja kerjanya. Tidak! Dia tarik balik kenyataan itu. Rasanya dia saja yang kerap mencari fasal dengan lelaki itu, sedangkan Sid begitu tenang dan sabar melayani kerenahnya yang tidak menentu itu. Alah... biasalah. Kalau dah buat salah, memang kena begitu. Cemuhnya dalam diam memikirkan sikap Sid yang baharu. Sampai dia sendiri naik pening bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki itu.
“ Assalamualaikum.” Belum sempat dia memberi salam, Adni terlebih dahulu menghulurkan salamnya. Ari pantas menjawab dan menghulurkan tangan bersalaman dengan wanita itu. Amie yang duduk di sebelah wanita itu turut menghulurkan tangan. Inilah pertama kali mereka memperkenalkan diri secara rasmi semenjak Alia memperkenalkan nama mereka yang bermula dengan huruf A itu.
“ Wah! Finally...” Amie bersuara. Sejak diberitahu tentang persamaan yang dimiliki mereka, dia sememangnya sudah tidak sabar-sabar lagi mahu mengenali si huruf A yang seterusnya.
“ Finally!” masing-masing ketawa. Amie menoleh sekilas mencari suaminya, takut-takut Jad menunggunya untuk bersarapan bersama. Dia mengangkat tangan apabila melihat Jad juga sedang melihat ke arahnya. Jad hanya mengangguk apabila dia memberi isyarat bahawa dia mahu makan bersama teman-teman perempuannya. Di sisi Jad, kelihatan Izz, Taufik dan juga Sid. Tanpa sedar dia ketawa.
“ Kita meeting kat sini...suami kita kat sana,” tegurnya apabila melihat pertanyaan pada muka masing-masing. Lantas kesemua mereka berpaling. Para suami yang sedang khusyuk berbual sesama sendiri berhenti dan seperti tahu diri mereka sedang diperkatakan, kesemuanya mereka berbalas pandang. Ari menahan rasa apabila tiba-tiba Sid mengenyit mata ke arahnya. Kemudian dia melihat Sid tersenyum seperti sedang teringatkan sesuatu rahsia saja. Darahnya sudah menyerbu ke muka. Apa kena dengan Sid ni? Ari sudah tidak senang duduk. Alangkah baiknya kalau dia skip breakfast untuk hari ini.
“ Sarah sorang je tak ada suami,” selamba Sarah menuturkan ayat itu, sekali gus memeranjatkan mereka semua. Alia melopong mendengar kata anak daranya. Amboi...Sarah...dah gatal ya?
“ Sarah sorang je tak ada suami,” selamba Sarah menuturkan ayat itu, sekali gus memeranjatkan mereka semua. Alia melopong mendengar kata anak daranya. Amboi...Sarah...dah gatal ya?
“ Mama, Sarah ambil uncle tulah,” balas Sarah tanpa mempedulikan pandangan yang bertukar antara semua manusia di meja panjang itu. Alia sudah tidak tahu mana hendak meletak mukanya. Sudahnya dia hanya ketawa sahaja. Dengan Sarah yang banyak mulut ni, memang dia kalah sentiasa.
“ Uncle mana, Sarah?” Adni mencelah. Suka dia melihat wajah Sarah yang comel itu. Serta-merta teringatkan anaknya Iman yang ditinggalkan dengan ibu bapa Izz. Kalau Iman sudah sebesar ini, sudah pasti Iman akan dibawa sekali.
“ Uncle yang duduk sorang tu. Yang macam muka orang putih tu. Yang muka kacuk macam mama tu,” balasnya selamba. Sekali lagi pandangan mereka menghala arah yang sama. Benar seperti yang dikatakan oleh Sarah, uncle yang diperkatakannya itu sedang duduk bersendirian. Agak terasing dari jemaah yang lain. Wajahnya yang muram memang seperti sedang bersedih. Ataupun mungkin sedang memikirkan masalah yang sungguh berat.
Ari menatap lama. Nampak gayanya macam seorang askar saja. Melalui potongan rambut itu, dia tahu lelaki ‘kacukan orang putih’ seperti kata Sarah itu pastinya seorang tentera. Hmmm...raut wajahnya saja iras mat saleh, namun kalau diikutkan kulitnya, tidaklah putih sangat. Ari ralit memerhati. Tall, dark and handsome. Mungkin itu terma yang sebetulnya. Kenapa ya wajahnya sedih begitu? Dia teringatkan peristiwa yang berlaku bertahun dahulu. Detik pertemuannya dengan Sid. Dia pernah bertanya kepada Sid, apa yang membuatkan lelaki itu menegurnya di bench itu 3 tahun lepas. Jawapan Sid pendek sahaja. Kerana air mukanya yang kelihatan cukup sedih. Seperti lelaki inikah?
“ Oh...uncle tu. Itu uncle Jimmylah, Sarah,” terang Adni sekali gus mematikan pertanyaan dibenak masing-masing siapa gerangan lelaki yang masih belum dikenali mereka itu. Boleh dikatakan mereka sudah mengenali kesemua jemaah yang sekumpulan dengan mereka cuma lelaki ini sahaja yang lebih selesa menyendiri.
“ Mana tahu nama dia Jimmy?” Ari pula menyoal. Aduhai..macam mana mereka boleh bergosip di bumi Madinah ini? Kalaulah Jimmy itu tahu, mati mereka. Adni hanya tersenyum.
“ Dengar masa kat Airport kelmarin. Ada lelaki panggil dia Jimmy...jadi rasanya nama dia itulah kot,” jawab Adni masih lagi dengan senyuman. Empat kepala mengangguk serentak.
“ Kalau Sarah nak ngorat uncle tu, kena buat macam auntie dulu. Cuba tanya uncle Izz, macam mana auntie ngorat dia dulu,” tambahnya lagi sambil ketawa memikirkan cinta monyetnya yang bertukar menjadi cinta sejati. Tanpa sedar pandangannya kembali kepada suami tercinta. Izz mengangkat keningnya sedikit bertanyakan apa yang berlaku. Perlahan dia menggeleng. Namun rasa yang sedang membuak-buak di dada menceritakan kisah yang tersendiri.
“ Dah..dah. Jangan bagi idea kat Sarah ni. Mati Lia, kalau papa dia tahu. Ingat papa dia nak lepas anak dara sorang ni awal-awal lagi?” Mereka ketawa lagi.
No comments:
Post a Comment